* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 9 Oktober 2010

UPSR kekal, PMR dimansuh mulai 2016 - Muhyiddin

Reaksi :  

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dimansuhkan di semua sekolah mulai 2016 dan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi murid Tahun Enam pula akan dikekalkan tetapi dengan diberikan perubahan pada bentuk dan format. - Utusan

"Antara perubahan yang dicadang dalam proses penambahbaikan UPSR, termasuk mengambil kira bidang utama saja dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan baki 40 peratus berteraskan kokurikulum atau sivik.

"Bagi UPSR, walaupun kemungkinan besar UPSR dikekalkan, bentuk dan formatnya agak berbeza dengan penambahbaikan yang kita akan lakukan.

"Mengenai PMR, meja bulat bersetuju dengan cadangan mengubah bentuk (pelaksanaannya) kepada penilaian berasaskan sekolah. Tapi, Lembaga Peperiksaan perlu menyelaras ujian itu supaya tidak dilihat berat sebelah," katanya.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Analisis Percubaan SPM Daerah Mersing Tahun 2010

Reaksi :  
TANPA PREJUDIS

Tindakan : Pengetua SMK dan SBP.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut disertakan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan tuan seterusnya.

Lampiran 5 : MP_Ikut_Daerah.pdf

Laporan Pelaksanaan Program Immersion Guru 2010

Reaksi :  
SEGERA

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar
SMK Mersing
SMK Nitar
SMK Ungku Husin
SK Mersing Kanan
SK Sawah Dato'
SK Sri Mersing
SMK Tenggaroh A
SM Sains Sultan Iskandar Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Taklimat Pelaksanaan Program Immersion Guru 2010 pada 2 Jun 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat PPD Mersing adalah dirujuk.... Taklimat dalam Mesyuarat Profesional PPD,Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2010 pada 9 Ogos 2010 adalah berkaitan..
Surat kami PPDMG/21/07/005 ( ) bertarikh 14 Ogos 2009M dan PPDMG/21/07/005 Jld 3 ( ) bertarikh 28 april 2010 adalah juga berkaitan.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami telah diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Johor mengumpulkan laporan pelaksanaan program tersebut Jan hingga September 2010.

Program berkenaan disasarkan kepada Guru Cemerlang sebagai Guru Immersion dan tiga orang guru yang dibimbing sebagai Rakan Immersion bagi setiap Guru Cemerlang di sekolah yang sama.

Sehubungan itu, tuan diminta dengan kadar SEGERA membuat laporan pelaksanaan program tersebut dengan mengambil kira kekuatan, kelemahan, cabaran/halangan dan penambahbaikan. Laporan berkenaan hendaklah dihantar ke pejabat ini dalam bentuk ‘hardcopy’ (dengan pengesahan Pengetua atau Guru Besar) dan ‘softcopy’ (u.p. Cik Ainol Hayati Abd. Raof. PPPD Sains Matematik (Menengah)atau email : ainul.hayati@moe.gov.my) pada atau sebelum 12 OKtober 2010 (Selasa).

Pertimbangan dan kerjasama tuan adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing dan terlebih dahulu diucapkan jutaan terima kasih.


Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011

Reaksi :  
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 dibuka bermula 04 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia(http://www.moe.gov.my)

Bengkel Penandaan Gerak Gempur Sejarah SPM Negeri Johor 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 11 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Semua Guru MP Sejarah Tingkatan Lima 2010
(semua SM kecuali SBP)

SILA BAWA SEMUA NASKHAH JAWAPAN PELAJAR UJIAN GERAK GEMPUR SEJARAH SPM NEGERI JOHOR 2010

Peringatan : Pelaksanaan Gerak Gempur Sejarah SPM Negeri Johor Tahun 2010

Reaksi :  
HARI INI : 8 OKTOBER 2010

Tindakan : Pengetua Sekolah Menengah (kecuali SBP)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan mengadakan Ujian Gerak Gempur Sejarah SPM 2010 secara serentak pada 8 OKTOBER 2010 (JUMAAT) di semua sekolah menengah negeri Johor. (SBP adalah dikecualikan daripada arahan ini)

Tarikh : 8 OKTOBER 2010 (JUMAAT)

Masa :
8.00 - 9.00 pagi - Kertas 1
9.00 - 9.30 pagi - REHAT
9.30 - 12.00 tgh - Kertas 2

Sasaran : Semua calon SPM 2010.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mematuhi arahan berkenaan seperti butiran di dalam surat JPNJ/SPA (05)/600/3/6/7 ( ) bertarikh27 September 2010 yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Bayaran dikenakan sebanyak RM1.30 setiap calon bagi membiayai kos cetakan Kertas Soalan 1 dan 2. Pembayaran boleh dibuat menggunakanPeruntukan PCG Mata Pelajaran Teras atas nama PKPSM Daerah Mersing.

Sila hubungi JKD Sejarah (SMK Sri Mersing) untuk maklumat lanjut.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan seterusnya. Wassalam.

Lampiran : Surat_Gerak Gempur Sejarah.pdf
Selasa, 5 Oktober 2010

PELAKSANAAN RANCANGAN KEGIATAN SEKOLAH SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR

Reaksi :  
Sebagaimana Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan sedia maklum, Kementerian Pelajaran Malaysia sering menerima rungutan mengenai ketidakhadiran murid-murid ke sekolah selepas mereka menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Di samping itu, adalah dikhuatiri bahawa murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selepas menduduki peperiksaan tersebut akan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang kurang sihat serta cenderung melakukan jenayah. Justeru , KPM amat memandang berat dalam hal ini dan langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasi isu tersebut.

Surat kepada Pengarang : Permohonan Guru Diperap

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Kecewa, Perak, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 21 September 2010 – Permohonan Guru Diperap”.
Urusan pemangkuan Guru Cemerlang diuruskan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) di mana JNJK bertanggungjawab untuk mengeluarkan iklan pemangkuan Guru Cemerlang, membuat penilaian berdasarkan borang permohonan dan dokumen sokongan seterusnya menjalankan pemantauan dengan penilaian terhadap aspek-aspek Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran kepakaran dan gerak kerja ko-kurikulum sekolah. Proses ini mengambil masa di antara tiga (3) hingga empat (4) bulan oleh JNJK. Hanya calon-calon yang melepasi tahap penilaian oleh JNJK akan diperakukan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM. Seterusnya, BPSM akan menyemak dan memperakukan calon-calon yang layak dan menepati syarat-syarat pemangkuan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh penerimaan perakuan yang lengkap. Urus setia di JPA akan memproses perakuan tersebut sebelum dikemukakan dalam mesyuarat LKPPP. Setelah keputusan urusan tersebut diterima maka Arahan Penempatan Pemangkuan (APP) dan surat tahniah kenaikan pangkat yang ditandatangani oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) akan diedarkan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun, semua calon yang memohon telah dimaklumkan di dalam iklan urusan pemangkuan Guru Cemerlang bahawa sekiranya tidak mendapat jawapan dalam tempoh sembilan (9) bulan boleh menganggap permohonan adalah tidak berjaya.

Surat kepada Pengarang : KESAL TIADA PROGRAM MERDEKA DI SEKOLAH

Reaksi :  
lihat maklumbalas KPM di sini..

Pindaan Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2010

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa 22 November 2010 telah diwartakan oleh Kerajaan Johor sebagai cuti umum bagi negeri Johor sempena menyambut Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

Berikutan dengan itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah meminda tarikh peperiksaan SPM 2010 dari 22 November 2010 hingga 16 Disember 2010 kepada 23 November 2010 hingga 20 Disember 2010.

Pemberitahuan : Pelantikan Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pn. Khalijah binti Atan, GPK 1 SK Tun Dr Syed Nasir, Kota Tinggi telah dilantik sebagai Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 01, Mersing berkuatkuasa 1 Oktober 2010.

Sekian dimaklumkan...
Ahad, 3 Oktober 2010

Majlis Hari Terbuka Aidil Fitri KiPs Mersing

Reaksi :  
Tarikh : 3 Oktober 2010 (Ahad)
Masa : 8.30 - 10.30 malam
Tempat : Perkarangan KiPs Mersing

SEMUA DIJEMPUT HADIR.