* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 29 Mei 2010

Program Salam Permata Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, program tersebut diteruskan pada tahun ini. Bermula tahun 2008, kini genap tiga tahun pelaksanaannya...

Matlamat asal program berkenaan ialah untuk membina hubungan mesra dan profesional antara Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, murid-murid dan staf-staf sokongan.

Atas matlamat berkenaan, program tersebut seboleh-bolehnya dilaksanakan pada waktu perhimpunan pagi di luar waktu Pengajaran dan Pembelajaran agar tidak menafikan hak waktu instruksional murid-murid dan guru-guru.

Tapi.... kerana kekangan waktu dan tugas-tugas yang mendesak serta diluar jangkaan, penumpuan pelaksanaannya hanya kepada calon-calon peperiksaan awam tahun semasa. Ia juga kadang kala terpaksa dibuat dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran murid. Ini sekaligus mengganggu perancangan dan jadual pihak sekolah. Dan... ianya amat dikesali... Rabbigh firli..

Si kerdil memohon maaf, sekiranya program ini dianggap tidak bermakna dan barangkali akan meninggalkan kesan negatif kepada pihak sekolah.

Setakat hari ini, si kerdil belum menerima aduan bertulis tentang program ini. Kelangsungan itu, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing meneruskan pelaksanaannya pada tahun ini.

Program ini disasarkan kepada semua sekolah KPM daerah Mersing. Pada tahun ini ianya cuba diperluaskan kepada calon-calon peperiksaan awam yang berada di sekolah-sekolah SAR dan MRSM seperti MRSM Mersing, SMAM dan SRAB.

Pemilihan sekolah adalah mengikut keutamaan bergantung kepada kesesuaian waktu dan kelangsungan program -program lain yang dilaksanakan pada hari dan waktu yang sama di sekolah berkenaan atau sekolah-sekolah berhampiran.

Justeru ... tidak timbul sekolah yang dianaktirikan atau dikesampingkan berbanding sekolah-sekolah yang lain. Kami sebenarnya menganggap semua sekolah di daerah ini berpotensi untuk cemerlang dan terus maju tanpa pengkelasan tertentu.

Disamping itu program-program lain turut dilaksanakan seperti Program Menjengah Permata,
Bicara Sinar, Kunjung Bicara, Kunjung Bantu disamping program sedia sebelum ini.

Tentatif Program :

1. Ucapan PPD Mersing
2. Akur Janji Pelajar.
3. Penyampaian Cenderamata Salam Permata.

Penghargaan : Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya, si kerdil merakamkan jutaan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada seluruh warga kerja sambutan HARI GURU pada tahun ini atas kejayaan mengelola majlis berkenaan dengan lancar dan cemerlang.

Tarikh : 27 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan SMK Tenggaroh A.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada SMK Tenggaroh A kerana sudi menjadi tuan rumah sambutan pada tahun ini... TAHNIAH kepada semua sekolah Zon Tenggaroh yang telah bertungkus lumus memastikan majlis berkenaan berjalan dengan lancar.

Hujan lebat yang mencurah-curah sejak jam 2.00 petang, tidak menghalang warga pendidikan Mersing menghadiri majlis tersebut. Walaupun kehadiran tidak seperti yang diharapkan... majlis tetap berseri dan meriah... aura keikhlasan pendidik yang hadir mewarnai suasana sambutan yang mencuit hati dan perasaan seorang guru.

Kami disambut oleh pelajar-pelajar yang sanggup basah kuyup yang memastikan kenderaan diletakkan ditempat yang sebaiknya... cukup menyayat hati...

Persembahan SAJAK : GURU OH GURU oleh pelajar-pelajar SMK Tenggaroh A... cukup bermakna dan diharapkan memberi kesan yang positif kepada semua hadirin.

Pelan atur pentas berkonsep tradisional , persiapan tempat yang kemas dan teratur, ruang-ruang pameran, persediaan pasukan multimedia, siaraya dan dokumentasi, pengacaraan majlis yang bertenaga, cekap serta tenang cukup menggambarkan kesepakatan yang padu antara warga kerja sambutan.... yang terdiri daripada murid, guru dan staf sokongan.

Bermula daripada pendaftaran hingga ke majlis jamuan.... amat memberi erti kepada kerja sepasukan warga pendidikan Mersing.

TAHNIAH kepada Pasukan Koir Guru-Guru Tenggaroh yang membuat persembahan yang bertenaga dan menghiburkan....

TAHNIAH kepada TOKOH GURU MERSING TAHUN 2010 :

a) Hj. Hamzah bin A.Bakar, Bekas Guru Besar SK Sri Mersing.
b) Hj. Abu Bakar bin Hj. Wan , Bekas Guru Besar S Agama Sawah Dato'.

Bakti tuan-tuan tetap dikenang...

Penghargaan yang tidak terhingga kepada individu-individu dan syarikat-syarikat yang bermurah hati memberi sumbangan kewangan kepada JK Hari Guru Daerah Mersing.
Lampiran :

Khamis, 27 Mei 2010

Taklimat Program Immersion Guru Tahun 2010

Reaksi :  
Tindakan :

Pengetua dan Guru Besar
SMS Sultan Iskandar Mersing
SMK Sri Mersing
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Tenggaroh A
SMK Ungku Husin
SK Bandar Endau
SK Mersing Kanan
SK Sawah Dato'
SK Sri Mersing
SK Sri Pantai

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini telah diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Johor untuk melaksanakan program berkenaan di peringkat daerah.

Sehubungan dengan itu, satu taklimat mengenainya akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Turut Hadir : Timbalan PPD Mersing

Sehubungan itu tuan Pengetua dan Guru Besar serta guru-guru seperti lampiran dikehendaki hedir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.

Sekian . Wassalam.

Post Mortem Pelaksanaan Program Menggilap Permata 2

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 1 Jun 2010 (Selasa)

Masa : 2.30 – 5.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sasaran :

SEMUA PEGAWAI UNIT PENGURUSAN AKADEMIK PPD MERSING

GURU BESAR SK SAWAH DATO’ (PENGERUSI JKD KECEMERLANGAN)

GURU BESAR SK LEMBAGA (PENGERUSI ZON ENDAU)

GURU BESAR SK BANDAR MERSING (PENGERUSI ZON BANDAR MERSING)

GURU BESAR SK TENGGAROH 01 (PENGERUSI ZON TENGGAROH)

GURU BESAR SK TANAH ABANG (PENGERUSI ZON NITAR)

GURU BESAR SK PUSAT AIR TAWAR (PENGELOLA SIRI 3)

GURU BESAR SK TENGGAROH 04 (PENGELOLA SIRI 3)

GURU BESAR SK NITAR 02 (PENGELOLA SIRI 3)

GPK 1 SK LEMBAGA (PEMANTAU)

GPK 1 TENGGAROH 02 (PEMANTAU)

GPK 1 NITAR 01 (PEMANTAU)

GPK 1 SK SAWAH DATO’ (PEMANTAU)

GPK 1 SK BANDAR MERSING (PEMANTAU)

GPK 1 SK PUSAT AIR TAWAR (PEMANTAU)

GPK 1 SK TENGGAROH 04 (PEMANTAU)

GPK 1 SK NITAR 02 (PEMANTAU)

GPK 1 SK SRI MERSING (PEMANTAU)

GPK 1 SK TENGGAROH 05 (PEMANTAU)

GPK 1 SK BANDAR ENDAU (PEMANTAU)

Pn. Shimaton Shamsuri (SK Sawah Dato’)

Pn. Zanariah Zakariah (SK Mersing Kanan)

En. Zainal Omar (SK Sri Pantai)

Pn. Khatijah Awang (SK Tenglu)

En. Rosli Ahmad (SK Nitar 01)

Lampiran : Surat Panggilan Post Mortem Menggilap Permata.pdf

Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Sukacitanya dimaklumkan bahawa majlis berkenaan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 27 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan SMK Tenggaroh A
Perasmi : YB ADUN Tenggaroh

Sehubungan itu, seluruh warga pendidikan Mersing dijemput hadir...

Sesungguhnya tiada siapa lagi yang kita harapkan untuk menyambut hari kita sekaligus menghargai jasa-jasa guru... SELAIN KITA SENDIRI.

TERIMA KASIH CIKGU....
Selasa, 25 Mei 2010

Data SEGAK Mac 2010 : SEGERA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini tentang perkara tersebut adalah dirujuk dan berkaitan :

Dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat pihak sekolah yang GAGAL menghantar laporan tersebut sebagaimana ketetapan sebelum ini...
Sehubungan itu dipohon jasa baik pihak sekolah agar dapat memberi perhatian sewajarnya kepada perkara berkenaan dan mengambil tindakan dengan kadar SEGERA.

Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Daerah Mersing Kali ke-10 Tahun 2010

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa kejohanan berkenaan telah diadakan pada 24 Mei 2010 (Isnin) di SK Teluk Lipat.

Tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya meraih pingat dan mencipta nama dengan rekod tersendiri dalam kejohanan tersebut.

Si kerdil juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua anak-anak yang telah menyertai kejohanan itu, terima kasih kepada semua warga kerja kejohanan yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran program.

Lihat koleksi gambar kejohanan di sini...