* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 4 September 2010

2,000 guru j-QAF belum terima surat pelantikan

Reaksi :  

Sumber : Utusan Malaysia

Kira-kira 2,000 guru lepasan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) masih belum menerima surat pelantikan dan penempatan walaupun sudah tamat kursus dan telah ditemu duga.

Perkara itu didedahkan Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMB), Mohamed Sabri Mohd. Arsad selepas mesyuarat khas bersama Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) yang dihadiri oleh 16 ahli jawatankuasa semalam.

Baca lagi ....

Seorang guru perempuan dan anaknya dijumpai terbunuh

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

PORT DICKSON: “Norliza sepatutnya naik bas malam ini (Jumaat) untuk pulang menyambut Aidilfitri di Kelantan. Dia menunjukkan tiket bas kepada saya dan saya berjanji menghantarnya ke stesen bas,” kata Norhayati Zainuddin, 25, rakan Norliza Ishak, 35, yang mati dibunuh bersama anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, semalam.

Sila muat turun lampiran di bawah untuk makluman dan tindakan seterusnya.

Lampiran : Download

Surat kepada Pengarang : DRAMA QALESYA MUSIM BARU RENDAHKAN MARTABAT GURU

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Lama, Setapak, Kuala Lumpur, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 17 Ogos 2010 – ‘Drama Qalesya musim baru rendahkan martabat guru’.
Siasatan mendapati aduan bahawa drama Qalesya merendah-rendahkan martabat guru, memperlekeh peraturan sekolah dan aksi murid gangster adalah berasas.

Surat kepada Pengarang : LONG SCHOOL HOURS LEAVE US EXHAUSTED

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article by Poor Form 6 Students, published in THE STAR dated 15 August 2010 on the issue of – Long school hours leave us exhausted.

Penyeragaman Klasifikasi dan Pengkodan Sistem Fail

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Taklimat tentang perkara berkenaan telah dibuat kepada Pembantu Tadbir semua sekolah sebelum ini.
Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengambil tindakan sewajarnya sebagaimana arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor.

Senarai e-Kasih 2010

Reaksi :  

Sumber : Portal Rasmi JPNJ
Permohonan Atas Talian - Kemasukan Murid Ke Tingkatan Satu Dan Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bagi Tahun 2011.


Sila lihat Hebahan sebelum ini -

Institusi Sekolah Sebagai Tempat Mengukuhkan Perpaduan Kaum

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan terdapatnya segolongan kecil warga sekolah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman serta tidak sensitif kepada usaha-usaha Kerajaan untuk menjadikan sekolah sebagai tapak untuk menyemai Semangat 1Malaysia.

Pemakaian Pakaian Rasmi Sukan dalam P&P PJPK

Reaksi :  

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar


Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan Sepanjang Hari Berkenaan


Sukacita dimaklumkan JNJK telah diluluskan sebanyak 11 jawatan DG52 dan 101 jawatan DG48 dibawah program NKRA. Permohonan adalah terbuka kepada semua PPPS Gred DG52 dan DG48 yang mempunyai kelayakan dalam Bidang Umum, Bidang Teknikal dan Bidang Pendidikan Islam.
Maklumat lanjut seperti di lampiran.
Khamis, 2 September 2010

Majlis Iftar Pejabat Pelajaran Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 2 September 2010 (Khamis)
Masa : 5.30 petang - 10.00 malam.
Tempat : Surau KIP Seri Mersing.
Anjuran : Kelab Warga PPD Mersing

Aturcara :

5.30 petang - Tadarus Al-Quran
6.30 petang - Majlis Khatam Al-Quran
7.00 malam - Tahlil
7.10 malam - Majlis Berbuka Puasa
7.30 malam - Solat Fardhu Maghrib
7.40 malam - Solah Hajat Kecemerlangan Pendidikan
7.50 malam - Makan Malam
8.20 malam - Solat Fardhu Isyak
8.40 malam - Solat Sunat Tarawih dan Witir
9.30 malam - Ucapan PPD Mersing
- Minum malam
- Bersurai.

WARGA PPD, PENGETUA DAN GURU BESAR, AJK PENGELOLA DAN WARGA KiPs MERSING, MOHON DIPERSUDIKAN HADIR



Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2011, Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada tiga kertas soalan iaitu kertas aneka pilihan 3756/1, kertas subjektif 3756/2 dan 3756/3. Pentaksiran berasaskan sekolah 3756/3 bagi calon SPM 2011 adalah dalam bentuk projek dan wajib dilaksanakan oleh calon semasa di tingkatan empat (2010) mulai Ogos sehingga September dan tingkatan lima 2011 mulai bulan April hingga Mei.

Sehubungan itu, tuan diminta untuk melayari di Laman Web Lembaga Peperiksaan untuk memuat turun Panduan Penilaian dan Pelaksanaan Projek untuk dilaksanakan oleh calon.

Sekian. Terima Kasih.

Tindakan : Pengetua SMK Mersing, SMK Sri Mersing, SMK Nitar, SMK Ungku Husin dan SMK Tenggaroh A.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Tarikh Jadual Waktu Peperiksaan Percubaan Teori Seni Visual (Esei), Kertas Lukisan dan Pengajian Am 2 STPM setara terpaksa dipinda kerana sekolah-sekolah menengah Negeri Johor memohon cuti gantian sempena Hari Raya Aidilfitri.

Pindaan tersebut adalah seperti berikut :

14, 15 dan 17 September 2010 dipinda kepada 1,2 dan 3 September 2010.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan mengadakan Ujian Selidik STPM dan MUET di Negeri Johor pada 27 September hingga 1 Oktober 2010. Sekolah yang terlibat akan dihubungi terus oleh pihak MPM.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.

Lampiran : surat-dan-jadual.pdf

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU BAGI KRK/KAA/SMKA/SKW TAHUN 2011

Reaksi :  

Tindakan : Guru Besar Sekolah Rendah.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Kelas Rancangan Khas (KRK), Kelas Aliran Agama (KAA), SMK Agama (SMKA) dan Sekolah Kawalan (STK) Sesi Persekolahan 2011 kini dibuka kepada murid-murid Tahun Enam 2010.

Semua permohonan secara dalam talian (online) hendaklah melalui sekolah rendah masing-masing menggunakan Borang A/KRK dan Borang RK001 .

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PPPD Menengah, PPD Mersing.

Sila muat turun borang berikut untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran 1 : Borang-RK001-Akuan-IBP.pdf

Lampiran 2 : Borang-krk-20111.pdf

Rabu, 1 September 2010

Analisis Percubaan PMR Negeri Johor 2010

Reaksi :  
TANPA PREJUDIS

Tindakan : Pengetua SMK dan SBP.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Lampiran 4 : GPS_ikut_daerah.pdf
Lampiran 6 : BM.pdf
Lampiran 7 : BI.pdf
Lampiran 8 : Sejarah.pdf
Lampiran 9 : Geografi.pdf
Lampiran 10 : BA.pdf
Lampiran 11 : BC.pdf
Lampiran 12 : BT.pdf
Lampiran 13 : PI.pdf
Lampiran 14 : Mate.pdf
Lampiran 15 : Sains.pdf
Lampiran 16 : KH1.pdf
Lampiran 17 : KH2.pdf
Lampiran 18 : KH3.pdf
Lampiran 19 : KH4.pdf
Lampiran 20 : KesMP.pdf

Hebahan sebelum ini

Audit Akademik Percubaan PMR Daerah Mersing Tahun 2010

Pengisian Instrumen KOMPAS bagi tujuan Penilaian Keperluan Latihan 2010

Reaksi :  
Semua Pengetua dan Guru Besar diminta mengakses instrumen KOMPAS di laman web IAB ( http://www.iab.edu.my/kompas ) dan mengisi maklumat yang diperlukan dengan SEGERA. Tempoh masa yang diberikan untuk tujuan ini ialah sebelum atau pada 10 September 2010.

Perutusan Hari Kemerdekaan ke-53 oleh Menteri Pelajaran Malaysia

Reaksi :  
Sila muat turun lampiran berikut :

Isnin, 30 Ogos 2010

Nur Madihah mahu tukar pengajian ke UK, AS

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 19, yang kini menuntut dalam bidang fizik di Universiti Sains dan Teknologi Jordan berhasrat untuk bertukar tempat pengajian ke United Kingdom (UK) atau Amerika Syarikat (AS).

Menurutnya, hasrat itu kerana dia melihat peluang lebih luas wujud di negara berkenaan yang lebih kerap membuat penemuan-penemuan baru dalam bidang sains dan teknologi.

"Tidak dinafikan memang saya yang memohon menyambung pelajaran di sana (Jordan) tetapi selepas setahun, apa yang boleh dikatakan saya rasa masa muda perlu dipacu lebih laju apatah lagi dengan dana Bank Negara Malaysia (BNM), saya harus memanfaatkan itu semua.

"Dengan menempatkan diri lebih awal bersama saintis-saintis di negara yang berpaksikan sains dan teknologi, ia lebih membantu saya mendepani perkembangan terkini dalam bidang itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini. Baca lagi di sini....

Prasekolah kerajaan perlu nilai tambah

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

PENDIDIKAN prasekolah sangat penting kepada perkembangan dan kemajuan akademik anak-anak kita. Ia menjadi sebuah institusi untuk menyiapkan kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dengan kemahiran asas menulis, membaca serta mengira.

Di negara kita, terdapat dua jenis pendidikan prasekolah. Satu dikendalikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Manakala yang satu lagi diusahakan oleh pihak swasta sama ada secara persendirian atau melalui sistem francais.

Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama tetapi berbeza kurikulum. Hal ini menyebabkan standard kualiti muridnya juga tidak selaras. Murid prasekolah kerajaan begini, murid prasekolah swasta begitu.

Baca lagi di sini...

Penjenamaan semula teknik, vokasional

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

PROGRAM pendidikan teknik dan vokasional perlu penjenamaan semula supaya ia kekal relevan dengan tuntutan semasa guna tenaga dan pendidikan arus perdana.

Penjenamaan mencakupi pelbagai aspek - daripada kos sehinggalah kepada pembentukan imej baru.

Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Tajudin Jab berkata, isu ketidaksesuaian kursus serta nisbah agihan komponen akademik dan kemahiran perlu disesuaikan semula.

Antaranya ialah pecahan komponen akademik berbanding kemahiran perlulah 30:70, akademik berbanding vokasional (40:60) dan akademik berbanding teknik (70:30) - disulam dengan tenaga pengajar yang bertauliah dan berkemahiran. Baca lagi di sini...

Al-Quran Panduan Lengkap

Reaksi :  
thumbnail

Sumber : Harian Metro

SEORANG guru yang mengajar di sebuah sekolah rendah memberitahu dia terkejut apabila mendapati ramai muridnya tidak tahu membaca al-Quran.

Malah, dalam beberapa kes, ada murid yang tidak tahu membaca al-Fatihah pun. Apabila diminta mengikut apa yang dibaca, ia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menghabiskan surah berkenaan.

Ketandusan atau buta al-Quran di kalangan generasi muda bukan lagi satu rahsia kerana mereka lebih mengagungkan perkara lain berbanding kitab suci itu. Baca lagi di sini....

Berbaloi patuh nasihat ibu bapa

Reaksi :  
Sumber : Harian Metro

KERAJINAN dan kepatuhan Muhammad Ihsan Khalib Jaafar, 18, terhadap perintah ibu bapanya berbaloi apabila dinobatkan antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu dengan 12A.

Kecemerlangan itu menjadikan dia seorang daripada 17 pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) yang terpilih menerima biasiswa 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM300,000 seorang bagi melanjutkan pengajian di universiti Mesir selama enam tahun.

Lambakan Guru Wanita

Reaksi :  
thumbnail

Sumber : Harian Metro

ENTAH di mana silapnya dunia pendidikan kini berdepan masalah lambakan guru wanita manakala lelaki pula lebih selesa memilih bidang pekerjaan lain.

Alasan kurang mencabar, tidak sesuai dengan jiwa dan gaji sedikit antara faktor penolakan menyebabkan guru wanita mendominasi bidang perguruan biarpun pelbagai usaha dilakukan bagi menarik golongan lelaki.

Pertukaran GPK HEM SMSSI Cik Hajah Safiah Binti Awang

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa beliau telah bertukar ke Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru sebagai Guru Penolong Kanan (Pentadbiran) DG 44 berkuatkuasa 16 Ogos 2010.

Si kerdil merakamkan jutaan tahniah dan penghargaan serta yang tidak terhingga sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di Mersing.

Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan dalam apa jua kerjaya dan perkhidmatan beliau.

Wassalam.

Sumber : Web SMSSI.

Perutusan KPPM Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 53

Reaksi :  
Sila muat turun di sini....

Titah DYYM Seri Paduka Yang Dipertuan Agung Sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke 53

Reaksi :  
Sila muat turun di sini ....

Lagu dan Tema Sambutan Kemerdekaan ke 53

Reaksi :  

1 Malaysia Menjana Transformasi merupakan tema Sambutan Kemerdekaan bagu tahun 2010. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari Portal Malaysia Merdeka di alamat :

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/

Muat turun lagu dan lirik lagu tema di bawah.

download Lagu Tema

Download this file (lirik_lagu_1Malaysia.doc)Lirik Lagu 1 Malaysia

PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI DISEMBER 2010

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) akan menggunakan sepenuhnya sistem on-line e-G Tukar mulai Pertukaran Guru Dis 2010.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa urusan pertukaran akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web KPM seperti berikut:

i. http://www.moe.gov.my atau

ii. http://apps.emoe.gov.my/epgo

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP), dan DG44(KUP) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.

Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan perisian excel) yang boleh diperoleh dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

EMiS : URL BARU UNTUK EMIS ONLINE

Reaksi :  
Dimaklumkan kepada semua pengguna EMiS Online, URL baru untuk Emis Online setelah Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) melaksanakan migrasi server di KPM adalah seperti berikut :

http://emisonline.moe.gov.my/

Penyediaan Soalan Selaras Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua SMKSM, SMKM, SMKUH, SMKN dan SMKTA

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya makluman dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil. 2/2010 pada 9 Ogos 2010 adalah berkaitan. Surat kami JPA4006.UPA/600 ( ) bertarikh 20 Ogos 2010 juga durujuk.

Berikut adalah ketetapan pihak PKPSM berkenaan perkara di atas .

1. Penyediaan Soalan Selaras Peperiksaan Akhir Tahun (semua tingkatan) adalah di bawah tanggungjawab JKD Mengikut Mata Pelajaran. - JKD_SM_mengikut_MP_2010.pdf
2. Penyediaan soalan berkenaan meliputi mata pelajaran teras dan elektif.
3. Mata pelajaran Reka Cipta dan Lukisan Kejuruteraan adalah dikecualikan.
4. Soalan Tingkatan Dua perlu menepati nisbah seperti di bawah :
4.1. 30 % tajuk-tajuk Tingkatan Satu.
4.2. 70 % tajuk-tajuk Tingkatan Dua.
5. Tindakan penyediaan Soalan Selaras Pra Universiti Rendah adalah seperti berikut :
5.1. Pengajian Am - SMK Tenggaroh A.
5.2. Sejarah & Perniagaan - SMK Sri Mersing
5.3. PSV dan MUET - SMK Ungku Husin
5.4. Ekonomi - SMK Mersing
5.5. Bahasa Melayu - SMK Nitar

Sehubungan itu, JKD dibenarkan mengadakan Bengkel Pembinaan Item soalan-soalan tersebut mengikut prosedur sediada.
Soalan yang telah siap hendaklah dihantar ke PPD Mersing pada atau sebelum 30 September 2010. (u.p. Unit Peperiksaan & Penilaian)

Komitmen dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan akademik daerah Mersing.
Wassalam.