* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 30 Julai 2011

Tazkirah : Surah al-Falaq elak bencana

Reaksi :  

SURAH ini termasuk dalam Surah Makiyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Ata', Ikrimah dan Jabir. Sedangkan mengikut riwayat yang lain daripada Ibn Abbas dan Qatadah bahawa ia termasuk dalam surah Madaniyah.
Ibn al-Jauzi berkata: Pendapat ini lebih kuat daripada yang pertama. Ia mengandungi lima ayat dan diturunkan selepas surah al-Fil.

Firman Allah SWT:


Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh.


Al-Mawardi berkata: Surah ini dimulakan dengan qul yang membawa maksud katakanlah kerana Allah telah perintahkan nabi-Nya berkata demikian.

Ibn al-Jauzi menyebut enam pendapat berkenaan tafsir al-Falaq:

i. Ia adalah waktu Subuh seperti pendapat Ibn Abbas, al-Hasan, Sa'id bin Jubair, Qatadah, al-Qurazi dan Ibn Zaid.
ii. Ia adalah makhluk semuanya.
iii. Ia adalah penjara dalam neraka jahanam seperti pendapat Ibn Abbas juga dan Wahab serta Suddi yang menafsirkan telaga dalam neraka jahanam atau lembah dalam neraka jahanam.
iv. Pohon kayu dalam neraka seperti pendapat Abdullah Ibn Umar.
v. Setiap yang terbelah daripada sesuatu seperti cahaya Subuh, benih yang tumbuh daripada bijian. Inilah pendapat al-Hasan.
vi. Satu nama daripada neraka jahanam. Inilah pendapat Abu Abdul Rahman Abdullah bin Yazid al-Habali.

Sayid Qutub berkata: Sama ada dipakai dengan pengertian: Aku pohon perlindungan pada Tuhan yang menjadi waktu pagi yang memberi keamanan dengan cahaya siang dari segala kejahatan yang sulit dan tersembunyi atau dipakai dengan pengertian Aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara seluruh makhluk yang memberi keamanan dari segala kejahatan makhluk.

Oleh itu kedua-dua pengertian ini sesuai dengan ayat-ayat yang kemudian.

Firman Allah SWT: Dari kejahatan makhluk-Nya.


Berkenaan dengan ayat ini ada tiga pendapat:

i. Ia adalah umum. Inilah pendapat yang azhar.
ii. Ia adalah semua kejahatan yang diciptakan seperti Iblis dan zuriatnya. Inilah pendapat al-Hasan.
iii. Neraka jahanam. Inilah pendapat al-Mawardi.

Al-Maraghi berkata: Aku berlindung, memohon pelindung kepada zat yang menjadi Tuhan semua makhluk, pencipta segala yang ada dari segala penyakit dan keburukan yang menimpaku antara salah satu makhluk daripada makhluk-makhluk seluruhnya.

Kemudian disebutkan secara khusus sebahagian makhluk yang banyak mendatangkan bencana, lalu memohon perlindungan kepada Allah SWT daripada kejahatan mereka dan menolak bencana yang ditimbulkan olehnya.

Firman Allah SWT: Dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita.

Maksud ayat ini pada perkataan ghasiq ada empat pendapat:

i. Matahari apabila tenggelam. Inilah pendapat Ibn Shihab.
ii. Bulan apabila ditutupi awan.
iii. Bintang thuraya apabila jatuh.
iv. Malam yang berlabuh kerana pada waktu itu keluarnya binatang buas dan serangga. Begitu juga penjahat berkeliaran pada waktu itu. Inilah pendapat Ibn Abbas, al-Dahhak, al-Suddi dan lain-lain.

Al-Maraghi berkata: Iaitu daripada kegelapan malam ketika malam itu datang dan menutup segala sesuatu dengan kegelapannya.

Malam hari gelap-gelita itu mengerikan dan menimbulkan ketakutan kerana kegelapan malam menjadi tempat berlindung bagi orang jahat ketika bermaksud jahat dan kegelapan malam menolong bagi musuh.

Firman Allah SWT: Dan daripada kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul.
Al-Imam Muhammad Abduh berkata: Dalam masalah ini, terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa baginda pernah disihir oleh Labid Ibn al-A'sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri baginda, sehingga mengkhayalkan baginda dan menyebabkan baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda tidak mendatanginya.
Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Rasulullah SAW sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.
Sudah tentu pengaruh sihir terhadap Nabi Muhammad SAW itu menyentuh akan dan mempengaruhi rohani Baginda. Jika demikian, benarlah kata-kata kaum Musyrikin tentang Baginda itu sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir. (al-Israk: 47)

Sumber : Utusan Malaysia

0 komen ::

Catat Ulasan