* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 22 Mei 2010

Pegawai Bertugas : Program Menggilap Permata Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dipaparkan Jadual Pemantauan Pegawai untuk makluman dan tindakan rakan-rakaan terutama Pengerusi Zon selaku pengelola program di peringkat zon.

Tarikh

Nama Pegawai

Tempat / Zon

22.05.2010 (Sabtu)

UST. ABD. RANEE OSMAN

CIK AINOL HAYATI ABD. RAOF

UST. OTHMAN AHMAD

DZULKIFLI JAAFAR

Zon Bandar

Zon Endau

Zon Tenggaroh

Zon Nitar

26.06.2010

(Sabtu)

WEE KOK CHENG

AZMAN YUSUF

WAN NADZRI WAN A.RAHMAN

MAIMUNAH MOHAMAD

Zon Bandar

Zon Endau

Zon Tenggaroh

Zon Nitar

10.07.2010

(Sabtu)

UST. ABD. RANEE OSMAN

CIK AINOL HAYATI ABD. RAOF

UST. OTHMAN AHMAD

DZULKIFLI JAAFAR

Zon Bandar

Zon Endau

Zon Tenggaroh

Zon Nitar

24.07.2010

(Sabtu)

WEE KOK CHENG

AZMAN YUSUF

WAN NADZRI WAN A.RAHMAN

MAIMUNAH MOHAMAD

Zon Bandar

Zon Endau

Zon Tenggaroh

Zon Nitar


Jumaat, 21 Mei 2010

Surat kepada Pengarang : BUKU LATIHAN MURID TAHAP 1

Reaksi :  

PENGORBANAN GURU TIDAK SAMA WANG RINGGIT - Y.BHG. KPPM

Reaksi :  
Semua orang boleh mengajar... tapi tidak semua boleh mendidik.

Renungan : Beban Lagi

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dimuatkan coretan seorang rakan tentang Beban Guru untuk tatapan dan muhasabah bersama.

Reaksi :  
bannersukan
NegeriJumlah
SARAWAK23191456
JOHOR16131241
KELANTAN87318
SABAH7101128
WILAYAH PERSEKUTUAN74415
TERENGGANU53412
KEDAH38516
PERAK37717
SELANGOR36615
NEGERI SEMBILAN33410
PULAU PINANG2259
PAHANG2136
PERLIS0044
MELAKA0022

Salam Kejayaan

Reaksi :  
Si kerdil mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun dan UPPM2 kepada anak-anak Permata Mersing.

Si kerdil sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak sekelian. Hidup kita hanya sekali, peluang waktu kita juga terhad... gunalah peluang yang ada dengan sepenuhnya.

Teruskan usaha .... tanpa jemu dan putus asa.
Kejayaan tidak akan datang bergolek... niat, usaha dan istiqamah perlu berjalan seiring.

Taati ibubapa, guru-guru.... barakah ilmu ada pada mereka.

Wassalam.

Khamis, 20 Mei 2010

Pemantuan Program Menggilap Permata Siri 1 /2010

Reaksi :  
SEGERA

Sukacitanya program tersebut telah dilaksanakan pada 15 Mei 2010 yang lepas di ILP Mersing.
Sehubungan itu, mohon kerjasama pemantau yang bertugas agar dapat menghantar instrumen pemantauan kepada En.Mohd. Azhar, GPK1 SK Sawah Dato' dengan seberapa segera.
Ini bagi membolehkan En.Mohd.Azhar membuat laporan penuh pelaksanaan program tersebut.
Sekian . Wassalam.


Surat Kepada Pengarang : HUKUMAN MELAMPAU BUKAN CARA MENDIDIK

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada tulisan Datuk Rejal Arbee, Felo Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam akhbar Berita Harian bertarikh 29 April 2010 – Hukuman melampau bukan cara mendidik.
Penulis telah mengutarakan kebimbangan beliau tentang sebilangan guru disiplin yang mengambil tindakan yang melampau dalam menghukum pelajar yang bermasalah. Beliau juga mempersoalkan proses pemilihan guru disiplin yang tidak tepat dan terdapat guru-guru yang tidak sesuai dengan profesion keguruan juga terpilih untuk menjadi guru. Baca lagi...
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 7.00 malam - 9.30 malam
Tempat : Masjid Jamek (Felda) Tenggaroh 02

Semua warga pendidikan Mersing adalah dijemput.

MAJLIS ITU DIBUAT UNTUK KITA...
KENAPA KITA SUKA MENCARI ALASAN UNTUK TIDAK HADIR?

Program Menggilap Permata 2 Siri 2 Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Tempat :

a) Zon Bandar - SK Sawah Dato'
b) Zon Nitar - SK Nitar 01
c) Zon Tenggaroh - SK LKTP Tenggaroh 02
d) Zon Endau - SK Lembaga

Pengelolaan di peringkat zon adalah dibawah tanggungjawab Pengerusi Zon.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Zon atau sekolah tuan rumah hendaklah mengambil Modul Bercetak dan Fail di Kedai Buku Angsini, Mersing pada hari ini 20 April 2010.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Pengerusi JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing, Guru Besar SK Sawah Dato'. #
Rabu, 19 Mei 2010

Edaran Modul Program Menggilap Permata 2

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan CD modul berkenaan sedang diedarkan ke sekolah-sekolah yang terlibat melalui peti surat sekolah masing-masing.
Terima kasih. wassalam.

Makluman Kenaikan Pangkat dan Pergerakan Guru Kanan

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya si kerdil merakamkan jutaan TAHNIAH dan SYABAS atas penawaran jawatan dan pergerakan guru-guru berkenaan berkuatkuasa 3 Mei 2010.

Si kerdil dan rakan-rakan menaruh harapan yang tinggi agar komitmen, ijtihadiq, semangat dan kejituan fikrah pemikiran guru-guru tersebut dapat merealisasikan slogan MERSING HEBAT.

Wawasan Utama kita ialah : MARDATILLAH.

Pergerakan :

En. Hazani Che Teh (GPK1 SMKAB) ke SMK Nitar sebagai GPK 1.

Penawaran Jawatan Baru (Kenaikan Pangkat) :

1. En. Suhaimi Ismai (SMKAB) - GPK 1 SMK Anjung Batu
2. Cik Siti Asmah Ismail (GPK HEM SMK Mersing) - GPK 1 SMK Sri Mersing
3. Pn. Noreah Aman (GPK Koko SMK Mersing) - GPK HEM SMK Mersing.
4. Pn. Salmah Mohd. Salleh (GKMP SM SMK Mersing) - GPK Koko SMK Mersing.
5. Pn. Yuhalis Khalid (SMK Mersing) - GKMP SM SMK Mersing.

Perubahan Terkini Program Menggilap Permata 2

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dimaklumkan bahawa beberapa perubahan telah dibuat ke atas ketetapan sebelum ini seperti berikut :

1. Agihan_Peserta_Mengikut_Sekolah.pdf
2. JADUAL_TUGASAN_Fasi_Sains.pdf

Manakala ketetapan lain adalah seperti Hebahan pada 17 Mei 2010.
Sekian untuk makluman.
Isnin, 17 Mei 2010

TERKINI : Program Menggilap Permata 2

Reaksi :  

Tindakan : Guru Besar Semua Rendah Daerah Mersing termasuk SRAB
(Kecuali SK Pulau, SK Peta, SJKC dan SJKT)

Al-Hamdulillah syukur , terima kasih atas kerjasama dan sokongan dalam penganjuran Program Menggilap Permata 2 Siri 1 Tahun 2010 pada 15 Mei 2010 (Sabtu) lepas.

Berikut dipaparkan sekali lagi jadual penuh siri 1 hingga siri 6 pelaksanaan program tersebut makluman dan tindakan tuan seterusnya :

Tarikh

Pengelola Program

Zon Bandar

Zon Endau

Zon Tenggaroh

Zon Nitar

15.05.2010

Institut Latihan Perindustrian(ILP), Mersing

22.05.2010

SK Sawah Dato’

SK Lembaga

SK Tenggaroh 2

SK Nitar 1

26.06.2010

SK Mersing Kanan

SK Pusat Air Tawar

SK Tenggaroh 4

SK Nitar 2

10.07.2010

SK Sri Mersing

SK Bandar Endau

SK Tenggaroh 5

SK Nitar 1

24.07.2010

SK Bandar Mersing

SK Teriang

SK Tenggaroh 7

SK Nitar 2

07.08.2010

ILP, Mersing / SM Sains Sultan Iskandar / MRSM Mersing


Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa pengelolaan di peringkat zon bagi siri 2 hingga siri 5 adalah tanggungjawab Pengerusi Zon.

Pengerusi Zon diminta mengambil tindakan berikut :

1. Memastikan dan menyelaras pelaksanaan program mengikut ketetapan di atas.
b. Memastikan penyertaan sekolah sebagaimana ketetapan lampiran 2.
c. Memastikan fasilitator atau guru pembimbing melaksanakan tugasan sebaiknya seperti lampiran 5, 6, 7. 8 dan 9.
d. Memungut bayaran penyertaan setiap sekolah. Sila gunapakai resit yang dibekalkan pada 15 Mei 2010 di ILP Mersing.
e. Memastikan Sepanduk yang dibekalkan dipasang di tempat-tempat yang telah ditentukan seperti Lampiran 4.
f. Menguruskan makan minum peserta di tempat-tempat yang telah ditentukan seperti jadual Lampiran 3.
g. Sila dapatkan modul bercetak daripada pembekal ANGSINI mengikut agihan yang telah ditetapkan sehari sebelum program.

Segala maklumat terkini akan dipaparkan di laman blog ini dari semasa ke semasa.

Lampiran 1 : Surat_makluman.pdf
Lampiran 2 :
Agihan_Peserta_Mengikut_Sekolah.pdf (kemaskini pd. 19/5/2010)
Lampiran 3 : Jadual_Pengelolaan.pdf (kemaskini 1/6/2010)
Lampiran 4 :
Jadual_Pengelola_Penyelaras_Pemantau.pdf (kemaskini 1/6/2010)
Lampiran 5 :
Jadual_Ikut_MataPelajaran.pdf (kemaskini 1/6/2010)
Lampiran 6 :
Jadual Tugasan Guru BI.pdf (kemaskini 1/6/2010)
Lampiran 7 :
Jadual Tugasan Guru MP BM.pdf
Lampiran 8 :
Jadual Tugasan Guru MP MATH.pdf
Lampiran 9 :
Jadual Tugasan Guru MP Sains.pdf
Lampiran 10 :
JADUAL_TUGASAN_Fasi_Sains.pdf (kemaskini pd. 19/5/2010)

LAGU TEMA HARI GURU 2010

Reaksi :  

LAGU TEMA HARI GURU 2010


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Lagu Tema
butang MusicMuzik & Vokalbutang MusicMuzik
Lagu Guru Malaysia
butang MusicMuzik & Vokalbutang MusicMuzik

Hari Guru Peringkat Sekolah disambut serentak

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Syukur Al-Hamdulillah..... Hari ini si kerdil mengambil peluang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU kepada seluruh warga pendidikan Mersing.... juga kepada semua pengunjung... bukan kerana kita seorang guru... tapi kerana kita pernah menjadi MURID...

Al-Fatihah kepada rakan-rakan pendidik yang telah kembali ke Rahmatullah... Al-Fatihah juga untuk diri kita ... semoga dengan berkat surah Al-Fatihah yang dibaca bersama... kandungan doa dalam surah berkenaan menjadi tunjang kekuatan diri kita sebagai pendidik dan pembina modal insan yang bakal menjadi khalifah yang cemerlang.

Bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam... sama-samalah bertafakkur mengikut cara masing-masing.

Masa depan bangsa dan negara .... di tangan kita.

Hari ini sambutan tersebut diadakan serentak di semua sekolah.

Si kerdil mengambil peluang ini ... memohon maaf atas keterlanjuran, kesilapan yang dibuat secara sedar atau tidak sedar.. tutur kata, tulisan, tindakan, tingkahlaku ... semuanya yang barangkali menyinggung hati dan perasaan guru-guru . Sesungguhnya tugas itu satu amanah... dalam menunaikan amanah tersebut, kita sebagai manusia tidak maksum daripada silap dan salah.

Ribuan kemaafan juga dipohon ... kerana tidak dapat turut serta dalam SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH.... terutama sekolah angkat SMK Anjung Batu dan SK Pusat Air Tawar.

Si kerdil mengambil keputusan untuk tidak hadir kerana dikhuatiri mengganggu susun atur aktiviti sekolah... lagipun sambutan yang sama akan dibuat di peringkat PPD jam 9.00 nanti. Wassalam.
Ahad, 16 Mei 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar : SK Bandar Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan anugerah nikmat kesihatan dan inayah Yang Maha Esa, hari ini 16 September 2010 (Ahad) si kerdil berpeluang menghadiri satu majlis yang berprestij anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SK Bandar Mersing
9.00 - 11.30 pagi

Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Abdul Latiff bin Hj. Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Mersing.

En.Wakanan bin Ismail, YDP PIBG SK Bandar Mersing turut menyerikan majlis berkenaan.

Pengacaraan majlis tersebut dengan menggunakan dua versi Bahasa Melayu dan Bahasa Arab memberi tambahan nilai ilmu yang tinggi sekaligus menggambarkan impak positif program j-QAF di sekolah-sekolah kerajaan sejak tahun 2005.
Tahniah kepada guru yang terlibat :

1. Pn. Siti Rohana Mastura bt. Rejab
2. Pn. Aminah bt. Mat Yusoff

En. Rafie bin Md. Dali, Guru Besar SK Bandar Mersing, dalam ucapan aluan beliau menetapkan 100 % Menguasai dan 26 orang 5A sebagai ETR UPSR 2010.

Namun YB. Datuk dalam ucapan beliau mencabar guru-guru sekolah berkenaan dengan menetapkan sasaran 30 orang sekurang-kurang 5A bagi UPSR tahun 2010.

Beliau turut menjanjikan satu unit komputer riba bagi setiap murid SKBM yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini, sekiranya sasaran itu tercapai.
Tidak ketinggalan... guru yang mengajar juga turut dijanjikan perkara yang sama.

Slogan : GEGAR MERSING sentiasa menjadi pembakar semangat warga SK Bandar Mersing untuk terus berusaha bagi memastikan pendidikan anak-anak SKBM mencapai tahap prestasi tinggi dan kekal menjadi sekolah NO. 1 daerah Mersing.

Murid Cemerlang UPSR 2009 (5A)

1. Abdul Razak Abdul Rani
2. Ain Syamimi Yadzid
3. Ayu Aliana Ismail.
4. Azizuddin Mohd. Yassin
5. Luqman Hakim Abu Bakar
6. Mohamad Aizat Mohamad Sadili
7. Mohamad Amir Izzuddin Mohamad Nor
8. Mohamad Zaki Asyraf Anuar Bakri
9. Muhamad Ashamizan Asmeri
10.Muhamad Rizqan Mohd. Fauzi
11.Muhammad Amirul Asyraf Zainuddin
12.Muhammad Hanafiah Asa'ari
13.Najwa Nur Huda Abdul Rasid
14. Nur Dini Aqilah Rosdi
15.Nurul Fathiyyah Jannah Zulkifli
16.Siti Nur Nabila Md.Khairudin
17.Siti Suzana Razak
18.Mohamad Ruzaiman Ruzakhan
19.Muhamad Hafiz Zariq Mohd.Nasir
20.Nik Zatasya Mustafa
21.Nurlayla Nathasya Mat Derus

Murid Cemerlang UPSR 2009 (4A)

1. Sarah Afiqah Abdul Rahman
2. Elias Ibad Irfan Mohd.Salleh
3. Mohamad Al-Hanif Nazar
4. Mohamad Aliff Aiman Jofri
5. Mohamad Haidir Setia
6. Mohamad Nabil Aidil Khasnah @ Aznan
7. Muhammad Shazmil Mohd. Sabilan
8. Nur Adibah Zolkri
9. Aisyah Najihah Zainuddin
10.Nur Hasfalina Rosman
11.Arif Fikri Yazid
12.Muhamad Kahirul Afizan Basra
13.Siti Nuramizza Hamree

Murid Cemerlang Kokurikulum

1. Hassbilal Khan Hamree
2. Muhamad Sahirin Abdul Sharif

Murid Cemerlang Sahsiah

1. Saiful Izham Abdul Razak
2. Anis Raihana Mohd. Nazri

Tahniah dan syabas kepada semua yang berjaya dengan cemerlang.
Tahniah kepada seluruh warga SKBM.

Kiriman Coretan Hari Guru

Reaksi :  
1. Selamat Hari Guru " Guru Pembina Negara Bangsa "
Mersing Hebat, Johor Top 5 matlamat kita.

2. Guru ibarat JARI. LUKAnya sembuh sendiri. Tapi HILANGNYA tiada ganti...

3. Guru Pahlawan Tanpa Senjata.

4. Kita sambut Hari Guru bukan kerana kita menjadi guru, tetapi kerana kita pernah MENJADI MURID. Terima kasih Cikgu.

5. Indahnya DUNIA hanya sementara. Indahnya CINTA hanya seketika. Indahnya MIMPI kadang-kadang tidak pasti. Tapi indahnya bergelar GURU sampai akhirat.

6. Tahniah kerana menjadi guru. Guru Pembina Negara Bangsa. Laksanakan peranan dan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan berkesan.

7. Jasa dan pengorbanan guru mendidik anak bangsa tidak dapat dinilai. Guru jasamu dikenang.

8. Tanpa guru, siapalah kita, di mana kita, apa yang kita ada..

9. The mediocre teacher tells the good teacher explains the superior teacher demonstrates the great reacher inspire "happy teachers day".

10.Biar hanya sekelumit, sumbangan dan jasa kita pasti diberkati serta dikenang juga.

11. Dulu DIA pegang rotan, kau kata DIA garang. Bila DIA lambat masuk kelas, kau kata DIA malas. Bila DIA marah-marah, kau kata DIA melampau. KINI .... kau adalah DIA. Selamat Hari Guru.

12. Jadilah seorang guru yang hadirnya diTUNGGU-TUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkahlakunya diTIRU..

13. Kadang-kadang orang sms.. kadang-kadang tidak... kadang-kadang orang balas.. kadang-kadang orang lupa, .. tapi walau berapa banyak kadang-kadangpun, diri kau tetap di ingatan, bukan untuk kadang-kadang... tapi untuk selamanya.

14. Teacher is like PEPSI "Ask For More". Teacher is like NIKE "Just Do It". Teacher like Nokia "Connecting People". Teacher is like McD "I'm loving it" .

Salam Hari Guru 2010

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, hari si kita diberi peluang sekali lagi untuk sama-sama menyambut Hari Guru, mengenang jasa-jasa guru yang tiada tolok bandingnya.
Merekalah yang mengajar kita 3M - Membaca, Menulis dan Mengira.
Bermula daripada mengenal huruf A hingga Z , Alif hingga Ya, 1 hingga 10, kita mampu menutur, membaca, menulis dengannya.
Berucap 3 hingga 4 jam, menulis beribu patah perkataan, mengira, mengatur, merancang, semua bermula daripada satu huruf dan satu nombor..... Itulah jasa guru.. hanya dengan satu huruf boleh dikembangkan menjadi banyak huruf, boleh menjadi perkataan, ayat-ayat yang pendek dan panjang, artikel, buku, kertas kerja dan sebagainya... ITULAH ILMU YANG BERMANFAAT YANG DISEBUT SEBAGAI HARTA YANG KEKAL HINGGA AKHIRAT.

Sesungguhnya, bilamana meninggalnya seorang anak adam, maka terputuslah segala amalan dan hubungan dengan dunianya kecuali tiga perkara :

1. SEDEKAH JARIAH
2. ILMU YANG BERMANFAAT
3. ANAK YANG SOLEH

Sebenarnya semua orang adalah guru @ pendidik.. paling tidak kepada diri sendiri dan keluarga.

Salam Hari Guru
Dalam ajarmu ada harapan
Dalam tegurmu ada doa
Dalam marahmu ada sayang
Dalam tawamu ada mesra
Dalam diammu ada bijaksana
Dalam tangan guru terbina insan yang berjaya
Berbahagialah menjadi guru
Moga jasamu bersemadi indah.

http://aziziabdullah.blogspot.com
Novel yang MESTI dibaca oleh semua guru dan bakal guru.Novel yang berkisarkan pengalaman seorang ustaz yang berperang dengan perasaan semasa bertugas menjadi guru.Kekeliruan dengan keikhlasan dengan tugas ...

PORTAL HARI GURU


--> Perutusan Hari Guru oleh Y.A.Bhg Tan Sri Menteri Pelajaran Malaysia

--> Perutusan Hari Guru oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Penghargaan : Program Menggilap Permata 2 Siri 1 Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi Yang Maha Pencipta, atas keizinan serta inayhNya, program berkenaan berjalan sebagaimana dirancang pada 15 Mei 2010 di Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.

Si kerdil merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada AJK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing, Guru-Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru-Guru Penolong Kanan 1 dan semua guru yang terlibat mengelola program berkenaan dengan cemerlang.

Tahniah kepada ANAK-ANAK PERMATA yang terpilih untuk mengikuti program tersebut mualai 15April 2010 hingga 7 Ogos 2010.

Program berkenaan turut dihadiri oleh En.Abd.Halim Talib, PPPD Rendah seterusnya menyampaikan Ucaptama yang menarik.

Terimakasih kepada rakan-rakan pegawai yang turut hadir memberi sokongan kepada penganjuran program berkenaan.

Pn.Maimunah Mohamad, Penyelia Kanan Penilaian dan Peperiksaan ...
Rakan-rakan Pegawai Akademik ... yang diharapkan terus menerus tanpa jemu memberi idea dan sokongan moral juga tenaga kepada program ini.

Terima kasih......

Lampiran : Ucaptama.rar