* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 7 Ogos 2010

Johor tetapkan dua kadar zakat fitrah

Reaksi :  

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini iaitu RM5 atau RM7.50 seorang untuk tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIJ, A. Rahman Jaffar berkata, penetapan kadar zakat fitrah tersebut adalah mengambil kira harga semasa beras yang dimakan oleh umat Islam di negeri ini.

Menurutnya, kadar fitrah bagi RM5 seorang adalah untuk umat Islam yang memakan beras gred hancur iaitu yang berharga RM1.80 sekilogram manakala mereka yang memakan beras super, maka kadar fitrahnya ialah RM7.50 seorang.

“Umat Islam boleh mula membayar zakat tersebut mulai 1 Ramadan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri, tetapi diingatkan agar menunaikan dengan seawal mungkin dan tidak menunggu pada saat-saat akhir. Baca lagi di sini.....

Jumaat, 6 Ogos 2010

Buletin Bicara Ramadan Bil 1/2010

Reaksi :  

Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan Bil 1/2010 sempena ketibaan Bulan Ramadan 1431H.

Buletin tersebut boleh dimuatturun di sini.

PINDAAN TARIKH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PERDAGANGAN SPM SETARA NEGERI JOHOR

Reaksi :  

Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan Perdagangan SPM setara terpaksa dipinda dari 25 Ogos, 2010 (kertas 1 - 08.00 hingga 09.15 pagi dan kertas 2 - 10.30 pagi hingga 12.30 ptg.) kepada 12 Ogos, 2010(kertas 1-08.00 hingga 09.15 pagi dan kertas 2- 10.30 pagi hingga 12.30 ptg.) kerana berlakunya pertembungan jadual waktu (Matematik Tambahan dan Perdagangangan) di beberapa buah sekolah menengah di negeri Johor. Bersama ini di sertakan Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan SPM setara terkini berkuatkuasa 29 Julai, 2010.


Sehubungan itu, kerjasama tuan dipohon untuk mematuhi pindaan tarikh jadual waktu berkenaan. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Haji Aminuddin bin Mohd Sani, Wakil PKPSM di talian 019-7551426. Sila Klik di sini untuk Muat Turun jadual terbaru.

Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan Bil. 7/2010 Pengarah Pelajaran Johor

Reaksi :  
Sila lihat di sini....

Surat Kepada Pengarang

Reaksi :  
Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) SEKOLAH RENDAH Lepasan KPLI Ambilan Khas Jun 2009 dan Lepasan IPTA boleh disemak bermula 2 Ogos 2010.

Semakan boleh dibuat melalui Laman Sesawang KPM.

Falsafah di sebalik pemansuhan UPSR

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

PENGGUBALAN apa juga sistem dan proses dalam pendidikan memang dibenarkan. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tidak mengehadkan seseorang pelajar untuk membuat apa, menjadi apa atau bersikap bagaimana ketika berada dalam sistem.

Asalkan pelajar boleh menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan yang berlaku sepanjang hayat mereka, maka sistem dibenarkan untuk berubah.

Guru perlu tahu dan faham akan hal ini kerana kebanyakan yang kurang senang dengan cadangan itu, khabarnya ialah mereka - para guru sendiri.

Baca lagi di sini....

Panduan umum untuk pentadbir sekolah

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

BERIKUT ialah gambaran senarai semak untuk menjadi rujukan kepada pihak sekolah menilai aspek pelaksanaan dan pencapaian sekolah masing-masing.

1.Prestasi pelajar ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Sudahkah sekolah anda mencapai tahap antarabangsa atau masih di takuk lama? Atau anda sebenarnya tidak peduli?

2.Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Adakah masalah disiplin di sekolah anda menjadi-jadi? Atau semakin baik?

3. Dianggarkan 10 peratus guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Bagaimana dengan prestasi anda? Anda perlu ke Institut Aminuddin Baki (IAB)?

Baca lagi di sini..

Kelas 2020: Sekolah lemah dipantau

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

KERAJAAN akan membantu sekolah yang kurang berdaya maju untuk melaksanakan impian kelas 2020, melalui program penambahbaikan pencapaian sekolah, dengan fokus memperbaiki pencapaian pelajar, dan menjadikan semua sekolah berprestasi tinggi menjelang tarikh keramat itu.

Bagaimanapun, sekolah yang telah menjalankan program penambahbaikan diminta meneruskan inisiatif mereka. Dalam kes ini, program penambahbaikan sekolah akan membantu memudahkan program sedia ada oleh pihak sekolah.

Baca lagi di sini...

1,200 kerani, pembantu am diserap ke sekolah

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Seramai 1,200 kerani dan pembantu am pejabat di jabatan dan Kementerian Pelajaran akan diserapkan ke sekolah-sekolah bagi menyelesaikan isu bebanan tugas yang ditanggung guru.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah penstrukturan semula kakitangan sokongan itu penting bagi membolehkan guru menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"Kementerian juga akan menambah kakitangan sokongan, mengurangkan ujian-ujian di sekolah dan menetapkan setiap sekolah hanya mengadakan aktiviti luar tidak lebih dua kali sebulan sebagai pendekatan holistik menangani masalah bebanan tugas guru ini," katanya.

Baca lagi di sini..

Khamis, 5 Ogos 2010

KURSUS KAEDAH PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH ( PLBD ) EKONOMI ASAS 2010

Reaksi :  




Merupakan satu pengalaman baru dalam diri pelajar apabila dilaksanakan Pembelajaran Luar Bilik Darjah atau dikenali sebagai PLBD. Apa tidaknya pelajar dibenarkan membuat tinjauan, menjalankan kajian kes, membuat pemerhatian, mengumpul maklumat tentang ekonomi samada di luar bilik darjah, di luar kawasan sekolah yang berhampiran mahupun di luar daerah. Mungkin inilah caranya untuk menghilangkan mood belajar di kelas-kelas maka pelajar di beri gerak kerja luar yang berfaedah berkaitan mata pelajaran ekonomi Asas. PLBD boleh berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya hendaklah diterjemahkan dalam bentuk folio sebagai bukti ia dilaksanakan.

Untuk merealisasikannya Pejabat Pelajaran Daerah Mersing di bawah unit Pengurusan Akademik bersama JKD Ekonomi Asas, SMK Anjung Batu telah mengadakan kursus pendek pada 4 Ogos 2010 bertempat di Bilik Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing untuk memberi maklumat dan kefahaman tentang pelaksanaannya di sekolah. Jurulatih daerah yang berkaitan iaitu Puan
Nurul Ashikin Binti Ree telah dijemput untuk memberi ceramah tentang PLBD ini kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ekonomi Asas di sekolah Menengah.

" Galakan gerak kerja luar yang berfaedah ini, tentu pelajar akan lebih berminat dengan mata pelajaran Ekonomi Asas", katanya semasa menyampaikan maklumat dan peransang kepada guru-guru itu semasa kursus diadakan.

Semoga inilah cara terbaik kita meningkatkan semangat pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi Asas. Tahniah kepada semua guru-guru kerana menjayakannya. Bersama-sama kita panjatkan do'a kepada illahi agar pelaksanaannya dilimpah kejayaan bukan sahaja kepada pelajar malah pendidik yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan pelajar.

Terima Kasih dari kami warga PPD Mersing


Rabu, 4 Ogos 2010

Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2010 (Isnin)
Masa :
8.00 - 8.15 pagi : Pendaftaran dan Sarapan Pagi
8.15 pagi - 12.30 tgh. : Mesyuarat Profesional PPD/PGB
12.30 tgh. : Makan Tengahari.

Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengerusi : Hj. Mohamed Azhar Ismail,
Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan alu-aluan Pengerusi.
2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat yang lepas.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Laporan Unit-Unit di PPD Mersing
- Unit Pengurusan Sekolah
- Unit Pembangunan Kemanusiaan
- Unit Pengurusan Akademik
(Kurikulum, Pend.Islam & Dakwah & Pep.)
- Unit Kewangan
- Unit Perkhidmatan
- Unit Pembangunan
5. Hal-hal lain.

Sehubungan itu, semua pegawai di PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar dikehendaki hadir dan turut serta dalam mesyuarat berkenaan.
Sekian . wassalam.

Taklimat Penyelerasan Pengelolaan Program Restu Permata Kali 2

Reaksi :  
Tindakan :

Guru Besar
SK Sawah Dato'
SK Bandar Mersing
SK Lembaga Endau
SK LKTP Tenggaroh 01
SK Tanah Abang
SK Kem Iskandar
SK Penyabong
SK SK Mersing Kanan
SK LKTP Nitar 01
SK LKTP Nitar 02
SK Tenglu
SK Teluk Lipat
SK Seri Pantai
SK Sri Mersing

Sukacitanya dimaklumkan taklimat berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa :
8.30 pagi - Sarapan Pagi
9.00 pagi - Taklimat
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sehubungan itu, tuan dikehendaki hadir dan turut serta dalam taklimat tersebut.
Sekian ... Wassalam.

Majlis Restu Permata Mersing 2010

Reaksi :  








Tindakan : Semua Guru Besar SK

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kemuncak kepada Program Menggilap Permata 2 Tahun 2010 adalah Majlis Restu Permata seperti berikut :

Tarikh : 7 Ogos 2010 (Sabtu)
Masa :

8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran dan Sarapan Pagi
9.00 - 10.30 pagi : Ceramah Motivasi
10.30 pagi - 1.00 ptg. :
- Doa
- Ucapan Aluan Pengerusi JK Pengelola
- Ucapan Perasmian Penutup oleh PPD Mersing
- Penyampaian Sijil
- Majlis Restu Permata
- Makan tgh.
- Bersurai

Tempat : Dewan Besar SM Sains Sultan Iskandar Mersing
Sasaran :

1. Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat.
2. Guru-Guru Pembimbing Program Menggilap Permata. (166 orang)
3. Peserta-Peserta Program Menggilap Permata (267 orang)
4. Pegawai-Pegawai di PPD Mersing.
5. Guru-Guru dan AJK Pengelola.
Jumlah : 500 orang.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan berikut :

a. Menguruskan pengangkutan peserta ke program berkenaan (pergi dan balik)
b. Melantik Guru Pengiring dan Pegawai Berkereta.
c. Memungut bayaran RM10.00 daripada setiap peserta dan menyerahkannya kepada urusetia semasa pendaftaran.
d. Memastikan kehadiran peserta dan guru mengikut kuota yang telah ditetapkan.
e. Mematuhi prosedur membawa murid mengikuti aktiviti di luar sekolah yang berkuatkuasa sekarang.

Lampiran 1 : Jemputan_GB.pdf

Hebahan sebelum ini adalah berkaitan.
Isnin, 2 Ogos 2010

Penghargaan : Bicara Sinar Pendidikan Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, si kerdil mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih atas komitmen serta kerjasama semua pihak dalam menjayakan program tersebut.

Terima kasih kepada semua hadirin yang berjaya hadir, tidak ketinggalan juga kepada para jemputan yang tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)

Masa :
8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan Pagi
9.00 - 12.00 pagi : Ceramah Motivasi oleh En. Shahabuddin Ashari (Pak Su), REBT MANAGEMENT, Bekas Timbalan Pengarah IAB Wilayah Utara.
12.00 tgh.-2.00 ptg. :
- Ucapan PPD Mersing
- Ucapan Perasmian Penutup oleh
YB. Datuk Dr.Hj.Abd.Latiff bin Ahmad
Timbalan Menteri Pertahanan
Merangkap Ahli Parlimen Mersing

Tempat : Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.

Sasaran :

1. Pegawai-Pegawai PPD Mersing
2. Pengetua atau Guru Besar Skolah KPM dan Agama Johor
3. YDP PIBG sekolah KPM dan Agama
4. GPK1 (Pentadbiran)
5. GPK HEM
6. GPK Koko
7. GKMP (Sekolah Men shj.)
8. Guru-Guru Cemerlang (sekolah-sekolah yang berkenaan)

Perhatian : BAGI SEKOLAH KURANG MURID, hanya Guru Besar, YDP PIBG dan GPK1 sahaja yang terlibat.
Ahad, 1 Ogos 2010

Penghargaan : Bengkel Motivasi dan Skor A Sejarah SPM 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah dan syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT atas nikmat dan keizinannya bengkel tersebut telah berjalan dengan cemerlangnya seperti berikut :

KUMPULAN 1 (GURU) :

Tarikh : 31 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Perpustakaan SMK Nitar
Sasaran : Guru-Guru MP Sejarah Tingkatan 4 dan 5

KUMPULAN 2 (MURID) :
Tarikh : 31 Julai - 1 Ogos
2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa :
8.00 pagi - 10.30 malam (31 Julai 2010)
8.00 pagi - 1.00 petang (1 Ogos 2010)
Tempat : Asrama SMK Nitar
Sasaran : Murid-Murid Tingkatan Lima

Kelangsungan program tersebut adalah hasil kerjasama antara Jabatan Pelajaran Johor, PPD Mersing, PPMP Sejarah Negeri Johor dan JKD Sejarah (SMK Sri Mersing).
Si kerdil merakamkan ucapan PENGHARGAAN yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan bengkel tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan atas pengorbanan guru-guru yang tidak terbalas, setia bersama menjayakan program berkenaan walaupun terpaksa mengorbankan cuti hujung minggu mereka demi masa depan anak-anak didik mereka.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor (PPMP) yang memainkan besar dalam pembinaan modul dan operasi bengkel.
Terima kasih juga kepada pihak SMK Nitar kerana memberi laluan kepada kami mengadakan bengkel tersebut di premis mereka.

Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus PMR 2010

Reaksi :  

Berhubung perkara di atas terdapat perubahan pada sistem SMKK PMR 2010 yang telah diedarkan lebih awal ,Sehubungan itu sila download installer yang baru dalam e-mail bahan_uppj@yahoo.com yang telah dimasukkan atas nama En Azman ( Pegawai Lembaga Peperiksaan )

Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan En Hashim Bin Muhammad ( 0197793943) atau En Zubir Bin Mohamad ( 0137466905 )

Media : Surat Kepada Pengarang

Reaksi :