* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 3 Julai 2010

Permohonan SBT

Reaksi :  
1.Borang Pencalonan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) boleh diakses melalui Portal NKRA-Pendidikan mulai 2 Julai 2010.

2.Semua sekolah dalam Band Satu (1) , kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan tersebut menerusi Portal NKRA-Pendidikan.

3.Sekolah diluar Band Satu (1) boleh melihat borang tersebut untuk mengenalpasti perkara-perkara yang diambilkira untuk penilaian pengiktirafan SBT.

4.Pihak sekolah dikehendaki menyediakan SEMUA DOKUMEN berkaitan dengan MAKLUMAT yang diberi dalam Borang Pencalonan untuk memudahkan urusan pemantauan dan penilaian.

5.Dokumentasi yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan proses penilaian.

6.Tarikh tutup pencalonan di Portal NKRA-Pendidikan untuk pengiktirafan SBT adalah 15 JULAI 2010 jam 12 malam.
LIHAT : nkra

Hebahan pada 30 Jun 2010 adalah berkaitan.

Surat Kepada Pengarang - TEACHERS’ VOTE CAN LEAD TO ABUSES

Reaksi :  
Pengadu membuat aduan menerusi ruangan “Speak Up”, The Sun. Pengadu tidak berpuashati berkaitan undi guru di dalam Mesyuarat Agung PIBG yang dijalankan di sekolah dan mendakwa:
1. Undian daripada guru sering memanipulasi keputusan pemilihan AJK Mesyuarat Agung PIBG. Situasi ini berlaku kerana jumlah guru yang hadir pada Mesyuarat Agung PIBG di sesetengah sekolah rendah adalah lebih ramai berbanding dengan ibu bapa atau penjaga murid.
2. Di sebuah sekolah yang terletak di Jalan Kuchai Lama, pengadu dimaklumkan bahawa sebelum Mesyuarat Agung PIBG dijalankan, pentadbir sekolah akan berbincang dengan guru-guru untuk membuat pemilihan AJK dikalangan ibu bapa. Pilihan yang dicadangkan oleh pentadbir sekolah ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung PIBG dan disokong oleh para guru yang hadir.

Surat Kepada Pengarang - CLARIFY EARLY ENTRANCE SCHOOL POLICY

Reaksi :  
Kelonggaran syarat kemasukan kanak-kanak di bawah umur ke tahun 1 adalah berdasarkan surat siaran KP(BS/PSR08502/03/005/Jld.22(10) bertarikh 5 Mac 2003. (bagi murid yang lahir 2 Januari hingga 15 Januari)

Surat Kepada Pengarang - LEAVE EXAMS ALONE, CHANGE THE REST

Reaksi :  
The Ministry of Education thanks ‘Examiner’ for the comments in “Leave exams alone, change the rest” concerning the proposal to abolish UPSR and PMR .
Currently this issue is widely debated both in the mainstream and online media as well as by the public at large. Public feedback is most welcome in this matter as the Education Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin has said that the ministry will not act in haste. The ministry agrees with the Examiner that a good eduaction system should be conducive, wholesome and enjoyable. More details....
Pengambilan murid ke Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional adalah berdasarkan pencapaian dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Dalam usaha memastikan murid berpeluang untuk memilih hala tuju yang bertepatan dengan minat mereka, penerimaan masuk akan berdasarkan tahap pencapaian subjek yang releven dengan kursus yang dipohon. Baca lagi di sini...
Currently this issue is widely debated both in the mainstream and online media as well as by the public at large. Public feedback is most welcome in this matter as the Education Minister; Tan Sri Muhyiddin Yassin has said that the ministry will not act in haste.
The proposal is part of the ministry’s effort to restructure the learning system which has been branded as being too exam-oriented and failing to provide a holistic education. The minister is also on record as suggesting the UPSR and PMR is rebranded as school-based assessment instead of public examinations. However the ministry has not set any deadline for the review. In the mean time the ministry will continuously and actively seek input from educationists, the public and student leaders. More details...
Kementerian Pelajaran (KPM) amat berterima kasih terhadap pandangan serta perkongsian pengalaman berkaitan dengan perkara ini. KPM juga amat memandang berat isu penglibatan murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin dan berpandangan bahawa isu ini perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala tersebut boleh memberikan impak yang negatif terhadap pengurusan sekolah sekiranya tidak ditangani secara segera dan berkesan di peringkat awal. KPM sering mengingatkan pihak pengurusan sekolah bahawa tugas mendisiplinkan murid-murid di sekolah merupakan antara tugas utama guru. Semua guru perlu memainkan peranan mereka dan tidak hanya menyerahkan tugas tersebut kepada sesetengah kumpulan guru sahaja.

Surat Kepada Pengarang - TIMBANG KENAIKAN ELAUN TANGGUNGJAWAB PENGETUA

Reaksi :  
Elaun Pengetua pertama kali dilaksanakan di bawah pelaksanaan Dua Skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) mulai 1 Januari 1989 dengan kadar RM60 sebulan. Pada masa ini elaun ini hanya diberikan kepada Pengetua sekolah gred B sahaja. Seterusnya pihak Kerajaan telah membuat penambahbaikan terhadap elaun tersebut dengan menaikkan kadar dari RM60 sebulan kepada RM100 sebulan mulai 1 Ogos 1993.
Berkuatkuasa pada 1 Januari 2001, semua PPP yang menyandang jawatan Pengetua tanpa mengira gred penyandang dan gred sekolah layak dibayar Elaun Pengetua yang ditetapkan atas kadar RM150 sebulan. Bagi tujuan kebajikan Pengetua di samping memberi penghargaan kepada PPP yang menyandang jawatan tersebut, pihak Kementerian pada tahun 2008 telah mencadangkan Elaun tersebut dinaikkan kepada kadar RM300 sebulan dan elaun Guru Besar dari pada RM100 sebulan kepada RM200 sebulan tanpa mengira gred jawatan dan gred sekolah.
Laporan Metro :

RINGAN BEBAN : PKPSM MOHON ELAUN TANGGUNGJAWAB PENGETUA DINAIK

Surat Kepada Pengarang - ISU LAPUK BEG SEKOLAH BERAT BELUM SELESAI

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran (KPM) mengambil maklum dan prihatin dengan isu pendidikan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Berkenaan dengan isu yang dibawa oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkenaan isu beg sekolah berat, sebagai makluman, KPM telah menjalankan kajian secara berkala dalam mencari faktor dan penyelesaian masalah ini.
“Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menganggap usaha kementerian untuk menyelesaikan masalah perjawatan 24,000 guru kumpulan DG29 dalam tempoh dua tahun terlalu lama”.

Surat Kepada Pengarang - EXAMINATIONS SHOULD BE MORE DISCRIMINATING

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) refer to an article by Academic from Subang Jaya published in THE STAR newspaper dated 21 June 2010 on the issue of – “Examinations should be more discriminating
However, the Examinations Syndicate begs to differ with the views expressed by ACADEMIC. In 2009, 406,420candidates from government schools sat for the SPM. 49.6% or 199,155 candidates scored a pass in all subjects. However of that number only 7,987 (1.96%) secured As [A+, A and A-] in all subjects. This is a personal achievement for the candidates and the ministry is proud to share in their success. More details...

Surat Kepada Pengarang - EXTRA CLASSES A WASTE OF TIME AND RESOURCES

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) refer to an article by Calvin Klein, Muar published in THE STAR newspaper dated 10 June 2010 on the issue of – Extra classes a waste of time and resources.
Sukcita dimaklumkan bahawa kelas tambahan merupakan satu kreativiti dan inisiatif pihak sekolah sendiri dalam memberikan yang terbaik kepada pelajar. Walaubagaimanapun murid-murid tidak akan dipaksa sekiranya tidak mahu mengikuti kelas tambahan ini. Usaha murni pihak sekolah dan guru adalah hanya untuk membantu demi kejayaan murid di sekolah berkenaan.

Surat Kepada Pengarang - SENIOR TEACHERS GETTING A RAW DEAL

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) refer to an article by Jayaraj KGS, Sitiawan, published in THE STAR newspaper dated 18 June 2010 on the issue of – Senior teachers getting a raw deal.
The practice of promotion from Grade DG44 to Grade DG48 (KUP) Time-Based for ex-non graduate teachers (EX-PPPLD) are still based on the Promotion Procedures for Time-Based (KUP) set by the Public Service Department (JPA) dated October 28, 2002 whereby teachers have to fulfill the criteria of salary scale and duration of service in order to be promoted to DG48 Time-Based (KUP). For further information on Time-Based promotion procedures, please refer to MOE. More details....

Surat Kepada Pengarang - WASTE OF TIME

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) is grateful to ‘myl’ comments, published in THE STAR newspaper dated 21 June 2010 on the issue of – Waste of Time : School Sejarah and Geografi folio is totally a waste of money and time. Not all students have computer and printer at home.
The ministry would like to advise ‘myl’ to refer to the curriculum specifications for Geography and History for form three. More details...

Surat Kepada Pengarang - DISCREPANCIES IN SPM ADD MATHS QUESTIONS

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Add Maths Teacher, published in THE SUN newspaper dated 11 June 2010 on the issue of – Discrepancies in SPM add maths questions.
The Examinations Syndicate wishes to clarify that the items tested in the Additional Mathematics Kertas 1 SPM 2009: Code 3472/1 complies with the curriculum and is true to the context in which it is tested.
KPM merujuk kepada SMS – HARAP Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempercepatkan penempatan guru dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) khususnya pelajar program pendidikan sekolah rendah.
Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.

Borang Berkaitan Ada di
www.moe.gov.my/jnjk
Rabu, 30 Jun 2010

Mesyuarat JKD Sejarah Daerah Mersing Bersama Jabatan Pelajaran Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat kami JPA4006.UPA/600-3/6/7 (2) bertarikh 28 Jun 2010 dan surat JPNJ:SPA/1393 Jld 2 (20) adalah berkaitan dan dirujuk.

Sukacitanya dumaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD Sejarah akan menganjurkan mesyuarat berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 Julai 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi (Pendaftaran)
9.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : SMK Sri Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia dan Setiausaha Panitia Sejarah Sekolah
Pengerusi : Pengetua SMK Sri Mersing

Turut Hadir : Pn.Siti Hajar Mahpol, KU UKK, JPNJ.

Agenda :
1. Ucapan alau-aluan Pengerusi JKD.
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Perancangan dan laporan aktiviti JKD.
5. Pembentangan Ketua Unit Kajian Kemasyarakatan SPA, JPNJ.
6. Pembentangan Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Johor.
7. Hal-hal lain.


Perkara 4 : Bayaran RM140.00 untuk dua set bahan edaran mesyuarat, Soalan Fokus SPM dan Modul Nota Berpandu untuk semua murid (Tingkatan 1 hingga 5) hendaklah dibuat atas nama JAWATANKUASA HARI GURU NEGERI JOHOR .

Sehubungan itu, arahan seperti dalam surat kami JPA4006.UPA/600-3/6/7 (2) bertarikh 28 Jun 2010 adalah dibatalkan.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Wassalam.

Penghargaan Jasa Seorang Pendidik

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Setiap pertemuan sudah pasti akan akan ada perpisahan. Jangan jadikan perpisahan profesional itu sebagai satu tembok penghalang kepada komunikasi sosial antara insan.

Justeru si kerdil dengan rendah diri merakamkan jutaan tahniah kepada rakan-rakan guru dan staf yang telah diluluskan permohonan pindah mereka ke lokasi-lokasi tertentu berkuatkuasa Jun 2010.

Jasa kalian dalam mencurah ilmu dan budi kepada anak-anak permata Mersing dan seluruh warga pendidikan Mersing amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Semoga persahabatan silaturrahim kita sentiasa berkekalan...


Jadikan pengalaman semasa di Mersing sebagai sesuatu yang bermakna. Nikmat akan ditelan masa, tetapi pengalaman tidak pernah pencen daripada memberikan makna nikmat. Beranikan diri untuk berjaya... beranikan diri juga untuk gagal...dan kejayaan tidak akan dikecapi tanpa sebarang kegagalan...


PERTUKARAN ANTARA NEGERI :

1. Nur Elina bt. Abdul Razak (SMKTA) ke Terengganu.
2. Norhafiza bt. Mohd. Amin (SMKPC) ke Terengganu.
3. Ermawati binti Atan (SMKAB) ke Sarawak.
4. Nurul Fariza bt. Ismail (SMKAB) ke Kedah.
5. Roslizawati bt. Ab. Hamid (SKSP) ke Kelantan.
6. Mohamad Affandi Othman (SKTR) ke WP Putrajaya.
7. Nor Aziana bt. Saian (SKTL) ke Pahang.
8. Zuraidah bt. Mohd.@Abd.Rahaman (SKT03) ke Terengganu.
9. Asrul Niza bin Mohd.Sarawany (SK Peta) ke Pulau Pinang.
10. Rosnida bt. Semail (SKSM) ke Pahang.
11. Mohd. Zaimi Yusoff (SKSD) ke Selangor.
12.Abdullah Hassan (SMKTA) ke Perak.
13. Normahsyar bt. Omar (SMKSM) ke WP Labuan.

PERTUKARAN ANTARA DAERAH :

1. Aminah bt. Yusof (SKBM) ke SK Kg. Melayu, Kluang, Johor.
2. Musa bin Abdul Hamid (SK Pulau Tinggi) ke Pasir Gudang.
3. Aishah bt. Ibrahim (SKBE) ke Pasir Gudang.
4. Minarni bt. Abd.Muis (SKN02) ke Johor bahru.
5. Fadzliyaton Mustaffar (SKN02) ke Kluang.
6. Nooraini bt. Muhammad (SMKSM) ke SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian.

PERTUKARAN DALAM DAERAH :

Latifah bt. Maarof (SKBM) ke SKBE.

PERTUKARAN MASUK :
SELAMAT DATANG....

1. Nor Azizah Muhammad (WP KL) ke SK Lembaga.
2. Rohaidah Abu Bakar (Kedah) ke SKMK.
3. Norizan Ismail (SK Sultan Abu Bakar) SKSM.
4. Nurhuda Abd.Razak (Muar) ke SKBM.
5. Abd.Rahim Kadri (SMT Rompin) ke SMKM.
6. Rosmiza bt. Ab.Hamid (SMK Rahmat Melaka) ke SMKAB.
7. Sazrena Shahadan (SMK Tinggi BP) ke SMKM.
8. Rosniza Jamros (SMK Sultan Alaudin, Kulai) ke SMKSM.

Audit Akademik & Majlis Anugerah Kecemerlangan JPNJ Bil.1/2010

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Adalah dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor telah menganjurkan majlis berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 29 Jun 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor
Sasaran : Pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar Negeri Johor

Si kerdil mengucapkan jutaan TAHNIAH kepada semua sekolah yang telah menerima anugerah. Semoga pencapaian dan kejayaan tersebut berkekalan dan ditambah nilai menjadi lebih cemerlang.
Bagi sekolah yang belum mencapai tahap pencapaian berkenaan, berusahalah demi anak-anak permata kita.
Psikologi manusia memang mahukan yang mudah tetapi psikologi manusia juga tidak terkecuali daripada mahu ambil mudah.
Dan... perkara yang senang tetap menjadi payah bagi mereka yang tiada kehendak.

Bahan Ucapan Pengarah :


Senarai institusi dan sekolah-sekolah Mersing yang menerima anugerah :

1. PKG Endau : Anugerah Pengurusan PKG Terbaik Negeri Johor.
2. SJKC Chiao Ching : IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
3. SJKC Jemaluang : IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
4. SJKC Pai Chee : IPQ Penarafan Kendiri Sekolah - SKPM SR.
5. SJK Tamil Mersing : Pencapaian Terbaik Bahasa Tamil Pemahaman Kategori SJKT Bandar (SKM).
6. SK LKTP Tenggaroh 01 : IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
7. SK LKTP Tenggaroh 03 :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
8. SK LKTP Tenggaroh 04 :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
9. SK LKTP Tenggaroh 06 : IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
10.SK LKTP Nitar 02 : IPQ Pencapaian UPSR 2009.
11.SK Bandar Endau :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
12.SK Bandar Mersing :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
b) IPQ Pencapaian UPSR 2009.
c) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
d) Pencapaian Terbaik Sains Kategori SK Bandar.
13.SK LKTP Tenggaroh 05 : Pencapaian Terbaik Sains Kategori SK Luar Bandar.
14.SK Lembaga Endau : IPQ Pencapaian UPSR 2009.
15.SK LKTP Nitar 01 : IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
16.SK Pulau Aur :
a) Pencapaian Terbaik Sains Kategori Sekolah-Sekolah Asli dan Pulau.
b) Pencapaian Terbaik Matematik Kategori Sekolah-Sekolah Asli dan Pulau.
17.SK Pulau Sibu :
a) IPQ Pencapaian UPSr 2009.
b) Pencapaian Terbaik Bahasa Melayu Pemahaman kategori Sekolah-Sekolah Asli dan Pulau.
c) Pencapaian Terbaik Bahasa Inggeris Kategori Sekolah-Sekolah Asli dan Pulau.
18.SK Pusat Air Tawar : IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
19.SK Sawah Dato' :
a) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
b) Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Negeri Johor.
20.SK Seri Pantai : IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
21.SK Sri Mersing :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Guru Besar 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SR.
22.SMS Sultan Iskandar :
a) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
b) IPQ Pencapaian PMR 2009.
23.SMK Tenggaroh A :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Pengetua 2009.
b) IPQ Pencapaian STPM 2009.
c) Anugerah Pengurusan Prauniversiti Terbaik.
d) Pencapaian Sekolah 100% Lulus.
24.SMK Anjung Batu :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Pengetua 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
c) IPQ Pencapaian SPM 2009.
25.SMK Mersing :
a) IPQ Pencapaian STPM 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
c) Pencapaian Terbaik Ekonomi Asas Kategori Sekolah-Sekolah Harian Biasa (Bandar)
c) Anugerah Pengurusan dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang Negeri Johor.
26.SMK Nitar :
a) IPQ Pencapaian STPM 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
27.SMK Pai Chee :
a) IPQ Pengurusan Kepimpinan Pengetua 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
c) Pencapaian Terbaik Matematik Tambahan SPM Kategori Sekolah-Sekolah Harian Biasa (Bandar)
28.SMK Sri Mersing :
a) IPQ Pencapaian PMR 2009.
b) IPQ Pencapaian STPM 2009.
c) IPQ Pencapaian STPM 2009.
d) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
29.SMK Tan Sri Abd.Kadir : IPQ Penarafan Kendiri SKPM-SM
30.SMK Ungku Husin :
a) IPQ Pencapaian STPM 2009.
b) IPQ Penarafan Kendiri Sekolah-SKPM SM.
c) Pencapaian Terbaik Tiga Tahun Berturut-turut Mata Pelajaran Vokasional-Kimpalan Arka dan Gas.
d) Anugerah Kecemerlangan Pemegang Biasiswa Perfect Score PMR 2009.
e) Pencapaian sekolah 100% lulus.
Selasa, 29 Jun 2010

Seminar Skor A PMR Bersama Berita Harian Tajaan Bank Rakyat 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dengan kerjasama Berita Harian Sdn Bhd. akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 7.30 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Sasaran : Calon-calon PMR 2010

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti 20 orang calon PMR sekolah masing-masing bagi menyertai seminar tersebut.

Pihak sekolah juga diminta mematuhi peraturan membawa murid keluar sekolah yang berkuatkuasa sekarang.
Wassalam.
Isnin, 28 Jun 2010

Dasar Dan Bantuan Kepada Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Reaksi :  
lihat laporan penuh di sini...

Mesyuarat JKD Pendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PSV akan menganjurkan mesyuarat berkenaan seperti butiran di bawah:

Tarikh : 15 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Pengerusi : Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 06
Sasaran : Pengerusi Panitia PSV Sekolah

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan alua-aluan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
3. Perkara berbangkit.
4. Pelantikan AJK Tahun 2010.
5. Program Tahun 2010.
6. Hal-hal lain.

Lampiran : Mesy_JKD_PSV.PDF
Ahad, 27 Jun 2010

Surat Kepada Pengarang - TEACHERS NEED HELP TO IMPROVE THEIR ENGLISH

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) refer to an article by Liong Kam Chong from Seremban, published in THE STAR newspaper dated 31 May 2010 on the issue of – Teachers need help to improve their English.
The Education Ministry appreciates the writer’s concern over the standard of English among our English language teachers. Apart from being trained in universities or teacher training institutes for a minimum of three years at pre-service level, these teachers also attend in-service programmes conducted by the Ministry’s Teacher Training Division. Foreign and local experts and specialists in related areas of English Language teaching are also engaged to further support and strengthen these training programmes. The Education Ministry continues to contract retired English teachers depending on local needs. The recruitment of these teachers is carried out at the state level depending on the requirements of each district in the state. These teachers’ service and contribution have always been duly acknowledged and appreciated.

Surat Kepada Pengarang - SISTEM PENILAIAN BARU PERLU GANTI UPSR, PMR

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bercadang memperkenalkan sistem Pentaksiran Beasaskan Sekolah (SBA) bagi menggantikan peperiksaan awam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menegah Rendah (PMR).

Surat Kepada Pengarang - PIHAK KPM TURUN KE SEKOLAH UNTUK MELIHAT BEBAN GURU

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih atas maklumat yang dikemukakan olehDragonball. Sebenarnya, KPM amat prihatin tentang isu beban tugas guru dan mendapat perhatian serius daripada kementerian, malah kementerian telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru di seluruh negara supaya usaha menjana modal insan dari peringkat sekolah tidak terjejas.

Surat Kepada Pengarang - PENGETUA TAKSUB PADA PROSEDUR

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Bapa Kecewa, Saujana Utama, Selangor” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 June 2010 –Pengetua taksub pada prosedur.
Isu yang ditimbulkan oleh Bapa Kecewa ialah beliau tidak mendapat pengesahan salinan kad pengenalan anaknya daripada pengetua kerana tidak membawa kad pengenalan yang asal dan beranggapan bahawa pengetua tidak melayan dengan adil kerana dia bukan kakitangan kerajaan.

Surat Kepada Pengarang - STRONG NEED TO REVAMP EDUCATION SYSTEM

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih dan menerima baik pandangan dan cadangan Presiden United Chinese School Teachers Association tentang keperluan untuk mengubah sistem pendidikan negara ini.

Surat Kepad Pengarang - GPMS MAHU KERAJAAN LAKSANA SEKOLAH SATU ALIRAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar dalam akhbar Berita Harian bertarikh 15 June 2010 – ‘GPMS mahu kerajaan laksana sekolah satu aliran”.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa KPM sentiasa berusaha menyediakan kemudahan pendidikan yang sempurna dan mencukupi mengikut keperluan dan keutamaan semua kaum bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Pada masa yang sama, KPM melihat kepada aspek yang menyeluruh dalam pembangunan pendidikan Negara dan tidak hanya melihat kepada satu jenis sekolah atau satu kawasan tertentu sahaja. Selaras dengan itu, KPM mengutamakan pembinaan sekolah kebangsaan sebagai sekolah aliran perdana bagi memenuhi keperluan murid dan ibu bapa pelbagai kaum dan memupuk perpaduan sejak awal persekolahan.

Surat Kepada Pengarang - LATIH RAMAI GURU SIVIK

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “SENSEI MATAISU, Klang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14 June 2010 – Latih ramai guru Sivik.
Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah mata pelajaran teras untuk semua murid sekolah rendah Tahap II. Selaras dengan ini, pihak sekolah bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab sivik. Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang berkesan dalam keluarga dan masyarakat.

Surat Kepada Pengarang - STILL WAITING FOR SCHOOLS IN THEIR AREA

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to the article published in THE New Straits Times dated 22 June 2010 on the issue of – Still waiting for schools in their area.
Projek pembinaan sekolah Taman Scientex yang terletak di Parlimen Pasir Gudang di daerah Johor Bahru ini telah disenaraikan dalam RMKe-9. Permohonan untuk membina sekolah ini telah dipohon bersama-sama dengan beberapa sekolah lain termasuk SK Taman Nusa Damai di Taman Nusa Damai yang bersebelahan dengan Taman Scientex sekitar 2km sahaja. Untuk makluman, SK Nusa Damai sedang dalam proses pembinaan sekolah dan dengan pembinaan SK Nusa Damai ini yang dijangka siap pada September 2011 akan dapat memenuhi keperluan murid-murid di kedua-dua taman tersebut. Untuk makluman SMK Nusa Damai telah pun siap dibina dan dijangka akan mula beroperasi pada 1 Julai 2010.

Surat Kepada Pengarang - GURU TIADA MASA UNTUK KELUARGA

Reaksi :  
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadi faktor utama pendesak pengetua dan guru besar memperhebatkan usaha untuk mencapai tahap SBT. Guru perlu bekerja setiap hari Sabtu dan Guru tidak punya masa untuk mendidik anak dan masa berharga untuk keluarga.
Permohonan baru bagi Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tingkatan 6 Rendah Tahun 2010 akan bermula pada 8 hingga 14 Julai 2010 dan dibuka secara serentak bagi semua negeri di Malaysia. Proses permohonan secara online ini boleh diakses oleh sekolah/PPD/JPN melalui alamat http://apps.emoe.gov.my/bkp . Sehubungan itu, pihak sekolah/PPD/JPN boleh mengakses ke alamat seperti yang dinyatakan untuk membuat semakan senarai nama yang layak memohon biasiswa mulai 1 Julai hingga 7 Julai 2010.

Isu Pemansuhan UPSR dan PMR - Henti bunuh potensi pelajar

Reaksi :  
CADANGAN supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga meminta supaya sistem penilaian sedia ada dikekalkan.

Anuar Ahmad, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sudah tiba masanya sistem penilaian peringkat rendah dan menengah yang terlalu berorientasikan peperiksaan dirombak.

Presiden Persatuan Ibu dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohd. Ali Hassan mempunyai pandangan yang sama. Beliau menekankan tentang pentingnya memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran asas iaitu Menulis, Membaca dan Mengira daripada terlalu memberi penekanan kepada peperiksaan semata-mata.

Baca lagi di sini...

MAJLIS PENGKISAHAN SEJARAH SK BANDAR MERSING 100 TAHUN

Reaksi :  

Majlis Pengkisahan Sejarah buat julung kali akan diadakan dengan kerjasama SK. Bandar Mersing dan Jabatan Arkib Negara Cawangan Johor pada:
Tarikh : 27 Jun 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan SK. Bandar Mersing

Diharapkan kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis yang bersejarah ini.
Sumber : Blog ICT SKBM