* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 12 November 2010

Media : Surat kepada Pengarang

Reaksi :  
18.Utusan Malaysia bertarikh 8 Oktober 2010 – HARAP KPM MEMBERIKAN TARIKH KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR, PMR, SPM DIKELUARKAN
Majlis Perhimpunan Bulanan akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2010 ( Isnin )
Masa : 7.45 - 8.15 pagi ( pendaftaran )
8.15 - 10.30 pagi (Perhimpunan Bulanan)
Kehadiran :
1) Semua pegawai dan staf PPD Mersing
2) Pengetua / Guru Besar
3) 3 orang GPK setiap sekolah
4) 8 orang guru Tahun 6 setiap sekolah Zon Bandar

Mesyuarat Profesional akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 15 November 2010
Masa : 10.30 pagi - 5.00 petang
Kehadiran :
1) Semua pegawai PPD Mersing
2) Pengetua
3) Guru Besar


Kehadiran adalah diwajibkan. Sekian , terima kasih.
Rabu, 10 November 2010

Keputusan UPSR 2010 akan diumumkan esok

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah... 11 November 2010 (Khamis), keputusan UPSR 2010 akan diumumkan.
Adalah menjadi harapan dan cita-cita seluruh warga Pendidikan Mersing agar lakaran sejarah daerah Mersing pada tahun lepas bakal berulang dan dikekalkan, bahkan bertambah baik.

UPSR 2009 ... MERSING MELAKAR SEJARAH


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan
Mesyuarat PASCA UPSR 2010 seperti butiran di bawah:

Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.30 - 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Guru Besar dan Setiausaha Peperiksaan Sekolah.

Kursus KSSR Esok : 11 - 12 November 2010.

Reaksi :  
1.PROGRAM :KURSUS KSSR PENDIDIKAN SENI VISUAL
Tempat:Bilik Wawasan PPD Lama
Tarikh:11-Nov-2010 hingga 12-Nov-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:40 peserta - Guru-guru Mp Psv Tahun 1
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum

2.PROGRAM :KURSUS KSSR PENDIDIKAN JASMANI
Tempat:PKG Bandar Mersing
Tarikh:11-Nov-2010 hingga 12-Nov-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:40 peserta - Guru-guru Mp Pend. Jasmani Tahun 1
Urusetia:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman - Unit: Kurikulum
Selasa, 9 November 2010

Maklumat Terkini : Ibadah Korban Champa JPN Johor Anjuran PEKDIS Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan pada 11 Oktober 2010 adalah berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS), Cawangan Negeri Johor akan menganjurkan korban berkenaan di Champa pada tahun ini (1431H).

Bahagian Lembu : RM250/Bahagian
Bahagian Kambing : RM450 /Seekor

TARIKH TUTUP PERMOHONAN DILANJUTKAN HINGGA :

11 NOVEMBER 2010 (KHAMIS)

KINI : PENYERTAAN DAERAH MERSING 23 BAHAGIAN

Sehubungan dengan itu, Warga Pendidikan Johor adalah dipelawa menyertai program tersebut dengan melengkapkan borang penyertaan yang dilampirkan bersama hebahan ini.

Tuan/Puan juga dipelawa menyertai rombongan ke Champa untuk urusan berkenaan pada 18 - 21 November 2010 dengan anggaran kos RM850 / seorang.

Permohonan tersebut hendaklah disalurkan kepada pegawai kami Ust. Wan Nadzri Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum .

Prasekolah SK Teluk Lipat

Reaksi :  

Pekeliling : SPI Bil.Bil.15/2010 Pengisian/Penempatan/Pertukaran

Reaksi :  
Surat Pekeliling Iktisas Bil.15/2010 Pengisian/Penempatan/Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Siswazah (PPPS) Gred DG44 Bagi Jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Menengah Dilaksanakan Oleh Jabatan Pelajaran Negeri : Download
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.14/2010 Pindahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan : Download
Surat Pekeliling Ikhtisasa Bil.12/2010 Pertukaran Teks Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (KOMSAS) di Sekolah Menengah (Tingkatan 2 dan Tingkatan 5) Bermula Tahun 2011 : Download
Sila lihat di sini SPI Bil.11/2010
Assalamu'alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 8 November 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik di sini.

Cuti Tambahan Sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1431H

Reaksi :  
Sila lihat pautan berikut :

Hari Ini : BENGKEL PENYELIDIKAN DAN PENULISAN WARISAN SEJARAH DAN BUDAYA JOHOR

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua SMK Sri Mersing, SMK Anjung Batu, SMK Tan Sri Abdul Kadir dan SMK Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor bersama Yayasan Warisan Johor akan mengadakan bengkel berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 – 11 November 2010

Masa Pendaftaran : 9 Nov. 2010 (2.00-4.30 ptg.)

Tempat : Hotel JA Residence, Johor Bahru.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan agar dapat memberi kebenaran kepada guru-guru berikut hadir dan turut serta dalam bengkel tersebut :

1. En. Azman Achutan Abdullah (SMK Sri Mersing)

2. En. Ayob bin Ibrahim @ Din (SMK Mersing)

3. Pn. Roslina bt. Ghazali (SMK Tan Sri Abd.Kadir)

4. Pn. Afidah bt. Mohd. (SMK Anjung Batu)

Peserta diminta membawa komputer riba dan senarai tokoh guru daerah dari dulu (paling awal yang boleh dijejaki) hingga 2010.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Hebahan pada 2 November 2010 adalah berkaitan.

Isnin, 8 November 2010

Kursus TOT Jurulatih Utama KSSR Pendidikan Kesihatan Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 03 dan SK Mersing Kanan

Assalamu a'laikum wrth. dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 - 10 November 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 2.00 petang ( 9 Nov. 2010) Slot 1.
Tempat : Labella Resort, Kg. Tenglu Laut, Mersing.
Sasaran : Jurulatih Utama KSSR MP Pendidikan Kesihatan
Pakaian : Pakaian Sukan ‘ Track Suit '

PERHATIAN : SILA BAWA KOMPUTER RIBA dan “ Tumb Drive ”.


Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan guru-guru berikut untuk menghadiri kursus tersebut.


1. Siti Jawahir Jaid (SK LKTP Tenggaroh 03)
2. Khairil Firman Syah Anuar (SK Mersing Kanan)

Sehubungan itu juga, semua peserta kursus dikehendaki membayar dahulu kos penginapan dan makan minum sepanjang kursus berkenaan.

Tuntutan perjalanan termasuk penginapan dan makan minum adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bank yang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Wassalam.

Lagi Perubahan Jadual Kursus Pendedahan KSSR

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan beberapa siri kursus tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh

Mata Pelajaran

Tempat

Masa

1-3 Nov. 2010

Bahasa Inggeris

PKG Bandar Mersing

8.00 pg. – 5.00 ptg.

8-9 Nov 2010

Pendidikan Muzik

SMK Sri Mersing

8.00 pg. – 5.00 ptg.

8-10 Nov 2010

BahasaMalaysia

PPD Lama

8.00 pg. – 5.00 ptg.

11-12 Nov 2010

Pendidikan Seni Visual

PPD Lama

8.00 pg. – 5.00 ptg.

11-12 Nov. 2010

Pendidikan JasmaniPKG Bandar Mersing

8.00 pg. – 5.00 ptg.

15 Nov 2010

Pendidikan Islam

Asrama Putera SMKSM

8.00 pg. – 5.00 ptg.

15 Nov 2010

Bahasa Arab

PKG Bandar Mersing

8.00 pg. – 5.00 ptg.

18-19 Nov 2010

Pendidikan Moral

SK (L) Bandar, Kluang

8.00 pg. – 5.00 ptg.

18 – 19 Nov 2010

Sains

PKG Bandar Mersing

8.00 pg. – 5.00 ptg.

18 – 19 Nov 2010

Matematik

PPD Lama

8.00 pg. – 5.00 ptg.

23-24 Nov 2010

Pendidikan Kesihatan

PKG Bandar Mersing

8.00 pg. – 5.00 ptg.


Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akanmengajar mata pelajaran-mata pelajaran berkenaan Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.

Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.

Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bank yang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 1 : Surat panggilan peserta kursus(JPNJ).zip

Lampiran 2 : Borang Tuntutan Peserta Kursus.zip

Lampiran 3 : Borang Soal Selidik Kursus.zip

Lampiran 4 : Borang Tuntutan _Fasi_KSSR.xls