* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 12 Jun 2010

10,000 lagi guru J-Qaf akan ditambah

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran merancang untuk menambah 10,000 lagi guru bagi program Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) dalam usaha memperkasakan program itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahan itu amat penting bagi menampung kekurangan guru J-Qaf di seluruh negara, yang kini hanya seramai 14,000 orang.

Katanya, pengambilan tenaga guru J-Qaf juga akan dipermudahkan dari semasa ke semasa tetapi syarat kelayakan mungkin akan diperketat dengan calon lepasan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diberi pertimbangan untuk mengikuti pengajian dalam program pendidikan agama di institut pendidikan guru.

"Pada masa sama, kami juga sedang mempertimbangkan beberapa perkara dan melihat kesesuaian masa sebelum membolehkan jawatan guru-guru agama dan J-Qaf diselaraskan mengikut standard terkini,” katanya katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Guru-guru Agama Negeri Kedah, di sini hari ini.

Katanya, perkara itu penting bagi membolehkan program J-Qaf melahirkan lebih ramai pelajar aliran agama yang berkualiti dan berdaya saing selaras dengan pelan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang memberi penekanan kepada transformasi ke arah kecemerlangan. - Bernama

Kandungan RMKe-10 mentaliti kelas dunia

Reaksi :  
KANDUNGAN Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen kelmarin, sudah hebat dibincangkan rakyat di merata tempat. Sebelum ahli-ahli Parlimen membahaskannya di Dewan Rakyat minggu depan disusuli dengan senator di Dewan Negara, rakyat di luar kedua-dua dewan itu sudah pun mengupas satu demi satu isu dengan cara, pendapat dan alasan tersendiri.

Daripada jumlah peruntukan yang sama banyaknya, peruntukan pembangunan fizikal diturunkan kepada 60 peratus, manakala bukan fizikal ditingkatkan kepada 40 peratus. Ini bermaksud tumpuan mula diberikan untuk pembangunan bukan fizikal yang lebih tertumpu kepada pembangunan modal insan untuk menyediakan tenaga manusia yang mampu memenuhi cita dan citra pembangunan negara dan generasi masa depan.

Kurikulum sudah dikaji

Reaksi :  

MERUJUK khidmat pesanan ringkas (SMS) pembaca ‘Bunga Jambul’ dalam rakan@bh pada 17 Mei lalu, bertajuk ‘Sistem pendidikan Tahun Satu semakin bercelaru.’
Luahan itu tidak benar kerana Kementerian Pelajaran mengkaji kurikulum sekolah rendah khasnya Tahun Satu dengan teliti sebelum dilaksanakan.

Ibu bapa bela salah pelajar pincangkan sistem pendidikan

Reaksi :  
SEJAK kebelakangan pasti ada berita mengenai kerenah ibu bapa yang melenting apabila anak mereka didenda di sekolah. Inilah antara sifat ibu bapa zaman sekarang. Amat berbeza dengan ibu bapa zaman saya masih bersekolah dulu.

Ibu bapa dulu amat tegas dan menitikberatkan disiplin anak. Anak akan berada di rumah sebelum Maghrib dan terus masuk tidur selepas mengulang kaji pelajaran.

Pengajaran lebih kreatif tarikan pelajar

Reaksi :  
PEMBELAJARAN melalui eksperimen, reka cipta serta penyelidikan yang kini dilaksanakan melalui subjek sains turut meliputi kemahiran hidup dan keusahawanan sejajar pelaksanaan kurikulum baru.

Menerusinya elemen kreatif, inovasi dan kemahiran hidup diterapkan dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pengajaran dalam semua subjek.

Seronok belajar

Reaksi :  

SETIAP pelajar boleh memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan mencipta kejayaan asalkan tahu teknik betul ketika belajar.

Pakar motivasi, Fadzli Yusof percaya kecemerlangan pelajar bukan bersandarkan faktor biologikal semata- mata tapi turut disokong dengan kaedah tertentu yang boleh meningkatkan lagi pencapaian.

Menurutnya, pelajar kurang bijak tidak perlu rasa rendah diri atau kecewa dengan keputusan kurang memberangsangkan kerana masih ada cara untuk mengatasinya.

Baca lagi di sini....

Modul pendidikan seks di sekolah

Reaksi :  

ADA sesuatu yang perlu diperbetulkan dalam mentaliti masyarakat kita apabila membicarakan soal seks. Sikap tabu, tertutup dan menganggap seks sebagai subjek menjijikkan antara pandangan yang membelenggu minda masyarakat dan sukar diubah.

Masyarakat masih menganggap soal seks hanya boleh dibicarakan golongan dewasa yang berkahwin, bukan di kalangan kanak-kanak atau pelajar.

Seronok belajar tiket cemerlang

Reaksi :  

SETIAP manusia yang dilahirkan dengan akal sempurna pasti mampu menjadi pelajar cemerlang, asalkan tahu menggunakan kelebihan yang dikurniakan Allah.

Pakar motivasi, Fadzli Yusof berkata, kecerdikan mungkin satu bonus tetapi ia perlu disertakan dengan kesungguhan dan kerajinan mengulang kaji pelajaran.

Guru Wajib Ada Ijazah

Reaksi :  

Semua guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran termasuk guru tadika wajib memiliki sekurang-kurangnya ijazah pertama, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, langkah itu diputuskan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara bagi penambahbaikan perkhidmatan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

“Usaha ke arah itu sedang dilaksanakan kementerian bagi memastikan matlamat semua guru mempunyai kelayakan seperti ditetapkan kementerian dapat dicapai,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah kepada pelajar yang memenangi Pertandingan Mengarang Esei Eco Aeon ke Jerman 2010 di pusat beli-belah Aeon Jusco AU2, di sini, semalam.

Baca lagi di sini...

Jumaat, 11 Jun 2010

Surat Kepada Pengarang - TEACHING PROFESSION : WE ARE TREATED UNFAIRLY BY SOCIETY

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article published in the New Straits Times dated 27 May 2010 by Jayaraj K.G.S, Sitiawan, Perak entitled Teaching Profession: We are treated unfairly by society
The article raised the issue of teachers getting low salaries and having to carry heavy burdens which surpass their main tasks and responsibilities. More details....

Surat Kepada Pengarang - TEACHING PROFESSION : RESPECT TEACHERS FOR WHO THEY ARE

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article published in the New Straits Times dated 4 June 2010 by N.A.S, Kota Baru, Kelantan entitled Teaching Profession : Respect teachers for who they are.
The article raised the issue of teachers getting low salaries and having to carry heavy burdens which surpass their main tasks and responsibilities. More details.....

Surat Kepada Pengarang - TOO MUCH LOAD FOR A CHILD TO BEAR

Reaksi :  
Pada tahun 2003, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menjalankan kajian khusus mengenai isu beg berat bagi mengenalpasti punca sebenar yang menyumbang kepada beg berat apabila isu ini kerap ditimbulkan.

Surat Kepada Pengarang - KAKITANGAN AWAM KONTRAK GRED R1

Reaksi :  

Surat Kepada Pengarang - BAIKI SISTEM PELAJARAN ELAK PERKAUMAN

Reaksi :  
Isu laporan yang dibangkitakan ialah ‘Majlis Perundingan Melayu (MPM) mempertikaikan kewujudan sekolah pelbagai aliran yang boleh melumpuhkan usaha kerajaan untuk membentuk konsep satu Malaysia malahan mengukuhkan lagi sifat perkauman dalam kalangan penduduk di negara ini’. Baca lagi di sini....

Surat Kepada Pengarang - PENTADBIR SEKOLAH WAJAR UBAH SIKAP

Reaksi :  
lihat artikel penuh di sini...

Surat Kepada Pengarang - KAJI PUNCA TAK PILIH SEKOLAH KEBANGSAAN

Reaksi :  
Lihat artikel penuh di sini....

Surat Kepada Pembaca - PROVIDE THEM LOCKERS

Reaksi :  

Surat Kepada Pengarang - GIVE SMART KIDS A BREAK?

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by School Mothers, Kuala Lumpur, published in THE SUN dated 31 Mei 2010 on the issue of – Give smart kids a break.
In determining a candidate’s edibility to register for a public examination, the Examinations Syndicate adhered to the regulations stipulated in the following documents:
a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998
b. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2001
c. Surat Siaran ‘Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1’ bertarikh 5 Mac 2003

Surat Kepada Pengarang - ENGLISH SCHOOLS, PLEASE

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyedari akan kepentingan terhadap pengetahuan dan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa untuk generasi masa kini dan akan datang. Walau bagaimanapun, KPM tidak bercadang untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Bahasa Inggeris seperti yang dicadangkan oleh penulis.

Surat Kepada Pengarang - BAPA RAYU DIBENAR JEMPUT ANAK DALAM KAWASAN SEKOLAH

Reaksi :  
Pihak sekolah hanya membenarkan pengadu untuk memasuki kawasan sekolah menggunakan kereta selepas 1.30 petang adalah berasas. Pihak sekolah telah menetapkan kenderaan ibu bapa hanya boleh memasuki kawasan sekolah selepas jam 1.30 petang. Peraturan ini adalah bagi MEMASTIKAN KESELAMATAN MURID yang menggunakan pintu utama untuk keluar pulang dari sekolah. Baca lagi di sini....

Ikuti penjelasan seterusnya di sini....

Surat Kepada Pengarang - BEKAS GURU RAYU PELUANG

Reaksi :  
Kementerian memetik satu perenggan Laporan tersebut ”Nazrin terkilan kerana surat sokongan daripada AADK dan HPP agar mempertimbangkan hukuman itu telah ditolak oleh Lembaga Rayuan Tatatertib KPM”. Baca lagi di sini...

Surat Kepada Pengarang - PINGGIR SUBJEK SEJARAH, SASTERA HAKIS PATRIOTISME

Reaksi :  
Ikuti berita selanjutnya di sini.....

Pendidikan Seawal Lima Tahun

Reaksi :  
Kerajaan komited memperkenalkan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) kerana ia bakal memberi implikasi besar dalam sistem pendidikan negara.
Tindakan : Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 15 Jun 2010 (Selasa)
Masa :
8.30 pagi - Sarapan Pagi
9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

SILA BAWA BAHAN-BAHAN DAN PERALATAN BERIKUT :

a. Komputer Riba
b. Gred Purata Sekolah (GPS) bagi PMR, SPM dan STPM Tahun 2005 hingga 2009.
c. Analisis Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun 2008 dan 2009 setiap mata pelajaran bagi semua tingkatan atau kelas.
d. Kemudahan broadband dan kalkulator.
e. Data pencerapan setiap guru bagi tahun 2009 berdasarkan Elemen 9 SKPM (guru boleh membuat penarafan kendiri sekiranya pencerapan tidak dijalankan bagi guru tersebut pada tahun 2009).
f. Rekod kedatangan guru dan pelajar tahun 2009.

Sehubungan itu, tuan sendiri bersama Guru Penolong Kanan 1 serta Setiausaha Peperiksaan sekolah tuan dikehendaki hadir dan turut serta dalam taklimat berkenaan.

Kerjasama tuan untuk merealisasikan hasrat NKRA Pendidikan " Memperluaskan Akses Kepada Peluang Pendidikan Yang Berkualiti dan Berkemampuan " sangat dihargai dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih. Wassalam.
Selasa, 8 Jun 2010

GURU TINGKATAN 6 MEMANGKU DG44, DG48, DG52 SEJAK 1/1/2008 SUDAH LEBIH DUA TAHUN MASIH BELUM DISAHKAN JAWATAN

Reaksi :  

Sila baca lagi di sini....
Isnin, 7 Jun 2010

Surat Kepada Pengarang : PROGRAM BACAAN NILAM KURANG BERKESAN

Reaksi :  

Program galakan membaca ini mula dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1999. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan payung terhadap pelaksanaan pelbagai projek dan aktiviti ke arah mempertingkat budaya membaca di semua peringkat. Ia merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Baca lagi di sini....

Coretan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2010

Reaksi :  
Sila lihat lampiran berikut ....... Sambutan Hari Guru Ke 39

Surat Kepada Pengarang : 6 KENA GANTUNG SEKOLAH KERANA RAI HARI JADI

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 19 Mei 2010 – 6 kena gantung sekolah kerana rai hari jadi.

Baca lagi di sini....

Surat Kepada Pengarang : TERLALU LAMA DIPEDALAMAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 06 Mac 2010 – Terlalu lama di pedalaman.
Untuk makluman penulis, selepas cukup tempoh yang ditetapkan untuk berkhidmat di sesuatu tempat atau pedalaman, seorang guru boleh memohon untuk berpindah ke kawasan lain. Kementerian boleh menempatkan semula ke kawasan yang diperlukan yang bukannya bertaraf pedalaman. Penempatan guru adalah berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan di sesebuah sekolah.
Baca lagi di sini.....

Sila ikuti penjelasan seterusnya di sini..
Sila ikuti maklumat lanjut di bawah :

Surat Siaran
Lampiran T1
Lampiran B1
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
Sila rujuk lampiran di bawah :-

Surat Siaran
Lampiran B
Lampiran B2
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran F
Lampiran T1
Jadual 3
Jadual Gaji
Jadual Time Based