* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 19 Mac 2010

Surat Pengarang - PROSEDUR PEMILIHAN GURU CEMERLANG DIDAKWA TIDAK TELUS

Reaksi :  

Kerajaan mewujudkan jawatan naik pangkat sebagai Guru Cemerlang adalah untuk mengiktiraf khidmat guru-guru yang benar-benar cemerlang dalam mata pelajaran yang diajar tanpa perlu ditukarkan ke jawatan pentadbiran selari dengan usaha untuk mermartabatkan profesion keguruan. Pengiktirafan guru-guru yang dilantik sebagai Guru Cemerlang akan menjadi role model, sumber inspirasi dan pakar rujuk kepada guru-guru lain untuk mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Baca lagi di sini...

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS (BUNGAJAMBUL:BHA19471) dalam ruangan RAKAN@BH akhbar Berita Harian bertarikh 8 Mac 2010 - TOLONGLAH PERMUDAHKAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK TAHUN SATU, KURANGKAN SUBJEK.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan berkaitan dengan kandungan sukatan pelajaran Bahasa Melaysia dan Matematik Tahun 1.
Baca lagi di sini....

Surat Pengarang - KAJI KESAN PINDAH JAM KREDIT

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 16 Mac 2010 – KAJI KESAN PINDAH JAM KREDIT.
Isu yang di bangkitkan ialah, Kerajaan diminta mengkaji secara halus dan terperinci cadangan yang membolehkan pelajar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang mengikuti kursus setara dengan silibus subjek peringkat ijazah sarjana muda apabila memasuki universiti memindahkan jam kredit mereka. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian pengajian Tinggi perlu meneliti kesan jangka panjang kerana membabitkan pengubahasuaian buku rujukan, tenaga pengajar, aspek penilaian, gred serta penerimaan masyarakat.
Baca lagi di sini....

SURAT PEKELILING BAH AKAUN BIL 1 THN 2010

Reaksi :  
Peraturan-Peraturan Mengakaunkan Cek-Cek Tak Laku

Sila muat turun di sini Download
Khamis, 18 Mac 2010

Sukan sekolah diperkasa 2011

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Kegiatan jadi bahagian khusus, dipisahkan daripada seni, kokurikulum

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan, termasuk memberi lima daripada 10 peratus markah yang diperuntukkan untuk kokurikulum.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata antara lain yang diputuskan ialah menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum. “Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.

Baca lagi di sini...

Seminar PMR 2010

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

CALON Penilaian Menengah Rendah (PMR) dipelawa menyertai Seminar PMR 2010 yang akan diadakan di beberapa bandar terpilih seluruh negara.

Seminar bermula Februari lalu itu sudah diadakan di beberapa lokasi dan yang terdekat ialah di Johor pada 3 dan 4 April yang akan diadakan di Dewan Kuliah N24, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi Norliza Syamsudin melalui telefon 019-7712512.

Hari keputeraan Sultan Johor, Hol Almarhum dipinda

Reaksi :  
Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipinda daripada 8 April kepada 22 November.

Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor, Hari Hol Almarhum turut dipinda daripada 19 Jun 2010 kepada 11 Jan 2011.


Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Januari lalu, iaitu sehari selepas kemangkatan ayahanda baginda, telah berkenan terhadap pindaan tarikh itu. - Bernama

Permohonan dalam talian ke IPTA ditutup 30 Mac

Reaksi :  
Permohonan dalam talian untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi sesi akademik 2009, akan ditutup 30 Mac ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini, borang permohonan aplikasi dalam talian yang dibuka mulai 2 Februari lalu membenarkan pemohon mengemukakan satu kali permohonan dan tiga kali pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.


Kesemua pemohon lepasan SPM yang sudah mengemukakan permohonan ke IPTA FASA 1 wajib mengesahkan permohonan mereka di FASA 2 dengan mengguna pakai nombor Unik ID, nombor kad pengenalan atau My Kad dan kata laluan, nama ibu dan kod imej. "Semua pemohon dinasihatkan mengemukakan permohanan awal bagi meningkatkan kelancaran proses pengurusan permohonan kemasukan ke IPTA," menurut kementerian berkenaan.

Pemohon lepasan SPM dan setaraf boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai 7 April, manakala pemohon lepasan STPM boleh membuat semakan mulai 14 April.

Bagi pemohon program pengajian pendidikan untuk Program Pengajian Lepasan STPM atau setaraf (Ijazah Pertama), semakan panggilan Ujian MedSI boleh dilakukan mulai 15 April 2010.

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi talian am 03-8883 5801, 03-8883 5802 dan 03-8883 5858 atau e-mel upu@mohe.gov.my.
Sementara itu, Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) "Jom Masuk U" tahun 2010 anjuran kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan diadakan untuk membolehkan pemohon dan ibu bapa mendapat maklumat tepat dan terkini mengenai kaedah mengemukakan permohonan kemasukan IPTA.

Mereka berpeluang memperoleh khidmat bimbingan dan kaunseling, kemudahan mengemukakan permohonan melalui Aplikasi Dalam Talian serta semakan syarat khas program bagi menentukan kelayakan mengikuti sesuatu program pengajian.

Karnival itu akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini di Universiti Malaysia Pahang di Gambang, Kuantan, Pahang dan pada 27 dan 28 Mac di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak. - Bernama

Pendaftaran SPM 2010

Reaksi :  
Pendaftaran SPPAT SPM: Kaedah pendaftaran mata pelajaran tambahan berdasarkan prinsip 10+2 dalam Sistem Pendaftaran Online SPM (SPPAT)

IKLAN SPM & SPM(U): Iklan Makluman Pendaftaran Peperiksaan SPM & SPM(U) 2010

Borang SPM: Borang Pendaftaran Peperiksaan SPM 2010 bagi Calon Sekolah dan Calon Persendirian

Borang SPM (U): Borang Pendaftaran Peperiksaan SPM Ulangan 2010

Jadual Waktu SPM dan SPM(U): Jadual Waktu Peperiksaan SPM dan SPM(U) 2010

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 1/2010
Dasar Menghadkan Jumlah Maksimum Sepuluh (10) Mata Pelajaran dan Penambahan Dua (2) Mata Pelajaran Tambahan Dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2010. Klik disini.

Surat Siaran - Syarat-syarat Belajar Semula Di Tingkatan Lima Tahun 2010

Reaksi :  
Surat Siaran : Syarat-syarat Belajar Semula Di Tingkatan Lima Tahun 2010

Sijil LCCI

Reaksi :  
Sijil LCCI: Borang Permohonan Sijil LCCI , Peraturan Pentadbiran Permohonan Sijil LCCI

Semak Semula SPM 2009

Reaksi :  
Semak Semula / Kes T SPM: Borang Permohonan Semak Semula / Kes T , Peraturan Pentadbiran Permohonan Semak Semula , Peraturan Pentadbiran Permohonan Kes T

Jadual Waktu PMR 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua

Jadual Waktu PMR 2010:
Muat Turun Jadual Waktu PMR 2010
Tindakan : Pengetua

Sila muat turun dokumen berikut untuk tindakan seterusnya.

Pendaftaran SPPAT SPM: Kaedah pendaftaran mata pelajaran tambahan berdasarkan prinsip 10+2 dalam Sistem Pendaftaran Online SPM (SPPAT)

Garis Panduan, Arahan Peperiksaan dan Jadual Waktu STAM 2010

Reaksi :  
1. Garis Panduan, Arahan Peperiksaan dan Jadual Waktu STAM 2010
2. Borang Pendaftaran Peperiksaan STAM
3. Panduan Mengisi Borang Pendaftaran Calon STAM
4. Borang Rumusan Mata Pelajaran dan Bayaran
5. Borang Senarai Pusat Peperiksaan
6. Borang Kemasukan Data Sekolah
7. Borang Penilaian Individu (Kerja Kursus S108/41 Adab Nusus)
8. Borang Penilaian Individu (Kerja Kursus S110/41 Balaghah)
9. Borang Rumusan Skor (Kerja Kursus S108/41 Adab Nusus)
10.Borang Rumusan Skor (Kerja Kursus S110/41 Balaghah)
11.Borang dan Panduan Pendaftaran Peperiksaan STAM
12.Borang Berkaitan Kerja Kursus STAM

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2010 dan Garis Panduan Peperiksaan

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar

Sila muat turun dokumen berikut untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

Lampiran : Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2010 dan Garis Panduan Peperiksaan

Penghantaran e-Bank Item Jabatan Pelajaran Johor Tahun 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Selaras dengan hasrat besar Jabatan Pelajaran Johor untuk mensasar pencapaian cemerlang ‘Johor Top 5’ dalam peperiksaan awam, Sektor Penilaian dan Peperiksaan telah mengambil langkah proaktif mewujudkan pangkalan data e-Bank Item dalam Laman web Jabatan Pelajaran Johor di alamat http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v3/johor.php?bhs=bm&aplikasi=14

Pihak sekolah dikehendaki untuk menghantar ‘soft-copy’ soalan yang dibina di peringkat sekolah( Rujuk Lampiran ) ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan bagi tujuan memantapkan lagi Bank Item berkenaan.
Semua set soalan pelbagai aras dan subjek hendaklah dihantar ke alamat email ksoalan@yahoo.com dalam format Microsoft Word 2003 atau 2007 sahaja. Sila maklumkan nama sekolah dan penghantar email untuk rujukan. Sekolah yang terpilih kerana menghantar sumbangan koleksi soalan yang baik atau banyak akan menerima sijil penghargaan dari pengarah.

Surat Pengarang - REVAMP FLOW TO CHOICE SCHOOLS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to Letter to Editor published in THE New Straits Times dated 08 Februari 2010 on the issue of – REVAMP FLOW TO CHOICE SCHOOLS.
Proses penempatan pelajar tingkatan 1/2010 adalah seperti berikut:
i) Semua murid Darjah 6/2009 akan ditempatkan ke 30 sekolah menengah harian yang berhampiran berdasarkan zon penempatan yang telah ditetapkan.
ii) Surat tawaran akan dikeluarkan kepada pelajar bagi sekolah kawalan/kluster/kelas rancangan khas adalah secara manual dengan mengambil dari pengkalan data “Sistem Online Ke tingkatan 1 (KRK, SMKA, KAA & sekolah Kawalan) Jabatan Pelajaran Johor”.
iii) Bagi pemilihan sekolah kluster surat panggilan temuduga hanya dikeluarkan kepada pelajar yang memilih ke sekolah tersebut pada borang offline yang diedarkan berdasar pemohonan awal pelajar. Senarai nama pelajar yang layak juga dikeluarkan di laman web PPDJB pada 10 Disember 2009. Walau bagaimanapun bagi pelajar yang tidak tersenarai tetapi masih berminat. Surat juga dikeluar secara manual.

Baca lagi di sini...

Excellent achievement in High School Performing (HPS) should not be assessed on one aspect only. HPS are assessed holistically in accordance with National Education Philosophy (FPK), to practice integrated education. HPS assessment includes School Grade Point Average (GPA), Verification of Malaysia Standard Quality for Education and also utilise the five annex elements which give importance not only the to academic aspects but also the following:
  • Towering personalities
  • Recognition and awards received from both national and international levels
  • Linkage programmes with institution of higher learning (college and universities)- local and international
  • School networking programmes at the national and international level; and
  • Become national and international benchmark for other schools.
More details...

Surat Pengarang - “LET THE CHILDREN HAVE SOME FUN”

Reaksi :  

New Straits Times bertarikh 28 Februari 2010 – I. “LET THE CHILDREN HAVE SOME FUN”, II. “GOVT SHOULD MONITOR PUPILS’ PROGRESS”, III. “MOVE A FAILURE 47 YEARS AGO”, IV. “IMPROVE THE CURRICULUM FIRST”

Isu yang dibangkitkan adalah respon pembaca kepada tulisan Chandra Devi Renganayar, (NST), bertajuk “Is skipping grade wise for kids?” yang disiarkan di NST pada 21 Februari 2010. Keempat-empat pembaca membangkitkan isu berkaitan kelemahan ‘sistem lompat kelas’ yang pernah dilaksanakan pada 1988 dan pembaca tidak bersetuju sekiranya sistem tersebut dilaksanakan semula.

Baca lagi di sini...
Ministry of Education (MOE) would like to refer to a news published in Guang Ming Daily (A11) dated 13 March 2010 on the issue of – “TOP TEN HIGH PERFOMANCE SCHOOLS DO NOT HAVE HIGH PERFORMANCE IN SPM”.
Excellent achievement in High School Performing (HPS) should not be assessed on one aspect only. HPS are assessed holistically in accordance with National Education Philosophy (FPK), to practice integrated education. HPS assessment includes School Grade Point Average (GPA), Verification of Malaysia Standard Quality for Education and also utilise the five annex elements which give importance not only the to academic aspects but also the following:
  • Towering personalities
  • Recognition and awards received from both national and international levels
  • Linkage programmes with institution of higher learning (college and universities)- local and international
  • School networking programmes at the national and international level; and
  • Become national and international benchmark for other schools.
More details...
Ministry of Education (MOE) would like to refer to a news published in China Press (A18) dated 13 March 2010 on the issue of – “SPM OUTSTANDING: STUDENTS HIGH PERFOMANCE SCHOOL IS NOT OUTSTANDING”.
Excellent achievement in High School Performing (HPS) should not be assessed on one aspect only. HPS are assessed holistically in accordance with National Education Philosophy (FPK), to practice integrated education. HPS assessment includes School Grade Point Average (GPA), Verification of Malaysia Standard Quality for Education and also utilise the five annex elements which give importance not only the to academic aspects but also the following:
  • Towering personalities
  • Recognition and awards received from both national and international levels
  • Linkage programmes with institution of higher learning (college and universities)- local and international
  • School networking programmes at the national and international level; and
  • Become national and international benchmark for other schools.
More details ....

Surat Pengarang - HIGH PERFORMING SCHOOLS SHOW RESULTS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by TENG, Batu Pahat, published The STAR dated 15 March 2010 on the issue of – HIGH PERFORMING SCHOOLS SHOW RESULTS
Excellent achievement in High School Performing (HPS) should not be assessed on one aspect only. HPS are assessed holistically in accordance with National Education Philosophy (FPK), to practice integrated education. HPS assessment includes School Grade Point Average (GPA), Verification of Malaysia Standard Quality for Education and also utilise the five annex elements which give importance not only the to academic aspects but also the following:
  • Towering personalities
  • Recognition and awards received from both national and international levels
  • Linkage programmes with institution of higher learning (college and universities)- local and international
  • School networking programmes at the national and international level; and
  • Become national and international benchmark for other schools.
More details .....

Surat Pengarang - GIVE DISABLED CHILDREN EQUAL CHANCES

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by TENG, Batu Pahat, published The STAR dated 05 March 2010 on the issue of – GIVE DISABLED CHILDREN EQUAL CHANCES”.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa dalam usaha memperkembangkan sistem pendidikan bagi meningkatkan akses ke pendidikan berkualiti bagi kanak-kanak kurang upaya. Adalah dimaklumkan bahawa di bawah tanggungjawab Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), semua sekolah pendidikan khas akan mesra OKU.
Baca lagi di sini....

Surat Pengarang - KABUR ISU ROYALTI DIGUNA DALAM KOMSAS

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “PENYAIR FAKIR, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 15 MAC 2010 – KABUR ISU ROYALTI DIGUNA DALAM KOMSAS.
Untuk makluman penulis, semua karya Komponen Sastera (KOMSAS) yang digunakan sebagai teks di sekolah-sekolah telah mendapat kebenaran daripada pihak yang mempunyai hak cipta atau mengurus hak cipta bagi karya berkenaan melalui satu Perjanjian Lesen Penerbitan yang telah ditandatangani pada tahun 2009 antara pihak Kerajaan dan juga Penerbit/Pemilik karya. Ini melibatkan 159 karya yang dimuatkan dalam Antologi Teks Komponen Sastera untuk kegunaan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Baca lagi di sini....

Berita Harian bertarikh 15 Mac 2010 - (SMS) TEKS BARU TINGKATAN 4 TAHUN 2010 SUDAH DIPERKENALKAN, TETAPI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BELUM MENYEDIAKAN PANDUAN GURU. MENYULITKAN GURU SASTERA


Ikuti respon KPM di sini...
Sila klik untuk :

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN


IKLAN jurulatih sukan 29 -44 SSBP


Syarat Dan Kelayakan Permohonan Jawatan Jurulatih Terbuka
Selasa, 16 Mac 2010

Nenek Sebelah Isteri Kembali ke Pangkuan Yang Maha Esa

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Tengahari semalam, jam 12.45 tgh. Penulis menerima panggilan talipon daripada Ayahanda, menyampaikan berita sedih bahawa nenek sebelah isteri telah kembali kerahmatullah jam 12.18 tgh.

Penulis terus bergegas pulang jam 2.00 petang selepas siapkan keluarga dan beberapa tindakan pejabat yang perlu diselesaikan segera.

Penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sepejabat yang sentiasa memberi sokongan secara langsung atau tidak.

YAH BINTI MARIAM atau YAH BINTI AWANG SENIK, dengan panggilan manja MAK YAH telah dipanggil Allah SWT selepas terlantar sakit tua selama 4 tahun.

Beliau telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Pelagat, Besut, Terengganu jam 5.30 petang.

Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keampunan serta rohnya ditempatkan bersama Solihin dan Para Ambiya'.

Wassalam.
Isnin, 15 Mac 2010

Sistem Baru Gred SPM, Syarat Kemasukan Ke IPTA diperketatkan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth. & Salam Mahabbah.

Dengan pelaksanaan Sistem Penggredan Baru SPM, persaingan untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi lebih sengit. Menerusi pengenalan kaedah pengiraan merit di bawah sistem penggredan baru dengan harapan hanya terbaik sahaja berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Contohnya, sistem baru ini akan dapat membezakan kualiti setiap keputusan peperiksaan, A+ dengan A atau A-. Perubahan tu memang perlu, sejajar dengan kehendak dan perkembangan semasa.

Lampiran : Gred_Baru_Pep_Awam.pdf

Sistem Modular - Lepasan SPM 2009

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia diberitakan akan memperkenalkan sistem berkenaan untuk menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam bagi menggantikan sistem terminal yang dilaksanakan sekarang ini.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.
  1. Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.
  2. Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan ‘open book’.
  3. Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.
  4. Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.

Sekitar Keputusan SPM 2009

Reaksi :  

Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik. - Utusan Malaysia.

Seramai 364,046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berbanding 347,443 pada 2008 dengan 199,155 calon atau 49.6 peratus lulus semua mata pelajaran berbanding 181,419 (47.4 peratus) sebelum itu.

Manakala, seramai 7,987 calon berjaya mendapat gred cemerlang (A+, A atau A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 berbanding 6,277 pada tahun sebelumnya. Seramai 214 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki. 41 orang merupakan calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain kementerian.


Pengumuman Keputusan SPM 2009
Analisis Mata Pelajaran dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Peringkat Nasional (Calon Sekolah BAntuan Kerajaan)
Pengumuman Keputusan STAM 2009

10 Pelajar Terbaik SPM 2009 :
  1. Gladys Tan Yee Kim (Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road Kuching, Sarawak) << Best Student SPM 2009
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak)
Kedudukan MRSM 10 Terbaik Seluruh Malaysia:-
  1. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak
  2. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka
  3. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Terengganu
  4. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Alor Gajah, Melaka
  5. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu, Perak
  6. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Salak, Perak
  7. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor
  8. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Langkawi, Kedah
  9. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat, Johor
  10. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Lipis, Pahang

PNG SPM 2009 Mengikut Subjek

SUBJEK

PNG

Bahasa Melayu 0.72
Bahasa Inggeris 1.25
Matematik 0.22
Pendidikan Islam 0.60
Pendidikan Moral 0.44
Sejarah 0.63
Fizik 1.33
Kimia 0.94
Biologi 1.90
Matematik Tambahan 1.06
EST 1.68

Program Penajaan JPA 2010 - Lepasan SPM 2009

Reaksi :  

Makluman Awal Mengenai Program Penajaan JPA 2010 Bagi Lulusan SPM 2009

Modal Insan berkualiti merupakan prasyarat utama untuk menyokong agenda pembangunan negara.
Oleh itu, Kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan modal insan dilaksanakan secara komprehensif, meliputi usaha-usaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.
Selain itu, langkah akan diambil untuk membentuk individu berintelek dalam bidang sains dan teknologi serta memupuk nilai-nilai positif dan progresif.
Sehubungan itu, Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) akan menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara di peringkat Ijazah Pertama.
Penawaran biasiswa ini diteruskan pada tahun 2010 dengan memberi fokus kepada bidang-bidang kritikal seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi, Sains Perubatan Veterinar, Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta bidang Sains Sosial yang diperlukan oleh perkhidmatan awam dan negara.

Baca lagi di sini.....

Surat Pengarang - PENULIS BELUM DAPAT HONORARIUM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “ZULFAZLAN JUMRAH, Batu Berendam, Melaka dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 12 Februari 2010 – PENULIS BELUM DAPAT HONORARIUM,
Untuk makluman, semua karya Komponen Sastera (KOMSAS) yang digunakan sebagai teks di sekolah-sekolah telah mendapat kebenaran daripada pihak yang mempunyai hak cipta atau menguruskan hak cipta bagi karya berkenaan melalui satu Perjanjian Lesen Penerbitan yang telah ditandatangani pada tahun 2009 antara pihak Kerajaan dan juga Penerbitan/Pemilikan karya.
Baca lagi di sini....

Surat Pengarang - ENOUGH ANALYSIS ON SEX EDUCATION, LET’S JUST DO IT

Reaksi :  
Pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial di Sekolah
KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (dikenali sebagai Pendidikan Seksualiti sebelum ini) sejak tahun 1989 bagi sekolah menengah dan pada 1994 di sekolah rendah. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan dan juga secara merentas kurikulum pelbagai mata pelajaran iaitu bahasa, Biologi, Sains, Sains Tambahan, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Semua murid mengikuti Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan sosial dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

Ikuti penjelasan seterusnya di sini...

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2009

Reaksi :  
PENGUMUMAN KEPUTUSAN
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2009
11 MAC 2010
Dalam tahun 2009, seramai 465,853 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini berbanding 442,936 orang calon pada tahun 2008, pertambahan bilangan calon sebanyak 5.2%.
Ikuti teks penuh pengumuman SPM 2009 di sini.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2009

Reaksi :  
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) TAHUN 2009
11 MAC 2010
STAM merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Universiti al Azhar, Mesir seperti yang termeterai dalam Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoA) pada tahun 1999. Tahun 2009 merupakan tahun kesepuluh STAM dilaksanakan sejak tahun 2000. Kurikulum yang digunakan dalam peperiksaan ini diambil daripada Maahad Bu’uth al Islamiah, al Azhar. Bahasa Arab digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.


Ikuti teks penuh pengumuman STAM 2009 di sini.

PEMANTAUAN PENGGUNAAN INISIATIF ICT SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Reaksi :  
Tindakan :Pengetua / Guru Besar


Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui surat bil KP(BTP-DSR)8809/1/1 Jld 4(40) bertarikh 19 Februari 2010 akan menjalankan pemantauan penggunaan teknologi dalam PnP serta Pengurusan sekolah bagi 8 medan utama iaitu

1. Capaian Internet
2. Pusat Akses Sekolah
3. Makmal Komputer Sekolah
4. EduWeb TV
5. Peralatan PPSMI
6. Perisian Kursus Pendidikan
7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran dan
8. Perkongsian Pintar.



2. Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali seperti berikut :

i ) 21 Mac hingga 09 April 2010.

ii) 20 Jun hingga 09 Julai 2010.

iii) 19 Sept hingga 08 Oktober 2010.


3. Dalam hal ini, semua sekolah di negeri tuan/puan diminta mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui URL : http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my hanya pada tarikh-tarikh di atas sahaja.

4. Sebarang bantuan sila hubungi BTPNJ atau PKG berhampiran.

Sekian, terima kasih.

RPT BM TAHUN 4 HINGGA 6 (SK)

Reaksi :  
Tindakan :Semua Pengerusi Panitia BM SK


Muat turun bahan ini untuk kegunaan sekolah.

Sekian. TQ
Lampiran 1: RPT_BM_SK_STAHUN_4.doc
Lampiran 2: RPT_BM_SK_TAHUN_5.doc
Lampiran 3: RPT_BM_SK_TAHUN_6.doc