* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 25 September 2010

Cuti Tambahan Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju membenarkan sekolah mengambil Cuti Tambahan sempena perayaan berkenaan pada 7 November 2010 bagi Kumpulan A (negeri-negeri yang hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu) dan pada 8 November 2010 bagi Kumpulan B (negeri-negeri yang hujung minggunya hari Sabtu dan Ahad).

Pihak sekolah boleh menggunakan Cuti Peristiwa sekiranya masih berbaki atau Cuti Berganti.
Sekian . Wassalam.

Jumaat, 24 September 2010

Pertukaran Guru 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) akan menggunakan sepenuhnya sistem on-line e-G Tukar mulai Pertukaran Guru Dis 2010.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa urusan pertukaran akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web KPM seperti berikut:

i. http://www.moe.gov.my atau

ii. http://apps.emoe.gov.my/epgo

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP), dan DG44(KUP) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.

Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan perisian excel) yang boleh diperoleh dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Pertandingan Rekacipta Uniform dan Slogan KPJ untuk kegunaan guru penasihat dan murid-murid ahli KPJ di semua sekolah di seluruh negara.

Sehubungan itu, semua sekolah dijemput menyertai pertandingan tersebut.

Lampiran : JPN KPM.pdf

Pemberitahuan Kenaikan Pangkat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pegawai-pegawai dibawah telah dinaikkan pangkat daripada Gred DG44 kepada DG48.

1. Hj. Maon Marsini, GPK 1 SM Sains Sultan Iskandar Mersing.
2. En. Amiruddin Mohd. Amin, GPK HEM SMK Ungku Husin.

Si Kerdil merakamkan ucapan tahniah atas kenaikan pangkat tersebut. Semoga dengan rezeki dan anugerah tersebut dapat meningkatkan mutu perkhidmatan profesional pegawai-pegawai berkenaan.

Wassalam.

FESTIVAL MALAYSIA INOVATIF 2010

Reaksi :  
Festival Malaysia Inovatif Tahun 2010 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI ) akan diadakan pada 24 hingga 27 November 2010 di Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Antara aktiviti yang telah disusun ialah Pertandingan Inovatif dan Kreatif, Pameran Inovasi, Karnival MSC, Konsert Mega, Konsert Mini, Pertunjukan Fesyen dan lain-lain lagi.

Maklumat lanjut mengenai festival ini boleh didapati melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia atau layari www.malaysiainovatif.gov.my
Rabu, 22 September 2010

MAHRAJAN INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA ( SMKA, KAA DAN SABK ) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 24 - 25 September 2010
Tempat : SMKA Segamat.

Si Kerdil mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili daerah Mersing ke program tersebut. Moga kecemerlangan dan kejayaan menjadi milik anda.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pegawai kami Penyelia Kanan Pendidikan Islam.

Wassalam.
Selasa, 21 September 2010

SEMAK PENDAFTARAN MUET AKHIR TAHUN 2010

Reaksi :  

Calon-calon ujian MUET Akhir Tahun 2010 boleh menyemak status pendaftaran mulai 01 September 2010 melalui SMS dengan menaip MUET INFO No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888 atau INFOMUETNo. Kad Pengenalan dan hantar ke 36363 atau secara on-line mencetak slip pendaftaran di www.mpm.edu.my

Selain itu calon juga boleh menyemak dan membetulkan alamat melalui SMS dengan menaip MUET ALAMATNo.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.

JADUAL WAKTU STPM 2010

Reaksi :  

Calon-calon yang akan menduduki peperiksaan STPM 2010 boleh muat turun Jadual Waktu Peperiksaan di sini.

KLIK DI SINI


SEMAK DAN KEMASKINI MAKLUMAT PEPERIKSAAN PTK OKTOBER 2010

Reaksi :  

Semak dan kemaskini maklumat pendaftaran peperiksaan PTK sesi Oktober 2010.

INSTRUMEN PRAUJIAN PROTIM (KEMAHIRAN MENGIRA)

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membekalkan Instrumen Praujian Kemahiran Mengira ke PPD Mersing untuk tindakan semua sekolah rendah.

Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki melaksanakan ujian berkenaan pada 26 - 28 September 2010.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami PPPD Bahasa.
Isnin, 20 September 2010

Salam Permata Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program tersebut akan dilaksanakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 September 2010 (Selasa)

SMK Anjung Batu
7.30 - 9.00 pagi

SM Sains Sultan Iskandar Mersing
9.00 - 11.00 pagi

Tarikh : 22 September 2010 (Rabu)

SMK Pai Chee
8.00 - 9.30 pagi

Tarikh : 23 September 2010 (Khamis)

SMK Ungku Husin
8.00 - 10.00 pagi

Sasaran : Calon-calon PMR, SPM dan STPM Tahun 2010.

PERTUKARAN DOMAIN LAMAN WEB RASMI PPD PONTIAN

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan Laman Web Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Pontian telah berjaya dipindahkan ke hosting dan domain yang baru bermula pada 07 September 2010.

Laman berkenaan boleh dilawati di alamat : ppdpontian.edu.my/