* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 14 Ogos 2011

Tazkirah : Plan-S

Reaksi :  
Assalamu a'laikumm wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah kali ini, Si Kerdil ingin berkongsi tentang betapa hebatnya usaha satu makhluk Allah SWT yang satu ketika dulu turut berada di dalam syurga, sentiasa patuh kepada Allah sehingga sampai satu ketika mereka mula ingkar perintah Allah, sombong @ bongkak, akhirnya dihalau daripada syurga.


Itulah SYAITAN.. ANTARA SYAITAN YANG ORIGINAL ADA SYAITAN YANG BERUPA MANUSIA.


Syaitan akan sentiasa cuba dengan sedaya upaya untuk menyesatkan anak-anak Adam AS.
Plan Syaitan ini kadang agar sukar untuk kita hadapinya dan atasinya kerana di mana-mana dia boleh wujud.


Tengah-tengah buat baikpun, dia datang. Tengah solatpun, dia datang. Tengah buat jahat, lagilah dia datang.  


Si Kerdil ingin kongsikan satu coretan artikel yang telah ditulis oleh  Ustaz Fauzi Deraman – Akademi Pengajian Islam UM untuk tatapan dan muhasabah kita bersama.



SYAITAN MANUSIA adalah manusia yang perangai dan tingkah lakunya jahat serupa syaitan.Syaitan jenis ini tidak akan lari, saperti syaitan dan jin kafir “original” sekalipun azan di kemundangkan.
Hari ini manusia telah di kepung dan dikontrol dengan dahsyatnya oleh syaitan dan syaitan manusia.Serangan syaitan hari ini seolah olah tidak dapat ditahan saperti bah besar yang tidak dapat di bendung, sekalipun menggunakan teknologi canggih dan hebat. Syaitan telah berjanji akan menipu dan memperdaya manusia dari setiap penjuru hidup, dari depan ,dari belakang,  dari kanan, dan dari kiri.Ini telah di nyatakan dalam Al Quran Surah Al A’raf Ayat 16-17 yang bermaksud, “Iblis berkata, oleh kerana engkau (wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguh sungguh menghalang mereka (daripada)  jalan Mu yang lurus.Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka.(Sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakkan mereka bersyukur”.
Inilah janji syaitan yang akan terus mensabotaj dan merosakkan manusia melalui hasutan dan gangguannya dengan apa cara sekalipun.Jiwa syaitan penuh dengan hasad dengki dan dendam kesumat yang tiada had kepada Nabi Adam dan keturunannya.Dan sifat ini telah di warisi oleh syaitan syaitan manusia pada hari ini untuk merancakkan lagi kerja syaitan.Dan pada akhir zaman serangannya menjadi bertambah hebat, lebih lebih lagi di sokong dan di bantu oleh kuncu kuncunya manusia syaitan yang telah disebut tadi.
Bahaya syaitan tidak mudah dilihat dengan mata kasar melainkan bagi manusia yang bersih hatinya dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.Iblis pernah bersumpah seperti yang di rakam dalam Al Quran Surah Sad ayat 82-83 yang bermaksud,” Iblis berkata: Demi kuat kuasa Mu (wahaiTuhan), aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba hamba Mu di kalangan zuriat zuriat Adam yang mukhlis (yaitu yang di beri petunjuk untuk mentaati Allah dan RasulNya).”
Syaitan dan bala tenteranya, (termasuk syaitan manusia) menyerang manusia melalui berbagai bagai kaedah, di antaranya saperti berikut:
  • Menghalang manusia menuju kejalan yang di redhai Allah.
  • Mengajak manusia melanggar hukum dan menentang perintah Allah.
  • Mengajak manusia kearah kehancuran,kebinasaan dan perpecahan.
  • Memutuskan perkara yang Allah perintah hubungkan saperti hubungan silaturrahim
  • Sentiasa mengajak manusia supaya mengubah agama dan menukar ajaran Islam.
  • Mengajak manusia mensyirikkan Allah.
  • Menyuruh supaya menghalalkan cara yaitu mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
  • Menanam kebencian, permusuhan dan perselisihan antara manusia lebih lebih di antara sesama Muslim.
  • Sentiasa menghalang dan menentang manusia yang hendak berjihad dengan menakut nakutkan atau memberi gambaran yang buruk kepada mereka.
  • Menyalakan api permusuhan dan peperangan di antara sesama Islam.
  • Menghasut supaya manusia melakukan kezaliman.
Syaitan turut menyerang pemikiran, hati dan jiwa melalui bisikan dan hasutannya.Di antaranya adalah saperti berikut:
  • Berusaha melahirkan syak dalam hati manusia terutamamya di kalangan orang yang beriman.Bagi yang tidak beriman dia akan berusaha mengekalkan manusia itu dalam keadaan tidak beriman.
  • Melahirkan keraguan mengenai wujudnya Allah.
  • Melahirkan keraguan dalam perkara Akidah dan Keimanan.
  • Sentiasa akan buat manusia ragu dalam urusan kehidupan.
  • Menyemarakkan sifat tamak dan buruk sangka
  • Menanamkan sifat cinta dunia dan takut mati
  • Menyemarakkan sifat riak dan sukakan pujian
  • Menyemai sifat hasad dan dengki
  • Sifat memandang rendah terhadap manusia lain dan tidak menghormati sesama sendiri
  • Rasa kagum dengan diri sendiri
  • Sifat bakhil
  • Sifat takabur
Yang paling bahaya dia menggunakan kaedah taz-yin yaitu maksudnya menampakkan rupa cantik, elok dan benar terhadap perkara yang batil.Dalam apa jua urusan yang dilakukan oleh manusia,syaitan dan syaitan manusia akan campur tangan, menampakkan bahawa perbuatan manusia itu baik sedangkan hakikatnya ia tidak baik.Ini akan menyebabkan manusia merasa bongkak dan syok sendiri dan akan menganggap dirinya sahaja yang betul dalam segala hal, terutama dalam hal hal agama.
Maka kita dapat lihat di sini bahawa perkara yang bersabit dengan kejahatan semuanya ada hubungan dengan syaitan dan syaitan manusia.
Wallahu’alam.

1 komen ::

Tanpa Nama berkata...

Tahniah ! Dapat kongsi maklumat

Catat Ulasan