* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 5 Mac 2011

SK Ulu Lubai Sekolah Berprestasi Tinggi

Reaksi :  
Tahniah kepada SK Ulu Lubai,Limbang kerana terpilih tempat pertama
sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi 2010 (SBT)

  • Click this bar to view the full image.
    DUA murid, Senita Thomas dan Felix Jana Florence mengulang kaji pelajaran di Pondok PIBG SK Ulu Lubai, Limbang.
  • Click this bar to view the full image.
    MUHYIDDIN bersama isteri, Norainiee berbual dengan murid SK Ulu Lubai selepas Majlis pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2 di SK Ulu Lubai, semalam.


SK Ulu Lubai antara 23 SBT 2011

o Duduki tempat ke-54 pada 2009
o Lonjak ke tempat pertama pada 2010o Menangi 2 anugerah peringkat antarabangsa 2009
LIMBANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, iaitu sebuah daripada dua sekolah di Sarawak yang turut tersenarai.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan kohort pertama membabitkan 20 SBT menyediakan landasan kukuh untuk memberikan pengiktirafan kepada kohort kedua tahun ini.

Beliau berkata, kohort pertama SBT berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama, meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, selain berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program anak angkat.

Katanya, SK Ulu Lubai, adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT dan mengucapkan tahniah kepada guru besar, guru, murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah itu yang berjaya menempa sejarah.
“Ini pencapaian amat istimewa. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan.

“Dengan keadaan sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100 peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di Sarawak,” katanya berucap pada majlis pengiktrafan SBT Kohort 2 di SK Ulu Lubai di sini, semalam.

Hadir sama, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi dan guru besar sekolah itu, Jaul anak Bunyau.

Muhyiddin berkata, SK Ulu Lubai menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat pertama pada 2010, dengan pencapaian amat membanggakan.

Beliau berkata, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice Awards 2009; finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia, serta terkini ialah pencalonan UNESCO Education of International Best Practices 2010.

Katanya, sekolah itu juga merangkul lima anugerah di peringkat kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah.

“SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan Universiti Bristol United Kingdom (UK); Jin Shan Primary School Singapore; Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

“Sesuatu yang unik mengenai sekolah ini ialah sokongan dan kerjasama masyarakat setempat dalam semua aktiviti dirancang bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah termasuk gotong-royong dan membantu sekolah menyediakan makanan pelajar di asrama.

“Hasilnya, SK Ulu Lubai mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan amalan terbaik ‘Council of Commonwealth Education Ministers’ (CCEM),” katanya.


Komitmen luar biasa guru, ibu bapa lonjak SK Ulu Lubai

LIMBANG: Semangat dan komitmen luar biasa guru besar, guru dan ibu bapa menjadi rahsia kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, dipilih sekolah pedalaman pertama di negara ini yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Watikah pengiktirafan itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kepada guru besarnya, Jaul anak Bunyau, di sekolah itu semalam, ketika mengumumkan senarai 23 SBT kohort kedua di sekolah terbabit.

Jaul, 48, yang menjadi guru besar di situ sejak 1998 berkata, kejayaan itu hasil usaha bersama guru dan ibu bapa yang komited dalam semua aktiviti pembelajaran, pengajaran dan kokurikulum murid di situ.

“Ibu bapa mungkin tidak dapat menyumbang kewangan kerana mereka hanya petani dan buruh kasar, tetapi komited membantu sekolah dalam semua aktiviti yang kita rancang untuk murid di sini,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, komitmen luar biasa ini menyebabkan SK Ulu Lubai berjaya mencatat kelulusan 100 peratus dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lima tahun berturut-turut sehingga 2010, serta pernah memenangi dua anugerah peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan, 14 anugerah peringkat negeri dan 46 lagi pada peringkat bahagian dan daerah.

FAKTA
23 Sekolah Berprestasi Tinggi


1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Lampiran 3 : Sekolah terbaik
Jumaat, 4 Mac 2011

Makluman : Kutipan Tabung AMAN Palestin

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa jumlah kutipan Tabung AMAN Palestin yang dibuat di sekolah-sekolah daerah Mersing sebelum ini, kini berjumlah RM 4,981.65.

Sehubungan itu, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dan AMAN Palestin Cawangan Johor merakamkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.

Semoga usaha ini dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Khamis, 3 Mac 2011

Surat kepada Pengarang : GURU DG44 JADI GURU BESAR

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 1 Mac 2011– Guru DG44 jadi guru besar.
Jawatan Guru Besar merupakan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan Gred DGA34 berdasarkan kepada waran perjawatan yang diluluskan dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41/DG44.

Surat kepada Pengarang : MUSYKIL MENGENAI MAKSUD SEKOLAH BANTUAN

Reaksi :  

Surat kepad Pengarang : PPD PASIR GUDANG SILA JAWAB

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Murid Mykad, Pasir Gudang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbarUtusan Malaysia bertarikh22 Februari 2011PPD Pasir Gudang sila jawab.
Untuk makluman, pemilihan untuk ke Kelas Rancangan Khas (KRK) / Kelas Kawalan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) pada tahun 2011 adalah mengikut format berasrama penuh iaitu ibu dan bapa kepada pemohon mestilah warganegara.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam Akhbar China Press bertarikh 26 Januari 2011 – Pelajar direkod kesalahan kerana tidak menyertai perhimpunan agama Islam.
Ramai pelajar SMK Panchor Seremban hisap rokok dan hidu gam di kawasan Kampung Baru Panchor. Aduan tidak dilayan. Harap pihak berkenaan ambil tindakan.

Surat Kepada Pengarang : 183 PELAJAR MANDI PELUH KETIKA BELAJAR

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar ruangan Berita akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2011 – 183 pelajar mandi peluh ketika belajar.
Didapati punca kejadian adalah disebabkan kabin zink dijadikan kelas sementara untuk digunakan bagi menampung kekurangan kelas Sekolah Seni Johor Bahru (Sse-JB).
Pihak sekolah akan memasang penghawa dingin sebaik sahaja kelulusan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) diperolehi. (Sember asal)

Surat Kepada Pengarang : PELUANG GURU KPLI RENDAH NAIK PANGKAT TIPIS

Reaksi :  


TAIWAN SCHOLARSHIP 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Taiwan sedang menawarkan Taiwan Scholarship Program 2011 dan Taiwan ICDF International Higher Education Scholarship Programs 2011 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Kedoktoran dan Ijazah Sarjana di Universiti di Taiwan.

Tarikh Tutup : 25 Mac 2011 (Jumaat)

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan melaksanakan Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Gred DGA34 Ke Gred DGA38 Secara Khas Untuk Penyandang (KUP) Pengelola Cemerlang Tahun 2011 di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sehubungan dengan itu, pihak PPD diminta mengambil tindakan selanjutnya sebagaimana surat edaran jabatan ini bil. JPNJ.NP(27)(S)/500-5/2/11/2/(4) bertarikh:28 Februari 2011.
Catatan:
* Urusan ini hanya terbuka kepada Pegawai di Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah sahaja
Tarikh Tutup Permohonan: 11 Mac 2011 (Jam 5.00 Petang)
Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Johor di talian:
1) En.Mohamed Shuhaimi Bin Ab Rashid = 07-2332301
2) Pn Hjh Komsaton Bte Hj. Siraj = 07-2332204
2) Pn. Norzalila Bte Suleiman = 07-2332201

BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SJK TAHUN 2011

Reaksi :  
Kepada ,

Guru Besar
SJKC Pai Chee
SJKC Jemaluang
SJKC Chiao Ching
SJKC Kg. Hubong

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

BENGKEL PENYEDIAAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SJK 2011

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing akan menganjurkan bengkel tersebut seperti butiran di bawah :

Program : Bengkel Penyediaan Modul Program Kecemerlangan UPSR SJK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia.
Tarikh : 8 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Malaysia Tahun Enam

Program : Bengkel Penyediaan Modul Program Kecemerlangan UPSR SJK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.
Tarikh : 9 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Inggeris Tahun Enam

Program : Bengkel Penyediaan Modul Program Kecemerlangan UPSR SJK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Cina.
Tarikh : 10 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SJKC Pai Chee
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Cina Tahun Enam

Keterlibatan :

- SJKC Pai Chee x 3 orang
- SJKC Jemaluang x 2 orang
- SJKC Chiao Ching x 3 orang
- SJKC Kg. Hubong x 2 orang

Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

SILA BAWA BERSAMA KOMPUTER RIBA, SOALAN-SOALAN RUJUKAN DAN KEMUDAHAN 'BROADBAND'.

Wassalam.

BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TAHUN 2011

Reaksi :  
Kepada ,

Guru Besar
Sekolah-Sekolah Kebangsaan Daerah Mersing
(SK Peta, SK-SK Pulau dikecualikan)

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

BENGKEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2011
(Program Menggilap Permata dan HALUS Permata 2011)

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kecemerlangan UPSR Daerah Mersing akan menganjurkan bengkel tersebut seperti butiran di bawah :

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Malaysia.
Tarikh : 7 Mac 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Malaysia Tahun Enam

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Sains .
Tarikh : 8 Mac 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Sains Tahun Enam

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.
Tarikh : 9 Mac 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Bahasa Inggeris Tahun Enam

Program : Bengkel Pemurnian Modul Kecemerlangan UPSR SK 2011 bagi Mata Pelajaran Matematik .
Tarikh : 10 Mac 2011 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Mersing (Lama)
Sasaran : Guru-Guru MP Matematik Tahun Enam

* Dua orang guru daripada Sekolah Gred A & B, manakala seorang daripada Sekolah Kurang Murid.

Sehubungan itu, mohon kerjasama Guru Besar agar dapat membenarkan guru-guru yang terlibat hadir dan turut serta dalam bengkel berkenaan.

SILA BAWA BERSAMA KOMPUTER RIBA, SOALAN-SOALAN RUJUKAN DAN KEMUDAHAN 'BROADBAND'.

Wassalam.

Program MESRA KiPs Mersing 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 5 Mac 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 ptg.
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Semua penghuni KiPs Mersing

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta mengarahkan guru atau staf tuan yang menghuni Kompleks Institusi Pendidikan Seri Mersing hadir ke program tersebut tepat pada masa yang ditetapkan.

Sekian. Wassalam.

Selasa, 1 Mac 2011

Surat kepada Pengarang ; PELAJAR BEBAS GUNA TELEFON BIMBIT

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : JAGA R1 TERPAKSA IKAT PERUT SELEPAS DIBERHENTI KERJA

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Pra Kontrak R1, Gerik, Perak, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh17 Februari 2011Jaga R1 terpaksa ikat perut selepas diberhenti kerja.
Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002 - Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah
Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002 - Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 12 Tahun 2010 -Prosedur Pembayaran Bil Utiliti Sekolah Bantuan Kerajaan Di Semenanjung Tahun 2011

Pekeliling: Surat Pemberitahuan Ralat SPK Bilangan 8 Tahun 2010

Reaksi :  
Surat Pemberitahuan Ralat SPK Bilangan 8 Tahun 2010
Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2010 - Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Kepada Sekolah Berdasarkan Per Kapita Murid
Semakan panggilan Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) bagi calon-calon Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Pertama di IPTA kini dibuka. Sila klik di sini.