* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 19 Jun 2010

Format Tugas Saya Hari Ini

Reaksi :  
Tindakan : Semua pegawai dan staf PPD Mersing.

Assalamu a'laikum wrth & Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil.15/2010 pada 18 Jun 2010 telah memutuskan bahawa Format Tugas Saya Hari Ini (Fail Meja 11) semua pegawai dan staf PPD Mersing perlu diselaraskan.

Keputusan berkenaan diambil berdasarkan Laporan Audit Dalaman MS ISO yang telah dilaksanakan baru-baru ini.

Sehubungan itu, semua pegawai dan staf hendaklah merekodkan semua tindakan atau tugasan harian dengan menggunapakai format berkenaan.

Pengesahan Ketua Jabatan hendaklah dibuat pada hari Jumaat setiap minggu.

Lampiran : Format_Tugas_Saya_Hari_Ini.xls

Lagi Makluman Pergerakan Guru Besar Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini, Pergerakan Guru Besar Berkuatkuasa 1 Jun 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.
Sukacitanya dimaklumkan bahawa ada tiga lagi pergerakan yang melibatkan Guru Besar-Guru Besar yang tidak dihebahkan sebelum ini kerana mereka belum menerima surat secara rasmi.
Al-Hamdulillah, petang semalam surat rasmi berkenaan telah disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing. Butirannya adalah seperti berikut :

1. En. Md. Yusop Sulong ( SK Bandar Endau) ke SK Teluk Lipat.
2. En. Zulkefli Mohd. Amin (SK Nitar 01) ke SK Kem Iskandar.
3. Hj. Shafie bin Yusuf (SK Sri Mersing) ke SK Sawah Dato'.

Mereka akan mula bertugas di sekolah baru pada 1 JULAI 2010.
Jumaat, 18 Jun 2010

Lagi... Pegawai Baru di PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa En.Azamani bin Ghazali, Guru Penolong Kanan Petang SMK Mersing telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik & Vokasional berkuatkuasa 1 Jun 2010.

Hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Si kerdil mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut. Semoga segala ilmu dan kepakaran serta semangat Ijtihadik yang ada dalam diri pegawai berkenaan dapat dimanfaatkan untuk kepentingan Pendidikan Daerah Mersing.
Wassalam.

Panggilan 'BOS' kepada KETUA

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.

Baca lagi di sini....

Panggilan 'BOS' kepada KETUA

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

Panggilan bos kepada ketua sebenarnya tidak menunjukkan rasa hormat kepada individu berkenaan sebaliknya ia amalan kurang sopan yang bertentangan dengan budaya Melayu.

Penasihat Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Prof Emeritus Abdullah Hassan berkata, menggunakan panggilan bos terhadap ketua semakin meluas dan membimbangkan kini.

“Panggilan bos adalah perkataan main-main yang sebenarnya tiada langsung erti hormat seperti yang digunakan dalam lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk bergurau dengan ketuanya,” katanya kepada Bernama.

Baca lagi di sini....

SEMANGAT BARU DAN YAKIN DIRI

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya Unit Pengurusan Akademik PPD Mersing mengucapkan selamat kembali ke sesi persekolahan penggal kedua 2010.
Semoga permulaan persekolahan ini diiringi dengan doa dan keyakinan serta keazaman yang jitu untuk sama-sama mengecapi kejayaan dalam segala bidang serta mengekalkan semangat Mersing HEBAT.
Selasa, 15 Jun 2010

Pergerakan Guru Besar Berkuatkuasa 1 Jun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pergerakan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Abdul Latife bin Ahmad (SK Tenglu ) ke SK Sri Mersing.
2. En. Zawawi bin Muda (SK Teluk Lipat ) ke SK Bandar Endau.
3. En. Othman bin Abdul Manan ( SK Lembaga ) ke SK Pusat Air Tawar.
4. Hjh. Sabihah binti Sapuan ( SK Sawah Dato' ) ke SK Sri Pantai.
5. En. Mohd. Rashidi bin Mat Jalil ( SK LKTP Tenggaroh 01) ke SK Nitar 01.
6. Pn. Sohaila bt. Abdul Jabbar ( SK Sri Pantai ) ke SK Tenglu.
7. Hjh. Norsiah bt. Endut ( SK Pusat Air Tawar ) ke SK Lembaga.

Kami menaruh harapan yang tinggi agar komitmen, ijtihadiq, semangat dan kejituan fikrah pemikiran tuan dapat merealisasikan slogan MERSING HEBAT.

Wawasan Utama kita ialah : MARDATILLAH.

PERHATIAN :
GURU BESAR YANG BELUM MENERIMA SURAT RASMI TIDAK DIPAPARKAN PERGERAKAN MEREKA DI SINI.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan bahan berkenaan seperti di bawah untuk tindakan pihak sekolah.

Lampiran 1 :
.PROGRAM PEMBANGUNAN PRESTASI SEKOLAH.ppt
Lampiran 2 :
TAKLIMAT_SITMEN.zip
Lampiran 3 : MANUAL_PENGGUNA_SIT.pdf
Ahad, 13 Jun 2010

Surat Kepada Pengarang - KEMENTERIAN PELAJARAN HANYA SIBUK DENGAN PROGRAM BAHASA INGGERIS

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 bahawa KPM mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.

Surat Kepada Pengarang - DILEMMA OF UPSR STUDENT

Reaksi :  


sila lihat di sini....