* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 18 Mac 2011

Tazkirah : 9 Teknik Jatuh Cinta Dengan Kerja

Reaksi :  
  • Fokus hal positif.
  • Anggap pengalaman sebagai proses pembelajaran.
  • Peluang meningkatkan kemahiran.
  • Tentukan sasaran peribadi.
  • Hilangkan sakit hati.
  • Cari kepelbagaian atau variasi.
  • Tukar jabatan.
  • Mohon maklumbalas.
  • Lakukan segala dengan sempurna dan sentiasa berdoa. #
NUR - April 2011

Tazkirah : 7 Cara bina keyakinan

Reaksi :  
  • Yakin dengan ketentuan qada' dan qadar Ilahi.
  • Bina imej meyakinkan..(penampilan, suara, gaya, budaya, watak dll)
  • Elakkan daripada berkata TIDAK.
  • Tidak segan bertanya.
  • Jalinkan persahabatan dan kemesraan.
  • Elakkan daripada rakan-rakan yang negatif.
  • Maafkan kesilapan diri. #
NUR - April 2011

Media : Guru perlu sokong satu sama lain

Reaksi :  

ISUNYA remeh namun sikap segelintir guru subjek teras yang memandang rendah terhadap guru subjek pilihan sangat dikesali.

Meskipun kedua-duanya berperanan sama penting, sikap suka bertanding atau membeza-bezakan antara satu sama lain mampu mencetuskan konflik dan mewujudkan pertelingkahan.

Apatah lagi jika masing-masing cuba mengangkat diri sendiri seolah-olah yang terbaik hingga menjadikan pelajar mangsa keadaan dan tersepit membuat pertimbangan.

Walaupun masih belum ketara, fenomena ibarat api dalam sekam ini perlu dicantas awal supaya tidak ‘meletup’ hingga mampu menjejaskan kredibiliti warga pendidik sekali gus mencalar integriti perguruan. Baca lagi di sini.....

Khamis, 17 Mac 2011

Surat kepada Pengarang : KEJADIAN DINDING RUNTUH MEMBIMBANGKAN

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Harian Metro dalam akhbar Harian Metro bertarikh 14 Februari 2011 – Kejadian dinding runtuh membimbangkan.
Untuk makluman, tindakan segera telah diambil dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan terhadap kerosakan tersebut bermula akhir Februari 2011. Sebagai langkah-langkah keselamatan, para pelajar tidak dibenarkan bersandar pada dinding kaki lima hujung blok di semua bangunan dan tidak berada di bawah dinding kaki lima tersebut sehingga ianya disahkan selamat untuk digunakan.
Kuarters Pendidikan Sabah, Bukit Padang (KIPS) memang tidak mempunyai perkhidmatan kawalan keselamatan sejak dibuka pada tahun 2004 disebabkan ketiadaan peruntukan untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Jabatan telah memohon peruntukan bagi kawalan keselamatan dan pembersihan kawasan Kuarters tersebut dalam perancangan bajet 2012-2013.
Walau bagaimanapun, Jabatan mencadangkan supaya perkhidmatan kawalan dan pembersihan swasta dilaksanakan menerusi pembiayaan sendiri di kalangan penghuni sebagai tindakan penyelesaian jangka pendek sehingga peruntukan kewangan diperolehi. Jabatan ini juga sentiasa bersedia mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penduduk KIPS untuk mendengar permasalahan mereka, khususnya berkaitan isu keselamatan dan berusaha menyelesaikannya termasuk mendapatkan kerjasama agensi kerajaan yang berkaitan. Baca lagi di sini..
Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1983 jelas menetapkan jenis dan cara pemakaian pakaian seragam murid-murid sekolah dan Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1996 juga telah menggariskan bahawa penampilan diri pelajar seperti keceriaan, kekemasan dan kerapian mencerminkan corak pendidikan yang diterima di sekolah. Namun begitu, selaras dengan transformasi pendidikan teknik dan vokasional, antara perubahan yang telah dilakukan ialah pemakaian pakaian seragam alternatif yang diguna pakai oleh semua pelajar SMT dan SMV seluruh negara. Pelaksanaan pemakaian pakaian seragam alternatif ini mengambil kira kesesuaian penggunaan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di bengkel, di dalam kelas serta ketika menghadiri majlis rasmi.

Surat kepada Pengarang : TEMP TEACHER PAY CAP UNFAIR

Reaksi :  
Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2007 telah menetapkan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) boleh menerima kenaikan elaun atas tangga elaun yang telah ditetapkan dalam pekeliling tersebut mengikut kategori masing-masing pada ulang tahun genap perkhidmatan mereka dan berdasarkan kepada tarikh pergerakan elaun yang ditentukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002. Dari segi pelaksanaannya, GSTT layak menerima dua kali kenaikan elaun tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) serta diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia.

Surat kepada Pengarang : WHY NEW TEACHERS NEED TO WAIT UNTIL 3 MONTHS TO GET PAY

Reaksi :  
Why new teachers wait 3 months to get pay? What are they to live on? Is it so hard to pay then promptly in this age of IT? Teachers need money to live on too! Come on!
Untuk tujuan pembayaran gaji, banyak dokumen sokongan diperlukan sebelum pembayaran dibuat di Pejabat Perakaunan. Kelewatam pembayaran biasanya disebabkan oleh dokumen sokongan yang disediakan atau diberikan oleh pihak-pihak berkaitan tidak lengkap.

Pekeliling : Bantuan Perkapita Murid

Reaksi :  
Pekeliling: Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Kewangan Bil 5 Tahun 2002 - Pemberian Bantuan Per Kapita Untuk Sekolah
Senarai nama murid yang layak memohon Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tingkatan 6 Atas bagi tahun 2011 boleh disemak bermula 20 Mac 2011 sehingga 25 Mac 2011. Alamat aplikasi semakan adalah http://apps.moe.gov.my/biasiswa . Sekiranya pihak sekolah terlupa kata laluan, sila rujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian yang menyelia sekolah masing-masing. Proses permohonan hanya akan dibuka bermula 3 April 2011 mengikut zon yang telah ditetapkan.
Permohonan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) / Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) Tingkatan 6 Atas bagi tahun 2011 akan bermula pada :
a. Zon 1 : Sabah, Sarawak, WP Labuan, Kelantan dan Terengganu - 3 hingga 9 April 2011
b. Zon 2 : Selangor, Johor, Pahang, Melaka, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan SBP - 10 hingga 16 April 2011
c. Zon 3 : Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan - 17 hingga 23 April 2011
Alamat aplikasi permohonan adalah http://apps.moe.gov.my/biasiswa . Sekiranya pihak sekolah terlupa kata laluan, sila rujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian yang menyelia sekolah masing-masing.
Kepada semua guru yang telah menerima tawaran Program Pensiswazahan Guru dan telah mendaftar di institusi yang ditawarkan, sila layari laman sesawang Bahagian Pendidikan Guru untuk mengetahui panduan mengisi Borang Perjanjian Pembiayaan Pendidikan Guru.
Rabu, 16 Mac 2011

Program Bicara KPM Bil. 2/2011 : 1 Murid 1 Sukan

Reaksi :  
Program Bicara KPM Bil. 2/2011 : 1 Murid 1 Sukan
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun Surat Edaran di bawah.
Kaedah Pengiraan Hari Berkursus Yang Digunakan Untuk Perekodan Di Dalam Kad Pelaporan Latihan KPM.

Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Reaksi :  
Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.

Sekian, terima kasih.

Analisis SPM 2010 (Sekolah Menengah Felda)

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan, Unit Pengurusan Akademik Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dengan kerjasama Felda akan mengumpulkan maklumat analisis SPM 2010.

Oleh yang demikian, mohon jasa baik Penyelaras STF sekolah Menengah untuk memuat turun maklumat berkenaan (seperti lampiran) untuk tindakan seterusnya.

Maklumat yang telah lengkap hendaklah diemailkan melalui azam9w2agh@yahoo.com atau azam9w2agh@gmail.com sebelum 23 Mac 2011. (atau sebaik sahaja Keputusan SPM 2010 dikeluarkan) .

Untuk pengetahuan tuan, maklumat berkenaan akan digabungkan diperingkat KPM pada 24 Mac 2011.

Sebarang pertanyaan untuk maklumat lanjut, sila hubungi En.Azamani, PPPD Teknik Vokasional, PPD Mersing.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian terima kasih

Lampiran : BORANG_SPM_STF_2010.xls