* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 24 Oktober 2009

30 Billion Untuk Pendidikan

Reaksi :  
* Kerajaan menyediakan peruntukan 30 bilion ringgit untuk pendidikan menengah dan rendah, pemberian biasiswa, dan peningkatan prasarana termasuk membina 80 sekolah baru.

Sedutan Pembentangan Bajet 2010

Teks Ucapan Bajet 2010
Intipati Bajet 2010
Cuepacs, MTUC minta 2 bulan bonus
Manfaat Rakyat Secara Holistik ... sedutan akhbar

STRES PEKERJAAN

Reaksi :  

Punca Stres di tempat kerja.

1. Objektif dan Struktur organisasi yang kurang jelas

2. Perkembangan kerjaya,status dan gaji yang tidak memuaskan

3. Peranan yang berkonflik

4. Tugas yang membosankan dan tidak bermakna

5. Kerja yang terlalu banyak atau terlalu sedikit

6. Waktu bekerja yang terlalu panjang dan tidak anjal

7. Kurang sokongan daripada rakan sekerja atau pihak atasan

8. Konflik interpersonal

9. Konflik di antara tuntutan kerja dan rumah

Langkah menangani stres pekerjaan.. baca lagi..

PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2010

Reaksi :  

KUMPULAN B

Sekolah-sekolah di Negeri Perlis,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Negeri Sembilan,Melaka,Johor,Pahang,Wilayah Persekutuan Labuan,Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penggal

Cuti dan Hari Persekolahan

Mula

Akhir

Bil Minggu

Bil Hari

1

Hari Persekolahan

04.01.2010

12.03.2010

10

50

Cuti Persekolahan Penggal

13.03.2010

21.03.2010

-

9

Hari Persekolahan

22.03.2010

04.06.2010

11

55

Cuti Persekolahan Penggal

05.06.2010

20.06.2010

-

16

2

Hari Persekolahan

21.06.2010

20.06.2010

11

55

Cuti Persekolahan

04.09.2010

12.09.2010

-

9

Hari Persekolahan

13.09.2010

19.11.2010

10

50

Cuti Akhir Tahun

20.11.2010

02.01.2011

-

44


JUMLAH



42

288

Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 210

Jumlah Hari Cuti Penggal : 78

Sumber: Unit Komunikasi Koperat KPM

Jumaat, 23 Oktober 2009

PESTA MSKPP JOHOR KALI KE-37 TAHUN 2009

Reaksi :  
Pesta Majlis Sukan Dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (MSKPP) Johor Kali Ke-37 Tahun 2009 akan berlangsung di daerah Batu Pahat pada hari Jumaat hingga Ahad : 23 - 25 Oktober 2009.
Lokasi Pertandingan :
1. Bola Sepak Senior : IPGM Kampus Tun Hussein Onn / SM Teknik / SMK Munshi Sulaiman, Jalan Kluang
2. Bola Jaring : SJKC Panchor, KM 10, Jalan Kluang
3. Bola Tampar Wanita : SJKC Tongkang, Tongkang Pechah
4. Sepak Takraw Senior : SMK Tun Ismail , Parit Raja
5. Sepak Takraw Veteran : SM Teknik
6. Badminton : Dewan Badminton Young Young, Kg. Bintang, Peserai
7. Tenis : Kampus Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja
8. Jogathon : Permulaan - SMK Tinggi
9. Golf : Bukit Banang Golf & Country Club, KM 8, Jalan Tanjung Laboh
10. Tenpin Boling : Batu Pahat Mall, Jalan Kluang
11. Kebudayaan (Nyanyian): Pasaraya Square One - bersebelahan pasaraya Carrefour.

Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh YB. Tuan Hj. Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi,

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat mulai jam 03.00 petang , Ahad : 25 Oktober 2009, di Padang Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat .

MSKPP Negeri Johor Kali ke-37

Reaksi :  
Sumber : Laman Web Rasmi PPD Batu Pahat

Urusan Kenaikan Pangkat

Reaksi :  
panahUrusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA29 Ke DGA32 Secara "Time-Based" Khas Untuk Penyandang Tahun 2010 Dan 2011 Di Kementerian Pelajaran Malaysia


panahUrusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang PPPLD Gred DGA29 Ke DGA32, PPPLD Gred DGA32 Ke Gred DGA32 Dan PPPLD Gred DGA34 Ke DGA38 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2009 Di Kementerian Pelajaran Malay.
1. Bersama-sama ini dipanjangkan lampiran email bertajuk Penyalahgunaan Aplikasi Jaringan Sosial Di Kalangan Penjawat Awam tindakan tuan/puan.

2. Segala kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih

Lampiran 1: SALAHGUNA_APLIKASI.pdf
Khamis, 22 Oktober 2009

Aktiviti Bersama Pelukis di Pameran & Jualan Buku 2009

Reaksi :  

Tarikh: 27/10/09 (Selasa)

Masa: 10.00am—12.00pm/ 2pm—4.30pm

Tempat: Dewan Sekolah SJKC Pai Chee ,

52, Jalan Ismail, 86800 Mersing, Johor.

Anjuran: Gemilang Publishing Sdn. Bhd.

Aktiviti : Sesi bersama pelukis “Oka!” dan “Kachigo”

  • Sesi melukis bersama pelukis (Pelukis akan menunjukkan cara melukis watak-watak komik, mengajak peserta untuk mengambil bahagian lukis bersama).
  • Sesi kuiz ( Editor akan bercerita berkenaan “Oka!” dan “Kachigo”, kemudian adakan sesi kuiz, hadiah-hadiah disediakan oleh Gemilang Publishing).
  • Sesi terbuka kepada peserta untuk membuat pertanyaan kepada pelukis berkenaan dengan teknik-teknik untuk mereka cipta komik.
Peserta: Dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Tujuan: Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik-teknik melukis komik dan kepentingan kreativiti dalam kehidupan.

Hadiah dan cenderamata:

    1. “oka!”----key chain, poster, buku
    2. “Kachigo”----Button badge, buku
Nota : Para pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah jangan lepaskan peluang ini!
Rabu, 21 Oktober 2009

BAHAN PEMBENTANGAN UNIT PENGURUSAN AKADEMIK UNTUK MESYUARAT PROF. PPD. PENGETUA DAN GURU BESAR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & salam Mahabbah.

Tarikh : 21 Oktober 2009
Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sukacitanya bersama ini disertakan bahan berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

MAJLIS SUMBANGAN BUKU DAN AKTIVITI PENGEMBANGAN BUDAYA MEMBACA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat kami PPDMG/21/07/005 ( ) bertarikh : 19 Oktober 2009M Bersamaa : 30 Syawal 1430H. adalah berkaitan.

2. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) dengan kerjasama pejabat ini akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 26 hingga 28 Oktober 2009 (Isnin - Rabu)
Masa :

2.00 – 5.30 petang (26 Oktober 2009)
9.00 pagi – 5.30 petang (27 Oktober 2009)
9.00 pagi – 11.00 tgh. (28 Oktober 2009)


Tempat : Dewan SJKC Pai Chee

3. Sehubungan itu , mohon kerjasama tuan agar dapat menghebahkan maklumat ini kepada semua warga sekolah tuan.

4. Sehubungan itu juga, tuan digalakkan merancang satu sesi lawatan murid-murid secara berkumpulan ke tempat program tersebut seperti butiran di atas.

5. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Bahasa) di talian 019-7711513.

Kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan pendidikan daerah Mersing.
Isnin, 19 Oktober 2009

KEM KECEMERLANGAN GEOGRAFI STPM 2009

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan di adakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 23 - 25 Oktober 2009 (Jumaat - Ahad)
Tempat : SMK Sri Mersing
Sasaran : Calon-calon yang mengambil mata pelajaran Geografi STPM 2009

1. SMKUH x 27 orang
2. SMK Mersing x 17 orang
3. SMK Tenggaroh A x 23 orang
4. SMK Sri Mersing x 30 orang

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Wassalam.

Lampiran :

TAKLIMAT PENGOPERASIAN MODUL KONSEP MUZIK NEGERI JOHOR .. KUMPULAN 3

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Oktober 2009 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SK Laksamana, Kota Tinggi.
Sasaran : Guru Pendidikan Muzik

Sekolah yang terlibat :

1. SK Bandar Mersing
2. SK Nitar 01
3. SK Nitar 02
4. SK Tenggaroh 02
5. SK Seri Pantai
6. Sk sawah Dato'
7. SK Bandar Endau
8. SJKC Pai Chee
9. SK Telok Lipat
10. SK Tenggaroh 05

Sekian untuk tindakan dan makluman tuan.

Lampiran 1: muzik.pdf

MESYUARAT PENGURUSAN GURU CEMERLANG DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 22 Oktober 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru Cemerlang Daerah Mersing

2. Sehubungan itu, tuan diminta mengarahkan Guru Cemerlang (seperti lampiran) sekolah tuan hadir dan turut serta dalam mesyuarat berkenaan.

3. Tuntutan perjalanan adalah mengikut pekeliling perbendaharaan yang berkuatkuasa sekarang.

Kerjasama tuan amat diharapkan dan satu penghormatan bagi kecemerlangan daerah Mersing.

Terima kasih, wassalam.

Lampiran 1: MGC.pdf


Lampiran 2: gURU_cEMERLANG.pdf

PAMERAN DAN JUALAN BUKU OLEH 5 PENERBIT BUKU

Reaksi :  
Tarikh : 26 - 28 Oktober 2009
Masa :

- 2.00 petang (mulai 26 Oktober 2009)
- 27 Oktober 2009 : 8.30 pagi - 5.30 petang
- 28 Oktober 2009 : 8.30 pagi - 2.00 petang

Tempat : Dewan SJKC Pai Chee

Majlis Penutupan di Dewan Pak Malau, Hotel Seri Malaysia Mersing.


Jangan lepaskan peluang ini untuk melawat tapak pameran. Pelbagai genre buku boleh didapati dengan harga istimewa.

Sekolah diminta untuk menyokong program ini yang julung kali diadakan di Mersing - anjuran Urus Setia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, KPM dengan kerjasama BTPN Johor, PPD Mersing dan para penerbit buku. Kunjungilah dewan SJKC Pai Chee.

Semoga slogan "MERSING HEBAT' dapat dijelmakan melalui sambutan sekolah tuan/puan yang tidak kurang hebat juga. Pendidik yang membaca akan melahirkan generasi akan datang yang suka membaca.

KOLOKIUM GURU SARJANA NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu kolokium bagi semua guru sarjana akan diadakan di Pontian pada 31 Oktober 2009.

Tuan/puan dipelawa untuk hadir. Bagi mereka yang berminta, harap maklumkan kepada PPPD Bahasa & Bah. Ing. dengan segera.

Ini adalah peluang untuk tuan/puan menimba ilmu yang akan dikongsi oleh para sarjana negeri johor. Di samping itu, Sdr Majid Konting dan staf IAB kan membentangkan kertas kerja mereka.

Bersama-sama kita merebut peluang ini.
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

TENTATIF :

7.30 – 8.00 pagi : Pendaftaran

8.00 – 10.00 pagi :

Perhimpunan Bulanan;

• Aluan pengacara majlis
• Nyanyian Lagu Bangsa Johor
• Nyanyian Lagu Selangkah Kehadapan.
• Nyanyian Lagu Perkhidmatan Awam.
• Bacaan Doa
• Bacaan Al-Quran & Terjemahan
• Ucapan Aluan Penganjur
• Ucapan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.
• Penyampaian Sijil dan Cenderamata
• Nyanyian Lagu Negaraku.

10.00 - 11.00 tgh. : Majlis Hari Terbuka Aidil Fitri :

• Persembahan pelajar
• Selawat dan Marhaban

11.00 tgh.- 1.00 ptg. : Mesyuarat Profesional Pengetua dan Guru Besar

1.00 – 2.30 ptg. : SOLAT dan IKRAM DIRI

2.30 – 5.00 ptg. : Mesyuarat Profesional Pengetua dan Guru Besar

Jemputan :

a. Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Daerah Mersing (Hari Terbuka Aidil Fitri)
b. Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah daerah Mersing
c. Rakan Pegawai & Staf PPD Mersing yang telah bersara.
d. AJK Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing
e. AJK Majlis Guru Sarjana Daerah Mersing
f. AJK Majlis Guru Kaunseling Daerah Mersing
g. AJK M4P Men dan Rendah.
h. Penghuni Rumah Anak Yatim Mersing.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

PINDAAN..PINDAAN KALI KEDUA MESYUARAT JK KURIKULUM DAERAH MERSING

Reaksi :  
ssalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Perkara di atas adalah dirujuk. Surat kami bertarikh 28 September 2009 dan 14 Oktober 2009 adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Dukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, jadual ketetapan mesyuarat JKD sebelum ini terpaksa dipinda seperti lampiran.

3. Sasaran :

a. Pengerusi dan Setiausaha Panitia Mata Pelajaran (Sekolah Menengah dua orang)

b. Pengerusi Panitia Mata Pelajaran (Sekolah Rendah – seorang)

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Daerah
(mengikut mata pelajaran)

Agenda :

a. Ucapan Aluan Pengerusi
b. Pengesahan Minit Mesyuarat JKD yang lepas.
c. Perkara Berbangkit.
d. Laporan Program & Aktiviti JKD.
e. Isu pengurusan panitia dan P&P
f. Perancangan Program & Aktiviti Tahun 2010.
g. Hal-hal Lain.

4. Sehubungan itu, kami memohon kerjasama tuan dapat membenarkan Pengerusi & Setiausaha Panitia MP ( Pengerusi dan Setiausaha -2 orang- bagi sekolah menengah manakala sekolah rendah hanya seorang Pengerusi Panitia MP sahaja) seperti jadual di atas sekolah tuan hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Wassalam.
Ahad, 18 Oktober 2009

Siapakah Anak Mersing yang bakal mencipta Sejarah seperti Nik Nur Madihah

Reaksi :  
'Orang-orang miskin itu disayangi Allah dan Rasulullah SAW'
Jangan mengalah wahai teman! Kasusahan bukanlah satu halangan untuk menguncup
kejayaan di dunia dan di akhirat.

-Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal
PELAJAR SPM TERBAIK MALAYSIA 2008 (20 A)

a. 5A dalam UPSR
b. 10 A dalam Penilaian Menengah Rendah Agama (PMRU)
c. 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)
d. 10A1 dalam Sijil Menengah Agama (SMU)
e. 20 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pelajar Terbaik PMR Peringkat Kebangsaan
Pelajar Terbaik Yayassan Islam Kelantan
Pelajar Cemerlang SPM 2008 Peringkat Kebangsaan.

Si Ayah bergelut dengan gelombang.
Si Ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si Anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka daripada kesengsaraan.
Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya - ILMU!
Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya.
Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja.
Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan.
Kepada Allah SWT dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.
Tekad si anak bukan mainan kerana dihujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN.

Salam untuk Permata Mersing. Buktikan bahawa anda mampu untuk berubah, bersedia untuk mencipta sejarah, bertekad untuk menempa kejayaan.
Setiap orang berpotensi untuk berjaya. Pastikan kejayaan itu milik ANDA.

Wassalam.

Siswi Kurang Upaya Terima Anugerah

Reaksi :