* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 1 Mei 2010

Al-Fatihah - Nenda Wan Rakiah bt.Wan Kelsom / Abd.Rahman Kembali ke Rahmatullah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Jam 3.17 petang 29 April 2010 (Khamis), si kerdil telah dimaklumkan khabar sedih bahawa Nenda tersayang (Wan Rakiah bt. Wan Kelsom/Abd.Rahman) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 3.15 petang. (selang 45 hari kematian Nenek sebelah ibu )
Sebelum itu si kerdil telah diberitahu tentang kesihatan Nenda yang kian tenat... tidak makan dan tidak minum sejak beberapa hari sebelum itu.
Si kerdil, sebenarnya tika itu sedang menghadiri satu sesi mesyuarat yang penting mulai 25 April 2010 (Ahad), dan sepatutnya berakhir pada 30 April 2010 (Jumaat) di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru.
Bila mendapat tahu keadaan kesihatan Nenda, si kerdil telah membuat keputusan untuk pulang ke kampung.... Selepas mengambil adik kandung di UTM, Skudai.. si kerdil meneruskan perjalanan ke Mersing untuk menjemput isteri .. dan kemudian terus ke Jertih, Besut, Terengganu pada malam itu juga.
Berita kematian Nenda agak memeranjatkan si kerdil... apa lagi sebelum itu... si kerdil pernah berjanji untuk menyambut jenazah Nenda sewaktu diturunkan ke liang lahad. Itu niat si kerdil bila ahli keluarga atau sahabat rapat meninggal dunia. Itu sahaja khidmat terakhir yang si kerdil mampu buat untuk keluarga dan rakan...
Atas janji tersebut.. keluarga di kampung bersedia menunggu kepulangan si kerdil sebelum jenazah Nenda diuruskan dan disemadikan..

Al-Hamdulillah si kerdil tiba di kampung jam 4.30 pagi.. Semasa dalam perjalanan tersebut, si kerdil diuji sebanyak dua kali.... di waktu yang berasingan ... jelmaan kereta yang entah datang daripada mana, tiba-tiba muncul di depan kereta yang dipandu oleh si kerdil.... si kerdil hampir terbabas kerana terkejut... menekan brek..mengelak... tapi kereta itu...tiba-tiba hilang...tanpa bayangpun...
Al-Hamdulillah.. Allah masih sayang kami.... kami tiba ke destinasi dengan selamatnya.
Jenazah mula dimandikan jam 8.00 pagi 30 April 2010 (Jumaat).. oleh ahli keluarga termasuk isteri si kerdil sendiri dengan bantuan dua orang petugas dari Jabatan Agama Islam Terengganu.
Kerja angkat-mengangkat jenazah, dari tempat baringan ke tempat mandian, ...ke tempat kapan, .....ke atas usungan , ....mengusung beramai-ramai ke tanah perkuburan, ......sambut jenazah dan letakkan ke liang lahad diserahkan kepada si kerdil dengan beberapa ahli keluarga yang lain.
Selepas dikapankan... jenazah dibawa ke masjid bersebelahan rumah untuk disembahyangkan..
Solat jenazah berkenaan disertai oleh murid-murid Maahad Tahfiz Bukit Kenak dan Madrasah Falahiah... juga jemaah yang lain...diimamkan sendiri oleh Ayahanda si kerdil..
Si kerdil bagi pihak keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Jenazah Nenda selamat dikebumikan jam 10.00 pagi di Tanah Perkuburan Pelagat... bersebelahan kubur-kubur ahli keluarga yang lain... juga kubur arwah datuk (suami Nenda) yang telah meninggalkan kami sekeluarga sejak 28 tahun yang lalu.
Saat meletakkan jenazah secara mengiring mengadap kiblat dalam liang lahad cukup memberi pengajaran kepada si kerdil.... bahawa dari tanah kita dijadikan... akhirnya kita akan dikembalikan ke tanah... kita ditinggalkan keseorangan...yang tinggal hanya amal kita...sedekah jariah, ...ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh..

SAAT KITA AKAN TIBA.... Tapi entah bila... hanya Allah yang maha mengetahui...Persoalannya : ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK ITU....

Nenda meninggalkan seorang anak lelaki (ayahanda si kerdil) dan dua orang anak perempuan, 18 orang cucu dan 42 orang cicit.

Saat bersama dengan Nenda di zaman kanak-kanak tinggal menjadi kenangan...maklumlah cucu lelaki pertama... dari anak lelaki beliau. Zaman kanak-kanak si kerdil sebelum bersekolah banyak dihabiskan bersama Arwah Nenda dan Datuk... ke denai.. ke sungai... ke hutan kerana mencari kayu api... pandu traktor.... kadang kena marah juga.. sebab...curi-curi pandu traktor bawa kawan-kawan... tarik treler... Tapi marahkan cucu tak sama seperti marahkan anak.
Setiap ajaran dan nasihat Nenda masih dan Insya Allah akan kekal menjadi amalan dan penghayatan dalam kehidupan ini... Terlalu banyak dugaan dan cabaran.. apa lagi bila kita berada di tempat orang... bukan tanah tumpah darah kita... Kecekalan dan semangat arwah Nenda dan Datuk tetap diwarisi .... Didoakan roh Nenda ditempat bersama orang-orang yang soleh. AMIN.

Lampiran : amalan_bila_ahli_keluarga_meninggal_dunia.pdf
Jumaat, 30 April 2010

SIP tingkat prestasi

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

Gabungan tiga komponen menerusi Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP) menjadi inovasi terbaru Kementerian Pelajaran dalam membantu setiap sekolah meningkatkan keberhasilan dan prestasi murid secara konsisten. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SIP mekanisme komprehensif yang dirangka khusus oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri dan McKinsey Colsultant.

Menurutnya, ia dimulai dengan penarafan tahap pencapaian sekolah berdasarkan Skor Komposit Sekolah yang membolehkan setiap sekolah mengetahui kedudukan masing-masing dari segi prestasi akademik murid dan kualiti pengurusan sekolah secara keseluruhan.

Baca lagi...

Khamis, 29 April 2010

Bengkel Penyediaan Plan-J MP PSK SR Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengelola : Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01 (Pengerusi JKD MP PSK)

Guru yang terlibat :

1. Encik Ahmad Hanafi B. Mamat - SK TGH 3
2. Puan Noorainee Bt Salleh - SK Teluk Lipat Endau
3. Puan Fadzliyaton Bt Mustaffar- SK Nitar 2
4. Encik Mohd Fauzi B. Desa - SK(P) Air Tawar Endau
5. Puan Azimah Mat Zin - SKBM
6. Puan Raja Marznura Raja Mazlan - SKSM
7. Puan Salbiah Ibrahim - SKKI
8. Puan Haliza Jelani - SKSD (KETUA)

SILA BAWA BERSAMA BAHAN BERIKUT :

A. Buku Teks Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Tahun 1-6
B. Komputer Riba
Rabu, 28 April 2010

SK Peserian pelik tapi benar

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Pelik tapi benar! Demikian yang berlaku kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Peserian di Semerah yang mengalami masalah kekurangan murid tetapi pada masa sama menghadapi masalah kesesakan dalam kelas walaupun terdapat beberapa bilik darjah kosong tidak digunakan.

Guru Besar SK Peserian, Khalidi Senan berkata, masalah itu berlaku kerana sekolahnya mencatatkan penurunan jumlah murid secara konsisten sejak 2006 iaitu hanya terdapat masing-masing satu kelas bagi murid Tahun 1, 2,3, 4 dan 6.

Menurutnya, bilangan murid sekolah itu ialah Tahun 1 mempunyai 23 murid, Tahun 2 (37 murid), Tahun 4 (44 murid), Tahun 5 (52 murid) dan Tahun 6 (44 murid).

Katanya, masalah timbul kerana Tahun 4 dan 6 hanya masing-masing satu kelas dan tidak boleh dibahagi dua kelas berikutan peraturan kementerian memberi syarat ia hanya boleh dibahagikan jika melebihi 50 murid.

Baca lagi....

SBT berperanan kembangkan budaya kecemerlangan

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Kesemua 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berperanan memberi tunjuk ajar dan berinteraksi dengan sekolah-sekolah yang masih di tahap sederhana bagi mengembangkan budaya kecemerlangan pelajaran, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah berkenaan penting bagi membolehkan lebih banyak sekolah biasa meningkatkan lagi prestasi untuk turut diiktiraf sebagai SBT pada masa depan.

"Kita mahu dengan adanya sekolah sebegini (SBT) budaya prestasi cemerlang boleh diperluaskan bukan kepada sekolah ini sahaja tetapi dengan pengalaman dan bimbingan yang ada, budaya itu boleh dikembangkan.

Baca lagi....

Program pensiswazahan guru sekolah gagal capai sasaran

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Program Pensiswazahan Guru-guru Sekolah Rendah (PGSR) yang dimulakan pada tahun 2008 gagal mencapai sasaran kementerian yang mahu sekurang-kurangnya 50 peratus guru yang menyertai program itu berjaya disiswazahkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, daripada 3,554 guru yang diambil bagi kumpulan pertama untuk program itu, hanya 28.7 peratus sahaja yang berjaya disiswazahkan.

"Faktor kewangan dilihat menjadi punca utama mengapa program ini tidak berjaya mencapai sasaran,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ng Fook Heng di Dewan Negara di sini hari ini.

Baca lagi di sini...

Lagi Permata Hebat - Ping Pong Lelaki Bawah 12 Tahun

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Permata Mersing kian menyerlah di persada MSSJ bila Muhammad Muhaimin Haikal bin Mohd. Fadil, murid tahun lima di SK Nitar 01 meraih tempat ke TIGA dalam acara Ping Pong Lelaki Bawah 12 Tahun Kategori Kaum Bukan Cina, Kejohaan MSSJ di Ledang baru-baru ini...

TAHNIAH. Semoga terus dan sentiasa hebat.

Pasukan Ragbi Rimau Mersing Dapat Tempat Ke Tiga

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Si kerdil merakamkan jutaan tahniah dan penghargaan yang tidak terkira kepada semua anggota pasukan Ragbi Rimau Mersing kerana berjaya merangkul tempat ke TIGA dalam Kejohanan Ragbi Rimau MSSJ di Ledang baru-baru ini. Ini sekaligus meletakkan Mersing dalam senarai kumpulan berprestasi tinggi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan, menyokong, melatih .... apa-apa lagi secara langsung atau tidak langsung....
Selasa, 27 April 2010

Bengkel Pemurnian Modul Program Menggilap Permata 2 2010

Reaksi :  
Tindakan : GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING
(Semua SK Pulau, SK Peta, SJK Cina dan SJK Tamil dikecualikan)


Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

MODUL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Tarikh : 3 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Seorang Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam
Pengelola : Guru Besar SK Lembaga, Endau. Pengerusi JKD Bahasa Melayu SR.
Fasilitator :
a) Pn. Shimaton Shamsuri, SK Sawah Dato'.
b) Pn. Zanariah Zakariah, SK Mersing Kanan.

MODUL MATA PELAJARAN MATEMATIK

Tarikh : 4 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Seorang Guru Mata Pelajaran Matematik Tahun Enam
Pengelola : Guru Besar SK Teriang. Pengerusi JKD Matematik SR.
Fasilitator : En. Rosli Ahmad, SK Nitar 01.

MODUL MATA PELAJARAN SAINS

Tarikh : 5 Mei 2010 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Seorang Guru Mata Pelajaran Sains Tahun Enam
Pengelola : Guru Besar SK Kem Iskandar. Pengerusi JKD Sains SR.
Fasilitator : Pn.Khatijah Awang, SK
Tenglu.

MODUL MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS

Tarikh : 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Seorang Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris Tahun Enam
Pengelola : Guru Besar SK Sri Pantai. Pengerusi JKD Bahasa Inggeris SR.
Fasilitator :
En. Zainal Omar, SK Sri Pantai.

FASILITATOR :

Mohamed Azhar Shahrudin - SK Sawah Dato’ (KETUA)

Shimaton Shamsuri - SK Sawah Dato’

Zanariah Zakariah - SK Mersing Kanan

Zainal Omar - SK Sri Pantai

Khatijah Awang - SK Tenglu

Rosli Ahmad - SK Nitar 01

Setiausaha JKD MP BM,BI,Sains & Matematik

- SK Lembaga

- SK Sri Pantai

- SK Kem Iskandar

- SK Teriang


Guru-Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains

dan Matematik Tahun Enam.


Perhatian : SILA BAWA BERSAMA KOMPUTER RIBA, WAYAR PENYAMBUNG ELEKTRIK, GAMBAR PEGUN DAN MODUL MENGGILAP PERMATA 1 2009.


SETIAP SEKOLAH HANYA PERLU MENGHANTAR SEORANG GURU MENGIKUT MATA PELAJARAN BAGI SETIAP SESI BENGKEL . (TIDAK TERMASUK FASILITATOR)

Kem Jati Diri Kepimpinan Pelajar SMSSI

Reaksi :  
Al-Hamdulillah, si kerdil merafa'kan kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat yang tidak ada nilai bandingnya. Si kerdil juga merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing kerana sudi menjemput si kerdil menyampaikan ceramah kepada peserta kem bertajuk : MEMPERKASAKAN PEMIMPIN GLOBAL DI SBP.

Kem tersebut telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2010 di Nilam Srikandi Resort, Endau, Mersing. Program berkenaan disasarkan kepada kepimpinan pelajar tingkatan empat .

Si kerdil amat terharu dengan sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh guru-guru yang bertugas, fasilitator-fasilitator dan peserta-peserta kem... TAHNIAH kepada semua pihak yang menjayakan kem tersebut.

Berikut disertakan slaid pembentangan si kerdil untuk makluman dan tindakan peserta kem.

Maaf atas kelewatan...

Lampiran : Kepimpinan_Global.rar
Lampiran 2 : Kepimpinan_Global.ppt

Data Kokurikulum Pelajar

Reaksi :  
Gambar
Aplikasi Mengumpul Markah Kokurikulum Ting. 4 2010 di Protal Rasmi Unit Kokurikulum JPNJ http://kokujpnj.com

Dimaklumkan bahawa Pengarah Pelajaran Johor telah menetapkan matlamat ”KRA 3 Melahirkan Insan Berkualiti Yang Dapat Memenuhi Keperluan Global” yang terkandung di dalamnya KPI 3.3 iaitu “90% calon SPM 2011 mencapai Gred minimum ‘C’ dalam penilaian 10% Markah Kokurikulum”.

Sehubungan itu, JPNJ sedang mengumpul data berkaitan secara ’online’ menerusi http://kokujpnj.com Untuk

KLIK muat turun Surat Rasmi (Pdf), Manual memasukkan data, KRA & KPI Pengarah dan Rajah Kaedah Pengiraan Markah Kokurikulum Pelajar.

Mohon kerjasama pihak tuan bagi menyempurnakan tugas memasukkan data secara talian terus (online) ini sebelum 17 Mei 2010.

MAKLUMAT TAMBAHAN KEM PENGUKUHAN SOLAT 2010

Reaksi :  

Tindakan : Penyelaras Dakwah Sekolah.

Merujuk kepada instrumen pengesanan mingguan (Borang PS1) dan Borang Individu, terdapat sedikit pindaan jika melibatkan peserta-peserta/murid-murid perempuan dalam program tersebut di peringkat sekolah masing-masing.

Pindaan yang perlu tuan-tuan perlu lakukan adalah berkaitan dengan skor (peratus) pengamalan solat peserta/murid yang kedatangan haid (diharuskan tidak bersolat). Bagi peserta/murid-murid ini, peratus hendaklah di nilai berasaskan jumlah hari yang mereka diwajibkan bersolat sahaja.

Contoh pengiraan :

3 solat subuh / 4 hari (7 hari diwajibkan - 3 hari uzur) X 100

= 3/4X100 = 75% (Skor ini dimasukkan dalam borang PS1)

Begitu jugalah dengan solat-solat zohor, asar, maghrib dan isyak.

Harap makluma...

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PROGRAM LINUS

Reaksi :  
Surat JPNJ/UPK/33/0058 Jld.2 (49) bertarikh 17 April, 2010.

Mesyuarat Pengurusan Program Pemulihan Khas Bil. 2/2010, Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada 7 hingga 9 April 2010, telah memutuskan pada masa ini guru pemulihan khas hendaklah menumpukan tugas utamanya menjalankan program pemulihan khas tahun 2 dan 3 sehingga arahan lain yang akan di keluarkan kelak.

Murid LINUS Tegar dalam program LINUS hendaklah diajar oleh guru LINUS Tahun 1.

KPI Pengarah Pelajaran Johor adalah Semua Murid Tahun 3 Menguasai 3M di akhir tahun 2011.

Renungan : SIAPA SEBENARNYA YANG TERSEKSA & TINGGAL HARAPAN

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya berikut disertakan dua artikel yang ditulis oleh seorang rakan si kerdil
En Abu Samah bin Zainal Abidin dari Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ untuk perkongsian dan manfaat kita bersama.

Lampiran 1 :
Siapakah sebenarnya yang terseksa.
Lampiran 2 : Tinggal Harapan.
Isnin, 26 April 2010

MAJLIS TADARUS AL QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI JOHOR

Reaksi :  

Majlis Tadarus al Quran dan Fastival Nasyid Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Johor kali ke 36 akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 29 April 2010

Tempat : SMK Dato Menteri Air Hitam Batu Pahat

Masa : 8.00 pagi

Perasmian Penutup : Disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Johor

Harapan si kerdil yang hina ini.... agar murid-murid JUARA MERSING yang akan mewakili daerah tercinta ini ke majlis tersebut agar sentiasa dalam keadaan bersedia dan menghayati konsep MERSING HEBAT dalam setiap langkah dan strategi dalam mengejar keunggulan.

Satu perkara yang perlu diingat bahawa TIADA HAD LAJU DALAM MENGEJAR KEUNGGULAN.. ketepikan daiyah dan suara-suara yang bersifat negatif . Teruskan usaha dengan masa depan anak-anak sendiri dan generasi masa depan.

TAHNIAH KEPADA JUARA DAN INSYA ALLAH BALIK NANTI JUGA SEBAGAI JUARA.

PROGRAM PELALIAN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV) UNTUK MURID SEKOLAH

Reaksi :  
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. /2010
PELAKSANAAN PROGRAM PELALIAN HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV) KEBANGSAAN UNTUK MURID PEREMPUAN TINGKATAN 1 DI SEKOLAH KERAJAAN, BANTUAN KERAJAAN, SEKOLAH SWASTA DAN sekolah ANTARABANGSA SELURUH NEGARA
Kementerian Pelajaran Malaysia menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan pencegahan dan kawalan kanser pangkal rahim (Kanser Serviks) yang berlaku dalam kalangan wanita. Kajian masa kini telah membuktikan bahawa jangkitan HUMAN PAPILLOMA VIRUS (HPV), merupakan salah satu faktor penyebab kanser pangkal rahim. Memandangkan kanser ini adalah kanser yang kedua tertinggi dalam kalangan wanita, Jemaah Menteri pada 19 Ogos 2009 telah meluluskan pelaksanaan Program Pelalian HPV Kebangsaan.
Baca lagi di sini....
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Pricilla Chan, Kuala Lumpur & AT, Johor Bahru, published in THE STAR newspaper dated 4th & 7th April 2010 on the issue of – What a useless and ridiculous ruling & Four hours of kindergarten way too long.
Penambahan setengah jam masa pendidikan prasekolah (dari 3 jam 30 minit kepada 4 jam) adalah tidak membebankan dan meletihkan kanak-kanak. Hal ini tidak berlaku kerana pendidikan prasekolah adalah berkonsepkan belajar sambil bermain dan pendekatan belajarnya adalah sangat fleksibel.
Baca lagi di sini....

Surat kepada Pengarang : TEDIOUS AND IRRELEVANT WORKLOAD FOR TEACHERS

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : TOKOH AKADEMIK SYOR WUJUD PEMBANTU CIKGU

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : KEEP LANGUAGE OF INSTRUCTION STANDARD

Reaksi :  

Baca lagi di sini.....
Isu yang dibangkitkan oleh penulis adalah: -
1. Setiap bulan ada saja pelajar kena buang sekolah ataupun digantung daripada menghadiri kelas.
2. Bulan april ini 10 pelajar dibuang sekolah dan 10 lagi digantung sekolah.
3. Pihak sekolah menyalahkan sepenuhnya semua kesalahan kepada pelajar.
4. Sikap negatif pengawal keselamatan dalam mendepani masalah murid keluar malam dengan memanjat pagar.
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, KPM (BPSBPSK) telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sekolah yang terlibat dalam hal ini. Sebagai makluman, hanya terdapat sebuah sekolah sahaja yang telah mengenakan hukuman gantung ke atas 15 orang murid kerana kesalahan berat yang mereka lakukan. Tiada murid yang dibuang sekolah seperti yang didakwa oleh pengadu.
Baca lagi...

Surat kepada Pengarang : PERTUBUHAN GURU BANTAH KENA AJAR PENDIDIKAN SEKS

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : ADOPT STANDARD TERMINOLOGY

Reaksi :  
Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.
Baca lagi....

Surat kepada Pengarang : ALLOW PARENTS TO AIR VIEWS

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dan sentiasa mengalu-alukan pandangan dari pelbagai pihak berkaitan pembangunan sukan di sekolah.
Dalam pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan, KPM sentiasa berusaha mengadakan perbincangan dan rundingan meja bulat dengan pelbagai pihak dalam usaha untuk mendapatkan input dan maklumat yang lengkap serta memenuhi kehendak semua dan antara pihak yang terlibat antaranya ialah:
  • Kesatuan / Persatuan Guru
  • Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG)
  • Institut Pengajian Tempatan Awam (IPTA)
  • Lain-lain agensi
Baca lagi....

Surat kepada Pengarang : WHY TURN TO AUSTRALIA FOR ENGLISH LANGUAGE TEACHERS?

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by JAYDEE, IPOH published in THE STAR dated 07 April 2010 on the issue of –– Why turn to Australia for English language teachers?’
The suggestions given are indeed good. Currently, we have retired teachers who are hired on a contract basis at various districts throughout the country. Bringing back retired British-trained English teachers is a good idea but these are teachers who have retired about 20 years ago. Will these retired teachers be interested in doing the job as well as being posted to interior areas of our country where the need for English teachers is most acute?
More details......

Surat kepada Pengarang : SEGERA AJAR SUBJEK KESIHATAN REPRODUKTIF

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 09 April 2010 – Segera ajar subjek kesihatan reproduktif.

Baca lagi......

Surat kepada Pengarang : POOR ENGLISH A COMPLEX PROBLEM

Reaksi :  
Education Ministry is aware that the successful implementation of any education policies and programs requires concerted efforts by all parties concerned. Likewise, the effective teaching and learning of the English Language in our schools is a responsibility shouldered by all stakeholders.
There has been continuous efforts by the Education Ministry to improve the standard of English among our teachers and students. A new curriculum for English Language will be implemented effective 2011 for Year One and 2012 for Form One. One of the highlights in the new curriculum for primary schools focuses on the acquisition of basic literacy and communicative skills through phonics, penmanship and listening and speaking instruction. Grammar has also been includes in the new curriculum to enable pupils to develop a sound grasp of English language structures. The new curriculum for English Language in secondary schools will be designed in line with the goverment’s policy on strengthening the English language. Through explicit teaching of the language and students’ participation in purposeful language activities, students will develop salient skills in listening, speaking, reading and writing. Students will become more creative and competent users of information and communication technologies in order to acces information and apply their skills and knowledge.
More details.....
Ministry of Education (MOE) would like to refer to a news published in China Press (A6) dated 02 April 2010 on the issue of – “EXTEND BM & BI SCHOOLS HOURS; PARENT ASSOCIATION CRITIZED MOE FOR MAKING DECISION IN HASTE”.
In line with the curriculum transformation that will take place in 2011, Ministry of Education has introduced the MBMMBI programme which is aimed at strengthening both Bahasa Malaysia and English in both national and national type schools.
More details.....

Surat kepada Pengarang : EMPHASIS IS MORE ON WRITTEN WORK

Reaksi :  
Ministry would like to thank you to the writer for supporting the ministry’s endeavour in strengthening the Bahasa Malaysia and English language. Hence, great pains and effort have been put into the development of the curriculum which places equal importance on the skills of listening and speaking, reading and writing.
More details......

Surat kepada Pengarang : NO FEAR ERODING STATUS OF BAHASA

Reaksi :  

More detail....

More details .....

Surat kepada Pengarang : NO. 1 ONLY IN NAME

Reaksi :  
School's infrastructure said to be falling apart no thanks to vandalism

Baca lagi di sini....

Surat kepada Pengarang : KEEP TEACHING MATH AND SCIENCE IN ENGLISH

Reaksi :  
Kerajaan telah membuat keputusan untuk memansuhkan dasar PPSMI secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010 dan digantikan dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dalam proses peralihan ini, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahawa pengantar masing-masing dalam pengajaran PPSMI.
Dalam melaksanakan Dasar Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI), pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris diperkukuh menerusi pendekatan yang lebih berkesan. Selain itu, waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris juga akan ditambah untuk Tahun 1 tahun 2011 seperti jadual di bawah:

Tahun 1
Tahap 1
Tahap 2
SK
Dari 240 min ditambah menjadi 330 min seminggu
Dari 210 min ditambah menjadi 300 min seminggu
SJK (C) & SJK (T)
Dari 90 min ditambah menjadi 150 min seminggu
Dari 120 min ditambah menjadi 150 min seminggu
Baca lagi....

Surat Kepada Pengarang : ENCOURAGE ENGLISH

Reaksi :  

Ministry of Education is commited and is taking serious measure to improve the standard of the English Language among its pupils.
Under the MBMMBI policy, the teaching period for English in the National Lower Primary Schools will be increased to 330 minutes a week, up from 240 minutes now. In the National Type Lower Primary Schools (Tamil and Chinese), the period for english will be increased to 120 minutes a week from just 60 minutes now. This move will increase contact time between teacher-student and will also provide more opportunities for teacher-students interaction. The teaching hours will commence in 2011 for Year One.
More details.....

Permohonan Kemasukan ke Tingkatan 1 Sekolah Seni Malaysia 2010 (BPSSeM/A11)

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan, Sekolah Seni Malaysia iaitu Sekolah Seni Kuching Sarawak dan Sekolah Seni Johor Bahru akan membuka permohonan kemasukan murid ke tingkatan satu bagi sesi ambilan 2011 bermula 30 April 2010.

Syarat kemasukan :
1. Murid-murid yang menduduki UPSR pada tahun 2010 sahaja yang layak memohon;
2. Kemasukan adalah pada Januari 2011;
3. Hanya empat (4) bidang kesenian ditawarkan iaitu :-
· Seni Visual
· Teater
· Tari
· Muzik
4. Borang permohonan SSeM/BPKM/10, boleh didapati dengan memuat turun dari laman web www.moe.gov.my
5. Salinan sijil seperti berikut perlu disah dan disertakan :-
· Salinan sijil kelahiran murid
· Salinan kad pengenalan murid
· Salinan kad pengenalan ibubapa/penjaga
· Salinan sijil-sijil berkaitan
6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2010
Tarikh Tutup : 16 Mei 2010.
Tempat Pengajian :
  • Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) seperti berikut sahaja iaitu Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).
  • Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
Ketegori :
  • Ijazah Sarjana Muda - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD)
  • Ijazah Sarjana - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah(PPPS)
  • Ijazah Kedoktoran - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)
Surat Edaran
Lampiran A
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Borang KPM BT LD 1_2010
Borang Perakuan Ketua Jabatan
Borang Perakuan Kedudukan Kewangan

Lihat lagi di sini.....