* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 31 Disember 2010

Dokumen Plan-J Bahasa Inggeris

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya bersama hebahan ini dilampirkan dokumen Plan-J Bahasa Inggeris terkini untuk tindakan pihak sekolah.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 1 : Plan-J_BI.rar
Lampiran 2 : SOW_F1-F5.zip
Khamis, 30 Disember 2010

Jumaat cuti umum

Reaksi :  
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan :

Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Mersing
Pengetua MRSM
Pengetua SMAAM
Guru Besar SRAB Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan mesyuarat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah Mersing

Agenda :

1. Ucapan Aluan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas
3. Perkara-Perkara Berbangkit.
4. Pembentangan Analisis Keputusan PMR 2010
5. Muhasabah Akademik
6. Pelan Operasi Akademik 2011
7. Takwim Akademik 2011
8. Pembentangan Rakan Strategik :
- MRSM Mersing
- SMAAM
- SRAB Mersing
9. Pembentangan Unit-Unit Kecil Akademik
10.Hal-hal lain.

Sehubungan itu, tuan dikehendaki hadir dan turut serta dalam mesyuarat tersebut.
Tuan juga diminta membawa Borang Muhasabah Akademik yang diedarkan sebelum ini semasa menghadiri mesyuarat berkenaan.

Lagi Berita Progam Korban Champa JPN Johor

Reaksi :  
Liputan terdahulu :

Isnin, 27 Disember 2010

Anugerah Kecemerlangan PMR 2010 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami merakamkan jutaan TAHNIAH kepada PPD-PPD dan sekolah-sekolah yang telah menerima anugerah berkenaan dalam Majlis Pengumuman Keputusan PMR Negeri Johor pada 23 Disember 2010 di MPC Johor Bahru.

PPD Mersing :

1. Anugerah Khas PPD Pencapaian Paling Cemerlang (Tempat ke 3)

2. Anugerah Khas PPD Cemerlang Kategori Pencapaian Lonjakan Saujana (Tempat ke 3)

SMK Ungku Husin
:

Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Sekolah Yang Telah Mencapai ETR.

TAHNIAH - MERSING HEBAT.

Pelajar Cina mendapat A dalam MP Bahasa Arab

Reaksi :  
Wee Soo Yen mendapat 8A termasuk bahasa Arab

Wee Soo Yen seorang pelajar berbangsa Cina telah membuktikan bahawa subjek bahasa Arab bukanlah subjek 'killer' yang menakutkan pelajar untuk mencapai gred A dalam semua subjek yang diambil. Jangan jadikan alasan untuk mencapai kejayaan. Rajin dan Usaha tangga kejayaan sebenarnya tidak mengenal sesiapa samada Melayu, Cina, India, Arab, Kadazan dan sebagainya. Ia juga tidak mengenal agama, orang yang rajin dan usaha pasti berjaya. Hari ini Wee Soo Yen telah meluahkan kata-kata yang bernas " Hari ini saya membuktikan bahawa tidak ada yang susah untuk mencapai kejayaan "

SMK Bachok sekolah harian terbaik di Kelantan

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok diumumkan sebagai sekolah harian paling cemerlang bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang semalam, sekali gus berada pada kedudukan pertama antara sekolah harian di negeri ini.

Pegawai Pelajaran Daerah Bachok, Saupi Majid berkata, kecemerlangan yang dicapai dalam PMR kali ini menyamai kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.

Menurutnya, daripada keseluruhan 95 calon PMR SMK Bachok, 43 daripadanya mencatat keputusan keseluruhan mata pelajaran A. Baca lagi di sini...

SEMESTA kekal rekod sekolah terbaik 5 tahun

Reaksi :  

Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) di sini mengekalkan rekod apabila menjadi sekolah terbaik selama lima tahun berturut-turut di negeri ini selepas 103 daripada 128 pelajarnya memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010.

Pengetua Semesta, Kamaruddin Kasim berkata, pencapaian 81 peratus semua A itu membuktikan perancangan yang baik dan usaha bersungguh-sungguh mampu meraih kejayaan cemerlang.

Baca lagi di sini...

45 pelajar pendidikan khas dapat lesen memandu

Reaksi :  

Seramai 45 pelajar pendidikan khas mencipta sejarah peribadi apabila menerima lesen memandu motosikal B2 secara serentak menerusi modul pelajaran yang dibentuk Pejabat Pelajaran Daerah Segamat baru-baru ini.

Langkah tersebut merupakan pemudah cara bagi pelajar-pelajar berusia 16 tahun itu mendapat lesen motosikal hasil inisiatif Unit Pendidikan Khas Pejabat Pelajaran Daerah Segamat dengan kerjasama Institut Memandu Wadah Mutiara (Wamuda) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Baca lagi di sini...

Sekolah Imtiaz muncul sekolah terbaik Terengganu

Reaksi :  

Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (SMIKB) muncul sekolah paling cemerlang di negeri ini apabila mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) tertinggi dengan nilai 1.03 berbanding 129 buah sekolah lain yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.

Biarpun terletak di kawasan luar bandar, ia tidak menjadi halangan untuk sekolah tersebut menduduki tangga teratas dalam keputusan peperiksaan itu berbanding tahun lalu apabila hanya menduduki tangga ketiga dengan nilai GPS 1.10.

Baca lagi di sini...

Ahad, 26 Disember 2010

Masalah anak tidak sah taraf di sekolah

Reaksi :  

PAPARAN kisah Mashalizah minggu lalu menarik perhatian seorang guru dari kawasan luar bandar untuk turut memberikan pandangan tentang masalah anak tidak sah taraf yang ramai di sekolah-sekolah sekarang ini.

Cikgu Nordarlina dalam e-mel yang dikirimkan dan ketika kami berbual panjang di telefon Isnin lalu turut melahirkan harapan agar pihak tertentu terutama ibu, penjaga, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendaftaran Negara turut memberi perhatian serius terhadap isu ini.

"Saya mengajar di luar bandar. Setiap tahun terdapat seorang, dua mungkin juga tiga orang murid yang tak sah taraf didaftar oleh penjaga di sekolah. Biasanya oleh nenek dan ibu kandung. Kita tahu anak-anak ini menerusi status maklumat tentang nama ayahnya, pekerjaan dan kad pengenalan yang ditulis "tidak diperolehi".

Baca lagi di sini...

Feri ke Pulau Sibu, Mersing karam

Reaksi :  

Feri bawa 29 penumpang karam: 3 maut, 1 lagi hilang

Tiga maut, manakala seorang lagi hilang apabila sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari jeti Tanjung Leman ke Pulau Sibu di Mersing karam, pukul 2.30 petang tadi.

Ketika kejadian, feri tersebut dikatakan membawa seramai 29 penumpang. – Utusan

Lagi berita feri karam

PMR 2010 - MRSM Kekalkan Kecemerlangan

Reaksi :  
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi mengekalkan kecemerlangannya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan 20 buah MRSM telah mencapai keputusan lebih daripada 60 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Ibrahim Ahmad berkata daripada 5,068 calon dari 36 buah MRSM, jumlah yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran ialah 3,129 orang iaitu peningkatan sebanyak 2.17 peratus berbanding 59.03 peratus tahun lepas.

"Pencapaian MRSM dalam peperiksaan PMR 2010 adalah cemerlang dan bertambah baik berbanding dengan pencapaian pada tahun lalu iaitu daripada Gred Purata Maktab (GPM) 1.0992 kepada 1.0531," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata MRSM Pasir Tumboh muncul sebagai MRSM cemerlang dengan mendapat peratus tertinggi mengikut pencapaian GPM iaitu 92.20 peratus pelajar mendapat A dalam semua mata pelajaran, diikuti MRSM Pasir Salak (81.2 peratus) dan MRSM Kuala Klawang (79.9 peratus).

Sebanyak 18 buah MRSM menunjukkan peningkatan daripada segi nilai GPM, katanya.

Ibrahim berkata 16 buah MRSM juga menunjukkan peningkatan dalam pencapaian peratusan pelajar yang mendapat semua A yang mana MRSM Besut mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 30.53 peratus.

"Bilangan pelajar MRSM yang mendapat pencapaian mengikut syarat minimum 6A2B (Matematik A, Sains A) ialah seramai 4,438 orang atau 87.57 peratus berbanding 3,498 orang pada tahun lepas," katanya.

Beliau berkata empat mata pelajaran mencatatkan peningkatan peratus pencapaian gred A pada tahun ini iaitu Sains (+3.9 peratus), Bahasa Inggeris (+2.6 peratus), Bahasa Melayu (+2.0 peratus) dan Sejarah (+1.8 peratus). #

Analisa Keputusan PMR 2010 Mengikut Negeri

Reaksi :  
Berikut antara analisa ringkas berkaitan pencapaian PMR 2010 beberapa buah negeri di Malaysia. Dapatan yang dikumpul antaranya ialah dari Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perlis, Selangor, Sabah, Sarawak dan Melaka.

TERENGGANU

Terengganu terus unggul sebagai negeri terbaik dalam pencapaian PMR tahun ini apabila mencatat gred purata negeri (GPN) 2.58 berbanding 2.60 tahun sebelumnya.

Pengarah JPN Terengganu, Razali Daud, berkata jumlah calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran meningkat sebanyak 0.69 peratus kepada 7.81 peratus atau 1,746 pelajar berbanding 7.12 peratus tahun lalu.

KELANTAN

Di KOTA BHARU, Pengarah JPN Kelantan, Hussain Awang berkata seramai 2,023 atau 6.76 peratus calon mencatat keputusan semua A, sekaligus mencatat pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun.

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pencapaian calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding empat tahun lalu dengan jumlah yang gagal dalam semua mata pelajaran semakin menurun.

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan Mohd Adenan Deraman berkata daripada 21,612 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah seramai 1,850 orang, merosot sedikit berbanding 1,940 orang tahun lepas.

Bagaimanapun pencapaian minimum calon yang mendapat semua D (termasuk yang memperoleh semua A) meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 6,363 orang berbanding 6,439 pada tahun lepas manakala bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 20 orang pada tahun lepas kepada 16 orang pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata tiga buah sekolah mengekalkan rekod kelulusan 100 peratus dalam peperiksaan PMR iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur.

PERAK

Di IPOH, Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Mohd Idris Ramli berkata secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR di Perak pada tahun ini menunjukkan peningkatan daripada segi kualiti, kuantiti dan gred purata sekolah.

Beliau berkata seramai 27,105 calon atau 64.83 peratus daripada 41,810 calon yang menduduki peperiksaan PMR tahun ini memperoleh keputusan A,B,C dan D dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 3.44 peratus berbanding keputusan PMR tahun lepas, katanya.

Katanya berkata Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) muncul sebagai sekolah terbaik dengan mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR dengan 88 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

KEDAH

Di ALOR SETAR, pencapaian Gred Purata Negeri bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Kedah meningkat sebanyak 0.021 iaitu 2.857 berbanding 2.878 pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Negeri Abdullah Saad berkata daripada seramai 35,909 calon seramai 1,981 calon berjaya mendapat semua A sama ada tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diambil berbanding 1,736 orang pada tahun lepas.

Beliau berkata peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran juga meningkat iaitu 62.57 peratus berbanding 58.22 peratus pada tahun lepas.

PAHANG

Di KUANTAN, pencapaian calon PMR yang menguasai semua mata pelajaran meningkat 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang Yahya Zainal Abdidin berkata pencapaian cemerlang yang mendapat semua A pada tahun ini juga meningkat iaitu 1,641 pelajar berbanding 1,367 pelajar pada tahun sebelumnya.

"Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini, katanya.

KELANTAN

Di KOTA BAHARU, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang berkata bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A iaitu seramai 2,023 orang atau 6.76 peratus meningkat 1.86 peratus daripada tahun lalu iaitu seramai 1,510 calon atau 4.90 peratus.

Hussain berkata peningkatan pencapaian itu merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dicatatkan Kelantan dalam tempoh lima tahun. Seramai 36, 953 calon menduduki PMR di Kelantan tahun ini.

JOHOR

Di JOHOR BAHARU, seramai 3,575 calon daripada keseluruhan 53,082 calon PMR di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang iaitu semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata secara keseluruhannya prestasi PMR tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun sejak 2007.

"Pencapaian keputusan cemerlang (semua A) meningkat sebanyak 267 orang (0.61 peratus) iaitu daripada 3,308 orang (6.12 peratus) pada tahun lepas kepada 3,575 orang (6.73 peratus), tahun ini," katanya.

PULAU PINANG

Di PULAU PINANG, sebanyak 2,103 calon yang menduduki PMR berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran iaitu pencapaian 9A, 8A dan 7A berbanding sebanyak 1,971 pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Ibrahim Mohamad berkata jumlah calon yang mendapat 9A dalam semua mata pelajaran adalah seramai 131 orang, 8A sebanyak 1,521 calon manakala pelajar yang memperoleh 7A adalah 450 calon.

Beliau berkata gred purata negeri meningkat kepada 2.70 pada tahun ini berbanding 2.72 pada tahun lepas.

NEGERI SEMBILAN

Di SEREMBAN, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Razak berkata pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR adalah yang terbaik daripada perbandingan tiga tahun.

Beliau berkata pencapaian cemerlang (semua A) calon dalam PMR tahun 2010 meningkat sebanyak 64 orang meningkat 0.62 peratus iaiatu 1,482 orang berbanding 1,418 pada tahun lepas.

PERLIS

Di KANGAR, sebanyak 333 atau 7.41 peratus daripada 4,494 calon PMR di Perlis mencatat A dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Abdul Hadi Harun berkata angka itu meningkat sebanyak 51 calon berbanding 282 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran tahun lalu manakala peratus pencapaian tahun lalu sebanyak 6.10 peratus.

Beliau berkata tujuh calon mencatat 7A, 258 orang memperoleh 8A dan 68 orang mendapat 9A.

Tiga buah sekolah mencapai peratus kelulusan 100 peratus dalam semua mata pelajaran iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dan SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau sama seperti pencapaian tahun lalu.

SELANGOR

SHAH ALAM, seramai 6,907 daripada 75,711 calon PMR di Selangor memperoleh semua A, pencapaian yang terbaik berbanding empat tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Selangor Sulaiman Wak berkata tujuh sekolah mencatatkan kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (SM) Sains Hulu Selangor, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Puteri, SM Sains Kuala Selangor, SBPI Sabak Bernam, Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari dan SMK Agama Simpang Lima.

Sulaiman berkata bilangan calon yang mendapat semua E menurun daripada 73 orang pada tahun lepas kepada 63 orang pada tahun ini, iaitu penurunan sebanyak 0.02 peratus.

SABAH

Di KOTA KINABALU, seramai 734 calon PMR di Sabah memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 659 orang tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Sabah Datuk Dr Muhiddin Yussin berkata 44 pelajar mendapat sembilan A, berbanding 19 orang tahun lepas, manakala terdapat pertambahan 46 calon yang memperoleh lapan A berbanding 340 tahun lepas.

Mereka yang mendapat tujuh A pula seramai 304 orang berbanding 300 tahun lepas.

Katanya seramai 20,378 orang daripada 38,741 calon yang menduduki PMR tahun ini lulus semua mata pelajaran berbanding 20,500 daripada 37,794 pelajar tahun lepas.

Dua belas sekolah mencapai kelulusan cemerlang iaitu Sekolah Menengah Sains (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Sains (Lahad Datu), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.

Turut cemerlang ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Inanam (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan All Saints (Kota Kinabalu), Sekolah Menengah Kebangsaan St Francis Convent (Kota Kinabalu) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk (Likas).

SARAWAK

Di KUCHING, seramai 1,877 calon PMR memperoleh A dalam semua mata pelajaran, peningkatan 0.18 peratus berbanding 1,860 calon pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Mortadza Alop berkata 27 pelajar memperoleh semua A dalam sembilan mata pelajaran manakala 1,147 calon (lapan mata pelajaran) dan 703 calon (tujuh mata pelajaran).

Beliau berkata jumlah calon yang melepasi tahap minium D dalam semua mata pelajaran yang diambil turut meningkat sebanyak 3.07 peratus, iaitu seramai 25,287 calon (65.36 peratus) pada tahun ini berbanding 62.29 peratus pada tahun lepas.

MELAKA

Di MELAKA, Pencapaian Gred Purata Negeri bagi peperiksaan PMR di Melaka meningkat sebanyak 0.02 peratus iaitu 2.65 peratus berbanding 2.67 peratus pada tahun lepas.

Pengarah Pelajaran Melaka Juliah Leman berkata daripada 14,716 orang, pencapaian cemerlang (semua A) calon meningkat sebanyak 63 orang (0.66 peratus) iaitu daripada 1,074 orang (7.56 peratus) pada tahun lepas kepada 1,137 orang tahun ini. #

Pelajar berisiko perlu pendidikan alternatif

Reaksi :  

MENJELANG pembukaan penggal pertama persekolahan 2011 ibu bapa mengharapkan anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah akan mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Seterusnya mereka juga menyimpan cita-cita supaya anak-anak mereka berjaya dalam pekerjaan dan kehidupan.

Pendidikan di sekolah pada masa kini menghadapi pelbagai isu dan cabaran berikutan pelbagai ancaman gejala sosial. Sekolah menjadi tempat penting untuk mendidik manusia supaya seimbang akal budi dengan menjuruskan pendidikan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Baca lagi di sini...

Hanya guru berkelayakan ajar BM

Reaksi :  

Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Baca lagi di sini...

Tindakan jika tak mula sesi persekolahan ikut jadual

Reaksi :  
Kementerian pelajaran akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana sekolah yang didapati gagal memulakan persekolahan awal tahun depan seperti dijadualkan, terutama atas alasan yang tidak sewajarnya.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi), Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, mahu semua bentuk alasan atau gangguan berkenaan termasuk kerja pembersihan, orientasi pelajar dan mesyuarat guru disempurnakan lebih awal iaitu sebelum 1 Januari.

PENERIMA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SESI 2011 KPM

Reaksi :  
Berikut dilampirkan senarai penerima anugerah tersebut untuk makluman tuan..