* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 10 September 2010

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI 'BAHASA JIWA BANGSA'

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kepada semua warga pendidikan Mersing yang berminat untuk menyertai deklamasi tersebut, sila muat turun borang penyertaan, syarat pertandingan dan puisi pilihan di lampiran berikut .

Lampiran 1 : Sayembara 1
Lampiran 2 : Sayembara 2
Lampiran 3 : Sayembara 3
Lampiran 4 : Sayembara 4
Lampiran 5 : Sayembara 5

PENGAMBILAN PUTERA KE MAKTAB TENTERA DIRAJA BAGI SESI 2011

Reaksi :  
Tawaran Kemasukan ke Tingkatan 4 Maktab Tentera DiRaja telah dibuka bermula 17 Ogos 2010 dan akan ditutup pada 30 Sept 2010. Permohonan dibuka kepada pelajar lelaki warganegara Malaysia yang akan menduduki peperiksaan PMR 2010. Permohonan boleh dibuat berdasarkan Peperiksaan Percubaan PMR 2010. Sila layari laman web Maktab Tentera DiRaja di www.rmc.edu.my dan klik menu Kemasukan MTD untuk syarat-syarat kemasukan dan muat turun borang kemasukan.

SPI RANCANGAN KEGIATAN SEKOLAH SELEPAS PEPERIKSAAN S.R.P/ L.C.E

Reaksi :  
PERINGATAN TENTANG SURAT PEKELILING IKHTISAS BILANGAN 10/ 1976. RANCANGAN KEGIATAN SEKOLAH SELEPAS PEPERIKSAAN S.R.P/ L.C.E (termasuk Sabah/ Sarawak Junior Certificate Examination) BAGI MURID-MURID TINGKATAN III - GARIS PANDUAN

Lampiran : Pekeliling Ikhtisas Bil.10/1976

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN(SAP) TERKINI

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk memuat turun sistem tersebut daripada alamat url di bawah dan menggunakan sistem tersebut menggantikan sistem yang sedia ada sebelum ini.

Kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan pendidikan daerah Mersing.

PELAKSANAAN PRAUJIAN PROTIM BAGI KEMAHIRAN 2M TAHUN 6 2010

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar

Pohon kerjasama pihak sekolah untuk menjalankan Praujian PROTIM Tahun 6 2010 bagi Kemahiran Membaca dan Menulis pada 26 - 28 September 2010 (Minggu pertama selepas peperiksaan UPSR)
Sekian untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Salam Aidul Fitri 1431H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, segala puji dan syukur diungkapkan kehadrat Allah SWT atas nikmat yang tidak terkira.

Kehadapan rakan-rakan profesional dan sosial yang budiman, si kerdil merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang rakan-rakan berikan selama si kerdil bertugas di bumi Mersing sejak 1997. Terima kasih juga kerana sudi menerima diri ini untuk berada di Mersing hingga hari ini.
Sudah tentu di sana wujud kekuatan, kelemahan dan kekurangan diri yang mungkin disedari atau sebaliknya.

Ramadan telah berlalu, Syawal tiba membawa kemenangan kepada umat Islam yang terpilih selepas sebulan berpuasa fardhu. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan bonus yang lebih baik daripada seribu bulan.
Moga kita tergolong bersama umat yang terpilih tersebut.

Sempena bulan Syawal ini, si kerdil menyusun sepuluh jari memohon maaf .....

ANDA
IKATA.....

DALAM KELEMBUTAN LIDAH, ADA JUGA KETERLANJURAN KATA.
DALAM MENUTUR KATA, ADA UCAPAN BERBUNGA DUSTA.
DALAM MENGATUR LANGKAH PROFESIONAL DAN SOSIAL, ADA MENYINGGUNG RASA, MENGGURIS LUKA.
DALAM GURAU SENDA, SUDAH TENTU ADA KHILAF DAN DOSA.

DALAM MENABUR JANJI, ADA YANG TIDAK TERTUNAI.
DALAM MELAKSANAKAN TUGAS, ADA YANG TIDAK SEMPURNA.
DALAM MENERIMA ARAHAN, ADA YANG TIDAK DIENDAHKAN.
DALAM MEMBUAT PENYELARASAN, ADA YANG TIDAK DISENANGI.
DALAM APA JUA TINDAKAN DIRI INI, ANDAI ADA SESUATU YANG TIDAK DISENANGI....
JUTAAN KEMAAFAN JUA DIPINTA.

Sebening air wudhu', sesuci Al-Quran, semerdu alunan zikir, seindah solat lima waktu, setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam. Andai tanganku tak sempat berjabat, jika muka tidak sempat bertatap, bukalah pintu kemaafan untuk si kerdil sekeluarga.

Selamat menyambut Hari Raya Fitrah 1431H. Maaf Zahir dan Batin. Wassalam.
Khamis, 9 September 2010

PERTUKARAN DOMAIN LAMAN WEB RASMI PPD JOHOR BAHRU

Reaksi :  

Dimaklumkan laman web rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru telah berpindah dan boleh dicapai melalui url, http://www.ppdjb.edu.my

Harap Maklum. Sekian.

Surat kepada Pengarang : SOKONG KAJI BERI ELAUN PINDAH

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Terkilan, Papar, Sabah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 4 September 2010 – “Sokong kaji beri elaun pindah”.
Untuk makluman, elaun tuntutan perpindahan merupakan satu kemudahan yang telah diberikan kepada semua pegawai awam di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4 Tahun 1995. Namun, syarat-syarat kelulusan hendaklah merujuk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), ruj: JPA(S)63/163/(30) bertarikh 23 Ogos 1994 dan surat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertarikh 5 Januari 2001.
Memandangkan KPM menghadapi kekangan peruntukan pada tahun 2010, pihak Kementerian terpaksa menangguhkan pembayaran sebarang permohonan elaun perpindahan atas permohonan sendiri yang telah memenuhi syarat pertukaran. Walau bagaimanapun, perpindahan atau pertukaran atas kepentingan perkhidmatan boleh dipertimbangkan oleh Bahagian/Agensi untuk dibuat bayaran tuntutan elaun pertukaran/perpindahan selaras dengan para 2.2.1 (e) di dalam surat JPA bertarikh 23 Ogos 1994.
Baca lagi di sini...

Pemberitahuan lain :
GURU TERANIAYA TIADA ELAUN PERTUKARAN

Surat kepada Pengaran : NUTP MAHU GURU DISIPLIN DILINDUNGI

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 12 Ogos 2010 – NUTP mahu guru disiplin dilindungi.
Pada dasarnya, semua guru adalah guru disiplin kerana usaha tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab utama seseorang guru. Peranan guru dalam melaksanakan disiplin sekolah bolehlah disimpulkan kepada dua bahagian:
  1. Mengawas disiplin di dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan juga di dalam kegiatan-kegiatan di luar sekolah. Guru hendaklah juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada Guru Besar / Pengetua dan sesama guru sendiri di dalam tugas melaksanakan disiplin sekolah, dan
  2. Menjalankan hukuman disiplin apabila diarahkan oleh Guru Besar / Pengetua secara arahan nyata mengikut peraturan-peraturan yang ada.
Walaupun begitu, amalan yang dilaksanakan oleh sekolah adalah dengan melantik Guru Khas di dalam melaksanakan disiplin di peringkat sekolah masing-masing. Walau pun setiap orang guru bertanggungjawab melaksanakan disiplin sekolah, Guru Khas yang dinamakan “Guru Disiplin” adalah diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih dalam hal ini. KPM tidaklah menetapkan ciri-ciri seseorang yang boleh menjadi guru disiplin, namun kebijaksanaan pemilihan guru disiplin oleh Guru Besar / Pengetua akan sentiasa dipantau oleh pihak KPM atau Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah. Guru-guru khas yang dilantik oleh sekolah tersebut sebahagian besarnya telah diberi latihan khususnya dalam aspek pengurusan peraturan sekolah serta tatacara hukuman disiplin. Walau bagaimanapun, usaha menangani permasalahan disiplin murid perlu dilakukan oleh semua guru dan tidak hanya bergantung kepada guru khas tadi semata-mata. Sekiranya semua guru di sesebuah sekolah telah memainkan peranan ini seperti membuat teguran, nasihat serta bimbingan kepada murid-murid terlibat, permasalahan ini mungkin akan dapat ditangani sewajarnya. Dalam hal ini, NUTP sebenarnya boleh membantu memberi penjelasan kepada guru-guru agar dapat memainkan peranan masing-masing. Cadangan pihak NUTP terhadap usaha pemantapan jawatan guru disiplin juga akan diberi perhatian sewajarnya.
Baca lagi di sini...

Surat kepada Pengarang : KPM DIMINTA SELARAS CUTI SEKOLAH SEMPENA AIDILFITRI

Reaksi :  


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Hanya Insan, Beseri, Perlis, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 21 Ogos 2010 – “KPM diminta selaras cuti sekolah sempena Aidilfitri”.
Sukacita dimaklumkan bahawa berkaitan dengan isu ini pihak kami mengucapkan terima kasih di atas cadangan dan pandangan daripada pihak pengadu dan KPM mengambil maklum akan perkara ini untuk tindakan pada masa akan datang.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOME DISCIPLINARY ACTIONS ON STUDENTS TOO HARSH, SAYS NUTP

Reaksi :  
Ministry of Education (MOE) would like to refer to an article published in THE SUN dated 29 July 2010 on the issue of - Some disciplinary actions on students too harsh, says NUTP.
Dimaklumkan bahawa fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik. Hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka erti undang-undang dan pertanggungjawaban pematuhan undang-undang dan peraturan. Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di sekolah, namun dalam pelaksanaannya pihak berkuasa tersebut telah diminta mengamalkan keadilan. Peraturan-peraturan yang lazimnya disebut sebagai ‘natural justice’ perlu dilaksanakan. Prinsip yang dinyatakan oleh peraturan-peraturan ini digunakan sejagat (universal application) dan sesiapa juga yang membuat sesuatu keputusan adalah tertakluk kepada mematuhinya. Ringkasnya, dalam konteks ini, seseorang murid itu tidak boleh dihukum tanpa diberi peluang belaan darinya.
Baca lagi di sini...

Hebahan berkaitan : Tamil Nesan bertarikh 29 Julai 2010 & 2 Ogos 2010 – ADA TINDAKAN DISIPLIN PELAJAR DIDAPATI TIDAK BERSESUAIAN
.

The Star bertarikh 29 Julai 2010 – GUIDELINES NEEDED FOR SCHOOL DISCIPLINE.

Aduan: KEWANGAN IPGM (MAKTAB PERGURUAN PARAH)

Reaksi :  
Sumber : KPM

Sukacita saya memaklumkan bahawa bajet perbelanjaan / keperluan IPG bagi tahun 2010 adalah jauh berkurangan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Peruntukan yang diluluskan untuk tahun 2010 berjumlah RM 756,491,700.00 berbanding perbelanjaan tahun 2009 berjumlah RM1,090,871,555.16 (pengurangan sebanyak RM334,379,855.16 atau 30%). Sebahagian besar pemotongan adalah di bawah OA20000 iaitu melibatkan elaun perjalanan dan bayaran syarahan penceramah semasa Cuti Sekolah. Lihat perbandingan peruntukan yang diterima untuk tahun 2010 dan perbelanjaan tahun 2009.


Baca lagi di sini....

Hebahan berkenaan Pengukuhan Keselamatan ICT

Reaksi :  
Berikut adalah antara langkah-langkah pengukuhan bagi tujuan Keselamatan ICT:

Keselamatan ICT Artikel 1 2010

Minggu Penulis Kanak-kanak 2010

Reaksi :  

Syarat-syarat penyertaan:

1. Program ini terbuka kepada kanak-kanak (warganegara Malaysia ) yang berumur 10 hingga 12 tahun di seluruh Malaysia.
2. Peserta mestilah pernah menghasilkan karya kreatif atau bukan kreatif (cerpen dan puisi) dan pernah disiarkan dalam media cetak atau peserta yang aktif bergiat dalam bidang seni ( bersyair, berlakon dsb) dan pernah dipentaskan.
3. Penerimaan tawaran hendaklah atas persetujuan ibu bapa atau penjaga.
4. Tidak ada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta.
5. Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab menghantar dan mengambil anak mereka di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur atas perbelanjaan sendiri. Bas disediakan dari DBP ke tempat program berlangsung.
6. Setiap peserta diwajibkan tinggal di tempat penginapan yang disediakan dan mengikuti jadual yang telah ditetapkan sepanjang program ini berlangsung. Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan menemani peserta semasa program dijalankan.
7. Segala perbelanjaan penginapan dan makan minum peserta ketika program berlangsung ditanggung oleh pihak penganjur.
8. Setiap peserta perlu membawa semua keperluan harian sendiri.
9. Pihak penganjur akan menyediakan insurans perlindungan sementara semasa program berlangsung. Namun demikian, sebarang kemalangan yang berlaku kepada peserta semasa mengikuti program ini adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa atau penjaga masing-masing.
10. Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta yang berjaya mengikuti program ini sepenuhnya.

Muat turun borang penyertaan

Anugerah Emas Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2010

Reaksi :  
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Kumpulan Urgent) dan wakil daripada JPN Perak (Kumpulan CORE) telah memenangi Anugerah Emas Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2010 peringkat Wilayah Pantai Timur dan Wilayah Tengah.

Maklumat pasukan seperti lampiran.

Pasukan Urgent dari Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Pasukan CORE wakil JPN Perak
Rabu, 8 September 2010

SMT Kajang jadi contoh laksana Program 5S

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

Pengamalan 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) di bengkel-bengkel sekolah aliran teknik dan vokasional di negara ini kini telah mula dilaksanakan dan dipergiatkan.

5S mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional (SMT/V) oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran (KPM) pada 2009 dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kluang, Johor menjadi sekolah perintis amalan ini.

Selain itu, SMT Kajang di Selangor turut dipilih sebagai sekolah rintis amalan 5S ini kerana kualiti dan pengamalannya menjadi rujukan dan sekolah tumpuan para pelawat dari luar.

Baca lagi di sini...

Isnin, 6 September 2010

Pekeliling Kew.: Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 tahun 2010 - Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin(KWAPM)

Reaksi :  
Sila muat turun untuk makluman dan tindakan seterusnya.

Surat Kepada Pengarang : DI MANAKAH KUALITI JNJK?

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada aduan daripada "Guru Lama, Bukit Mertajam" dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 Julai 2010.

Nazir tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengarah sesiapa sekali pun bagi tujuan pemantauan Guru Pakar.
Pemantauan Guru Cemerlang pada tahun 2005 telah dijalankan oleh Nazir Sekolah tanpa melantik pemeriksa atau pemantau luar.
Semakan fail penghantaran faksimili tidak menunjukkan apa-apa rekod penghantaran surat temuduga seperti tarikh yang dilaporkan oleh pengadu.
Temuduga tidak dijalankan pada 23.05.2009 sebab tarikh itu jatuh pada hari Sabtu dan untuk makluman pada tarikh tersebut juga, pihak JNJK telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di SMK Presint 8.
Makluman