* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 29 Januari 2011

Misi Membawa Keluar Guru-Guru SK Peta ke Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam misi ini.

Tahniah kepada warga SK Peta yang telah mendapat pengalaman baru. Moga sentiasa bersedia meneruskan misi pendidikan walau di mana anda berada.

Di situ bumi dipijak, di situ jugalah langit dijunjung.

Misi ini dijalankan rentetan limpahan air sungai yang telah menenggelamkan jalan ke Kampung Peta, sekaligus telah memutuskan hubungan darat ke kampung berkenaan.

Banjir berkenaan telah menyebabkan usaha guru-guru SK Peta untuk keluar bercuti sempena Tahun Baru Cina terkandas lebih 9 jam.

Al-Hamdulillah dengan bantuan Angkatan Tentera Diraja Malaysia dan beberapa pihak yang berkaitan , guru-guru berkenaan telah dapat dibawa keluar dengan selamat.

Wassalam.
























Jumaat, 28 Januari 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Reaksi :  
Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA - GONG XI FA CAI kepada semua warga pendidikan Mersing yang berbangsa Tionghua .

Moga aman sejahtera dan bahagia selalu.
Wassalam.

Standard Akademik Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dilampirkan dokumen berkaitan seperti berikut untuk tindakan pihak sekolah :

Penyelarasan Rancangan Pengajaran Tahunan
Piawaian Latihan Murid Negeri Johor (Plan-J)

Sekolah Menengah
Sekolah Rendah

KARNIVAL KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa AMAN Palestin (Cawangan Johor) dan Majlis Daerah Mersing akan menganjurkan Karnival Kemanusiaan Rakyat Palestin seperti butiran di bawah :

Tarikh : 28 Januari - 6 Februari 2011
Tempat : Dataran Pulau Mersing

Perkara yang sama telah dimaklumkan dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil. 1/2011 pada 24 Januari 2011 (Isnin) di PPD Mersing. (Sila rujuk Kertas Makluman 3 - KM3)

Sehubungan itu mohon jasa baik pihak sekolah agar dapat menghebahkan perkara ini kepada warga sekolah dan turut menjayakan program tersebut secara langsung atau tidak langsung.

Tabung AMAN Palestin yang diedarkan sebelum ini ke semua sekolah hendaklah dikembalikan ke PPD Mering (u.p. PPPD Kurikulum) selewat-lewatnya pada HARI INI 28 JANUARI 2011 (JUMAAT)

SEMUA WARGA MERSING DIJEMPUT HADIR

Rabu, 26 Januari 2011

Penangguhan Audit Akademik Sekolah-Sekolah Pulau dan SK Peta

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar Sekolah-Sekolah Pulau dan SK Pulau

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa program tersebut yang sebelum ini dijadualkan pada 29 Januari 2011 (Sabtu) terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Harap Maklum...

Penangguhan Taklimat Perancangan Program Immersion Guru 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa taklimat berkenaan yang telah dijadualkan pada 26 Januari 2011 (Rabu) - Hari ini.....terpaksa ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Harap maklum.
Selasa, 25 Januari 2011

Kertas Makluman Unit Pengurusan Akademik dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.1/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah wa syukru lillahi ... Mesyuarat Profeseional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.1/2011 telah dilaksanakan dengan jayanya.
Tahniah kepada Unit Pengurusan Sekolah atas pengelolaan yang baik.
Terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada semua hadirin yang memberi komitmen yang membanggakan dalam mesyuarat beerkenaan.

Sehubungan itu, berikut disertakan kertas-kertas makluman Unit Pengurusan Akademik yang telah dibentangkan dalam mesyuarat berkenaan.

Wassalam.

Lampiran 2 : KM2.Laporan KSSR
Isnin, 24 Januari 2011

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2011

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2011 boleh disemak mulai 18 Januari 2011. Semakan keputusan permohonan di sini.
Sila rujuk pautan berikut : http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1684
Dimaklumkan bahawa iklan bagi permohonan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Peringkat Kedoktoran dan Sarjana Tahun 2011 telah dibuka bermula 19 Januari 2011 (Rabu)hingga 18 Februari 2011 (Jumaat). Permohonan boleh dibuat di http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm. Sila baca dan fahami Pengenalan, Tatacara, Panduan dan Syarat Permohonan sebelum membuat permohonan.

Permohonan Program Pengajian Pensiswazahan Guru NPGH (PPPG NPQH) Ambilan 2011

Reaksi :  

Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Pengajian Pensiswazahan Guru NPQH (PPGB / NPQH) Anjuran Bersama Institut Aminuddin Baki (IAB) Dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) 2011 – 2013.

Borang pemohonan yang telah lengkap dan disokong oleh Ketua Jabatan tuan mestilah sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) masing-masing pada atau sebelum 12 Mac 2011. Manakala semua borang permohonan dari JPN ke Institut Aminuddin Baki (IAB) pada atau sebelum 9 April 2011 di alamat :

PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
69000 GENTING HIGHLANDS
PAHANG DARUL MAKMUR
(UP: Penyelaras Program NPQEL)

Borang permohonan di sini.

Takwim Kursus Tahun 2011

Reaksi :  
1. Takwim Kursus Tahun 2011 -kulit
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa deposit ke akaun SSPN boleh dilaksanakan melalui Portal myGovernment (http://www.malaysia.gov.my).
Sukacita dimaklumkan bahawa Proses SOKONGAN bagi Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 12 Januari 2011 sehingga 26 Januari 2011. Sila klik di sini.
Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan status sokongan dan pengesahan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 12 Januari 2011 sehingga 03 Februari 2011. Sila klik di sini.
1. TAWARAN KURSUS-KURSUS BAHASA ANJURAN INSTITUT DIPLOMASI DAN HUBUNGAN LUAR NEGERI (IDFR) TAHUN 2011
Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Perhatian kepada semua pemohon program KPLI SR MOD SEPENUH MASA DAN KPLI j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2011.
Adalah dimaklumkan terdapat pindaan tarikh bagi perkara berikut :
Semakan Tawaran calon berjaya ditawarkan KPLI SR MOD SEPENUH MASA DAN KPLI j-QAF MOD LPBS AMBILAN JANUARI 2011 dan Pendaftaran calon berjaya ditawarkan di Institut Pendidikan Guru.
Sila muat turun jadual pindaan yang dilampirkan.
Sekian, terima kasih.

Penghargaan : Perhimpunan Bulanan PPD Mersing Bil.1/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan taufiq serta iradahnya, majlis berkenaan berjalan dengan lancar.

Kami juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK dan warga PPD Mersing yang terlibat menjayakan program berkenaan secara langsung atau tidak langsung.

Tahniah dan terima kasih turut ditujukan kepada Pengetua, Guru Besar, GPK1 SM, GKMP dan Guru-Guru Tingkatan Tiga 2010 yang hadir dan memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Kami juga merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan PMR, UPSR, LINUS 2010 dan Anugerah Khas.

Untuk makluman tuan/puan, Anugerah Kecemerlangan UPSR 201o kali adalah tambahan kepada anugerah-anugerah kecemerlangan UPSR 2010 yang dibuat sebelum ini dalam Perhimpunan Bulanan PPD Mersing Bil. 3/2010 pada 15 November 2010.

Sekian . Wassalam.

MERSING HEBAT
BERMUHASABAH KE ARAH TRANSFORMASI

Lampiran 2 : Anugerah_PMR_2010
Lampiran 3 : Anugerah_UPSR_2010
Lampiran 4 : LINUS_2010
Lampiran 5 : Anugerah_Khas
Lampiran 6 : Teks_Ucapan_PPD
Lampiran 7 : LAGU_MERSING_HEBAT

ETR PMR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya bersama hebahan ini disertakan dokumen ETR 2011 untuk tindakan pihak sekolah.
Sekian. Wassalam.

Lampiran 1 : ETR_PMR_JPNJ.pdf