* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 9 April 2010

KUTIPAN DATA LDP SECARA SCHOOL BASED TAHUN 2010 ( PERLU DIHANTAR SEBELUM 12 APRIL 2010)

Reaksi :  
Tindakan : Penyelaras LDP Sekolah

Merujuk kepada mesyuarat LDP yang telah diadakan pada 7 April 2010, pihak sekolah telah diberikan tarikh sebelum 25 April 2010 untuk menghantarkan data LDP sekolah tuan.

Bagaimanapun surat mutakhir daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang telah diterima pada 8 April 2010 menghendaki pihak PPD menghantar data tersebut ke JPNJ sebelum 13 April 2010. (sila rujuk surat yang disertakan )

Sehubungan itu diminta kerjasama pihak tuan untuk emelkan data(dalam bentuk text file) melalui alamat emel : pktvppdmg@gmail.com sebelum 12 April 2010 (Isnin)

Kerjasama pihak tuan amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Lampiran : Kutipan_data_LDP.PDF
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Bersama-sama ini disertakan perkara-perkara yang berikut:
1. Installer Slap (Sistem Lantikan Petugas Peperiksaan) Versi 6.0 Emis on-line
2. Aturcara / manual Slap Versi 6.0 Emis on-line
3. Senarai bilangan petugas peperiksaan yang diperlukan
4. Borang cadangan dan pengakuan petugas peperiksaan.

Sistem Lantikan Petugas Peperiksaan Versi 6.0 ini diaplikasi dengan menggunakan data emis on-line yang terkini.Pertanyaan tentang sistem ini bolehlah diajukan ke PPD Mersing (u.p. Unit Penilaian dan Peperiksaan)

Sekian,terima kasih.

Lampiran 1: SISTEM_LANTIK.zip

Kertas Soalan Sains dan Matematik UPSR 2010

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK/SJKC/SJKT

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa format kertas peperiksaan UPSR 2010 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah kekal seperti tahun 2009.

Calon-calon boleh menjawab samada menggunakaan :

a) Bahasa Inggeris sepenuhnya.
b) Bahasa Melayu /Bahasa Cina / Bahasa Tamil sepenuhnya.
c) kedua-dua bahasa samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu/Bahasa Cina/Bahasa Tamil

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan/puan. Wassalam.

Lampiran : Surat Siaran KPM
Khamis, 8 April 2010

Surat Pengarang - Tiada buku panduan sastera

Reaksi :  
KEMENTERIAN Pelajaran merujuk aduan melalui SMS oleh MAAJDIE:BHA04483 dalam ruangan Rakan@bh, 15 Mac lalu mengenai ‘Teks baru Tingkatan Empat Tahun 2010 sudah diperkenalkan, tetapi Kementerian Pelajaran belum menyediakan panduan guru.’

Untuk makluman, menjadi dasar kementerian, Buku Panduan Guru tidak disediakan untuk mata pelajaran komponen sastera.

Kementerian kenal pasti pelajar cenderung bidang vokasional

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

KEMENTERIAN Pelajaran akan mengenal pasti kecenderungan pelajar terhadap bidang vokasional dan teknikal seawal Tingkatan Satu bagi membolehkan mereka memasuki jurusan itu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja separa mahir dan mahir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui cara itu pelajar yang tidak cenderung dalam akademik boleh disalurkan ke sekolah vokasional dan teknik selepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR), berbanding sekarang sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Surat Pengarang - MURID MANDI AIR SUNGAI MASIN – SK Rumah Mentali

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia Telah Melaksanakan Sistem Pembekalan Air Bersih Di SK Rumah Mentali Secara Sistem Tadahan Hujan. Sistem Tadahan Air Di Sekolah Ini Akan Dinaiktaraf Dengan Menambah Bilangan Tangki Air Pada Sistem Yang Tersedia Ada Pada RMKe-10 Akan Datang.

Surat Pengarang - SENIOR TEACHERS SIDELINED

Reaksi :  
Ministry Of Education (MOE) Would Like To Refer To The Letter By Passionate Teacher, Published To THE STAR Dated 28 March 2010 on The Issue Of – SENIOR TEACHERS SIDELINED”.
In The First Phase Of Filling Up The Posts Of DG44 Form Six Academic Teachers, Priority Is Given To DG41 Teachers And DG44 Time-based Teachers Who Taught Form Six In 2007 To 2008 Consecutively And Do Not Hold Administrative Posts. DG44 Time-based Teachers Must Have At Least Five Years Experience In Teaching Form 6 Students In Order To Be Placed As DG44 Form Six Academic Teachers. Senior Teachers Who Hold DG44 Administrative Posts Are Not Being Considered For DG44 Form Six Academic Teacher Posts To Provide Opportunity For More DG41 Teachers To Be Promoted And DG44 Teachers Who Do Not Hold Administrative Posts. However, Senior Teachers Who Hold DG44 Administrative Posts Are Considered In Filling Up Higher Grade Posts I.e. DG48 Form Six Academic Teacher Posts.
1 Murid 1 Sukan. Bagi Memastikan Dasar Satu Murid Mengambil Sekurang-kurangnya Satu Sukan Yang Akan Dilaksanakan Sepenuhnya Pada Tahun 2011 Tercapai, Kementerian Pelajaran Malaysia Telah Merancang Pelbagai Program Terbaik Bagi Menjayakannya Serta memastikan Dasar Ini Akan Berjaya Dilaksanakan Sepenuhnya.
Sila muat turun pekeliling berikut yang menerangkan maksudnya yang tersendiri.

Lampiran : Download

APLIKASI DAN MANUAL LDP UNTUK TAKLIMAT LDP 2010 7 APRIL 2010

Reaksi :  
Difahamkan satu taklimat berkenaan LDP akan diadakan pada 7 April 2010 di Bilik Mesyuarat PPD melibatkan semua guru-guru penyelaras LDP sekolah.

2. Sehubungan dengan itu satu aplikasi beserta manualnya dari JPN akan diedarkan dalam taklimat tersebut.

3. Untuk memudahkan dan memberi pendedahan awal tentang aplikasi itu, guru-guru penyelaras LDP sekolah bolehlah memuaturun aplikasi beserta manualnya dari link di bawah.

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Hj. Md. Azman Asran

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Dukacitanya si kerdil mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Allahyarham Tn Hj Md. Azman bin Hj Asran atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada pagi tadi Rabu 7 April 2010 kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di kampung Sawah Dato'.

Allahyarham merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Nitar dan merupakan suami kepada Pengetua SMK Tenggaroh A, Pn Hjh Zaliha bt Ismail.

Semasa memandu kereta menuju ke SMK Tinggi, Batu Pahat untuk menghadiri satu sesi mesyuarat bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum, si kerdil dimaklumkan tentang tragedi kemalangan tersebut. 15 minit kemudian, si kerdil dimaklumkan berita yang mengejutkan bahawa Hj. Md. Azman telah kembali ke RahmatulLah di Hospital Mersing..

Si kerdil terkedu seketika, tak terkata-kata, tapi terpaksa meneruskan perjalanan ke tempat mesyuarat. Pemanduan si kerdil makin lama, makin perlahan.... kerana memikirkan tentang Arwah dan juga nasib diri ini...

Setiap insan tidak dapat tidak, akan melalui saat berkenaan ... bila? di mana? bagaimana? Hanya Allah yang tahu.

Persoalan : ADAKAH KITA CUKUP BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI SAAT TERSEBUT?

Beliau merupakan kawan seperjuangan, .... yang amat saya hormati. Watak personaliti dan corak pengurusan beliau di sekolah dan keluarga amat dikagumi.

Pemergian beliau merupakan suatu kehilangan besar bagi si kerdil dan warga pendidikan daerah Mersing memandangkan beliau merupakan guru yang dedikasi dan sangat komited dalam menjalankan tugas.

Pengalaman bertugas bersama beliau semasa di SMK Anjung Batu.... sejak awal penubuhannya pada 1998 banyak mengajar erti setia kawan dan kerja sepasukan.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dengan roh para syuhada di syurga, tempat kembali yang sebaiknya. AL-FATIHAH.

SEMPAT ZIARAH DAN TURUT SAMA BERTAHLIL DI TANAH PERKUBURAN KAMPUNG TENGLU.

Selepas memohon keizinan keluar awal daripada mesyuarat... si kerdil terus bergegas pulang ke Mersing untuk sama-sama menunaikan solat jenazah dan turut serta dalam proses pengkebumian... tapi tak sempat.. Ala kullihal si kerdil sempat buat apa yang patut dibuat... .. mudah-mudahan diperkenankan Allah. (2.30 petang)

Si kerdil tak mampu berkata-kata... TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM.

Lampiran : amalan_bila_ahli_keluarga_meninggal_dunia.pdf

Sumber : Portal Rasmi SMK Anjung Batu




Selasa, 6 April 2010

Laman Blog SK Nitar 01

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Si kerdil mengucapkan tahniah dan syabas kepada admin laman blog SK Nitar 01 atas usaha yang baik. Terima kasih atas sokongan semua pihak.

Selamat datang ke dunia digital tanpa kertas.

Rakan-rakan pengunjung yang budiman boleh melayari laman blog berkenaan di alamat url berikut :
http://sk-nitar1.blogspot.com/
http://nitar1.blogspot.com/

Mesyuarat Audit Akademik PMR, SPM & STPM 2009

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya mesyuarat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 20 April 2010 (Selasa)
Masa :

8.00 pagi - 8.15 pagi : Pendaftaran
8.15 pagi - 10.15 pagi : Audit Akademik PMR 2009
10.15 pagi - 10.45 pagi : Rehat & Minum Pagi
10.45 pagi - 1.00 ptg. : Audit Akademik SPM 2009
1.00 ptg. - 2.15 ptg. : Rehat & Makan Tgh.
2.15 ptg. - 5.00 ptg. : Audit Akademik STPM

Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Mersing

Sehubungan itu ,tuan sendiri bersama guru-guru seperti butiran berikut diminta hadir dan turut serta dalam mesyuarat berkenaan.

a) Audit Akademik PMR - Pengetua, GPK1, GKMP Bahasa, GKMP SM & GKMP Sains Kemanusiaan. (semua sekolah menengah)
b) Audit Akademik SPM - Pengetua, GPK1, GKMP Bahasa, GKMP SM & GKMP Sains Kemanusiaan. (semua sekolah menengah)
c) Audit Akademik STPM - Pengetua, GPK1, Enam orang guru yang mengajar Ting. 6 Atas. (SMKUH, SMKM, SMKSM, SMKN & SMKTA)

SILA BAWA 'SOFT COPY' LAPORAN AUDIT AKADEMIK PERINGKAT SEKOLAH.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Jadual Waktu Peperiksaan 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya jadual berkenaan diterbitkan sekali lagi sebagai peringatan Warga Pendidikan Mersing.

Sila rujuk hebahan sebelum ini seperti berikut :

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.

Program Teknik menjawab UPSR "Formula 5A"

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar / Guru Bimbingan Kaunseling

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Sasaran : Calon-Calon UPSR 2010.
Anjuran : Interactive Learning Solution

Murid-murid tahun 4 dan 5 turut digalakkan menyertai program tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta mengenalpasti murid-murid yang ingin menyertai program berkenaan dan sebarang pertanyaan serta urusan berkaitan hendaklah dirujuk kepada pihak penganjur.

Tuan juga dikehendaki mematuhi prosedur membawa murid keluar sekolah yang berkuatkuasa sekarang.

INTERACTIVE LEARNING SOLUTION
016-2583617
016-3023914

Lampiran : Formula 5A.pdf

Mesyuarat JKD Geografi Daerah Mersing Bil.1/2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua / Pengerusi Panitia Geografi Sekolah

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 7 April 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia Geografi Sekolah
Pengerusi : Pengetua SMK Ungku Husin

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Tuan Pengetua agar dapat membenarkan guru berkenaan hadir ke mesyuarat berkenaan.

Sekian . Wassalam.

Isnin, 5 April 2010

Ekonomi baik gaji naik

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Imbuhan untuk kakitangan awam jika produktiviti meningkat: Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, gaji kakitangan awam boleh dinaikkan dengan syarat 1.2 juta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan menyokong inisiatif kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara ekonomi berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri berkata, selagi produktiviti negara meningkat, gaji kakitangan awam akan diselaraskan seiring dengan ekonomi yang lebih kukuh.

Program susu sekolah ditangguh sehingga pengilang patuhi syarat

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Program Susu Sekolah (PSS) akan ditangguh sehingga pengilang terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil "Hazard Critical Control Point" (HACCP), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata satu jawatankuasa bersama telah ditubuhkan antara kementeriannya dan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menetapkan pemerolehan sijil tersebut bagi mengelakkan berulangnya kes keracunan susu di sekolah.

Mesyuarat Pengurusan Guru Cemerlang Bil.1/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 8 April 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Guru-Guru Cemerlang Daerah Mersing

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua dan Guru Besar agar dapat memberi pelepasan kepada guru-guru berkenaan untuk sama-sama hadir ke mesyuarat tersebut.

Sekian untuk tindakan tuan.

Ahad, 4 April 2010

Mencemburui gaji guru

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

SAYA mencemburui guru muda kerana gaji permulaan mereka sekarang berada dalam ranking ketiga selepas doktor dan jurutera awam. Dengan gaji permulaan sebanyak RM2,500 hingga RM2,700 - termasuk beberapa elaun - maka gaji pokok mereka sebenarnya mengatasi sebahagian besar pendapatan eksekutif syarikat swasta.

Kalau di pedalaman, mereka cuci kaki kerana kerajaan menyediakan rumah, televisyen katil tilam, dapur, malah khabarnya set televisyen dan 'mangkuk' Astro di bumbung! Bukan itu sahaja, guru juga ada elaun khas, dengan jumlahnya bergantung kepada tafsiran pedalaman tempat mereka mengajar.

Memang mereka bekerja keras. Tetapi, seribu satu pengumuman tentang kenaikan, elaun, kebajikan, kemuliaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada golongan guru sepatutnya telah meletakkan profesion itu pada tahap yang sepatutnya sekarang.

Baca lagi di sini....

3 sekolah, 7 guru dapat penghargaan

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

iga sekolah dan tujuh orang guru menerima surat penghargaan dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) atas sumbangan warga sekolah dan guru berkenaan kerana menjalankan inovasi ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran.

Sijil penghargaan itu disampaikan Pegawai Pelajaran Daerah, Mohd. Zakaria Yusof pada majlis ringkas di Dewan Sri Warisan, Jalan Omar di sini.

Ia sempena Perhimpunan Bulanan Kedua Pengetua dan Guru Besar Daerah Kota Tinggi melibatkan 95 sekolah menengah dan rendah kelmarin.

Baca lagi di sini....

H1N1 - Sekolah diarah berwaspada

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran hari ini menasihatkan semua sekolah terus mengambil langkah pencegahan bagi mengelak penularan wabak H1N1 di sekolah masing-masing.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihak sekolah sewajarnya mengambil langkah pencegahan sebagaimana arahan yang dikeluarkan ketika penularan wabak itu tahun lepas.

"Arahan itu tetap sama dan saya minta pihak sekolah lihat pekeliling dan arahan yang dikeluar sejak tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Gala Ko-Kurikulum Peringkat Kebangsaan 2010 di Pusat Kokurikulum Kem Tangok, di sini yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kementerian Kesihatan sebelum ini melaporkan terdapat trend peningkatan kes influenza A H1N1 di negara ini sejak tiga minggu lepas dengan purata 50 kes positif H1N1 dikesan setiap minggu.

Kluster gejala seakan influenza (ILI) tertinggi dicatat di Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi (48 kes); Sekolah Menengah Teknik Langkawi (43 kes); Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor (31 kes) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Langkawi Pulau Tuba, Langkawi (30 kes). - Bernama

SEMINAR SKOR A SPM 2010 (KUMPULAN)

Reaksi :  
Sumber : Yayasan Bank Rakyat

Tempat :MUAR,JOHOR
Tarikh Acara : 7/8/2010
Acara : SEMINAR SKOR A SPM 2010 (KUMPULAN)

Keterangan :

Assalamualaikum adik-adik,

Disini kami menawarkan seminar skor A, SPM 2010 di 52 daerah. Seminar ini akan dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan tajaan Bank Rakyat dan kerjasama Berita Harian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web ini atau berkunjung ke cawangan - cawangan terdekat.

Klik disini untuk mendaftar.

SEMINAR SKOR A SPM 2010 (INDIVIDU)

Reaksi :  
Sumber : Yayasan Bank Rakyat

Tempat :MUAR,JOHOR
Tarikh Acara : 7/8/2010
Acara : SEMINAR SKOR A SPM 2010 (INDIVIDU)

Keterangan :

Assalamualaikum adik-adik,

Disini kami menawarkan seminar skor A, SPM 2010 di 52 daerah. Seminar ini akan dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan tajaan Bank Rakyat dan kerjasama Berita Harian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web ini atau berkunjung ke cawangan - cawangan terdekat.

Klik disini untuk mendaftar.

SEMINAR SKOR A UPSR 2010 (KUMPULAN)

Reaksi :  
Sumber : Yayasan Bank Rakyat

Tempat :BATU PAHAT,JOHOR
Tarikh Acara : 10/7/2010
Acara : SEMINAR SKOR A UPSR 2010 (KUMPULAN)

Keterangan :

Assalamualaikum adik-adik,

Disini kami menawarkan seminar skor A, UPSR 2010 di 52 daerah. Seminar ini akan dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan tajaan Bank Rakyat dan kerjasama Berita Harian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web ini atau berkunjung ke cawangan - cawangan terdekat.

Klik disini untuk mendaftar.

SEMINAR SKOR A UPSR 2010 (INDIVIDU)

Reaksi :  
Sumber : Yayasan Bank Rakyat

Tempat :BATU PAHAT,JOHOR
Tarikh Acara : 10/7/2010
Acara : SEMINAR SKOR A UPSR 2010 (INDIVIDU)

Keterangan :

Assalamualaikum adik-adik,

Disini kami menawarkan seminar skor A, UPSR 2010 di 52 daerah. Seminar ini akan dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan tajaan Bank Rakyat dan kerjasama Berita Harian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web ini atau berkunjung ke cawangan - cawangan terdekat.

Klik disini untuk mendaftar.

SEMINAR SKOR A PMR 2010 (KUMPULAN)

Reaksi :  
Sumber : Yayasan Bank Rakyat

Tempat :MERSING, JOHOR
Tarikh Acara : 4/7/2010
Acara : SEMINAR SKOR A PMR 2010 (KUMPULAN)

Keterangan :

Assalamualaikum adik-adik,

Disini kami menawarkan seminar skor A, PMR 2010 di 52 daerah. Seminar ini akan dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan tajaan Bank Rakyat dan kerjasama Berita Harian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web ini atau berkunjung ke cawangan - cawangan terdekat.

Klik disini untuk mendaftar.

SEMINAR SKOR A PMR 2010 (INDIVIDU)

Reaksi :  
Sumber : Yayasan Bank Rakyat

Tempat :MERSING, JOHOR
Tarikh Acara : 4/7/2010
Acara : SEMINAR SKOR A PMR 2010 (INDIVIDU)

Keterangan :

Assalamualaikum adik-adik,

Disini kami menawarkan seminar skor A, PMR 2010 di 52 daerah. Seminar ini akan dikendalikan oleh Yayasan Bank Rakyat dengan tajaan Bank Rakyat dan kerjasama Berita Harian. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web ini atau berkunjung ke cawangan - cawangan terdekat.

Klik disini untuk mendaftar

Rumah kabin ganti bilik di bawah kelas

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Selesai masalah kediaman guru SK Long Lutin

KUCHING: Kementerian Pelajaran akan membina rumah kabin sebagai kediaman empat guru termasuk sepasang suami isteri di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin, Ulu Baram, yang terpaksa tinggal di bawah bilik darjah di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata beliau akan menemui Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan mengemukakan cadangan bagi mengeluarkan peruntukkan kecemasan untuk membina rumah guru kabin itu.

Baca lagi di sini....

SMV laksana konsep Sekolah Keusahawanan

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian

Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Konsep Sekolah Keusahawanan di kalangan Sekolah Menengah Vokasional (SMV) negara ini, dalam usaha melahirkan modal insan yang lebih dinamik serta inovatif, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, konsep baru ini akan menekankan kepada kaedah pendidikan berasaskan pengeluaran hingga pemasaran sesuatu hasil.


Contohnya dalam sektor pertanian, pelajar akan bermula dari proses awal pengenalan bahan seperti benih sehingga produk akhir iaitu pembungkusan dan pengeluaran dalam persekitaran sebenar, katanya.

Baca lagi...

Sekolah Khas..Kemelut MAsalah Disiplin Sekolah

Reaksi :  
* Kerajaan tidak bercadang menubuhkan sekolah khas bagi menempatkan murid bermasalah sebagai langkah mengatasi kemelut disiplin membabitkan golongan itu.

** Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jalan penyelesaian kepada masalah disiplin murid tidak boleh ditangani melalui penubuhan sekolah khas, sebaliknya sokongan semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing bagi mendidik dan menyedarkan mereka.

Ikuti liputan seterusnya di EDUWEBTV.

Senarai Semak Permohonan Murid Sekolah Rendah

Reaksi :  
Sila klik DI SINI untuk muat turun Senarai Semak Permohonan Murid Sekolah Rendah.

Makluman Kepada Semua Guru Negeri Johor

Reaksi :  

EMiS Online telah menyediakan kemudahan Login Guru. Kemudahan ini membolehkan guru menyemak maklumat individu. Guru juga boleh membuat perubahan/penambahan kepada dua submodul iaitu submodul mata pelajaran ajar dan sejarah perkhidmatan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) memaklumkan segala aktiviti berkaitan NKRA adalah berasaskan data EMiS.

Sehubungan itu, semua guru bertanggungjawab untuk menyemak maklumat dalam EMiS Online bagi memastikan data guru sentiasa terkini, tepat dan sahih. Segala perubahan yang ingin dilakukan terhadap medan yang tidak boleh dikemaskini oleh guru hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekolah bagi memudahkan perubahan data dilaksanakan. Guru Data Sekolah mestilah mendapatkan pengesahan daripada pihak pentadbiran sekolah sebelum membuat sebarang perubahan data dalam Sistem EMiS Online..

Kata laluan default adalah nombor Kad Pengenalan. Selepas login, guru boleh menukar kata laluan tersebut. Guru Data dikehendaki memberikan penerangan atau taklimat ringkas kepada semua guru berkenaan dengan kemudahan Login Guru. Kerjasama semua pihak yang terlibat amat dihargai. Sekian.

*Sistem EMiS Online(sila klik).

PENYERAGAMAN PENGURUSAN SISTEM FAIL (PENGKELASAN PERKARA DAN PENGKODAN)

Reaksi :  

Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2007 ' Panduan Pengurusan Pejabat ' telah menetapkan semua agensi kerajaan perlu mematuhi piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Jabatan Arkib Negara.

Jabatan Pelajaran Johor telah membuat beberapa siri bengkel bersama wakil-wakil sektor dan PPD bagi menyeragamkan nombor dan tajuk fail selaras dengan kehendak pekeliling berkenaan. Mesyuarat KS/PPD Bil.1/2010 pada 24 hingga 26 Mac 2010 bertempat di Mecure Hotel, Kulaijaya juga telah memutuskan penyeragaman penggunaan sistem fail yang baru berkuatkuasa pada 1 April 2010.

Sila klik (Pengurusan Sistem fail ).

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Sukacitanya bersama ini disertakan jadual berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan/puan

Lampiran 1 : Panduan_Pengendalian_Pentaksiran_Sekolah.pdf

Lampiran 2 : Jadual_Peperiksaan_SM.pdf

Lampiran 3 : Jadual Waktu PMR.pdf

Lampiran 4 : Jadual Waktu Percubaan_STPM_2010.pdf

Lampiran 5 : Jadual_Peperiksaan_SM.pdf

Lampiran 6 : UPPM_1.jpg

Lampiran 7 : UPPM_2.jpg

Lampiran 8 : UPPM_3.jpg

NOTA : UNTUK JADUAL PEPERIKSAAN SETARA TAHUN 1-5 , PERTENGAHAN TAHUN DAN AKHIR TAHUN AKAN DIMUATKAN KEMUDIAN.

Surat Pengarang - VITAL TO TAKE A STAND ON ENGLISH

Reaksi :  
The Education Ministry Is Implementing A New Curriculum For English Language Effective 2011 For Year One And 2012 For Form One. One Of The Highlights In The New Curriculum For Primary Schools Focuses On The Acquisition Of Basic Literacy And Communicative Skills Through Phonics, Penmanship And Listening And Speaking Instruction. In Addition, The Language Arts Component Will Allow Pupils To Show Appreciation, Demonstrate Understanding As Well As Produce Creative Works For Enjoyment. Grammar Has Also Been Included In The New Curriculum To Enable Pupils To Develop A Sound Grasp Of English Language Structures. Overall, The New Curriculum For Primary Schools Will Cater To The Pupils’ Readiness For The Real-world Experience, In Terms Of Knowledge Acquisition, Information And Communications Technology Skills As Well As Confidence-building.
More details....

Surat Pengarang - MORE HOURS RAISE CONCERN

Reaksi :  
Ministry Of Education Is In View That The Extended Time For Teaching English Would Further Benefit Pupils At Large As This Helps To Strengthen And Enhance Pupils’ Learning Experience. The Move To Increase The Number Of Hours For Teaching English In National And Vernacular Schools By 2011 Will Be Regarded As One Of The Government’s Strategies To Encourage The Mastery Of English Language Through The Transformation Of The Curriculum. The New Curriculum That Begins With Year One, Is Modular In Structure And Focuses On The Acquisition Of Basic Literacy And Communicative Skills. With The New Structure Of Curriculum, Schools Will Be Notified On The Adjustments To Be Made Within The Existing Time-table.
More details....

Surat Pengarang - ELEMENTS OF FUN IN NEW ENGLISH CURRICULUM

Reaksi :  
Emphasis must be on howw language is spoken..
Element of fun in new English Curriculum..
More details...

Surat Pengarang _ GO-GREEN CAMPAIGNS HEALTHY AND THRIVING IN SCHOOLS

Reaksi :  
Implement go-green campaign in schools too...
More detail ...