* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 16 Julai 2010

Program Salam Permata Mersing di SMK Tenggaroh A

Reaksi :  
" SALAHKAH ANAK-ANAK TENGGAROH A MENJADI PELAJAR PALING CEMERLANG DI DAERAH MERSING?.... CEMERLANG BUKAN UNTUK SEORANG SAHAJA... SESIAPA SAHAJA BOLEH CEMERLANG "
Md. Jais Samat

En. Md. Jais bin Samat, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Mersing berkata demikian di depan 523 orang calon-calon PMR, SPM dan STPM SMK Tenggaroh A serta guru-guru dalam siri Program Salam Permata Mersing pada 15 Julai 2010.

Beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar dapat melakukan perkara yang terbaik untuk ibubapa kerana mereka sentiasa buat yang terbaik untuk anak-anak.

Nama terbaik menjadi pilihan ibubapa buat anak-anak mereka. Daripada awal kelahiran hingga saat ini, nama itulah yang dipanggil. Panggilan tersebut merupakan doa yang paling berharga lahir daripada lubuk hati seorang ibu dan bapa.

Pakaian yang dipilih, adalah yang terbaik. Makanan yang dimasak, adalah yang terbaik. Pengorbanan ibubapa tidak terbalas dengan wang ringgit atau apa sahaja..

Beliau juga turut menempelak pelajar dengan melemparkan persoalan "ADAKAH TIDUR, PONTENG KELAS ITU BALASAN YANG BERBALOI ATAS JASA IBUBAPA ?"



S
i kerdil menyampaikan Cenderamata Salam Permata kepada Pengetua SMK Tenggaroh sambil diperhatikan oleh Timbalan PPD Mersing.

Harapan kami agar program Salam Permata ini dapat memberi impak yang positif kepada semua pihak terutama anak-anak Permata SMK Tenggaroh A.
Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek.... perjuangan kita tidak berakhir di sini... ia belum selesai.
Pelajar-pelajar silih berganti... kerenah juga berganti-ganti...kesabaran dan ketaqwaanlah menjadi kekuatan guru. Perjuangan guru tidak ada titik akhirnya... ia akan berterusan, demi anak-anak Permata Mersing.

Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 20 Julai 2010 (Selasa) ke PPD Mersing.

BAGI TUJUAN PENYELARASAN DI DAERAH MERSING, PIHAK PENGETUA DAN GURU BESAR DIMINTA MENGAMBIL TINDAKAN BERIKUT :

1. Mengenalpasti guru-guru yang layak untuk membuat permohonan tersebut.
2. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke PPD Mersing selewat-lewatnya 20 Julai 2010 (Selasa).
3. Borang berkenaan juga hendaklah dibuat sebanyak 3 salinan (JNJK,PPD & Sekolah)

Lampiran :
Surat Siaran Guru Cemerlang 1
Surat Siaran Guru Cemerlang 3
Surat Siaran Guru Cemerlang 4
Surat Siaran Guru Cemerlang 5
Surat Siaran Guru Cemerlang 6
Surat Siaran Guru Cemerlang 7
Lampiran A1
Lampiran B
Lampiran C
Lampiran D
Lampiran E
Lampiran T1

Salam Terakhir Tuan PPD dalam Siri Salam Permata Mersing 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, si kerdil merafa'kan kesyukuran ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia nikmat yang tidak terkira... Dengan iradahNya jua Program Salam Permata Mersing dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Hari ini merupakan saat bersejarah dimana dalam hari-hari terakhir En. Md.Buang bin Saibani, mantan PPD Mersing berada di Mersing, beliau masih berkesempatan dan terus memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak Permata Mersing.

" KALAU KITA NAKKAN SESUATU YANG HEBAT... USAHA KITA JUGA PERLU HEBAT " : Md. Buang bin Saibani

Beliau menyatakan demikian semasa menghadiri Program Salam Permata Mersing di SMK Mersing pada 14 Julai 2010 (Rabu) jam 10.00 pagi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada anak-anak Permata SMK Mersing dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang pada tahun lepas terutama dalam peperiksaan PMR 2009.

Program tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai di PPD Mersing, guru-guru dan calon-calon PMR, SPM dan STPM SMK Mersing.













Pekeliling SPP Bilangan 2 Tahun 2010

Reaksi :  
Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 2 Tahun 2010: Tatacara Pengesahan Dalam Perkhidmatan Berdasarkan peraturan 27(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005

Sila muat turun di sini...

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pengetua Cemerlang dari Gred DG48 hakiki ke Gred DG52 (KUP) dan bagi Gred DG52 (KUP)I hakiki ke Gred DG54 (KUP) tahun 2010. Maklumat lanjut sila rujuk lampiran di bawah : -
BPPC 2010
Format - Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
Kenyataan Ketua Jabatan
Pengetua Cemerlang
Tapisan Keutuhan
Isnin, 12 Julai 2010

Pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Pelaksanaan Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan ( SEGAK ) 2 Tahun 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa takwim pelaksanaan Ujian SEGAK 2 / 2010 oleh sekolah-sekolah adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh pelaksanaan di peringkat sekolah : 12 Julai 2010 hingga 10 Ogos 2010

Pengumpulan data di peringkat daerah : 17 Ogos 2010

Pengumpulan data di peringkat negeri : 25 Ogos 2010

Sehubungan itu , mohon kerjasama sekolah untuk merancang dan melaksanakan Ujian SEGAK di peringkat sekolah dalam tempoh yang ditetapkan di atas. Pihak sekolah hendaklah memastikan Ujian SEGAK ini dijalankan dengan sempurna, menggunakan peralatan yang standard dan mematuhi peraturan yang ditetapkan . Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2008 hendaklah dijadikan panduan dalam melaksanakan ujian ini.

Rumusan dan dapatan data Ujian SEGAK 1/2010 telah mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dalam pelaksanaan Ujian SEGAK 2/2010 ini. Antaranya ialah ujian tidak dijalankan dengan sempurna, tidak dirancang, tiada taklimat kepada murid dan guru, ada murid yang tidak melaksanakan ujian SEGAK, ada data Ujian yang diisi secara "maya", iaitu murid tidak melaksanakan ujian tetapi ada markah, kurang atau tiada pemantauan dari pentadbir sekolah dan sebagainya.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan supaya taklimat kepada guru dan murid dijalankan sebelum ujian dijalankan. Untuk memastikan ujian ini dijalankan dengan sempurna dan data dapat disediakan dengan tepat dan bertanggungjawab, perancangan hendaklah dibuat dengan teliti dan direkodkan. Pengumpulan data ujian hendaklah menggunakan perisian yang digunakan untuk Ujian SEGAK 1/2010.

Sebarang kemuskilan dan pertanyaan sila rujuk Wan Nadzri Wan A.Rahman (PPPD Kurikulum) atau En. Shamshudin Othman, Jurulatih Utama SEGAK .

Kerjasama tuan amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih.

Hebahan Aplikasi SEGAK 2010

Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi_SEGAK.zip
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak

Portal Rasmi PPD Mersing sedang dibaik pulih

Reaksi :  
Portal Rasmi PPD Mersing di url http://www.johordt.gov.my/ppdmersing yang telah 'down' sejak hari Rabu, 8 Julai 2010 sedang diselenggara dan dibaikpulih dan menurut sumber-sumber dari johor.dt berkemungkinan besar, portal tersebut akan dapat diakses semula seperti biasa selepas waktu tengahari, Isnin, 12 Julai 2010.

Segala kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak terutama warga pendidikan Mersing amat dikesali.

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR PMR & SPM FELDA WILAYAH JOHOR

Reaksi :  

Program Anjuran pihak Pengurusan FELDA Wilayah Selatan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing, Pasir Gudang, Kota Tinggi, dan Kulai Jaya ini telah diadakan untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang berpontensi dan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM 2010. Antara lain objektif utama program ini ialah mempastikan sekolah-sekolah kawasan FELDA mampu bersaing dan menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang. Untuk memastikan program ini berjalan dengan baik guru-guru Cemerlang di Negeri Johor telah dijemput untuk memberi ceramah dalam pembengkelan yang dianjurkan.
Bagi daerah Mersing, Sekolah Menengah Kebangsaan Tenggaroh A dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Kadir (STAR) telah terpilih mewakili daerah Mersing dalam program tersebut. Masing-masing telah menghantar seramai 8 orang pelajar dalam program ini. Encik Mohd Asomudin Bin Mohd Safi dari SMK Tenggaroh A dan Cik Suhaiza Binti Zanoldin @ Zainuddin dari STAR merupakan Penyelaras STF merangkap Ahli jawatankuasa program pada kali ini. .Berikut adalah maklumat tambahan mengenai program tersebut:

Tempat : Hotel Sri Malaysia Mersing
Tarikh : 9 hingga 11 Julai 2010
Sasaran : 186 orang pelajar harapan PMR dan SPM 2010 sekolah-sekolah
FELDA Wilayah Selatan

Renungan : Bekerja dengan As-Sidq/Honesty

Reaksi :  
Sukacitannya si kerdil mengambil kesempatan pada kali ini untuk berkongsi tentang tajuk ini sebagai muhasabah diri bersama rakan-rakan pengunjung yang dikasihi.

Prinsip ini menghendaki pekerja-pekerja melakukan sesuatu perkara yang betul dan benar bukan kerana ia takut kepada manusia tetapi kerana percayakan kepada Allah SWT.

Sebagai amaran, al-Quran menjanjikan kepada orang-orang yang melampaui batas iaitu mereka yang melakukan penipuan (tidak betul) dan sebagainya akan menerima balasa akibat perbuatannya di dunia, dan di akhirat pula akan disiksa dengan api neraka. Oleh itu mereka yang diamanahkan perlu menjalankan tanggungjawab dengan cekap dan sempurna.

Sabda Rasulullah SAW :

إن الله يحب إذا عمل أحدكم العمل أن يتقنه

" Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu perkara ia melakukannya dengan tekun (memperbaiki dan mempertingkatkannya)."

Psikologi manusia sememangnya hendakkan yang mudah. Tidak kurang juga yang suka ambil mudah. Sesuatu perkara tidak mungkin menjadi mudah sekiranya tiada kehendak.
Dalam mencari sesuatu yang mudah, tidak kurang juga yang sanggup melanggar peraturan syariat dan undang-undang dunia.
Wassalam.