* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 20 November 2010

Iklan bagi Urusan Pemangkuan Gred N22 ke Gred N26

Reaksi :  
Iklan P.A N26 10 Semenanjung
Iklan P.A N26 10 Sabah
Lampiran A N22 Kosong
Lampiran C N26 Kosong
Lampiran D N26

Makluman Pertukaran Pengetua SMSSI

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pengetua SM Sains Sultan Iskandar Mersing telah bertukar ke SM Sains Johor (Kluang) sebagai Pengetua berkuatkuasa 16 November 2010.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan beliau sepanjang bertugas di bumi Mersing. Jasanya dan isteri tetap dikenang...

Makluman Persaraan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Reaksi :  
Sukacitanya dimaklumkan bahawa YBhg Dato’ Hj Zulkifly bin Mohd Wazir , Pengarah Bahagian Peng.Sekolah Harian telah bersara pada 19 November 2010.
Kami mengucapkan Selamat Bersara kepada YBhg Dato’ Pengarah.

Pelantikan KPPM dan Pengarah Pelajaran Negeri Johor

Reaksi :  
Gambar
WARGA PENDIDIKAN MERSING TURUT MERAKAMKAN JUTAAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA Y.BHG. DATO ABD.GHAFAR BIN MAHMUD ATAS PELANTIKAN SEBAGAI KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (KPPM) DAN HAJI MARKOM BIN GIRAN SEBAGAI PENGARAH PELAJARAN NEGERI JOHOR SERTA EN. MOHD. NOR BIN A.GHANI SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI JOHOR
BERKUATKUASA 1 NOVEMBER 2010.

Jumaat, 19 November 2010

KURSUS KSSR TAHUN 1 2011 UNTUK GURU MP PEND.KESIHATAN

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK/SJK(C)/SJK(T)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan kursus tersebut seperti ketetapan berikut :


Tarikh : 23 - 24 November 2010 (Selasa dan Rabu)
Masa : 8.00 – 8.30 pagi : 8 Nov. 2010 (Pendaftaran)

8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : PKG Bandar Mersing

Sasaran : Guru Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 Sesi 2011.

Pakaian : Pakaian Sukan ‘Track Suit’.


PERHATIAN : SILA BAWA “ Tumb Drive ”.


2. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan seorang guru yang berpengalaman dan akanmengajar mata pelajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 1 pada tahun 2011 untuk menghadiri kursus tersebut.

3. Untuk makluman, Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa semasa cuti penggal persekolahan bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal persekolahan dalam satu-satu bulan yang terkandung di dalam Perintah Am 50 Bab ‘C’.

4. Makan minum dan tuntutan perjalanan adalah dibawah peruntukan sedia ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di Jabatan Pelajaran Johor mengikut Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa sekarang. Untuk tujuan tuntutan, peserta diminta membawa satu salinan surat panggilan kursus, salinan kad pengenalan dan salinan muka depan buku akaun bankyang menunjukkan di mana gaji dimasukkan yang telah disahkan.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian. Wassalam.

Khamis, 18 November 2010

Pekeliling

Reaksi :  
Rabu, 17 November 2010

Al-Fatihah buat Allah Yarhamha Ibu kepada En.Murthazar Mohd.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa IBU kepada En.Murthazar Mohd., PPPD Pembangunan Kemanusiaan, PPD Mersing baru meninggal dunia jam 2.45 petang tadi.

Sehubungan itu, Si Kerdil mengajak para pengunjung agar dapat menghadiahkan bacaan Al-Fatihah khas untuk beliau. Moga didoakan roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan para syuhada'.

Wassalam.
Selasa, 16 November 2010

Salam Aidil Adha 1431H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Si Kerdil merakamkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN kepada semua warga pendidikan Mersing yang beragama Islam.

Moga nilai pengorbanan Al-Adha dapat direalisasikan dalam kehidupan kita.

MELESTARIKAN PENGORBANAN.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

PERINGATAN : AKTIVITI PADA 18 NOVEMBER 2010

Reaksi :  
1.PROGRAM:KURSUS KSSR MP SAINS
Tempat:Bilik Wawasan PPD Lama
Tarikh:18-Nov-2010 hingga 19-Nov-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:40 peserta - Guru-guru Mp Sains Tahun 1
Urusetia:Mohd. Amin A.Hamid- Unit: Kurikulum

2.PROGRAM:KURSUS KSSR MP MATEMATIK
Tempat:PKG Bandar Mersing
Tarikh:18-Nov-2010 hingga 19-Nov-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:40 peserta - Guru-guru Mp Matematik Tahun 1
Urusetia:
Mohd. Amin A.Hamid- Unit: Kurikulum










3.PROGRAM:KURSUS KSSR MP PENDIDIKAN MORAL
Tempat:SK (L) Bandar Kluang
Tarikh:18-Nov-2010 hingga 19-Nov-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:10 peserta - Guru-guru Mp Pend.Moral Tahun 1
Urusetia:Ust. Wan Nadzri Wan A.Rahman- Unit: Kurikulum

4.PROGRAM:KURSUS PELAKSANAAN PBS KEPADA GURU-GURU TAHUN 1
2011 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU,
BAHASA INGGERIS, SAINS MATEMATIK DAN PENDIDIKAN KESIHATAN DAN JASMANI
Tempat:Dewan Kuliah Utama, ILP Mersing.
Tarikh:18-Nov-2010
Masa:8:00 hingga 17:00
Peserta:166 peserta - Guru-guru Mp berkenaan
Urusetia:
Mat Yasin bin Daud- Unit: Kurikulum

PEKDIS Cawangan Johor anjurkan Ibadah Korban di Champa

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (PEKDIS), Cawangan Negeri Johor akan menganjurkan korban berkenaan di Champa pada tahun ini (1431H).

Bahagian Lembu : RM250/Bahagian
Bahagian Kambing : RM450 /Seekor















KINI : PENYERTAAN DAERAH MERSING 24 BAHAGIAN
RM6,000.00

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA DAN SOKONGAN SEMUA PIHAK.

Ibadat korban bermaksud menyembelih binatang tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, ke-11, ke-12 atau ke-13 Zulhijjah. Islam mensyariatkan ibadat korban berkenaan sebagai antara ibadat mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sebagai satu ujian daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah SWT daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (binatang yang dikorbankan itu) datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah SWT sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh kerana itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.” (Riwayat al-Tarmizi)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosamu yang lalu.” (Riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban) Dipetik daripada Kitab Sabilal Muhtadin Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Perbesarkanlah korban kamu, kerana ia menjadi tungganganmu di atas titian siratulmustakim pada Hari Kiamat nanti.”

Allah SWT menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukannya dan ia menjadikan binatang sembelihannya itu sebagai tunggangan untuk meniti al-Sirat pada hari akhirat kelak.

Setiap pengorbanan yang kita lakukan hendaklah disertakan dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Seandainya ibadat korban yang kita lakukan dicemari dengan sifat riak, takbur, membangga diri dan menunjuk-nunjuk kemampuan, maka tertutuplah rahmat Allah SWT dan nescaya sia-sia ibadat korban itu. #