* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 30 Julai 2010

TERKINI : Program Bicara Sinar Pendidikan Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)

Masa :
8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi
9.00 - 12.00 pagi : Ceramah Motivasi oleh En. Shahabuddin Ashari (Pak Su), REBT MANAGEMENT, Bekas Timbalan Pengarah IAB Wilayah Utara.
12.00 tgh.-2.00 ptg. :
- Ucapan PPD Mersing
- Ucapan Perasmian Penutup oleh
YB. Datuk Dr.Hj.Abd.Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri Pertahanan
Merangkap Ahli Parlimen Mersing

Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.

Sasaran :

1. Pegawai-Pegawai PPD Mersing
2. Pengetua atau Guru Besar Skolah KPM dan Agama Johor
3. YDP PIBG sekolah KPM dan Agama
4. GPK1 (Pentadbiran)
5. GPK HEM
6. GPK Koko
7. GKMP (Sekolah Men shj.)
8. Guru-Guru Cemerlang (sekolah-sekolah yang berkenaan)

Perhatian : BAGI SEKOLAH KURANG MURID, hanya Guru Besar, YDP PIBG dan GPK1 sahaja yang terlibat.
Khamis, 29 Julai 2010

Pemberitahuan : Pertukaran Setara Guru Besar dan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pertukaran tersebut adalah seperti berikut :

1. Samsiah binti Basir, GPK Koko SK LKTP Nitar 01 ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Petang, SK (L) Bandar Kluang, Kluang.

2. Asmawati binti Elias, GPK Koko, SK LKTP Tenggaroh 05 ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Petang, SK Canossian Convent, Kluang.

3. Abdul Rahim bin Awang, GPK Pentadbiran, SK Teriang ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Telok Lipat, Mersing.

4. Rosenah binti Atan, GPK HEM, SK LKTP Tenggaroh 05 ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK LKTP Tenggaroh 06.

5. Mohd. Noh bin Abdul Talib, GPK Pentadbiran, SK LKTP Tenggaroh 06 ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Teriang.

6. Nor'ain bin Md. Salleh, GPK HEM, SK LKTP Tenggaroh 01 ditukarkan sebagai Penyelia HEM, PPD Mersing.

7. Jasmi bin A.Kadir, Penyelia HEM, PPD Mersing ditukarkan sebagai Guru Besar, SK Pulau Aur, Mersing.

8. Abdul Rahim bin Jamaludin, Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 06 ditukarkan sebagai Guru Besar, SK Seri Bulan, Batu Pahat.

9. Azizah binti Zaini, GPK Koko, SK LKTP Tenggaroh 04 ditukarkan sebagai GPK Koko, SK FELDA Tenggaroh Selatan, Kota Tinggi.

Semua pertukaran tersebut berkuatkuasa pada 16 JULAI 2010.

Si kerdil mengharapkan agar tuan/puan yang terlibat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan lebih cemerlang di tempat baru.
Apa yang buruk, jadikan ia sebagai satu kenangan pahit dan bahan sejarah.

Ciri-ciri seorang pemimpin :

a. Taqwa.
b. Disiplin
c. Haibah
d. Berketrampilan
e. Berilmu dan bijaksana.
f. Menjadi contoh ikutan.

Gaya Kepimpinan :

a. Dedikasi
b. Kreatif
c. Berpandangan jauh
d. Inovatif
e. Mempunyai matlamat
f. Sedar tanggungjawab.
Rabu, 28 Julai 2010

PERINGATAN : MODUL KECEMERLANGAN PENDIDKAN ISLAM PMR DAN SPM 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Aduan : Pihak Sekolah belum menerima Modul Kecemerlangan Pendidikan Islam

Sehubungan itu Si kerdil terpanggil untuk mengingatkan dan mengulangi hebahan yang telah di keluarkan Portal Rasmi PPD Mersing tentang perkara di atas.

Tindakan :PENGETUA
Tarikh:21-07-2010
Unit:PENDIDIKAN ISLAM
Oleh:Us. Othman Bin Ahmad

Maklumat:Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu di pohon Ketua Panitia Sekolah tuan hadir ke PPD Mersing pada 22 Julai 2010 hari Khamis jam 2.30 petang.

3. Dipohon pihak tuan membawa bersama RM 30.00 tunai (Peruntukan PCG matapelajaran Pendidikan Islam ) untuk menampung kos cetak bahan modul kecemerlangan.

(Sekiranya menggunakan cek hendaklah atas nama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sek-Sek Malaysia (PEKDIS) Cawangan Johor

Sekian terima kasih
Dilihat:31 kali (sehingga 28 Julai 2010)

SEHUBUNGAN ITU ..... MOHON PIHAK SEKOLAH YANG BELUM MENGAMBIL TINDAKAN BERKENAAN, SILA BERBUAT DEMIKIAN DENGAN SEBERAPA SEGERA.

PIHAK SEKOLAH JUGA DIINGATKAN AGAR SENTIASA MELIHAT PORTAL RASMI PPD MERSING DAN BLOG MERSING HEBAT SETIAP HARI BAGI ENDAPATKAN INFO TERKINI....

Maklumat Terkini Bengkel Motivasi dan Skor A Sejarah Negeri Johor Tahun 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan PPD Mersing telah diarahkan mengadakan Bengkel Motivasi dan Skor A Sejarah dengan kerjasama PPMP Sejarah Negeri Johor dan JKD Sejarah seperti butiran berikut :

KUMPULAN 1 (GURU) :

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan SMK Nitar
Sasaran : Guru-Guru MP Sejarah Tingkatan 4 dan 5

KUMPULAN 2 (MURID) :

Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa :
8.00 pagi - 10.30 malam (31 Julai 2010)
8.00 pagi - 1.00 petang (1 Ogos 2010)
Tempat : Asrama SMK Nitar
Sasaran : Murid-Murid Tingkatan Lima

BAYARAN PENYERTAAN :

1. RM10.00 - Guru (Modul Nota Berfokus Sejarah)
2. RM35.00 - Murid (Modul dan Mkaan Minum)

Pengesahan Penyertaan Sekolah (Murid) :

1. SMK Nitar - 25 orang.
2. SMKUH - 21 orang
3. SMKPC - 15 orang
4. SMKM - 15 orang
5. SMKSM - 15 orang
6. STAR - 15 orang
7. SMKTA - 15 orang
8. SMAM - 15 orang
9. SMKAB - 15 orang
10. SMSSI
11. MRSM
JUMLAH MURID : 151 ORANG

Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki mengambil tindakan seperi ketetapan AJK_Bengkel_Skor_A_Sejarah.pdf dan mengisi borang_Pendaftaran_Skor_A_Sejarah.pdf dan kembalikannya ke SMKSM selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila lihat lampiran :

Lampiran 5 : Jadual_Murid.pdf
Lampiran 6 : Jadual_Guru.pdf
Selasa, 27 Julai 2010

Program Bicara Sinar Pendidikan Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)

Masa :
8.00 - 8.30 pagi - Pendaftaran
8.30 - 10.00 pagi - Amanat PPD Mersing
10.00 - 10.30 pagi - Minum Pagi
10.30 pagi - 1.00 ptg. - Ceramah Motivasi oleh En. Shahabuddin Ashari (Pak Su), REBT MANAGEMENT, Bekas Timbalan Pengarah IAB Wilayah Utara.

Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.

Sasaran :

1. Pegawai-Pegawai PPD Mersing
2. Pengetua atau Guru Besar Skolah KPM dan Agama Johor
3. YDP PIBG sekolah KPM dan Agama
4. GPK1 (Pentadbiran)
5. GPK HEM
6. GPK Koko
7. GKMP (Sekolah Men shj.)
8. Guru-Guru Cemerlang (sekolah-sekolah yang berkenaan)

Perhatian : BAGI SEKOLAH KURANG MURID, hanya Guru Besar, YDP PIBG dan GPK1 sahaja yang terlibat.

Isnin, 26 Julai 2010

Bengkel Motivasi dan Skor A Sejarah Negeri Johor Tahun 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah, SBP, MRSM dan SMAM.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan PPD Mersing telah diarahkan mengadakan Bengkel Motivasi dan Skor A Sejarah dengan kerjasama PPMP Sejarah Negeri Johor dan JKD Sejarah seperti butiran berikut :

KUMPULAN 1 (GURU) :

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan SMK Nitar
Sasaran : Guru-Guru MP Sejarah Tingkatan 4 dan 5

KUMPULAN 2 (MURID) :

Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa :
8.00 pagi - 10.30 malam (31 Julai 2010)
8.00 pagi - 1.00 petang (1 Ogos 2010)
Tempat : Asrama SMK Nitar
Sasaran : Murid-Murid Tingkatan Lima

Untuk maklumat lanjut, sila lihat lampiran :

Lampiran 5 : Jadual_Murid.pdf
Lampiran 6 : Jadual_Guru.pdf

Sehubungan dengan itu, satu Taklimat Penyelarasan Bengkel Motivasi dan Skor A Sejarah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 Julai 2010 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Pejabat Pelajaran Daerah Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia Sejarah Sekolah

HARAP DIPERSUDIKAN HADIR. KERJASAMA SEMUA PIHAK TERLEBIH DAHULU DIUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH.

Sistem Pelaporan Headcount Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional

Reaksi :  
Kursus ini dianjurkan oleh Pihak Pejabat Pelajaran Mersing pada 26 Julai 2010 di Pejabat Pelajaran Daerah Mersing. Dalam kursus ini Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran diperkenalkan dengan satu aplikasi dikenali sebagai Sistem Pelaporan Headcount untuk Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional.

Aplikasi ini dibangunkan oleh
En. Ikwan Goh Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Teknik dan Vokasional Daerah Muar bertujuan untuk memudahkan guru-guru khususnya Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional menyusun data dan membuat pentaksiran data-data mata pelajaran berkaitan keputusan peperiksaan. Aplikasi ini dianggap mesra pengguna kerana bukan sahaja memberi manfaat kepada pihak sekolah malahan semua peringkat termasuklah PPD dan JPNJ dalam membuat perbandingan keputusan peperiksaan bagi semua daerah di negeri Johor.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada guru-guru tentang penggunaan perisian ini. Ianya juga dapat memudahkan Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional membuat pembentangan mengenai data-data peperiksaan apabila diperlukan di sekolah

Syabas diucapkan kepada En. Ikhwan Goh Bin Abdullah PPPD Teknik & Vokasional dari daerah Muar kerana berjaya membangunkan aplikasi ini. Tahniah juga kepada peserta kursus yang dapat menghadiri kursus ini dengan jayanya.

Syabas sekali lagi dari kami warga PPD Mersing

26 Julai 2010 : Program Salam Permata Mersing

Reaksi :  
Tarikh : 26 Julai 2010 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tgh.
Tempat : SKKI, SJKC Jemaluang, SK Lembaga, SKPAT, SJKC Kg.Hubong, SK Labong, SJKCCC, SK Teriang.

KAMI SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN ANAK-ANAK PERMATA MERSING.
Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa guru-guru.

Dikemaskini pada 9.30 mlm. 26 Julai 2010.

Si kerdil memohon maaf atas penangguhan pelaksanaan Program Salam Permata di SKKI dan SJKC Jemaluang kerana terpaksa menyelesaikan tugasan di luar jangka.
Sehubungan itu,... program berkenaan Insya Allah akan dilaksanakan selepas UPPM3.

Sekian. Wassalam.
Ahad, 25 Julai 2010

Surat Kepada Pengarang : ISU-ISU PENDIDIKAN

Reaksi :