* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 4 Disember 2009

EDUWEBTV 4 Disember 2009

Reaksi :  
1) Lima Institut Pendidikan Guru dipilih adakan kursus Bahasa Inggeris.
2) Kementerian Pelajaran mahu persepsi kurang tepat tentang Sekolah Kebangsaan dihapuskan.
Ikuti liputan selanjutnya di sini.

Tempurung Lut Sinar

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Perumpamaan yang kita sering dengar sebelum ini "
SEPERTI KATAK BAWAH TEMPURUNG ". Satu perumpamaan kepada orang yang berfikiran sempit serta cetek pengetahuannya mengenai hal dunia luar. Saya mengajak tuan/puan bayangkan bagaimana sekiranya tempurung itu berlut sinar.

Mereka boleh nampak, dengar, tahu, rasa apa yang berlaku di sekeliling, .... tapi.... Berapa ramai yang peka dan ambil peduli serta bertindak mengikut arus perubahan yang berlaku.

Adakah ‘Bawah tempurung lebih selesa daripada padang yang luas’.

1) Adakah anda selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah?
2) Adakah anda tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru?
3) Adakah anda hanya menunggu idea orang lain daripada terus memberi idea sendiri?
4) Adakah anda hanya terpaku, hanya membisu seribu bahasa?
5) Adakah anda hanya mampu beraksi di luar gelanggang daripada dalam gelanggang yang sebenar?
6) Adakah anda hanya suka memberi alasan tanpa berfikir bahawa rakan lain juga ada alasan yang sama?
7) Adakah anda hanya tahu menimbulkan masalah, bukan menyelesaikan masalah?

Hari ini orang sering memperkatakan kehebatan dan kelebihan orang lain. Tetapi tidak semua bersedia untuk mengikuti jejak langkah atau 'track' berkenaan. Budaya hanya melihat, menunggu, mendiamkan diri, kedekut idea, tenaga atau hanya suka komen idea orang lain ... masih terpahat dalam jiwa dan hati sanubari.

Sesungguhnya tiada had laju dalam perjalanan menuju keunggulan.
Dan kejayaan tidak akan datang sendiri tanpa usaha serta kesepaduan tenaga dan fikiran.
Budaya tidak mahu bersusah-susah demi kepentingan organisasi dan ummah perlu diubah secara hikmah. Tindakan berkonsep hikmah adalah berbeza mengikut situasi dan kerenah kumpulan sasar.


Fikir dan bincangkanlah di FORUM MERSING HEBAT

e-books : Keluar Dari Tempurung
Khamis, 3 Disember 2009

EDUWEBTV 3 Disember 2009

Reaksi :  
1) Standard Guru Malaysia bakal lonjak keupayaan sistem pendidikan negara.
2)
Buku teks lebih baik daripada buku rujukan komersial.
Ikuti berita selanjutnya di sini.

EDUWEBTV 2 Disember 2009

Reaksi :  
1) Sekolah Vokasional akan ditambah bagi menampung keperluan tenaga mahir.
2) Jawatankuasa siasatan sahkan binaan jambatan gantung runtuh tidak ikut spesifikasi.
Ikuti berita selanjutnya di sini.
Rabu, 2 Disember 2009

Pemberian Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti dan Biasiswa Sukan

Reaksi :  
Pekeliling: Surat Pekeliling Kewangan Bil 4 Tahun 2009 - Pemberian Bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) dan Biasiswa Sukan (BS)
Pekeliling: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2001 Pindaan Syarat Kelayakan Meminjam Buku Teks Skim Pinjaman Buku TEks (SPBT) Kementerian Pendidikan
Pekeliling: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001 Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan KErajaan dan Sekolah Sw

Laman Blog e-LDP PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laium wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini merakamkan jutaan penghargaan, tahniah dan terima kasih kepada semua Pengetua, Guru Besar, Jurulatih Utama LDP, Penyelaras LDP Sekolah dan warga pendidikan Mersing kerana menunjukkan prestasi yang baik dalam mengurus Latihan Dalam Perkhidmatan Berasaskan Sekolah Tahun 2009.

Terima kasih kepada En. Mohd. Faruze bin Iberahim, SK Teluk Lipat kerana berjaya membina Laman Blog e-LDP Mersing ( http://eldpmersing.blogspot.com ) sebagai sokongan utama kepada Aplikasi Atas Talian e-LDP ( https://creator.zoho.com/eldpmersing/e-ldp-mersing/#Form:e_LDP_Mersing ) sedia ada.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.
Tarikh : 7 DISEMBER 2009 (ISNIN)
Masa : 8.00 - 4.30 petang
Tempat : Dewan Besar SM. Foon Yew Kulaijaya
Lot1591,1592,1603 (ZON24)
Jalan Persiaran Indahpura 6
Taman Indahpura
81000 Kulai Johor

Sasaran : Pengetua dan Guru Besar

Pendaftaran dan Sarapan Pagi pada jam 8.00 - 8.45 pagi

Selasa, 1 Disember 2009

Berita EDUWEBTV

Reaksi :  
1 Disember 2009
1)
Kementerian Pelajaran teliti sesi persekolahan 2010
2) Merapatkan Jurang Pendidikan (Naik taraf sekolah luar bandar)
3)
Terengganu laksana Program Pembangunan Pelajar Terbilang tahun hadapan.
4) Pembangunan Pendidikan
Ikuti butirannya di
sini.

30 November 2009

1)
Pertandingan unit portfolio galak guru sediakan bahan pengajaran menarik.
2) Terengganu bersedia jadi tuan rumah pameran robotik antarabangsa.
3) Kembara Kraf Warisan di Negeri Sembilan.
4) Kem Membaca 1 Malaysia Peringkat Negeri Pahang.
Ikuti berita selanjutnya di sini .

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 di Kementerian Pelajaran di Putrajaya.

Mesyuarat ini diadakan untuk meneliti secara dekat persiapan untuk menghadapi sesi baru persekolahan tahun hadapan dan memastikan semua isu berhubung penggal persekolahan ditangani sebelum sesi persekolahan 2010 bermula. EDUWEBTV


29 November 2009

1) 37 Bakal Pendidik PPOU lanjutkan pengajian ke luar negara.
2) Guru perlu hormati profesion, tidak mudah patah semangat, peka kepada perubahan, kesedaran kendiri dll.
3) Konvokesyen KPLI dan KDC IPG KPM 2009.
4) Terengganu laksana kelas maya mulai tahun hadapan.
5) Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2009
6) Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
7) Pesta Buku di waktu musim cuti persekolahan.
Ikuti berita selanjutnya di sini.

Respon Surat Pengarang

Reaksi :  
Isnin, 30 November 2009

Luahan ibu pelajar

Reaksi :  
Sumber : e-mail anda Harian Metro

SAYA percaya ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana cukup lega apabila Kementerian Pelajaran menghapuskan yuran sekolah sejak tahun lalu. Malangnya kini pihak sekolah mengenakan bayaran tambahan bagi menggantikan yuran yang dimansuhkan termasuk di Johor.

Kami sebagai ibu bapa berasa tertipu kerana terpaksa membayar lebih daripada yuran yang dulunya dikenakan. Selepas yuran sekolah dimansuhkan kerajaan, pihak sekolah mengenakan sumbangan PIBG lebih banyak daripada biasa.

Dulu sumbangan PIBG hanya RM10 hingga RM20 bagi satu keluarga, tetapi kini pihak sekolah mengenakan bayaran RM40. Ini tidak termasuk bayaran tambahan untuk kertas peperiksaan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Sekolah-sekolah Johor (MSSJ) kokurikulum dan lain-lain.

Ini bermakna sama saja dengan bayaran yuran yang dulunya ibu bapa bayar cuma namanya saja ditukar daripada yuran sekolah kepada bayaran tambahan.

Isu ini memang tidak habis-habis diperkatakan ibu bapa dari dulu hingga kini. Bayangkanlah duit buku saja sudah mencecah RM230 untuk sesi 2010. Jika dimasukkan bayaran tambahan iaitu bayaran PIBG dan lain-lain untuk seorang anak saya terpaksa keluarkan RM310 bagi anak yang akan menduduki tingkatan satu tahun depan.

Saya juga mempunyai anak di tingkatan dua dan tahun tiga pada 2010. Saya anggarkan kira-kira RM700 untuk bayaran persekolahan di awal tahun depan.

Ini tidak termasuk pakaian seragam (kokurikulum), alat tulis, beg, uniform dan sebagainya. Ibu bapa terpaksa membelanjakan hampir RM1,000 untuk bulan pertama. Mana kami nak mencari duit. Sebagai contoh, gaji saya sebulan cuma RM1,000. Perbelanjaan harian dan bulanan seperti rumah, kereta, petrol, makan, duit sekolah, tambang ke sekolah juga perlu diambil kira.

Untuk sesi 2009, saya terpaksa berhutang dengan sekolah sebanyak RM145 bagi bayaran tambahan RM50, kelas tambahan UPSR RM55 dan kelas komputer RM40. Oleh kerana hutang berkenaan, keputusan UPSR anak saya ditahan pihak sekolah, malah untuk mengetahuinya secara kasar juga tidak dibenarkan.

Saya menelefon pihak sekolah untuk mengetahui keputusan UPSR anak, tetapi hampa bila telefon diletakkan tanpa belas kasihan.

Kalau setakat hanya diberitahu berapa A, B atau C yang anak saya dapat, apalah yang saya boleh buat dengan keputusan berkenaan tanpa sijil asal? Saya benar-benar rasa terhina.

Keesokannya saya ke sekolah bagi meminta dikurangkan bayaran hutang berkenaan, tetapi sekali lagi saya ‘dibahasakan’ oleh penolong kanan. Saya faham yang saya berhutang, saya juga akui lewat bertemu guru besar kerana masalah ini.

Saya bekerja dan saya mempunyai pelbagai masalah di sekeliling, tetapi sebagai guru yang mengetahui saya mempunyai masalah sepatutnya memahami, bukan memarahi sekurang-kurangnya dengar dulu penjelasan saya.

Tetapi guru itu mengatakan: “Sepatutnya sebagai penjaga perlu menyediakan secukupnya keperluan anak kerana dia juga dulu hidup susah, tetapi bapanya menyediakan secukupnya segala keperluan sekolahnya”.

Guru itu perlu tahu, anak zaman sekarang dengan anak zaman dulu berbeza. Saya juga inginkan keselesaan anak, jadi saya beli sebuah rumah walaupun kecil, saya beli sebuah kereta Kancil walaupun kecil mudah saya bawa empat anak saya walau dalam cuaca hujan.

Saya beli TV supaya anak tidak berasa ketinggalan bila bersama rakan, saya sediakan yang termampu untuk anak, saya habiskan duit gaji untuk keselesaan anak.

Guru itu menilai saya umpama saya tidak bertanggungjawab terhadap anak, sedangkan saya menyatakan kepada guru berkenaan yang suami saya tidak mengambil berat mengenai masalah dan perihal sekolah anak.

Beliau menghukum saya tanpa mendengar penjelasan saya. Semua anak saya yang uruskan persekolahan, saya juga yang memikirkan di mana anak perlu bersekolah, pengangkutan untuk ke sekolah dan segala hal.

Senang cerita sayalah ibu, sayalah bapa, cuma saya ada suami yang beri keluarga makan dan sedikit perbelanjaan harian. Kini saya perlu menanggung beban bayaran rumah, kereta dan sebagainya.

Sukar hendak saya terangkan keadaan saya. Walaupun begitu, masalah keluarga saya sudah diajukan kepada Pejabat Pelajaran ............ dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ...............

Biasanya ibu tunggal menerima bantuan, pelajar miskin menerima bantuan, tetapi saya bukan ibu tunggal juga bukan miskin cuma kurang kemampuan. Sayalah ibu, sayalah bapa dalam hal persekolahan anak dan dalam segala urusan.

Suami hanya menghantar anak ke sekolah dan memberi duit belanja sekolah. Dia hanya beri duit buku sekadar termampu. Jika dia mempunyai RM300, itu saja yang diberi. Yang lain-lain saya perlu minta penangguhan bayaran daripada guru.

Pakaian seragam sekolah anak saya guna wang sendiri, baju kurung anak perempuan dan baju sekolah agama bolehlah saya jahit sendiri. Baju kemeja dan seluar lelaki terpaksa saya beli siap. Sehelai RM20, seorang anak sekurang-kurangnya memerlukan dua helai dan biasanya membelanjakan RM150 untuk pakaian sekolah.

Saya berharap Harian Metro menyiarkan luahan hati saya sebagai ibu. Saya juga harap Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Johor dapat membuat tindakan dalam masalah ini.

Saya cadangkan kementerian pantau buku sekolah yang disenaraikan untuk dibeli. Apakah perlu dan adakah ia digunakan hingga habis. Harga buku terlalu mahal kerana ada sekolah mengenakan tidak sampai RM100 untuk pelajar tingkatan satu.

Sumbangan PIBG perlu mengikut kemampuan ibu bapa, namanya pun sumbangan, ia lebih kepada keikhlasan seseorang. Bayaran tambahan patut dimansuhkan selepas yuran dimansuhkan. Jika sangat penting barulah dibuat surat pekeliling terutama ibu bapa yang kurang berkemampuan.

IBU MALANG

.........., Johor.
Ahad, 29 November 2009

MBMBI policy to be implemented one year earlier

Reaksi :  
* MBMBI policy to be implemented one year earlier (2011).

** No plans to set up Education Commission in Malaysia.
Explore more at EDUWEBTV