* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 4 Disember 2010

Prosedur Urusan Surat Rasmi Daripada Sekolah ke JPNJ

Reaksi :  

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar.

Bersama-sama ini dipautkan surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor berkenaan semua urusan surat menyurat yang diutuskan kepada Pengarah Pelajaran Johor atau Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah disalinkan kepada Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing. Adalah diharapkan agar semua sekolah di daerah Mersing mematuhi arahan yang telah dinyatakan oleh pihak Jabatan di dalam surat tersebut.

Lampiran : surat_jpn.jpg

ICT bantu kecemerlangan pelajar

Reaksi :  

JIKA dulu proses pembelajaran sukar dan membosankan, kini segalanya berubah dengan penggunaan pelbagai gajet teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di menara gading.

Tidak perlu bersusah payah menyalin nota, berhujan berpanas ke perpustakaan atau bertungkus-lumus menyediakan kertas pembentangan kerja kerana kini semuanya di hujung jari.

Meskipun penggunaan gajet memudahkan urusan, timbul isu yang mendakwa mahasiswa semakin malas dan tidak kreatif kerana terlalu manja dengan pemodenan.

Dengan kata lain, pelajar kini semakin hilang ‘nikmat’ dan rasa tanggungjawab terhadap pengajian berbanding pelajar dulu yang lebih menghargai kesusahan demi kejayaan.

Baca lagi di sini....

Konflik sekolah, ibu bapa dan PIBG

Reaksi :  
Sumber : Metro

DEWASA ini pembabitan ibu bapa dalam menyokong pendidikan anak agak mengecewakan kerana hanya mengharapkan bantuan sekolah dan guru bagi merencanakan kecemerlangan pelajar.

Sebahagian besar ibu bapa bersikap lepas tangan dan menggunakan alasan sibuk setiap kali ada aktiviti membabitkan pendidikan anak mereka di sekolah.

Baca lagi di sini....

Jumaat, 3 Disember 2010

Program Korban Champa JPNJ

Reaksi :  

Sebahagian guru sandaran kekal

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian.

Bakal diserap ke jawatan tetap secara berperingkat jika mengajar lebih 3 tahun

Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak tahun ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi memastikan kekurangan tenaga pengajar di sekolah dapat diatasi dan pendidikan pelajar juga tidak akan terganggu.

Subsidi petrol, diesel, gula, LPG dikurangkan mulai esok

Reaksi :  
Subsidi bagi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 5 sen seliter, Gas Cecair Petroleum (LPG) sebanyak 5 sen sekilogram dan gula sebanyak 20 sen sekilogram mulai esok.

Berikutan penyelarasan jumlah subsidi itu, harga petrol RON95 kini ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula RM2.10 sekilogram

SPI Bil.16/2010 Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)

Reaksi :  
KategoriPekeliling Ikhtisas
SubjekSurat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2010 Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
Bil.16
Tahun2010
JabatanBahagian Pengurusan Sekolah Harian
FailDownload
Tarikh01/12/2010
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 3 Disember 2010 (Jumaat) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip;

MOETDKPLINOKP
dan hantar ke 15888
Contoh : MOE TDKPLI 820610115510 dan hantar ke 15888

Pelantikan Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPNJ.

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami merakamkan ucapan TAHNIAH atas pelantikan Tuan Hj. Ramli bin Abd Samat, mantan PPD Muar sebagai Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Johor berkuatkuasa 1 Disember 2010.

Semoga dengan pelantikan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau tersebut bakal memberi impak yang besar kepada kecemerlangan akademik negeri Johor.

ONE STEP AHEAD

Khamis, 2 Disember 2010

Permohonan GSTT Ambilan Tahun 2011 Negeri Johor Secara Online

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan permohonan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) negeri Johor ambilan tahun 2011 adalah melalui atas talian (online). Permohonan boleh mula dilakukan seperti tarikh berikut:

a) 3 - 30 November 2010 bagi GSTT lantikan sedia ada tahun 2010 dan
b) 1 - 15 Disember 2010 bagi pemohon baru

Permohonan boleh dilakukan dengan melayari http://ekgsk.com/gstt/v2/

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional dan Teknik Tahun 2011

Reaksi :  
Semakan Tawaran Kemasukan Ke Sekolah Menengah Vokasional Dan Teknik Tahun 2011 telah dibuka bermula 01 Disember 2010 (Rabu) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Kadar Caruman KWSP Pekerja Dinaikkan Semula Ke 11 Peratus Pada Januari 2011

Reaksi :  

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin memaklumkan bahawa kadar caruman berkanun bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus daripada 8 peratus berkuatkuasa dari gaji bulan Januari 2011 dan dibayar kepada KWSP mulai bulan Februari 2011.

Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan untuk tempoh dua tahun daripada 11 peratus kepada 8 peratus bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.

Majikan dinasihati memastikan amaun caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula dari caruman bulan Februari 2011.

Ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan.

Caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.

Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry.

KEPINGIN PENGARAH PELAJARAN JOHOR – SEDERAP MEMPERKASA PENDIDIKAN JOHOR.

Reaksi :  

Ucaptama Pengarah Pelajaran Johor – Tn.Hj.Markom bin Giran – ” Kesah sebuah orkestra ” dijadikan perumpamaan dimana ianya terdiri daripada pelbagai ahli muzik yang memainkan pelbagai instrumen untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang berbeza. Oleh itu, konduktor diperlukan untuk menentukan bila dan bagaimana setiap bunyian dari instrumen tersebut dapat menghasilkan muzik yang sangat indah dan harmoni. Justeru, konduktor akan mengkaji setiap rentak, irama dan lagu yang bakal dipersembahkan.Dia akan memimpin setiap ahli orkestra untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang dikehendaki tepat pada masanya.

Pengajaran Seperti juga konduktor, pemimpin pendidikan perlu menilai setiap guru untuk dibangunkan bagi membolehkan mereka memainkan peranan untuk menyumbang ke arah pencapaian matlamat pendidikan

KPM berhasrat melahirkan guru-guru berkualiti dan memastikan guru-guru ini kekal dalam sistem pendidikan negara serta kekal berkualiti sepanjang tempoh perkhidmatan mereka

STRATEGI PENDIDIKAN JOHOR

• Patuh Kepada Kepimpinan

• Berfokus Melaksanakan Dasar

• Bijaksana Dalam Tindakan

• Bersungguh Walau Berseloroh

• Turun Padang

• Niat Bekerja Dengan Betul

Lampiran : Ucapan_Pengarah.rar

Sila baca lagi di sini.....

PERMOHONAN ONLINE GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) TAHUN 2011

Reaksi :  
URL Permohonan: http://www.ekgsk.com/gstt/v2

KEPUTUSAN TEMU DUGA JAWATAN PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

Reaksi :  
Keputusan Temu Duga Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W17 di Semenanjung boleh disemak secara berperingkat mulai 1 Disember 2010. Calon juga akan menerima surat rasmi pemberitahuan keputusan temu duga dari Suruhanjaya ini.Semak Keputusan

SJK Tamil Mersing dapat tapak sekolah baru

Reaksi :  
Khamis, 5.15 petang , 2 Disember 2010 - Menteri Besar Johor meluluskan 3 ekar tanah berhampiran SK Sri Mersing untuk dibangunkan bangunan baru SJK Tamil.

Permohonan Komuniti Tamil Daerah Mersing itu diluluskan sempena Lawatan Kerja Menteri Besar Johor ke daerah Mersing hari ini.

Jutaan tahniah dirakamkan buat masyarakat Tamil daerah Mersing yang tidak pernah berputus asa berusaha mendapatkan tapak tanah sendiri untuk SJK Tamil sejak tahun 1956. Selama ini, SJK Tamil hanya menumpang tanah dalam kawasan SMK Sri Mersing.

Si Kerdil merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program Lawatan Menteri Bersar berkenaan. Komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan oleh komuniti Tamil dan warga SJK Tamil serta SMK Sri Mersing sebenarnya menjadi faktor kejayaan program tersebut.

Semoga warga Mersing akan sentiasa hidup dalam keadaan harmoni, aman sejahtera tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Wassalam.
Rabu, 1 Disember 2010

Surat Kepada Pengarang : SBP PATUT KEKAL UNTUK PELAJAR MISKIN, LUAR BANDAR

Reaksi :  
Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM sentiasa patuh akan matlamat asal penubuhannya. Dasar pengambilan murid iaitu tujuh puluh peratus (70%) murid luar bandar dan tiga puluh peratus (30%) murid bandar dipatuhi dalam melaksanakan keputusan pengambilan murid ke SBP, di samping akur akan syarat-syarat permohonan kemasukan murid untuk tingkatan satu (1) dan tingkatan empat (4).

Surat Kepada Pengarang : KAJI SEMULA DASAR KEMASUKAN SBP

Reaksi :  
Dasar pengambilan murid ke SBP dengan kuota 70 peratus murid luar bandar dan 30 peratus murid di bandar dibuat berdasarkan kepentingan negara. Meskipun bilangan murid yang mendapat 5A dalam UPSR ramai dalam kalangan murid di bandar tetapi Kementerian berpandangan keutamaan perlu diberikan kepada murid-murid luar bandar yang cemerlang. Murid-murid yang cemerlang di bandar boleh meneruskan pendidikan di sekolah menengah kawalan yang terdapat kebanyakkannya di bandar. Malah Kerajaan secara berterusan mempertingkatkan kecemerlangan sekolah melalui pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Kemudahan Cuti Rehat Khas merupakan kemudahan yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2005. Kemudahan ini diberikan kepada PPP dengan jumlah sebanyak 7 hari setahun (Januari hingga Disember). Sehubungan dengan itu, penggunaan kemudahan Cuti Rehat Khas tersebut hendaklah dilakukan melalui permohonan pegawai kepada Ketua Jabatan masing-masing dan mendapat kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Oleh yang demikian, pegawai adalah perlu mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan sebelum bercuti dan hanya bercuti bagi tempoh yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan sahaja.

Surat Kepada Pengarang : KUARTERS GURU TERBIAR UNDANG BAHAYA

Reaksi :  
HARAKAH bertarikh 8 Oktober 2010 - Kuarters guru terbiar undang bahaya.

Surat Kepada Pengarang : GURU J-QAF TAK JUJUR LAKSANA TANGGUNGJAWAB?

Reaksi :  
Guru-guru j-QAF ialah guru-guru Pendidikan Islam (GPI) yang melaksanakan Program j-QAF di sekolah rendah KPM. Mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/2004: PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH RENDAH. “Perkara 4 menyebut bahawa guru-guru j-QAF dan guru-guru Pendidikan Islam bertanggungjawab melaksanakan program j-QAF di sekolah”. Mereka ditempatkan secara “over and above” iaitu “luar norma” setelah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan dibayar gaji mengikut kesesuaian tangga gaji sepertimana kelulusan yang mereka miliki iaitu Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf dalam bidang berkaitan sepertimana guru-guru pemegang Ijazah yang lain.
Apabila sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013, maka statusnya sama dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu selain Bahasa Melayu, kelulusan sejarah bukan sahaja diperlukan untuk mendapatkan sijil SPM tetapi menjadi syarat asas kemasukan ke institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran, pemberian biasiswa dan tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta.

Surat Kepada Pengarang : PELAKSANAAN KENAIKAN GRED PPPS

Reaksi :  
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) memutuskan bahawa Margin of Preference (MOP) yang lebih besar diberikan kepada pegawai yang memiliki kelayakan lebih tinggi termasuk pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS). Syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan oleh LKPPP masih terpakai. Manakala,kriteria penilaian dipinda bagi semua urusan kenaikan pangkat mengikut laluan cemerlang dengan memasukkan kriteria kelayakan akademik di peringkat PhD dan juga pengalaman bertugas. Sehubungan itu, kriteria penilaian yang telah dipinda tersebut akan digunakan dalam iklan urusan pemangkuan Guru Cemerlang, Pengetua Cemerlang dan Pegawai Cemerlang yang akan datang.#
Selasa, 30 November 2010

Media : Hari Graduasi SMSSI

Reaksi :  

Takziah : Tokoh Guru Daerah Mersing 2009 meninggal dunia

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacitanya dimaklumkan bahawa En.Ishak Hj.Nor, Tokoh Guru Daerah Mersing Tahun 2009 telah meninggal dunia petang 28 November 2010 di Hospital Kluang.
Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada malam hari tersebut di Endau, Mersing.

Kami merakamkan ucapan takziah buat keluarga beliau dan didoakan agar roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan muqarrabin.
Wassalam.