* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 24 Julai 2010

Nisfu Syaaban : Antara Amalan dan Bidáh

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah

Al-Hamdulillah.. syukur kehadrat Yang Maha Esa yang sentiasa mengurniakan nikmat walau ketika makhlukNya suka dan duka, walau di saat makhluknya melakukan dosa maksiat dan patuh akan suruhanNya.

Itulah sifat Allah Yang Maha Penyayang dan Rahmat, Pemberi Rezeki kepada sesiapa sahaja yang Ia kehendaki, tak kira makhluk yang ingkar atau akur kepadaNya.

Kali ini, si kerdil ingin berkongsi tentang AMALAN NISFU SYAABAN, bukan niat untuk menjadi jaguh, bukan juga berhasrat untuk menunjuk pandai atau bermuka-muka, tiada terdetik untuk mengambil alih tugas orang lain..... HANYA SEKADAR PERKONGSIAN MAKLUMAT DAN ILMU bagi kebaikan bersama.

“Nisfu” bermakna separuh atau 14hb.
"Syaaban" bermaksud Bulan Syaaban dalam Kalender Hijrah.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu.”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Sumber : http://albakriah.wordpress.com

SILA LIHAT PERBINCANGAN TENTANG FATWA DAN KETAKSUBAN MALAM NISFU SYAABAN DI PAITAN BERIKUT :


Festival Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor

Reaksi :  

Tarikh : 21 - 22 Julai 2010
Tempat : SMK Anjung Batu Mersing

Festival berkenaan telah ditutup secara rasminya oleh YB En. M. Asojan A/L Muniyandi, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor.

Si kerdil merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat mengurus dan mengelola festival berkenaan dengan jayanya.

TAHNIAH kepada anak-anak Permata Mersing yang telah berjaya menjuarai beberapa acara dalam festival tersebut.

Lampiran : Keputusan Penuh
Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG52 Ke Gred DG54, Gred DG48 Ke Gred DG52, Gred DG44 Ke Gred DG48 Dan PPPS Gred DG41 Ke Gred DG44 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Tahun 2010 Di Kementerian Pelajaran Malaysia. (Hanya Untuk Pegawai JPN dan PPD Sahaja)
Surat JPNJ.NP(27)(S)/500-5/3/4 bertarikh: 22 Julai 2010 adalah dirujuk dan berkaitan.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Pemangkuan Pegawai Cemerlang dari Gred DG52 Ke Gred DG54, Gred DG48 Ke Gred DG52, Gred DG44 Ke Gred DG48, Gred DG41 Ke Gred DG44.

Semua permohonan hendaklah dikumpulkan Sektor / Pejabat Pelajaran Daerah dan hendaklah dikemukan ke Unit Naik Pangkat jabatan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.

Ketua Jabatan di pertanggungjawabkan untuk memastikan tiada kes-kes yang tertinggal, kesilapan fakta dan kelewatan dalam mengemukakan perakuan kenaikan pangkat pegawai yang terlibat.
Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Unit Naik Pangkat jabatan ini atau kepada pegawai seperti dibawah ini:
Encik Abd Rahman Bin Abd Rahim : 07-2332301
Puan Hjh Komsaton Bte Hj Siraj : 07-2332204
Encik Mohd Nizam Bin Zainal : 07-2332201
Tarikh Tutup : Pada atau sebelum 16 Ogos 2010 (Isnin , Jam 5.00 petang)
Sila klik dibawah :
Sekian, terima kasih.

PENANGGUHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BAHASA ARAB PMR SETARA NEGERI JOHOR 2010

Reaksi :  

Sukacitanya dimaklumkan perubahan berkenaan adalah seperti berikut :

30 JULAI 2010 (JUMAAT) (08.00 PAGI – 10.30 PAGI)

DITANGGUHKAN KEPADA

10 OGOS 2010 (SELASA) (07.30 PAGI – 10.00 PAGI)

* KEPADA SEMUA SEKOLAH MENENGAH YANG ADA KELAS ALIRAN AGAMA SERTA SEKOLAH MENENGAH AGAMA SWASTA HENDAKLAH MEMATUHI PENANGGUHAN TERSEBUT. SEKIAN TERIMA KASIH.

SILA KLIK DISINI UNTUK MUAT TURUN PERUBAHAN JADUAL.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Penempatan (PPPLD) Gred DG32 (KUP) 'Time-Based' Ke Gred DGA32 (HAKIKI).

Semua permohonan hendaklah dikumpulkan Sektor / Pejabat Pelajaran Daerah dan hendaklah dikemukan ke Unit Naik Pangkat jabatan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pihak tuan juga di pertanggungjawabkan untuk memastikan tiada kes-kes yang tertinggal, kesilapan fakta dan kelewatan dalam mengemukakan perakuan kenaikan pangkat pegawai yang terlibat.

Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Unit Naik Pangkat jabatan ini atau kepada pegawai seperti dibawah ini:

1 Encik Abd Rahman Bin Abd Rahim : 07-2332301
2 Puan Hjh Komsaton Bte Hj Siraj : 07-2332204
3 Puan Mazura Bte Mohd Noh : 07-2332201

Tarikh Tutup : Pada atau sebelum 09 Ogos 2010 (Isnin , Jam 5.00 petang)

Lampiran :


Sekian, terima kasih.

Program Akademik : 24 Julai 2010 (Sabtu)

Reaksi :  
Si kerdil merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program-program ilmu dibawah kelolaan Unit Pengurusan Akademik PPD Mersing.
Si kerdil amat terharu dengan komitmen dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh anak-anak Permata, guru-guru, staf dan pegawai-pegawai serta semua yang terlibat memastikan program-program berkenaan berjalan dengan lancar.

Hadis :

" SESIAPA YANG BERKEHENDAKKAN DUNIA, MAKA HENDAKLAH IA MENCARI ILMU DAN SESIAPA YANG BERKEHENDAKKAN AKHIRAT, MAKA HENDAKLAH IA MENCARI ILMU. BEGITU JUGA SESIAPA YANG HENDAK MENDAPAT KEDUA-DUANYA (DUNIA DAN AKHIRAT) MAKA HENDAKLAH IA MENUNTUT ILMU ".

1.PROGRAM :PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2 SIRI 5/2010
Tempat:Skbm, Sk Teriang, Skt07, Skn02
Tarikh:24-Jul-2010 hingga 24-Jul-2010
Masa:7:30 hingga 17:00
Peserta:300 peserta - Calon-calon UPSR Terpilih
Urusetia:Cik Sharazad Mustaffar - Unit: Kurikulum

2.PROGRAM :BENGKEL TEKNIK PENULISAN (SPM)
Tempat:SM SAINS SULTAN ISKANDAR, MERSING
Tarikh:24-Jul-2010 hingga 24-Jul-2010
Masa:8:00 hingga 13:00
Peserta:40 peserta - Guru Bahasa Malaysia Tingkatan 4
Urusetia:En. Wee Kok Cheng - Unit: Kurikulum

3.PROGRAM :BENGKEL PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (SIRI 1)
Tempat:BILIK MESYUARAT, PPD MERSING
Tarikh:24-Jul-2010 hingga 24-Jul-2010
Masa:8:00 hingga 13:00
Peserta:36 peserta - Semua Guru Prasekolah
Urusetia:En. Wee Kok Cheng - Unit: Kurikulum




Jumaat, 23 Julai 2010

Laman Blog Bahasa Melayu PraUniversiti SMKUH

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wth dan Salam Mahabbah.

Si kerdil mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SMKUH kerana berjaya membina satu Laman Blog Khas untuk Mata Pelajaran Bahasa Melayu Pra Universiti.

Semoga usaha ini memberi impak yang positif kepada rangkaian komunikasi pendidikan di peringkat daerah dan negeri Johor.

Selamat Datang ke DUNIA MAKLUMAT TANPA SEMPADAN.

Para pengunjung boleh melayari blog berkenaan di alamat url berikut:

24 Julai 2010 - Program Menggilap Permata 2 Siri 5/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pejabat ini dengan kerjasama JKD Kecemerlangan UPSR akan mengadakan program berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Seperti Jadual_Pengelolaan.pdf

PEGAWAI PEMANTAU :

1. Ust. Abd. Ranee Osman (Zon Bandar)
2. Cik Ainol Hayati Abd. Raof (Zon Endau)
3. Ust. Othman Ahmad (Zon Tenggaroh)
4. En. Wee Kok Cheng (Zon Nitar)

Berikut dipaparkan dapatan Post Mortem PMP2 dan beberapa isu berbangkit untuk makluman dan tindakan pihak sekolah dan AJK Kerja PMP2 seterusnya.

1. Jadual_Pengelola_Penyelaras_Pemantau.pdf
2. Jadual_Ikut_MataPelajaran.pdf

Lain-lain ketetapan adalah seperti hebahan sebelum ini....

Cadangan Penambahbaikan :

Mohon kerjasama warga kerja PMP2 termasuk Pengerusi Zon, JKD Kecemerlangan UPSR, Sekolah Pengelola, Guru Pengiring/Pegawai Kenderaan, Fasilitator/Guru Pembimbing, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pegawai Pemantau dan Guru Besar.

a. Tepati masa agar program dapat dijalankan mengikut jadual.

b. Guru Pengiring perlu menghantar senarai peserta dan membuat bayaran di meja pendaftaran setiap siri pelaksanaan PMP2.

c. Guru Pengiring/Pegawai Berkereta perlu menghantar dan mengambil peserta mengikut jadual.

d. Guru BDK perlu membuat jadual dan memastikan pelaksanaan Bimbingan Rakan Sebaya peserta PMP2 di peringkat sekolah masing-masing mengikut siri ( 1-6 ) supaya ilmu dan kemahiran peserta PMP2 dapat dikongsikan dengan murid-murid lain.

e. Sekolah Pengelola perlu membentuk JK Pengelola Dalaman Sekolah yang mengambil kira keselamatan murid, pengurusan makan minum, penyediaan tempat, pengelola peserta, pengurusan solat berjemaah dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

f. Hanya Pengerusi Zon sahaja yang dibenarkan memegang resit dan memungut bayaran peserta serta diserahkan kepada Pengerusi Tabung Imtiaz. (PPPD Kurikulum)

g. Sekolah Pengelola hendaklah membuat tuntutan bayaran makan minum peserta sejurus selepas pelaksanan program melalui Pengerusi Zon masing-masing. Tuntutan hendaklah disertakan dengan resit bayaran pembekal.

h. Cetakan modul akan dibuat secara berkala mengikut siri PMP2. Sekolah Pengelola hendaklah mengambil modul berkenaan di Kedai Buku Angsini pada hari Khamis iaitu dua hari sebelum program. (siri 2 - 5)

i. Sekolah Pengelola hendaklah menguruskan makan minum peserta dan guru mengikut bilangan yang telah ditentukan. (Minum pagi, makan tengahari dan minum petang)

j. Sekolah Pengelola hendaklah mengumpulkan semua peserta dan ditaklimatkan sebelum dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.

g. Pasukan pemantau hendaklah menggunakan instrumen pemantauan yang dibekalkan dan menyerahkan instrumen berkenaan kepada JKD Kecemerlangan (SK Sawah Dato').

h. Pegawai PPD yang memantau hendaklah menyerahkan instrumen pemantauan kepada Cik Saharazad Mustaffar, PPPD Bahasa Inggeris (Rendah).

i. Sebarang perubahan hendaklah dibuat melalui Pengerusi Zon atau Pengerusi JKD Kecemerlangan UPSR.

j. Pengerusi Zon hendaklah memastikan sepanduk PMP2 dipasang di setiap tempat program dan memulangkannya kepada PPD mersing selepas siri 5.

Sekian dimaklumkan untuk tindakan seterusnya.
Rabu, 21 Julai 2010

Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor 2010

Reaksi :  
Festival Sains dan Teknologi Negeri Johor 2010 sedang berlangsung di SMK Anjung Batu Mersing, selama 2 hari bermula pada 21 Julai 2010.







Pelbagai acara pertandingan berasaskan Sains dan Teknologi diadakan. Antaranya ialah pertandingan Solar Boat, Solar Car, Rocket Parachute, Roket Tembak Sasaran dan lain-lain yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah.



Perasmian penutupnya akan disempurnakan oleh YB. M. Asojan Muniyandi, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains Teknologi dan Inovasi Negeri Johor pada hari Khamis, 22 Julai 2010.


Mercu Tanda Kebanggaan

Reaksi :  

Ahad, 18 Julai 2010

PANDUAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN SEKOLAH

Reaksi :  
Berikut dilampirkan peraturan pengendalian peperiksaan percubaan UPSR, PMR, SPM dan STPM 2010 untuk tindakan pihak sekolah.

PINDAAN JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SETARA PMR DAN SPM NEGERI JOHOR 2010

Reaksi :  

Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan Setara PMR dan SPM Versi 2 berkuat kuasa pada 12 Julai, 2010.

Jadual waktu peperiksaan setara PMR terpaksa dipinda kerana Lembaga Peperiksaan akan mengadakan program pra ujian di sekolah-sekolah menengah negeri Johor pada 3 Julai hingga 4 Julai 2010. Manakala pindaan Jadual waktu peperiksaan SPM adalah disebabkan lima mata pelajaran teknikal disetarakan soalannya dalam peperiksaan tersebut.

Sehubungan itu, kerjasama tuan dipohon untuk mematuhi pindaan tarikh Jadual Waktu berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : PINDAAN JADUAL PMR DAN SPM 2010

Penangguhan Tarikh Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah

Reaksi :  
Harap maaf, semakan panggilan temu duga Guru Sandaran Terlatih Siswazah Keluaran IPTA bagi sesi permohonan 1 - 30 Jun 2010 hanya boleh disemak mulai 27 Julai 2010. Segala kesulitan amat dikesali.
-Bahagian Pengurusan Sumber Manusia-