* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 14 Mei 2010

Alahai..PELAPORAN ADAPP

Reaksi :  
Setelah tamat tempoh penghantaran data ADaPP dukacita dinyatakan terdapat 6 buah sekolah yang masih gagal menghantar data tersebut seperti yang diminta walau pun telah disusul dengan peringatan demi peringatan dan panggilan telefon iaitu
SK Air Papan, SK Tg Resang, SK Pulau Aur, SK Peta, SJK (T) Jln Ismail dan SMK Nitar manakala SK Tenggaroh 4 tidak mengisi jadual guru keluar.

Mohon kerjasama pihak PGB dan GPK 1 sekolah-sekolah berkenaan supaya memastikan data tersebut dihantar segera untuk tujuan penggabungan dan tindak ikut seterusnya.
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini aplikasi yang digunakan ialah aplikasi ADaPP Versi 2 seperti yang dimuatnaik di blog MERSING HEBAT dan tiga fail yang dihantar ialah fail-fail DIMGV2.txt, DStafV2.txt dan DSekV2.txt sahaja.

Kegagalan pihak tuan memberikan kerjasama yang sepatutnya akan menyebabkan kegagalan penggabungan data di peringkat daerah dan seterusnya di peringkat negeri.
Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah yang telah memberikan kerjasama.

BILA AGAKNYA ... ISU SEBEGINI NAK SELESAI....?
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor melalui SUKJ.629/4-3Jld.3 (18) bertarikh 19 APRIL 2010 telah mengarahkan agar BENDERA NEGERI JOHOR diberi keutamaan dari segi kedudukannya mengatasi kedudukan BENDERA MALAYSIA seperti lampiran.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar mengambil tindakan sewajarnya berkenaan arahan ini.

Lampiran 1 :
Surat SUK.pdf
Khamis, 13 Mei 2010

SEGERA : Laporan Program Immersion Guru - GURU CEMERLANG

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar sekolah berkenaan.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini tentang perkara tersebut adalah dirujuk dan berkaitan :

Laporan Program Immersion Guru Berasaskan Sekolah


Terima kasih kepada pihak sekolah yang menghantar laporan tersebut kepada kami.

Sekolah yang telah menghantar laporan :

1. SMK Mersing (Sejarah Sahaja)
2. SK Sawah Dato' (Pendidikan Islam)
3. SMK Nitar (Matematik Sahaja)
4. SK Bandar Endau (Pendidikan Khas Sahaja)
6. SK Sri Pantai (DIKECUALIKAN KERANA MASALAH KESIHATAN)
7. SK Sri Mersing (DIKECUALIKAN)
8. SMK Ungku Husin (Bahasa Melayu) diterima 14 Mei 2010 (kemaskini 14 Mei 2010)
9. SMK Ungku Husin (PJPK) diterima 19 Mei 2010 (kemaskini 19 Mei 2010)
Namun dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat pihak sekolah yang GAGAL menghantar laporan tersebut seperti berikut :
1. SMK Mersing (Pendidikan Islam)
2. SMK Nitar (Bahasa Inggeris)
3. SK Bandar Endau (Pendidikan Islam.. kini guru berkenaan telah berpindah ke SK Sri Mersing)
4. SK Mersing Kanan (Bahasa Melayu)
Sehubungan itu dipohon jasa baik pihak sekolah agar dapat memberi perhatian sewajarnya kepada perkara berkenaan dan mengambil tindakan dengan kadar SEGERA.

SEGERA : Laporan Pelaksanaan SEGAK Bulan Mac 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini tentang perkara tersebut adalah dirujuk dan berkaitan :

Dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat pihak sekolah yang GAGAL menghantar laporan tersebut sebagaimana ketetapan sebelum ini...
Sehubungan itu dipohon jasa baik pihak sekolah agar dapat memberi perhatian sewajarnya kepada perkara berkenaan dan mengambil tindakan dengan kadar SEGERA.
Rabu, 12 Mei 2010

Permata : Kejohanan Hoki MSSM Daerah Mersing 2010

Reaksi :  
Pesta Hoki Bawah 12 tahun telah selamat di jalankan bertempat di SK.LKTP Nitar 2 pada 4 & 5 Mei 2010 yang lalu.

Berikut keputusan Pertandingan:

a) Pasukan Hoki P12 :

Johan :SK.LKTP Nitar 2 (A)
N.Johan:SK.Sawah Dato
Ketiga :SK Sri Pantai

b) Pasukan Hoki L12 :

Johan : SK Sawah Dato
N.Johan: SK.LKTP Nitar 2 (A)
Ketiga : SK.LKTP Nitar 2 (B)

Pasukan Perempuan B12 terus di Ungguli oleh Pasukan SK LKTP Nitar 2 (6 tahun) berturut-turut dan Pasukan lelaki oleh SK Sawah Dato.

Semoga berjaya di peringkat MSSMJ, yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Mei, di Stadium Hoki Bandaraya Johor Baharu.

PERGI DENGAN JUARA, BALIK SEBAGAI JUARA.

Terima kasih kepada Pengelola Pertandingan MSSMD
SK.LKTP NITAR 2.

PELAKSANAAN SKIM BANTUAN TUISYEN 2010

Reaksi :  
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Skim Bantuan Tuisyen ( SBT ) akan dilaksanakan seperti biasa.

Bagi sekolah yang telah membuat permohonan pada awal tahun melalui PPD bolehlah melaksanakannya melibatkan hanya murid tahun 6 sahaja dalam tempoh masa 6 bulan bermula dari awal bulan Mei 2010.

Pihak tuan diminta menyusun jadual yang padat mengikut kemampuan dan kesesuaian memandangkan masa yang agak terhad. Pihak sekolah juga diminta membuat permohonan kebenaran mengajar SBT dan diajukan ke PPD untuk mendapat kelulusan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

Lampiran 1: sbt2010.PDF

Laman Blog e-English Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya si kerdil merakamkan jutaan TAHNIAH kepada PPMP Bahasa Inggeris Daerah Mersing atas kelahiran laman blog e-English berkenaan.

Moga ianya boleh menjadi salah satu sumber maklumat untuk perkongsian semua pihak walau di mana berada.

Tuan/Puan boleh layari laman blog berkenaan di alamat url berikut : http://ppmpbimersing.blogspot.com
Selasa, 11 Mei 2010

Terkini : Program Menggilap Permata 2 Siri 1/2010

Reaksi :  








Tindakan : Guru Besar Semua Rendah Daerah Mersing
(Kecuali SK Pulau, SK Peta, SJKC dan SJKT)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa :
7.30 - 8.00 pagi : Pendaftaran
8.00 - 9.00 pagi : Taklimat Program
9.00 - 10.00 pagi : Ucaptama PPD Mersing
10.00 - 10.30 pagi : Minum Pagi
10.30 pg. - 1.00 petang : Motivasi dan LDK
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.

Sehubungan itu, tuan diminta menghantar murid-murid sekolah tuan mengikut ketetapan agihan peserta seperti lampiran.
Guru-Guru berikut turut diminta hadir ke program tersebut.

1. Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling
2. Guru Penolong Kanan 1.
3. Guru Pengiring mengikut keperluan pihak sekolah.

URUSETIA SIRI 1 :

1. SK Kem Iskandar Mersing - Pendaftaran
2. SK Teluk Lipat - Teknikal dan Siaraya
3. SK LKTP Tenggaroh 1 - Pengelolaan dan Pengacaraan Majlis
4. SK Nitar 01 - Jamuan

Lampiran 1 : Surat_Panggilan_siri_1.pdf
Lampiran 2 : Cadangan_Agihan_Peserta_Mengikut_Sekolah.pdf
Lampiran 3 :
surat_makluman.pdf
Lampiran 4 : Surat_lantikan_pegawai_berkereta.pdf
Lampiran 5 : Surat_lantikan_urusetia_siri_1.pdf
Lampiran 6 : Jadual_Umum_PMP2.pdf
Lampiran 7 :
Jadual_Mengikut_MP_PMP2.pdf
Lampiran 8 :
Jadual_Pelaksanaan_Mengikut_Zon.pdf
Lampiran 9 :
Jadual Tugasan Guru MP BI.pdf
Isnin, 10 Mei 2010

Ahlan Wa Sahlan Pelajar Baru Pra Universiti

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya si kerdil mengucapkan selamat datang dan ahlan wa sahlan kepada pelajar baru Pra Universiti Enam Rendah yang telah melapor diri pada hari ini di beberapa lokasi seperti berikut :

1. SMK Sri Mersing
2. SMK Mersing
3. SMK Ungku Husin
4. SMK Nitar
5. SMK Tenggaroh A

Selamat maju jaya... ingat hanya selangkah lagi anda akan ke UNIVERSITI.
Buktikan kemampuan anda... semua orang berpotensi untuk berjaya. #

TAHNIAH SK Sri Pantai - Permata Kriket L 12 MSS Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kurnian rezeki yang tidak terkira, bahkan kadang-kadang berlaku di luar jangkaan akal kita.

Si kerdil merakamkan jutaan TAHNIAH kepada Pasukan Kriket L12 SK Sri Pantai yang telah mewakili daerah Mersing dalam Kejohanaan Kriket MSS Johor pada 7 hingga 9 Mei 2010 yang lalu.

Hasilnya ...pasukan berkenaan telah dinobatkan NAIB JOHAN Kriket L12 MSS Johor.

Teruskan usaha... jangan lupa amalan AYAT SERIBU DINAR....


Program Menggilap Permata 2 Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya, program tersebut akan diteruskan pada tahun ini dengan sedikit perubahan dan penambahbaikan yang mengambil kira keperluan murid, pihak sekolah serta kekangan kewangan yang semakin mendesak....

Terima kasih kepada JKD Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing kerana dapat merancang dan menyusun pelan tindakan program dengan baik. Terima kasih juga kepada guru-guru yang terlibat dalam Bengkel Pemurnian Modul menggilap Permata 2 yang telah diadakan pada 3 hingga 6 Mei 2010 yang lepas.

Sehubungan dengan itu, satu Taklimat Pelaksanaan Program Menggilap Permata 2 Tahun 2010 akan diadakan pada hari ini seperti hebahan sebelum ini.


Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran :

1. Seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah (KECUALI SK Pulau, SK Peta, SJK Cina dan SJK Tamil)

2. Pengerusi-Pengerusi Zon (Bandar, Tenggaroh, Nitar dan Endau)

Pengelola : Guru Besar SK Sawah Dato', Pengerusi JKD Kecemerlangan.

Jadual Pengelola Program ”Menggilap Permata 2” UPSR 2010

Tarikh

Pengelola Program

Zon Bandar

Zon Endau

Zon Tenggaroh

Zon Nitar

15.05.2010

Institut Latihan Perindustrian(ILP), Mersing

22.05.2010

SK Sawah Dato’

SK Lembaga

SK Tenggaroh 2

SK Nitar 1

26.06.2010

SK Bandar Mersing

SK Pusat Air Tawar

SK Tenggaroh 4

SK Nitar 2

10.07.2010

SK Sri Mersing

SK Bandar Endau

SK Tenggaroh 5

SK Nitar 1

24.07.2010

SK Mersing Kanan

SK Teriang

SK Tenggaroh 7

SK Nitar 2

07.08.2010

ILP, Mersing / SM Sains Sultan Iskandar / MRSM Mersing

Lampiran 1 : Surat Taklimat_Gilap_Permata.pdf
Lampiran 2 :
Jadual_Umum_PMP2.pdf
Lampiran 3 :
Jadual_Mengikut_MP_PMP2.pdf
Lampiran 4 :
Jadual_Pelaksanaan_Mengikut_Zon.pdf
Lampiran 5 :

Lampiran 6 :
Cadangan_Agihan_Peserta_Mengikut_Sekolah.pdf
Lampiran 7 :
Borang_Prestasi_Murid_PMP2.pdf
Lampiran 8 : Borang_Pemantauan_PMP2.pdf
Ahad, 9 Mei 2010

Salam Hari Ibu 2010

Reaksi :  
http://farm4.static.flickr.com/3355/3511989760_2026725295.jpg

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, si kerdil merafa'kan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang lahir ke dunia ini dan sekaligus menyahut amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Sesungguhnya ketaklifan kita berbeza antara satu sama lain.. ada individu yang hanya ditaklifkan sebagai pemimpin keluarga atau diri sendiri sahaja, ada yang ditaklifkan dengan jawatan dan pangkat tertentu seperti Sultan atau Raja, Pembesar-Pembesar Negara, Perdana Menteri, Menteri, Gabenor, Presiden, Wakil Rakyat, KPPM, KSU, Pengarah, PPD, Pengetua , Guru Besar atau apa-apa jawatan sebagai pemimpin. Makin tinggi pangkatnya... makin besar tanggungjawabnya.
Setiap orang adalah pemimpin.. dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab kepada apa sahaja yang dipimpin.

Kita sebagai pendidik sudah pasti memikul tanggungjawab yang besar dalam pembentukan seorang kemimpin... memandu satu generasi yang bakal menjadi pemimpin masa depan.

Semua itu... lahir daripada seorang yang bernama IBU.... yang juga merupakan guru pertama kita.

Justeru sempena Hari Ibu yang disambut pada hari ini, si kerdil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada semua rakan yang bergelar ibu, suami kepada ibu, anak kepada ibu, ayah kepada ibu, ibu kepada ibu... KERANA MEREKALAH KITA BERADA DI DUNIA INI...

Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.

Persoalan : ApaHukum Menyambut Hari Ibu?


Ikuti kupasan yang agak menarik hasil rujukan daripada pelbagai sumber di sini....