* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 8 Mei 2010

Kerjaya guru bak limau kasturi, lilin membakar diri

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian
Oleh Abdul Razak Hussin

Nukilan pengorbanan beberapa pengajar serlah kemuliaan sebagai pendidik

MENJELANG Hari Guru 16 Mei yang disambut bukan saja kelompok itu malah kalangan yang menghargai peranan dan sumbangan guru, terungkap pelbagai cerita mengenai pengorbanan, jerih payah, suka dan duka mereka.

Tempoh dua tahun di Pusat Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) awal 2000, cukup mengajar penulis mengenal dan menghargai jasa guru membentuk modal insan untuk pembangunan negara. Kita sering mendengar guru yang bertugas di pedalaman, mengorbankan kehidupan meriah di kota atau tempat asal yang lebih membangun.

Mereka berbicara mengenai kepentingan pendidikan yang akan mengubah nasib dan masa depan. Mereka memperkatakan mengenai kegelapan hidup tanpa cahaya yang disandarkan kepada pendidikan. Justeru, guru yang ditemui membuktikan falsafah pendidikan sepanjang hayat yang didukung, dengan melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah pertama dan seterusnya menerusi pelbagai mod.

Meskipun menghadapi kesukaran, mereka tempuh juga untuk mempertingkatkan ilmu dan keupayaan sebagai guru cemerlang yang dimanfaatkan kembali dalam pengajaran mereka. Johnny, guru di sebuah sekolah di Pitas Sabah. Beliau adalah lambang seorang guru dalam pengertian sebenar.

Beliau belajar menerusi program PJJ UKM mulai 1998 untuk menjadi guru yang lebih baik bagi digarap ilmunya dalam pengajaran di sekolah. Setiap Sabtu dan Ahad, Johnny menghadiri kuliah di Kota Kinabalu. Selepas selesai mengajar pada Jumaat, beliau berjalan kaki merentasi jalan tanah merah ke jalan raya yang mengambil masa tiga jam.

Kalau bernasib baik, dapat menumpang lori balak yang membawanya ke jalan raya untuk beliau mendapatkan kenderaan ke pekan terdekat seterusnya menaiki bas ke Kota Kinabalu. Beliau tiba pada sebelah malam dan bermalam di mana saja yang berkesempatan. Pada petang Ahad selepas selesai kuliah, beliau pulang ke rumah tumpangan di Pitas. Begitulah rutin sepanjang pengajian sehingga memperoleh ijazah sarjana mudanya.
Dengan sengaja, Aris (sahabat sejak bersekolah di Johor Bahru) memohon penempatan mengajar di pedalaman Sarawak selepas selesai pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar pada awal 1980-an. Beliau berada di sana selama tiga tahun untuk mengenal realiti dunia pendidikan dan pada masa sama mengikuti PJJ UKM.

Pengalaman bertugas di Sarawak dan di Semenanjung benar-benar menginsafkan beliau mengenai cabaran dunia pendidikan. Keterbelakangan infrastruktur dan tahap kesedaran masyarakat, mencabar profesionalisme. Beliau meneruskan penerokaan sehingga memperoleh ijazah sarjana pendidikan dari UKM seterusnya melanjutkan lagi pengajiannya di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh doktor falsafah.

Sepanjang tempoh pengajiannya, penulis mengetahui bagaimana sukar beliau menyusun hidupnya. Kini, sebagai seorang pensyarah di institut pendidikan, beliau boleh berteori dengan penuh yakin berasaskan pengalaman yang dilalui sepanjang kerjayanya sebagai seorang guru.

Abang Sapali, Ali dan Henry adalah tiga guru sekawan yang belajar menerusi PJJ UKM. Mereka merumuskan cabaran bagi guru yang belajar dan bekerja pada masa sama, amat besar. Bagi mereka, itu adalah pengorbanan. Bukan saja memerlukan keupayaan membahagikan masa antara tugas hakiki sebagai guru, juga sebagai suami, ayah dan anggota masyarakat.

Bukan saja wang ringgit yang harus dirancang bagi memastikan keperluan keluarga dipenuhi malah perasaan sendiri dan kefahaman anggota keluarga terhadap perubahan pola kehidupan yang sedang dihadapi.

Penulis juga mendapati, ramai pelajar sekarang terpaksa membuat pinjaman bank dan menggunakan kad kredit untuk menampung kos pembelajaran.

Kerjaya sebagai guru sememangnya cita-cita Rozi sejak sekolah menengah lagi. Sebagai anak kota, beliau menginsafi kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia yang akan melengkapkan anak Malaysia dalam menghadapi cabaran masa depan.

Dalam tempoh 25 tahun sebagai guru di bandar, pelbagai kerenah pelajar, ibu bapa dan masyarakat yang ditemui. Apabila kita mengimbau pengorbanan guru, sering kali kita digambarkan mengenai kesukaran dihadapi guru yang bertugas di pedalaman.

Namun dalam konteks hari ini, cabaran dihadapi guru di bandar lebih getir. Dengan pelbagai pengaruh dihadapi pelajar, tahap sosio-ekonomi dan pendidikan ibu bapa yang lebih tinggi, kesedaran terhadap hak dan undang-undang serta jangkaan tinggi terhadap piawaian pendidikan menjadikan guru lebih tertekan.

Seperti dihadapi Rozi, siapakah yang paling cepat mengerti kesukaran dihadapi Kamaruldin, anak muridnya yang kematian ibu bapa dan terpaksa mengurus diri sendiri sehingga menjejas pencapaian pelajarannya? Siapakah yang dapat mengubati kemurungan seorang lagi muridnya yang baru kematian ibu dan kakaknya, kalau tidak beliau, seorang guru yang profesional dan sangat prihatin?

Seperti guru lain, selepas menempuh pelbagai cabaran multi peranan, beliau berjaya memperoleh ijazah dari Universiti Terbuka Malaysia.

Catatan ini adalah sekelumit saja daripada hikayat guru berbanding nukilan yang boleh dilakarkan seluas alam. Setiap kejayaan, pastinya bermula daripada seorang guru. Guru sepanjang zaman adalah kerjaya mulia yang memerlukan seluruh minat, iltizam dan kesungguhan penjawatnya.

Banyak sekali harapan dan program negara yang terpikul di bahu mereka.
Justeru, penulis percaya, kerjaya ini sentiasa disemarakkan dengan pelbagai insentif dan peningkatan oleh pemerintah bagi menghargai kepentingannya.

Kalau di negara lebih maju, kerjaya guru masih sangat disanjung masyarakat, tentunya di Malaysia sanjungan itu masih tetap utuh. Dua pelajar yang duduk di kiri dan kanan penulis dalam Majlis Makan Malam Regimental Palapes baru-baru ini, ketika melihat lilin yang terbakar menghiasi meja, mengibaratkan golongan seperti guru bagaikan lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Lantas mereka mencadangkan guru seharusnya menjadi persis limau kasturi yang bukan saja harum mewangi malah selepas memanfaatkan orang lain pun keharuman sendiri masih tidak hilang dan dapat dinikmati.

Penulis ialah Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UKM

Kejohanan Kriket MSS Johor 2010 di Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya si kerdil maklumkan kepada rakan-rakan pengunjung yang budiman bahawa kejohanan tersebut sedang berlangsung mulai semalam 7 April hingga 9 April (Ahad) ini di beberapa tempat pertandingan seperti SMS Sultan Iskandar Mersing, SMK Anjung Batu, SMK Sri Mersing dan SMK Pai Chee.

Mersing diwakili oleh pasukan daripada SMSSI dan SK Sri Pantai.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA PASUKAN KITA DAN JK PENGELOLA...

SEMOGA PERMATA KRIKET... TURUT BERSINAR DI PERSADA JOHOR.
Jumaat, 7 Mei 2010

PERUTUSAN KPPM SEMPENA HARI GURU 2010

Reaksi :  
PERUTUSAN HARI GURU 2010
oleh
Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan pelajar yang dikasihi sekelian.

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, sekali lagi pada tarikh ini, 16 Mei 2010, kita dapat menyambut hari paling istimewa bagi para pendidik iaitu Hari Guru. Tanggal 16 Mei setiap tahun sejak 1972 disambut untuk kita semua memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada profesion keguruan selain mengenang jasa dan pengorbanan para guru dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjasa kepada bangsa dan negara.
Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM telah mengedarkan Panduan Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan pada 23 Mac 2010. Untuk maklumat lanjut sila rujuk lampiran.

PENILAIAN SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR (JOHOR) 2010

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahwa Jabatan Pelajaran Johor amat berbesar hati atas kejayaan 13 Sekolah Rendah dan 13 Sekolah Menengah Johor untuk menyertai program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Sesi 2009 -2010. Jumlah penyertaan ini merupakan yang tertinggi di peringkat kebangsaan.
Untuk makluman sekolah terlibat dan surat berkaitan daripada JPNJ,

Syabas buat semua Guru Besar dan Pengetua sekolah-sekolah terlibat.
Sesi penilaian akan berlangsung mulai 27 April 2010 hingga 31 Mei 2010.
Program ini adalah hasil kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar(JAS), Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan objektif pembudayaan, pemupukan dan pengembangan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar.

Jabatan Alam Sekitar Cawangan Johor dengan kerjasama JPNJ bercadang mengeluarkan Sijil Pengiktirafan Status Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat Negeri Johor kepada semua sekolah terlibat dan melepasi standard piawaian ditetapkan. Pemilikan sijil ini mencerminkan wujudnya budaya amalan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar untuk alam sekitar di sesebuah sekolah dan komunitinya.

Lampiran : Arahan JPNJ

Sumber : Portal Rasmi JPNJ.

Item/Kertas Kerja Bilik Operasi Pentaksiran dan Setiausaha Peperiksaan Cemerlang

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Si kerdil merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah atas kerjasama pihak sekolah terutama Setiausaha Peperiksaan Sekolah yang telah menjalankan tugas dengan mantap dan cemerlang.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah mengambil inisiatif penambahbaikan 360 darjah bagi memastikan pengurusan pentaksiran dan penilaian peringkat sekolah berjalan dengan baik dan bersistematik.

Sehubungan itu, Item/Kertas Kerja Bilik Operasi Pentaksiran dan Setiausaha Peperiksaan Cemerlang diedarkan untuk panduan pihak sekolah.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pindaan tarikh ujian ini terpaksa dilakukan kerana ramai pelajar di sekolah-sekolah daerah Johor Bahru terlibat dengan MSSM sehingga 22 Mei 2010. Disamping itu ramai pelajar juga terlibat dengan Majlis Hari Guru Peringkat Negeri di daerah Kluang.

Lampiran : (surat JPNJ)
Khamis, 6 Mei 2010

TAHNIAH Permata Pendidikan - Johan Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Mersing 2010M/1431H

Reaksi :  
Assalamu 'alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, si kerdil bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat kesihatan dan kesejahteraan pada hari ini sehingga memungkinkan diri yang lemah ini hadir dan turut serta dalam beberapa siri aktiviti akademik pada hari ini seperti Bengkel Pemurnian Modul Program Menggilap Permata 2 di PKG Bandar Mersing, Bengkel Plan-J Mata Pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan SR di PPD Mersing, Mesyuarat Pembinaan Item Selaras Negeri Johor Bagi Mata Pelajaran Sejarah PMR, Sains SPM & Pendidikan Seni Visual STPM di SMKSM dan Perbincangan Isu-Isu KIP Seri Mersing yang berlanjutan hingga jam 6.00 petang. Kelangsungan ini berlaku bersama tindakan-tindakan lain bagi memenuhi tuntutan perkhidmatan.

Sebelah malamnya... baru tadi, si kerdil diamanahkan untuk mewakili Tuan PPD Mersing ke Majlis Penutupan Rasmi Perujian Tilawah Al-Quran dan Berzanji Peringkat Daerah Mersing Tahun 2010M/1431H yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Mersing, kelolaan Pejabat Agama Daerah Mersing.

Majlis Perujian tersebut telah berlangsung sejak pagi tadi hingga ke malam ini. Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh YB. Dato' Abd. Razak Hassan, Pegawai Daerah Mersing dengan jayanya. TAHNIAH kepada Pejabat Agama Daerah atas penganjuran majlis yang berprestij tersebut.

Apa yang si kerdil nak kongsikan di sini ialah PERMATA PENDIDIKAN AL-QURAN kita, Ustaz Abd. Aziz bin Ibrahim, Guru KKQ SMK Mersing telah dinobatkan sebagai JOHAN PERUJIAN TILAWAH AL-QURAN KATEGORI LELAKI, mewakili Mukim Tenglu.

Ini sekaligus memberikan imej yang positif kepada Warga Pendidikan Daerah Mersing.

Berikut keputusan penuh perujian berkenaan :

ACARA BERZANJI :

Kategori Lelaki.

JOHAN : En. Nazri Hj.Ahmad (82%) mewakili Mukim Bandar.
NAIB JOHAN : Ustaz Abd. Aziz Ibrahim, Guru KKQ SMK Mersing (76% - kelebihan tajwid) mewakili Mukim Tenglu.
TEMPAT KE TIGA : En. Mursyid Basumi (76%) mewakili Mukim Tenggaroh.

Kategori Perempuan :

JOHAN : Pn. Norhafni (87%) mewakili Mukim Endau.
NAIB JOHAN : Pn.Junainah Mahmood (81%) .
TEMPAT KE TIGA : Pn. Raziah Zainuddin (73%) mewakili Mukim Tenggaroh.

ACARA TILAWAH AL-QURAN :

Kategori Lelaki :

JOHAN : Ust. Abdul Aziz bin Ibrahim (81%), Guru KKQ SMK Mersing, mewakili Mukim Tenglu.
NAIB JOHAN : En. Nazri bin Hj.Ahmad (79%) mewakili Mukim Bandar.
TEMPAT KE TIGA : Hj.Noh Hj.Osman (74%) mewakili Mukim Endau.

Kategori Perempuan :

JOHAN : Pn. Norhafni Salleh (82%) mewakili Mukim Endau.
NAIB JOHAN : Pn. Saunah Sufaat (81%)
TEMPAT KE TIGA : Pn. Raziah Zainudin (73%) mewakili Mukim Tenggaroh.

TAHNIAH ... TERUSKAN PERJUANGAN BAGI MEMARTABATKAN AL-QURAN.

Taklimat Pelaksanaan Program Menggilap Permata 2 Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program Menggilap Permata akan diteruskan pada tahun ini sepertimana pelaksanaannya pada tahun 2009 dengan sedikit penambahbaikan.

Sehubungan dengan itu, satu taklimat berkenaan program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran :

1. Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (KECUALI SK Pulau, SK Peta, SJK Cina dan SJK Tamil)

2. Pengerusi-Pengerusi Zon (Bandar, Tenggaroh, Nitar dan Endau)

Pengelola : Guru Besar SK Sawah Dato', Pengerusi JKD Kecemerlangan.

Harap maklum.

Rabu, 5 Mei 2010

Laporan Program Immersion Guru Berasaskan Sekolah

Reaksi :  
PENGETUA DAN GURU BESAR

SMK Mersing

SMK Nitar

SMK Ungku Husin

SK Mersing Kanan

SK Sawah Dato'

SK Sri Mersing

SK Sri Pantai


LAPORAN PROGRAM IMMERSION GURU BERASASKAN SEKOLAH – GURU CEMERLANG


Perkara di atas adalah dirujuk. Surat kami PPDMG/21/07/005 ( ) bertarikh 14 Ogos 2009M dan

PPDMG/21/07/005 Jld 3 ( ) bertarikh 28 april 2010 adalah berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak kami telah diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Johor mengumpulkan laporan pelaksanaan program tersebut pada tahun 2009 dan 2010.

Program berkenaan disasarkan kepada Guru Cemerlang sebagai Guru Immersion dan tiga orang guru yang dibimbing sebagai Rakan Immersion bagi setiap Guru Cemerlang di sekolah yang sama. (seperti ketetapan tahun 2009).

Sehubungan itu, tuan diminta dengan kadar SEGERA membuat laporan pelaksanaan program tersebut pada tahun 2009 dan 2010 dengan mengambil kira kekuatan, kelemahan, cabaran/halangan dan penambahbaikan. Laporan berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dalam bentuk ‘hardcopy’ (dengan pengesahan Pengetua atau Guru Besar) dan ‘softcopy’ (u.p. PPPD Kurikulum atau email : akademikmg@gmail.com)

Si kerdil merakamkan jutaan terima kasih kepada Rakan-Rakan Immersion dan pihak sekolah yang telah mengambil tindakan sewajarnya... terima kasih juga kepada yang belum buat apa-apa tindakan... (setakat ni, baru satu sekolah hantar laporan)

PROGRAM INI AKAN DITERUSKAN DENGAN SEDIKIT PENAMBAHBAIKAN.

RAKAN PENGUNJUNG YANG INGIN MEMBUAT ULASAN, SILA CATATKAN CADANGAN DAN KOMEN TUAN/PUAN DI RUANG ULASAN.

Pertimbangan dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.

Lampiran 1 : Program_Immersion_Guru_Cemerlang.pdf

Selasa, 4 Mei 2010

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Enam Bawah 2010

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan Semakan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah Sesi 2010 boleh disemak melalui laman sesawang www.moe.gov.my mulai 3 Mei 2010 hingga 1 Jun 2010.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan telah diadakan pada 29 April 2010 di SMK Datuk Menteri, Batu Pahat.

Si kerdil mengucapkan tahniah kepada anak-anak permata yang telah berjaya mendapat tempat dalam kumpulan tiga terbaik negeri Johor.

Acara : BERCERITA (Lelaki) - MOHD FAUZAN AFIQ B SHAHRUDIN (SK Sri Pantai) - TEMPAT KE TIGA (87.5 PERATUS)

Lampiran : Keputusan Rasmi 1 Mtqss Negeri Johor 2010

Lampiran 2 : Keputusan Rasmi 2 Mtqss Negeri Johor 2010

Permata MSSJ - Karnival Sukan dan Permainan MSS Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa karnival tersebut telah diadakan pada 23 hingga 25 April 2010 di Ledang, Tangkak, Johor.
Nilai Mersing Hebat masih terserlah dengan pencapaian anak-anak permata yang mewakili daerah Mersing ke karnival berkenaan.

1. Sepak Takraw Bawah 12 Tahun - NAIB JOHAN
2. Ping Pong (Perseorangan Bukan Cina Lelaki Bawah 12 Tahun) - Tempat ke TIGA
3. Ragbi Rimau (Lelaki 12 Tahun) - Tempat ke TIGA
4. Tenis (Perseorangan Lelaki 18 Tahun) - Tempat ke EMPAT
5. Memanah - Satu Perak, Dua Gangsa dan Dua Gangsa Berpasukan.

Si kerdil merakamkan jutaan tahniah dan penghargaan kepada anak-anak yang telah berjaya atau menunjukkan bibik-bibik kejayaan .. bagi yang belum berjaya... teruskan usaha.
Terima kasih kepada guru-guru atau sesiapa sahaja yang terlibat melatih dan mengurus kontinjen Mersing ke karnival tersebut.