* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 11 Mac 2010

Surat Pengarang - TIDAK SETUJU SYARAT LULUS BAHASA INGGERIS SPM UNTUK MOHON KPLI. JANGANLAH TERLALU HIPOKRIT

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS DIPUTRA1980:BHA31359” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mac 2010.

KPM merujuk kepada SMS - Tidak Setuju Syarat Lulus Bahasa Inggeris SPM Untuk Mohon KPLI. Janganlah terlalu hipokrit.

Sebagai makluman Adiputra, Iklan program bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2010 telah dipersetujui dan diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Baca lagi di sini....

Norma Agihan Peralatan ICT di Kolej Matrikulasi, IPGM dan Sekolah

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa norma agihan peralatan ICT bagi Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kolej Matrikulasi dan Sekolah adalah seperti berikut:
Muat turun
Norma agihan IPGM
Norma agihan Kolej Matrikulasi
Norma agihan Sekolah

Surat Pengarang- KELAYAKAN MENERIMA ELAUN MURID KHAS (EMK)

Reaksi :  
e-Maklumbalas Kepada PM.

Merujuk kepada email saudara Amos Aw Teik Onn. Adik saudara yang telah ditukarkan ke Sekolah swasta sememangnya telah hilang kelayakan untuk menerima Elaun Murid Khas (EMK). Ini merujuk kepada SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.3 TAHUN 2009 ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS (KATEGORI ORANG KURANG UPAYA)
Baca lagi di sini...

SPM 2009 - Mersing Tetap Hebat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, jutaan syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan nikmat yang tidak terkira.

Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat berusaha serta memastikan kecemerlangan akademik daerah Mersing menjadi kenyataan.

Sesungguhnya nikmat Allah Yang Maha Pencipta dan BarakahNya ada pasang-surut serta wujud hikmahnya yang tersendiri. Perancangan dan usaha adalah layak dilakukan oleh manusia. Manakala ketentuan adalah Hak Mutlak Allah SWT.

PERATUS LULUS : 92.53%
PERATUS CEMERLANG : 1.80 %
GPS : 5.32


Pencapaian ini telah meletakkan Mersing di TEMPAT KE 4
berbanding daerah-daerah negeri Johor.

ANUGERAH PPD CEMERLANG NEGERI JOHOR
Kategori Peratus Layak Mendapat Sijil

TAHNIAH.

Calon Terbaik Daerah Mersing :

1. Joel Ting Shi Xiang ( 9A+, 1A, 1A-) : SMK Pai Chee
2. Nadhirah Razanah binti Shahrol (9A+, 1A, 1A-) : SMS Sultan Iskandar Mersing
3. Mohamad Amirul Ashraf B Mohd Rezip (JE 037 A051) GP 0.22 : SMS Sultan Iskandar Mersing

Lampiran 1 : Analisis Keseluruhan Mengikut Daerah
Lampiran 2 : Analisis Cemerlang_Mengikut_Daerah
Lampiran 3 : Analisis Mata Pelajaran Negeri Johor
Lampiran 4 : GPMP Negeri Johor
Lampiran 5 : Analisis Keseluruhan Daerah Mersing Mengikut Sekolah
Lampiran 6 : Analisis_Calon_Cemerlang_Daerah Mersing Mengikut_Sekolah
Lampiran 7 : Senarai Calon Terbaik A+. Daerah Mersing
Lampiran 8 : Senarai Calon Cemerlang Sekurangnya_A-
Lampiran 9 : Analisis_Mata Pelajaran Daerah Mersing
Lampiran 10 : TAKLIMAT_SPM_2010

SILA CATATKAN RESPON TUAN/PUAN DALAM RUANG ULASAN DI BAWAH SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG ERATA ATAU KERAGUAN TENTANG DATA DI ATAS.

ERATA :

- SMK Pai Chee : Calon Hadir sebenar ialah 76 orang, bukan 78 orang dan Peratus Lulus 71.05%, bukan 69.23% sebagaimana dalam SAP.
- GPS Daerah Mersing sebenar tahun 2008 ialah 5.24 bukan 5.23 dan beza GPS adalah -0.08, bukan 0.21 berbanding tahun 2008 sebagaimana dalam SAP.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), KPM ingin menjelaskan bahawa dalam proses pemeriksaan skrip jawapan bagi kedua-dua kertas Bahasa Cina 1 (Bahasa Cina) dan Bahasa Cina 2 (Kesusasteraan Cina) dalam peperiksaan STPM, pemeriksa-pemeriksa yang dilantik adalah terdiri daripada pensyarah universiti dan guru tingkatan enam yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dan kesusasteraan Cina.

Baca lagi di sini....
Untuk makluman, terdapat 2 kategori SJKC iaitu Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) . Pembahagian ini adalah berdasarkan kepada status pemilikan tanah. Baca lagi di sini....
Untuk makluma Isu yang dibangkitkan adalah perkara yang melibatkan SJKC. Untuk pengetahuan, SJKC boleh dikategorikan kepada 2 iaitu:
i) Sekolah Kerajaan (SK)
ii) Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK)

Baca lagi di sini.....
Ikuti liputan seterusnya di sini.

Surat Pengarang - PENARIKAN TAJAAN JEJAS PELUANG GURU

Reaksi :  
Penangguhan beberapa program latihan guru di KPM dibuat dengan mengambilkira semua aspek termasuklah perancangan yang teliti bagi memastikan setiap perbelanjaan dibuat secara terkawal dan telus. Penangguhan program-program ini tidak menafikan hak guru-guru untuk memperbaiki tahap profesionalisma mereka. Walaupun program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ditangguhkan, KPM telah melaksanakan program baru iaitu Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada semua guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana. Ini bagi memberi peluang kepada guru-guru yang layak melanjutkan pegajian ke peringkat lebih tinggi. Selain itu juga, KPM masih melaksanakan program sedia ada yang diperuntukkan kepada guru-guru seluruh Malaysia. Program-program ini bukan hanya dilaksanakan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan sahaja, malah oleh Bahagian-bahagian lain yang terlibat.

Baca lagi di sini.

Keputusan SPM 2009 akan dipaparkan lepas jam 10.30 pagi hari ini

Reaksi :  
Assalamu a'laikum & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan berkenaan akan dipaparkan di laman blog ini selepas jam 10.30 pagi 11 Mac 2010.

Wassalam.

Mengimbau Keputusan SPM 2008

Reaksi :  
MERSING HEBAT - MERSING NO 1

KEPUTUSAN SPM 2008



ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM 2008

  • ANUGERAH PPD CEMERLANG KATEGORI PERATUS LAYAK MENDAPAT SIJIL (PERATUS KEDUA TERTINGGI) - PPD MERSING
  • ANUGERAH PPD CEMERLANG KATEGORI LONJAKAN SAUJANA BERDASARKAN GPS (TEMPAT 1) - PPD MERSING
  • ANUGERAH PPD CEMERLANG BERDASARKAN GPS (TEMPAT 1) - PPD MERSING.
  • ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI SBP (TEMPAT 3) - SMS SULTAN ISKANDAR
  • ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI 100% LAYAK DAPAT SIJIL - SMS SULTAN ISKANDAR
  • ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI FELDA BERDASARKAN GPSSMK TAN SRI ABD.KADIR
  • ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG YANG MENCAPAI 100% LAYAK DAPAT SIJIL - SMK TAN SRI ABD.KADIR
  • ANUGERAH PENINGKATAN GPS TERTINGGI SEKOLAH FELDA - SMK TAN SRI ABD. KADIR
sila klik teks/imej di bawah untuk maklumat lanjut :


Analisis Perbandingan Daerah


Analisis Keseluruhan Daerah
Analisis Keseluruhan Sekolah
Analisis Cemerlang Daerah
Analisis Cemerlang ikut sekolah
Prestasi MP Daerah

TAHNIAH BUAT SEMUA WARGA PENDIDIKAN MERSING.

ALLAH BERSAMA ORANG YANG SENTIASA BERUSAHA TANPA JEMU DAN SABAR.

Rabu, 10 Mac 2010

CUTI 23 JANUARI 2010 : PENGECUALIAN HARI GANTI PERSEKOLAHAN

Reaksi :  
Pengetua dan Guru Besar.

Kerajaan Negeri Johor telah mengisytiharkan tarikh 23 Januari 2010 sebagai cuti umum berikutan kemangkatan DYMM Al-Marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail pada 22 Januari 2010.

Sehubungan itu, bagi sekolah-sekolah yang telah mengambil cuti ganti Tahun Baru Cina dan penggantiannya pada 23 Januari 2010 adalah DIKECUALIKAN daripada menggantikan hari persekolahan tersebut. (merujuk surat KPM KP(BPSH-SPDK)201/005/02/(31)

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Lampiran : notis_cuti0001.pdf
Selasa, 9 Mac 2010

Guru patut bergilir ke luar bandar

Reaksi :  
Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.

Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.

Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.

Baca lagi di sini....

60,000 warkah untuk PM berjaya dikumpul

Reaksi :  
Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri mendapat sambutan pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara dengan 60,000 pucuk surat telah diserahkan kepada Pos Malaysia Berhad setakat ini.

Jumlah berkenaan dijangka meningkat sehingga tarikh tutup penyertaan pada 19 Mac ini.

Pengerusi Pos Malaysia Berhad, Tan Sri Dr. Aseh Che Mat, berkata, pertandingan tersebut bertujuan menggalakkan generasi muda menulis surat dan memberi pandangan bernas dalam membangunkan negara.

Baca lagi di sini...

Elaun guru KAFA lebih tinggi?

Reaksi :  
Kerajaan tidak menolak kemungkinan menjadikan guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) sebagai jawatan tetap dan memperoleh elaun lebih tinggi pada masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagi tujuan itu, kerajaan sedang memperhalusi semula skim perkhidmatan dan elaun guru KAFA bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

Menurut beliau, satu jawatankuasa telah ditubuhkan melibatkan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Pelajaran bagi menjalankan kajian berhubung skim perkhidmatan guru KAFA.

Baca lagi di sini....

PM arah kajian menyeluruh penggunaan sistem “pool”

Reaksi :  
Sistem “pool” yang dianggap sebagai alat tindakan pentadbiran bersifat menghukum bagi penjawat awam akan dikaji semula, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, elemen “natural justice” iaitu hak untuk didengar dan dinilai secara berkecuali perlu menjadi sebahagian daripada prosedur.

"Saya mendengar bisikan dan suara hati para penjawat awam. Saya tahu dan saya peduli.

"Jangan berasa gundah gulana dan menganggap saya tidak prihatin atau tidak leka walaupun bisikan itu datang secara perlahan dan bersifat sayup-sayup kedengaran.

"Oleh itu, saya telahpun mengarahkan agar satu kajian komprehensif dilakukan terhadap penggunaan sistem pool itu,” katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (Mappa XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Najib juga berkata, kerajaan akan turut mengkaji konsep “closed-service” iaitu tidak mahu penjawat awam menjadi jumud berikutan sudah terlalu selesa dengan kedudukan masing-masing akibat tidak dapat lagi meningkat dalam karier mereka.

Katanya, beliau mahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi perhatian kepada ehwal pendidikan berterusan, peningkatan kemahiran, perancangan penggantian dan kemajuan kerjaya para penjawat awam.

Sumber : Bernama

Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP

Reaksi :  
Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat kepada guru untuk terus bekerja keras.

Baca lagi...

Surat Pengarang - PROGRAM SUKAN TAK BERCELARU

Reaksi :  
Baca berita seterusnya di sini.

Surat Pengarang - KUASA AUTONOMI SBT DINILAI SEPANJANG MASA

Reaksi :  
Baca berita seterusnya di sini.

Surat Pengarang - TIADA GURU PENDIDIKAN ISLAM

Reaksi :  
Pegawai Pelajaran Daerah Rembau telah maklum perkara ini dan mengambil tindakan segera dengan menempatkan seorang Guru Pendidikan Islam secara beredar selama 3 hari seminggu bermula
24 Februari 2010 untuk mengajar subjek Pendidikan lslam di SJKC Pei Hwa.
Guru ini akan bertugas dan mengajar subjek Pendidikan Islam iaitu 3 hari di SJKC Pei Hwa (Rabu, Khamis dan Jumaat) manakala bertugas 2 hari di SK Kampung Batu (Isnin dan Selasa).
Baca lagi di sini...

Surat Pengarang - PANTAU AUTONOMI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Mohamad asri Shafii, Exco GPMS Perak” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang (Utusan Malaysia bertarikh 22 Februari 2010 – PANTAU AUTONOMI SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI).

Kuasa autonomi yang diberi kepada Pengetua/Guru Besar secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan sekolah. Mereka akan dipantau, dibimbing dan dinilai dari semasa ke semasa dengan fokus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran (P & P) ke arah trend menaik, oleh pihak BPSBPSK, JPN dan PPD.

Baca lagi....

Surat Pengarang - SUPER SCHOOLS RECIPE FOR DISCONTENT

Reaksi :  
First of all, Ministry of Education Malaysia (MES) would like to thank Mr. Ravinder Singh from Penang for giving her opinion through an article in the SUN newspaper entitled “Super schools recipe for discontent” on 22nd of February 2010.
The task of selecting High Performing Schools (HPS) based on the Key Performance Indicator (KPI) is done under the helm of the Inspectorate and Quality Assurance Division, Ministry of Education (MOE). For schools to be qualified as HPS, they must comply with the Verification Malaysia Standard Quality for Education which required them to exceed 90% and above on the marking scheme (excellent level). These schools were then ranked according to the School Grade Point Average (GPA).
More details....

Surat Pengarang - REVIEW SELECTION PROCESS OF HIGH PERFORMING SCHOOLS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) is referring to the writer “SANDRA RAJOO, Ipoh” on the Letter to Editor (The STAR DATED 24 February 2010 – REVIEW SELECTION PROCESS OF HIGH PERFORMING SCHOOLS.
Basically all schools are given equal allocation but it is the leadership’s creativity in utilizing the allocation that determines the school’s achievement. Cooperation with parents and the community at large also helps the school to strive for achievement. High Performing School is an award given by the Ministry of Education in recognition of the school’s efforts in striving for excellence.
More details.....

Surat Pengarang - MEASURING PERFORMANCE

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) is referring to the writer “Malika Vasugi” on TEACHER TALK page, The STAR DATED 21 February 2010 – MEASURING PERFORMANCE.
The task of selecting High Performing Schools (HPS) based on the Key Performance Indicator (KPI) is done under the helm of the Inspectorate and Quality Assurance Division, Ministry of Education (MOE). For schools to be qualified as HPS, they must comply with the Verification Malaysia Standard Quality for Education which required them to exceed 90% and above on the marking scheme (excellent level). These schools were then ranked according to the School Grade Point Average (GPA).
More details....

Surat Pengarang - EXCO SARAN WUJUDKAN PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada BERITA dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 17 Februari 2010 (Exco Saran Wujudkan Pendidikan Seks di Sekolah).
i. Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Sekolah
KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan juga secara merentas kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Baca lagi....

Surat Pengarang - DO MORE FOR OTHER SCHOOLS, TOO

Reaksi :  
The task of selecting High Performing Schools (HPS) based on the Key Performance Indicator (KPI) is done under the helm of the Inspectorate and Quality Assurance Division, Ministry of Education (MOE). For schools to be qualified as HPS, they must comply with the Verification Malaysia Standard Quality for Education which required them to exceed 90% and above on the marking scheme (excellent level). These schools were then ranked according to the School Grade Point Average (GPA).

More details....

Surat Pengarang - ALLOW SEX EDUCATION

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to news published in THE New Straits Times dated 17 Februari 2010 on the issue of ALLOW SEX EDUCATION.
i. Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Sekolah
KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan juga secara merentas kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Baca lagi di sini...

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam ruangan Berita dalam akhbar The New Sabah Times (BM) bertarikh 10 Februari 2010 (Bangunan SMK Segaliud diguna kurang 10 tahun tetapi kini rosak teruk).
Baca lagi di sini....

Surat Pengarang - BAHAGIAN TAJAAN KPM ’SEMBELIH’ GURU

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Kecewa, Sungai Petani, Kedah” dalam ruangan Respons dalm akhbar FIKRAH bertarikh 1 - 4 Mac (Bahagian Tajaan KPM ’sembelih’ guru).
Untuk makluman penulis, Penangguhan beberapa program latihan guru di KPM dibuat dengan mengambilkira semua aspek termasuklah perancangan yang teliti bagi memastikan setiap perbelanjaan dibuat secara terkawal dan telus. Penangguhan program-program ini tidak menafikan hak guru-guru untuk memperbaiki tahap profesionalisma mereka. Walaupun program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ditangguhkan, KPM telah melaksanakan program baru iaitu Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada semua guru untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Kedoktoran dan Sarjana. Ini bagi memberi peluang kepada guru-guru yang layak melanjutkan pegajian ke peringkat lebih tinggi. Selain itu juga, KPM masih melaksanakan program sedia ada yang diperuntukkan kepada guru-guru seluruh Malaysia. Program-program ini bukan hanya dilaksanakan oleh Bahagian Tajaan Pendidikan sahaja, malah oleh Bahagian-bahagian lain yang terlibat.
Baca lagi di sini....

Surat Pengarang - LANGKAH PENJIMATAN MEMBEBANKAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “PEMERHATI 2010, Alor Setar, Kedah“ dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 12 Februari 2010 – LANGKAH PENJIMATAN MEMBEBANKAN.
Untuk makluman, Langkah Penjimatan yang dibuat oleh KPM dan Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah selaras dengan peruntukan perbelanjaan mengurus yang diterima pada tahun 2010 adalah amat kurang. Oleh itu pengurusan IPG melalui 3P (Majlis Mesyuarat Profesional, Pengurusan & Pentadbiran) yang telah bermesyuarat pada tarikh 8 Januari 2010 Bil. 1/2010 telah menetapkan Dasar Perbelanjaan IPG atas peruntukan Perbelanjaan Mengurus (B41) Tahun 2010 akan diutamakan perbelanjaan kepada Pengurusan Pelajar dan Pengajaran & Pembelajaran.
Baca lagi di sini.....

BORANG LAPORAN PRESTASI SARINGAN 1 LINUS

Reaksi :  
Tindakan :SEMUA GURU BESAR DAN PENYELARAS LINUS SEKOLAH


Mohon lengkapkan borang-borang yang dilampirkan dan kembalikan kepada kami (UP: PPPD Bahasa) dengan SEGERA.

Lampiran 1: Laporan_Prestasi_Saringan_1_LINUS_2010.xls

MAKLUMAT GURU-GURU BUKAN OPSYEN BAHASA INGGERIS

Reaksi :  
Tindakan :SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR


Bagi sekolah yang menpunyai guru-guru bukan opsyen Bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran ini, mohon tuan kenalpasti dan calonkan guru berkenaan untuk mengikuti kursus profisiensi Bahasa Inggeris.

Kursus ini akan dikendalikan oleh IPGM Kampus Temenggong Ibrahim di PKG Bandar Mersing dan PKG Endau dalam 4 fasa. Guru yang tuan calonkan MESTI mengikuti kesemua fasa pada tahun ini.

Mohon fakskan senarai guru (nama, no KP dan gred jawatan) yang tuan calonkan kepada kami (UP: PPPD Bahasa )
Tindakan :GKMP DAN KETUA PANITIA MP TEKNIKAL


Bersama ini dihebahkan plan tindakan yang disediakan oleh Unit Teknikal Dan Vokasional JPNJ bagi Mp Perdagangan, Ekonomi Asas dan Prinsip Perakaunan bagi sekolah-sekolah yang menawarkan mp tersebut.
Diminta pihak tuan melaksanakan perancangan peningkatan prestasi mp tersebut mengikut plan tindakan yang telah disediakan ini.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : plan_tindakan_ea_pa_perd.rar
Tindakan :Guru Besar / Guru Penyelaras Zoom �A


1. SJK (C ) Jemaluang - 5 tiket
2. SK Bandar Endau - 25 tiket
3. SK Bandar Mersing - 25 tiket
4. SK Tenggaroh 04 - 5 tiket
5. SK Mersing Kanan - 25 tiket
6. SK Pusat Air Tawar - 30 tiket
7. SK Sawah Datok - 25 tiket (telah didaftarkan. Tahniah)
8. SK Sri Mersing - 25 tiket
9. SK Telok Lipat - 25 tiket

Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan sekolah tuan telah diberi sumbangan akaun tiket Zoom-A oleh YPJ. ( 25 tiket untuk kelas Program Tuisyen Hikmah dan 5 tiket oleh MGB).

2. Tiket-tiket tersebut hendaklah didaftar atas nama murid Tahun 6 yang dipilih untuk Program Tuisyen YPJ di sekolah tuan jika ada. Manakala 5 tiket yang disumbangkan oleh pihak MGB perlulah didaftar atas nama murid Tahun 6 yang tidak termasuk dalam Program Tuisyen Hikmah YPJ, miskin dan berpotensi untuk mencapai kejayaan cemerlang.

3. Sila butiran lengkap sila muaturun Lampiran .pdf dibawah untuk rujukan tuan/puan.

Sekian makluman. Terima kasih.

Lampiran : ZoomAmgYPJ0001.pdf

PENGEDARAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2009

Reaksi :  
Tindakan :Semua Pengetua Sekolah Menengah Atau Wakil Dan S/U Peperiksaan SPM


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan SPM 2009 akan diserahkan kepada sekolah-sekolah melalui tuan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Mac 2010
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Mohon kerjasama tuan, membawa bersama S/U Peperiksaan untuk membuat analisis Pencapaian Murid-murid Penerima Skim Baucer Tuisyen (SBT), Skim Tuisyen Hikmah dan Skim Tuisyen FELDA, jika berkaitan.

Sekian, terima kasih.
Tindakan :Pengetua / Guru Penyelaras Tuisyen Hikmah YPJ / Guru-guru Tenaga Pengajar IBNU SINA SPM

1.SMK Mersing
2.SMK Sri Mersing

Merujuk kepada makluman awal atas perkara yang sama pada 2 Mac 2010, sukacita dimaklumkan terdapat sedikit pindaan dari segi tempat dan masa taklimat tersebut.

Pindaan terkini ialah :

Tarikh /Masa : Rabu, 10 Mac 2010 / 2.30 petang

Tempat : SK TAMAN KOTA JAYA, Kota Tinggi

2. Taklimat oleh pihak Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan melibatkan 12 orang guru-guru tenaga pengajar Tuisyen IBNU SINA sekolah-sekolah daerah Mersing. Sehubungan dengan itu, kerjasama Guru Penyelaras Tusiyen Hikmah sekolah-sekolah yang terlibat adalah diminta untuk memastikan kehadiran tenaga-tenaga pengajar ke taklimat tersebut.

3. Perjalanan ke taklimat tersebut adalah digalakkan secara berkongsi kereta sebagai menepati langkah-langkah penjimatan yang sedang berkuatkuasa sekarang.

Sekian makluman. Terima Kasih.
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor sedang melaksanakan urusan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan memastikan tidak berlaku keciciran dalam urusan tersebut.

Sila dapatkan maklumat lanjut di sini.
Ahad, 7 Mac 2010

Sekolah Bukan SBT turut diberi Insentif Cemerlang

Reaksi :  
Pengetua, guru besar dan semua guru sekolah bukan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang berjaya meningkatkan prestasi akan turut diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insentif akan diberi dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan seperti kenaikan pangkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik Daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah dan melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak di Taman Tasek YDP, di sini, semalam.

Baca lagi di sini....