* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 29 Mac 2010

Respon Papan Mesej - Kritikan dan cadangan secara terbuka @ layang

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, si kerdil kali ini suka mengajak diri yang hina ini dan rakan-rakan pengunjung yang budiman untuk sama-sama bermunajat ke hadrat Allah SWT (bagi yang beragama Islam) dan bertafakur (bagi yang bukan beragama Islam), bersyukur atas nikmat yang sentiasa mencurah-curah tanpa memilih kasih, tidak mengira waktu, tidak mengira orang itu berbuat kebaikan atau keburukan, semuanya ada rezeki masing-masing.

Itulah sifat Allah SWT yang maha penyayang kepada hambaNya. Sudah pasti Allah berhak untuk menyekat rezeki kepada yang engkar perintahNya, mendatangkan musibah dan kenikmatan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tetapi sifat maha adil dan penyayang Allah mengatasi segala-galanya, melampaui fitrah, emosi dan pemikiran manusia.

Rakan-rakan pengunjung yang dihormati,

Kali ini si kerdil terpanggil untuk menyatakan sesuatu sebagai respon kepada aduan dan cadangan serta percambahan idea, mungkin juga kritikan yang telah dimuatkan dalam Papan Mesej - ShoutMix di laman blog ini.

Si kerdil amat berterima kasih kepada para pengujung yang sudi menyampaikan mesej kepada kita semua melalui kemudahan perkhidmatan tersebut. Kepelbagaian unsur pujian, cadangan, kritikan dan kutukan secara terbuka sebenarnya dapat membuka mata semua pihak.

Suka si kerdil menyatakan bahawa laman blog ini adalah laman blog tidak rasmi yang dibina oleh si kerdil sendiri sebagai alternatif kepada Portal Rasmi PPD Mersing, yang merupakan salah satu rangkaian komunikasi antara si kerdil, yang diamanahkan mengetuai Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing dengan warga pendidikan daerah Mersing.

Laman blog ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada. Si kerdil mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit ICT Kementerian Pelajaran Malaysia kerana telah memberi laluan kepada laman blog ini untuk diakses melalui talian Schoolnet dan KPMNet.

Rakan-rakan pengunjung yang dikasihi,

Si kerdil memohon maaf kerana tidak banyak memberi respon secara terus di Papan Mesej (ShoutMix Chat). Pendekatan yang terbaik si kerdil ambil ialah berdiam diri untuk seketika, dalam masa yang sama memantau dan mengamati setiap mesej yang dipaparkan.

Ada sebahagian kecilnya si kerdil cuba untuk menyelit dan memberi pandangan, kemudian dijawab dengan kritikan. Si kerdil terpaksa memadam sebahagian mesej yang bercorak emosional, kritikan dan kutukan yang ditujukan kepada individu lain atau organisasi. Itu lebih hikmah.
Kritikan terhadap si kerdil secara personal , Insya Allah akan dikekalkan untuk tatapan umum. Kritikan dan cadangan serta idea amat di alu-alukan dan si kerdil mengucapkan jutaan terima kasih. Ini sekaligus menyedarkan diri ini untuk terus bermuhasabah, beramal dan terus berazam walau terintang dengan pelbagai cabaran. Sebenarnya cabaran di zaman Ar-Rasul tiada tandingannya.

Rakan-rakan pengunjung yang budiman,

Si kerdil sebenarnya bukan nak jadi JAGUH di mana-mana. Itu bukan niat si kerdil untuk berada di bumi Mersing ini. Adalah tidak salah diri ini berada di bumi Mersing. Datang sebagai perantau, mungkin diterima, mungkin juga tidak. Balik nantipun sebagai perantau di tanah kampung halaman sendiri. Sejak tingkatan tiga mula tinggalkan kampung halaman, merantau menjejaki ilmu, merantau menabur ilmu, mencari pengalaman, kini mengabdikan diri di bumi Mersing sejak 12 tahun lalu.

Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung.

Pengalaman di bumi Mersing ini banyak mengajar si kerdil tentang erti kehidupan. Kebaikan berada di mana-mana. Keburukan juga boleh berada di mana-mana. Penipuan sering berlaku di mana-mana. Hidup dan mati juga boleh berlaku di mana-mana. Kerenah juga boleh berlaku di mana-mana. Dalam solatpun ada kerenah. Dalam kelaspun ada kerenah. Dalam pejabatpun ada kerenah. Masa nak matipun ada kerenah.
Ada perkara yang boleh berubah dengan usaha kita , juga qada' dan taqdir Ilahi. Ada perkara yang telah ditentukan tanpa perubahan sejak azali, itu hak Allah Yang Maha Esa.

Justeru, apa yang kita lakukan dan bertindak perlu bermula daripada titik keikhlasan. Kejayaan akan lahir daripada keikhlasan diri, keikhlasan usaha dan sebagainya.

Akhirkata... si kerdil suka membawakan cerita Lukmanul Hakim bersama anak dan keldainya untuk peringatan dan pengajaran kita bersama.

n
Satu ketika Lukmanul Hakim ke pasar bersama anaknya untuk membeli seekor keldai.
Dalam perjalanan balik, oleh kerana sayangkan anaknya, Lukman meletakkan anaknya atas keldai sementara beliau berjalan sambil memegang tali keldai tersebut.
Semasa mereka melalui satu kumpulan manusia, kata-kata tidak enak dilemparkan kepada mereka,

q"APA LA ANAK NI?TAK BERHATI PERUT!BAPAK NYA YANG TUA TU DISURUH JALAN, DIA BUKAN MAIN SENANG LENANG ATAS KELDAI TU!"
n

Kemudian Lukman bersama anaknya menunggang keldai berkenaan. Semasa melalui satu kumpulan manusia, kata sindiran berikut turut kedengaran.

q"TAK BERHATI PERUT MEREKA NI! KELDAI SEBEGITU DISURUH MEMBAWA BEBAN BERDUA???"
n

Lantaran itu,... Lukman berjalan bersama-sama anak dan keldainya. Orang masih berkata-kata.

q"ANEH SEKALI? ADA KELDAI TAK DITUNGANGGI?"

nLukman memandang anaknya dan berkata :
"Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan selain hanya kepada Allah S.W.T saja . Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap perkara" .

Sekadar itu untuk kali ini... Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan