* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 29 Ogos 2011

Tazkirah : Talqin Diri Sempena Aidul Fitri 1432H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kali ini Si Kerdil mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri dan Salam Kemerdekaan Negara kepada seluruh warga pendidikan daerah Mersing.

Sempena hari raya yang mulia ini, Si Kerdil menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekurangan, kelemahan, kesilapan dan keterlanjuran diri ini sepanjang pergaulan sosial atau profesional kita, samada secara sengaja atau tidak,  sedar atau tidak... SEMUANYA,  SI KERDIL MINTA MAAFKAN DAN HALALKAN SEGALANYA.

Si Kerdil sentiasa doakan agar hubungan kita akan sentiasa berkekalan hingga kehidupan selepas ini di akhirat.

Kali ini, sebagai bahan tazkirah untuk peringatan bagi yang lupa, Si Kerdil ingin berkongsi satu cetusan TALQIN DIRI hasil nukilan seorang sahabat yang Si Kerdil kira amat bermakna untuk muhasabah kita bersama.

Si Kerdil mengajak diri ini dan rakan-rakan pengunjung yang budiman untuk sama-sama bertafakur seketika, bermuhasabah (refleksi diri) sebagai satu pendekatan alternatif  bagi menilai polimik pemikiran dan budaya yang ada dalam diri kita.

Selaku manusia ciptaan Allah SWT, kita tidak berhak untuk berdabik dada menegaskan kononnya diri kita ini sentiasa betul... Sesungguhnya di celah-celah kebenaran itu, sudah pasti ada kebatilannya. Marilah kita menilai kembali apa yang telah kita lakukan selama ini, ADAKAH TINDAKAN KITA ITU BERTEPATAN DENGAN NILAI AGAMA YANG KITA PEGANG? ADAKAH IANYA MEMENUHI NILAI KETAMADUN MANUSIA YANG KITA SAMA-SAMA DAMBAKAN. ATAU SEBALIKNYA.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA.
(gantikan nama anda dan ibu anda)

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Kamu akan menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

■Siapakah Tuhan kamu?
■Siapakah Nabi kamu?
■Apakah agama kamu?
■Apakah kiblat kamu?
■Siapakah saudara kamu?
■Apakah pegangan iktikad kamu?
■Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

■Allah Ta’ala Tuhanku.
■Muhammad Nabiku.
■Islam agamaku.
■Baitullah itu kiblatku.
■Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
■Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
■Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat kami nanti dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi rabbil alamin”.

Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati – “Kullu nafsin zaa iqatul maut”.

Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” – Surah Al-A’sr

Wahai sahabat dan murid ku sekelian.

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Dan kita tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup 1000 tahun lagi. Kita juga tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup 100 tahun lagi. Kita juga tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup setahun lagi. ..... MALAH ... kita juga tidak pernah berjanji dengan ALLAH untuk hidup hingga keesokan hari.

Lantas persiapkanlah bekalan untuk kita kembali ke hadrat ALLAH. Dan sebaik-baik bekalan adalah amal taqwa. Andainya banyak bekalan yang dibawa, maka berbahagialah kita kembali ke rahmat ALLAH. Tetapi andainya sedikit amal yang dibawa, amat celakalah diri kita. Justeru itu marilah kita bersama-sama berusaha ke arah ketaqwaan. perbanyakkan amal ibadah dan menjauhi larangan ALLAH kerana di situ letaknya kasih sayang dan ampunan ALLAH. Setiap kita akan kembali menyusul saudara/ sahabat/ kaum keluarga yang telah pergi mengadap ILAHI. Semoga kita akan bertemu dengan mereka di akhirat sana di dalam syurga ALLAH. Amieen Y Rabbal A'lamieen.

Nota: Selepas mati, seorang yang beragama Islam akan disebut namanya dan di’bin’kan kepada nama ibunya, yakni yang melahirkannya.

Wassalam.

0 komen ::

Catat Ulasan