* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 9 Julai 2010

Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

Reaksi :  

Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) bagi murid Tahun 3, 5 dan 6 dilaksanakan di seluruh negara mulai 1 JULAI 2010 tanpa menyediakan kursus pendedahan terlebih dahulu kepada para guru mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Mohon rujuk surat jabatan (JPN:SPA/1607(56) bertarikh 8 Julai 2010 yang telah diedarkan sebelum ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami PPPD Bahasa Malaysia, En. Wee Kok Cheng.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Terima kasih.

PENARAFAN BINTANG MAKMAL DAN BILIK SAINS

Reaksi :  

Mohon kepada Ketua Bidang Sains Matematik(Men) dan Ketua Panitia Sains (SR)

Bagi memudahkan kerja, urutan operasi seperti berikut boleh dilaksanakan.

Peringkat sekolah...
1 Cetak borang penarafan (Sekolah Menengah / Sekolah Rendah)
2 Pengetua/Guru Besar/GPK/GKMP/Ketua Panitia mengisi borang dengan lengkap
3 Pengetua/Guru Besar mengesahkan borang yang diisi dengan LENGKAP
4 Masukkan data ke dalam aplikasi (gunakan MS ofis 2003; jika 2007 sila enable all macro terlebih dahulu)
5 Eksport data sekolah dan hantar ke PPD. Satu bengkel khas akan diadakan bagi melancarkan proses berkenaan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami PPPD Sains Matematik (M), Cik Ainol Hayati Abd.Raof.

Berikut bahan/dokumen yang diperlukan:-
1 alt BORANG (SR - cetak dan isi)
2 alt BORANG (SM - cetak dan isi)
3 alt dbPMBS_Ren_Ver1.EXE (SR - isi dan e-mail)
4 alt dbPMBS_Men.EXE (SM - isi dan e-mail)

Permohonan PTK Secara Online Sesi 2 Tahun 2010

Reaksi :  

Dimaklumkan pendaftaran permohonan menduduki Penilaian Pemahaman PTK dan mengulang komponen PTK bagi PPPS Gred DG48, DG52 dan DG54, PPPLD DGA34 & DGA38 akan dibuka mulai 1 - 31 Julai 2010. Calon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui laman web BPPK di alamat seperti berikut http://apps.emoe.gov.my/bppk/

Arahan kepada calon :
1. Calon hendaklah membuat permohonan secara atas talian melalui laman web BPPK
2. Calon boleh menyemak status permohonan dan soalan tugasan individu di laman web BPPK 2 minggu selepas tarikh tutup
3. Calon perlu memuat turun Tiket Penilaian Pemahaman PTK sebulan selepas tarikh tutup.
4. Calon perlu menyerahkan salinan Akuan Pemohonan kepada Ketua Jabatan
5. Bagi sekolah yang tiada akses internet boleh merujuk kepada Pejabat Pelajaran Daerah Mersing

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai kami di Unit Penilaian dan Peperiksaan, PPD Mersing.

Hebahan Permohonan SBT bertarikh 3 Julai 2010 adalah berkaitan.
Perhatian kepada semua sekolah dalam Band Satu (1), kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT, WAJIBmengisi Borang Pencalonan SBT menerusi Portal NKRA-Pendidikan.
Borang Pencalonan boleh diakses melalui Portal NKRA mulai 2 Julai 2010.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada jam 12.00 malam 15 Julai 2010.

10 Julai 2010 - Program Akademik

Reaksi :  
1. Kem Bahasa Malaysia PMR
Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan SMKAB
Sasaran : Calon-Calon PMR 2010
Anjuran : JKD Bahasa Malaysia & PPD Mersing

2. Kursus Bahasa Malaysia Pra Sekolah
Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Guru-Guru Pra Sekolah
Anjuran : PPD Mersing

3. Program Menggilap Permata 2 Bil.4/2010
Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : SKSM, SKBE, SKT05 & SKN01

4. Program Kecemerlangan PMR STF Wilayah Selatan
Tarikh : 9 - 11 Julai 2010 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Hotel Seri Malaysia Mersing
Sasaran : Calon-Calon PMR 2010

Makluman Pergerakan Guru Besar

Reaksi :  
Assalamu a'alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pergerakan berkenaan adalah seperti berikut :

1. EN. AB. RAHAMAN BIN AHMAD, Guru Besar SK FELDA Tenggaroh 03 bertukar ke SK Kahang, Kluang berkuatkuasa 12 Julai 2010.

2. EN. ROSLI BIN DAVI, Guru Besar SK FELDA Tenggaroh 05 bertukar ke SK Taman Daya 3, Pasir Gudang berkuatkuasa 10 Julai 2010.

3. EN. KAMALUDIN BIN SUJAN, GPK1 SK Sinar Bahagia, Kulaijaya dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK FELDA Tenggaroh 05 berkuatkuasa 12 Julai 2010.

4. PN. FAUZIAH BINTI MAMAT, GPK1 SK Taman Daya 3, Pasir Gudang dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar di SK FELDA Tenggaroh 03 berkuatkuasa 24 Julai 2010.

5. Guru Besar SK FELDA Tenggaroh 01 belum diisi.

Si kerdil merakamkan jutaan terima kasih atas jasa tuan sepanjang berada di bumi Mersing ini. Pengalaman tidak pernah pencen daripada memberi makna kepada nikmat. Jadikan pengalaman itu sesuatu yang bermakna, sekaligus akan membawa kita lebih maju ke depan dan berfikir secara lebih kreatif dalam mendepani cabaran-cabaran profesional.

Si kerdil juga mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan yang sudi menyahut cabaran berada di Mersing. Di situ bumi di pijak... di situ juga langit dijunjung.
Moga dengan kehadiran tuan akan dapat mencorakkan pendidikan Mersing terutama di SK FELDA Tenggaroh 03 dan SK FELDA Tenggaroh 05.

Wassalam.

Makluman Pergerakan PPD dan Kenaikan Pangkat Pengetua

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pergerakan tersebut adalah seperti berikut :

1. MD. BUANG BIN SAIBANI (DG52),Pegawai Pelajaran Daerah Mersing ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi sebagai Pegawai Pelajaran Daerah.

2. HJ. MOHAMED AZHAR BIN ISMAIL (PC DG52), SMK Mersing dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.

3. HJH. ZALIHA BINTI ISMAIL, Pengetua SMK Tenggaroh A dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Cemerlang DG52 di SMK Mersing.

4. HJ. MOHMAD BIN HASHIM, Pengetua SMK Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Cemerlang DG52 di SMK Tenggaroh A.

5. HJ. ABU OTHMAN BIN IBRAHIM, Pengetua SMK Anjung Batu dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Cemerlang DG52 di sekolah yang sama.

Semua pergerakan dan kenaikan pangkat berkenaan berkuatkuasa pada 1 JULAI 2010.

HJ. IDRIS BIN AHMAD, Pengetua SM Sains Sultan Iskandar Mersing sebelum ini telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua Cemerlang DG54 di sekolah yang sama.

Si kerdil merakamkan ucapan jutaan tahniah dan syabas atas pelantikan dan kenaikan pangkat tersebut. Moga ia memberi impak yang besar kepada kualiti pengurusan pendidikan di daerah Mersing. Kelangsungan itu nanti akan menterjemahkan slogan Mersing Hebat kepada tindakan-tindakan yang lebih efektif untuk kepentingan bersama terutama anak-anak Permata Mersing.

KEJAYAAN SESEORANG BUKAN TERLETAK PADA ILMU DAN BAKAT YANG DIMILIKINYA, TETAPI KESEDARAN DAN KEBERANIANNYA UNTUK BERTINDAK MENGGUNAKAN KELEBIHAN-KELEBIHAN ITU.

Sekian dimaklumkan...

10 Julai 2010 - Program Menggilap Permata 2 Siri 4/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan mengadakan program berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 10 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Seperti Jadual_Pengelolaan.pdf

Berikut dipaparkan dapatan Post Mortem PMP2 dan beberapa isu berbangkit untuk makluman dan tindakan pihak sekolah dan AJK Kerja PMP2 seterusnya.

1. Jadual_Pengelola_Penyelaras_Pemantau.pdf
2. Jadual_Ikut_MataPelajaran.pdf

Lain-lain ketetapan adalah seperti hebahan sebelum ini....

Cadangan Penambahbaikan :

Mohon kerjasama warga kerja PMP2 termasuk Pengerusi Zon, JKD Kecemerlangan UPSR, Sekolah Pengelola, Guru Pengiring/Pegawai Kenderaan, Fasilitator/Guru Pembimbing, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pegawai Pemantau dan Guru Besar.

a. Tepati masa agar program dapat dijalankan mengikut jadual.

b. Guru Pengiring perlu menghantar senarai peserta dan membuat bayaran di meja pendaftaran setiap siri pelaksanaan PMP2.

c. Guru Pengiring/Pegawai Berkereta perlu menghantar dan mengambil peserta mengikut jadual.

d. Guru BDK perlu membuat jadual dan memastikan pelaksanaan Bimbingan Rakan Sebaya peserta PMP2 di peringkat sekolah masing-masing mengikut siri ( 1-6 ) supaya ilmu dan kemahiran peserta PMP2 dapat dikongsikan dengan murid-murid lain.

e. Sekolah Pengelola perlu membentuk JK Pengelola Dalaman Sekolah yang mengambil kira keselamatan murid, pengurusan makan minum, penyediaan tempat, pengelola peserta, pengurusan solat berjemaah dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

f. Hanya Pengerusi Zon sahaja yang dibenarkan memegang resit dan memungut bayaran peserta serta diserahkan kepada Pengerusi Tabung Imtiaz. (PPPD Kurikulum)

g. Sekolah Pengelola hendaklah membuat tuntutan bayaran makan minum peserta sejurus selepas pelaksanan program melalui Pengerusi Zon masing-masing. Tuntutan hendaklah disertakan dengan resit bayaran pembekal.

h. Cetakan modul akan dibuat secara berkala mengikut siri PMP2. Sekolah Pengelola hendaklah mengambil modul berkenaan di Kedai Buku Angsini pada hari Khamis iaitu dua hari sebelum program. (siri 2 - 5)

i. Sekolah Pengelola hendaklah menguruskan makan minum peserta dan guru mengikut bilangan yang telah ditentukan. (Minum pagi, makan tengahari dan minum petang)

j. Sekolah Pengelola hendaklah mengumpulkan semua peserta dan ditaklimatkan sebelum dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.

g. Pasukan pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang dibekalkan dan menyerahkan instrumen berkenaan kepada JKD Kecemerlangan (SK Sawah Dato').

h. Pegawai PPD yang memantau hendaklah menyerahkan instrumen pemantauan kepada Cik Saharazad Mustaffar, PPPD Bahasa Inggeris (Rendah).

i. Sebarang perubahan hendaklah dibuat melalui Pengerusi Zon atau Pengerusi JKD Kecemerlangan UPSR.

j. Pengerusi Zon hendaklah memastikan sepanduk PMP2 dipasang di setiap tempat program dan memulangkannya kepada PPD mersing selepas siri 5.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan seterusnya.
Khamis, 8 Julai 2010

Pendidikan Islam, Moral tidak perlu jadi subjek teras

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran berpendapat subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral tidak perlu dijadikan mata pelajaran teras dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri murid.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ini kerana langkah sedemikian tidak menjamin penghayatan pada kalangan murid untuk menjadi amalan mereka. Baca lagi di sini...

Seminar Skor A PMR Bersama Berita Harian Tajaan Bank Rakyat 2010

Reaksi :  




Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan.
Tahniah kepada ANAK-ANAK PERMATA terpilih menyertai seminar tersebut yang datang dari Mersing, Batu Pahat, Rompin, Johor Bahru dan Pasir Gudang.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang telah memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan program tersebut.

Insuran Takaful

Reaksi :  


13 - 16 Julai 2010

- Setiawan

- P. Pinang

- Johor Bahru

- Taiping

20 - 23 Julai 2010

- Putrajaya

- Sandakan

- Kota Bahru

- Raub

- Kuching

- Kapit

- Muar

- Kudat

- Limbang

- Kota Kinabalu

27 - 29 Julai 2010

- Putrajaya

- Johor Bahru

- Sibu

- Kuala Terengganu

- Seremban

- Labuan

- Kota Kinabalu

- Ranau

03 - 06 Ogos 2010

- Kota Kinabalu

- Temerloh

- Kuala Terengganu

- Sarikei

- Sungai Petani

- Kluang

17 - 20 Ogos 2010

- Keningau

- Sandakan

- Kuala Terengganu

- Kota Bahru

- Johor Bahru

- Alor Setar

- Kluang

- Miri

- Bintulu

- Temerloh

- Kuantan

- Sungai Petani

- Sarikei

Sila semak status temu duga anda di Semak Status PPP

TEMU DUGA DALAM LATIHAN BAGI PELATIH IPGM 1/2010 (KPLI JQAF)

Reaksi :  

Urusan temu duga akan bermula dari 29 Jun - 10 Julai (KPLI JQAF). Hanya pelatih yang disenaraikan sahaja yang akan dipanggil temu duga. Sila pastikan dokumen temu duga disediakan lebih awal. Pelatih dikehendaki menyemak nama masing-masing (untuk pembetulan jika ada kesilapan).

ZON SABAH - GAYA & KENTZON SABAH - KENINGAUZON SABAH - TAWAU
ZON SELATAN - T.H. ONNZON SARAWAK - B. LINTANGZON SARAWAK - MIRI
ZON SARAWAK - T.A. RAZAKZON TIMUR - K. BAHRUZON UTARA - DARULAMAN
ZON UTARA - IPOHZON UTARA - P.PINANGZON UTARA - PERLIS
ZON UTARA - S.A. HALIMZON UTARA - T.BAINUNZON SELATAN - P.MELAYU
ZON SELATAN - R. MELEWARZON SELATAN - T. IBRAHIMZON TENGAH
ZON TIMUR - AFZANZON TIMUR - RAZALIZON TIMUR - SULTAN MIZAN

Jawatan Kosong: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Reaksi :  

Permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk jawatan berikut:-

Jawatan: Pegawai Rundingcara (S41)

Jabatan: Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Klasifikasi: Perkhidmatan Sosial

Kumpulan: Pengurusan Dan Profesional

Jadual Gaji: Gred S41

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Taraf Jawatan : Kontrak

Syarat Lantikan :-

Calon-calon hendaklah memiliki :-

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Kaunseling dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

ATAU

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah dan yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

ATAU

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan dari universiti-universiti tempatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

DAN

Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan di bawah syarat-syarat skim perkhidmatan :

Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati daripada Laman web YPKDTwww.ypkdt.org.my atau Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, dengan menghantar sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm bersetem 30 sen beralamat sendiri. Permohonan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Ketua Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Aras 1 & 2, Parcel C2S, Sayap Timur,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79603 Nusajaya, Johor.

Sebelum atau pada : 20 Jun 2010

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Bank Item (Bank Soalan) JPNJ

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bank Item berkenaan telah dibina oleh pihak Jabatan Pelajaran Johor sebagai satu sumber perkongsian pintar antara sekolah-sekolah di negeri Johor.

Pihak sekolah juga dipelawa memanfaatkan aplikasi berkenaan untuk kepentingan bersama.

Tahniah kepada beberapa sekolah yang telah menyertai program berkenaan :


Sehubungan itu, si kerdil mempelawa semua sekolah di daerah Mersing agar turut serta mengguna pakai kemudahan berkenaan demi kepentingan Anak-Anak Permata Mersing.

Surat Kepada Pengarang - EDUCATING MALAYSIA THE RIGHT WAY

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to thanks and refer to an article by P.Gunasegaran, Managing Editor of the Star for his comments and suggestion on the issue of –– Educating M’sia the Right Way”, published in THE STAR newspaper dated 25th June 2010.
The ministry agrees with the editor that education methods and means is constantly changing and evolving. Thus improving the quality of education and ensuring its relevance is not an easy task. More details....

Penutupan Portal Di Bawah Server Johordt

Reaksi :  
Adalah segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Pihak Unit Sains Teknologi Dan ICT Negeri Johor akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan server Johordt pada hari ini iaitu 7 Julai 2010 (Rabu). Sehubungan itu semua portal di bawah server Johordt tidak akan dapat di akses sehingga kerja-kerja penyelenggaraan ini selesai.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Keprihatinan pihak YB Dato' / Tuan / Puan, amat kami hargai.

Sekian Terima Kasih

Jawatan Kosong : Majlis Daerah Mersing

Reaksi :  

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara
Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing :-

(a) Skim Perkhidmatan : Penolong Jurutera
(b) Kuasa Tempatan : Majlis Daerah Mersing
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) Klasifikasi : Perkhidmatan Kejuruteraan
(e) Taraf Jawatan : TETAP
(f) Gred : Gred J29

Jadual Gaji Matriks : P1T1 RM1549.40 - P1T21 RM3046.80
P2T1 RM1620.49 - P2T21 RM3241.91
P3T1 RM1694.60 - P3T21 RM3430.90

1. Syarat Lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2); dan
(ii) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.

2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik bidang kejuruteraan dan Pemeriksa
Kereta Motor adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk
kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred J29, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perengan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.IKLAN JAWATAN KOSONG

3. Penaklukan Dibawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan :
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Penolong Jurutera Gred J29 adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaanpindaan
yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

4. Cara memohon :
Semua permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Kuasa
Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
Perintah Am Bab A Bil.21.
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang jawatan kosong Majlis Daerah Mersing
(secara percuma) yang boleh dilayari melalui laman web : http://www.mdmersing.gov.my.
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijilsijil
persekolahan, sijil berhenti sekolah, dokumen-dokumen sokongan yang telah diakui sah
serta sekeping gambar warna berukuran pasport ( tidak dikembalikan ) dan hendaklah dihantar
kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR
pada atau sebelum 18 JUN 2010

Permohonan yang tidak mematuhi/memenuhi syarat-syarat di atas tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Pemohon yang tidak
menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.

Muat turun :
Iklan Jawatan
Borang Permohonan