* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 23 April 2011

Peringatan : Pembinaan Item Soalan Selaras Sejarah Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Mersing

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

HEBAHAN PADA 13 APRIL 2011 ADALAH BERKAITAN.

Al-Hamdulillah... Mesyuarat JKD MP Sejarah Bil. 1/2011 telah dikelolakan dengan baik oleh En. Chua Chor Sang, Pengetua SMK Sri Mersing pada 8 April 2011 di SMK Sri Mersing.

Keputusan mesyuarat tersebut adalah dirujuk dan berkaitan. Antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalahPembinaan Item Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.

Selepas perbincangan dengan PPMP Sejarah Negeri Johor, berikut adalah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah.

1. Setiap sekolah perlu menyediakan set soalan mengikut tingkatan (Tingkatan 1 hingga 5) - lihat lampiran 1 .
2. Setiap soalan dan skema tersebut perlu mengikut format yang telah disediakan. (lihat lampiran 2).

Soalan dan skema yang telah siap hendaklah dihantar ke pejabat ini (u.p. PPPD Kurikulum) dalam bentuk 'Hardcopy' dan 'Softcopy' selewat-lewatnya pada 25 April 2011.

** Bahan 'Softcopy' hendaklah dihantar melalui Aplikasi Atas Talian Sekolah e-Sejarah. Manakala bahan 'hardcopy' hendaklah dihantar melalui hantaran biasa.

Perhatian dan komitmen tuan amatlah diharapkan.
Wassalam.

Lampiran 3 : e-Sejarah
Khamis, 21 April 2011

Makluman : Perubahan Jadual Pelaksanaan Program Kecemerlangan UPSR 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)
Urusetia - SK Sri Mersing
3. Program Menggilap Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee
4. Program HALUS Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011. (1443 orang)

ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN PELAKSAAN SIRI 1 YANG DIJADUALKAN PADA 23 APRIL INI DITANGGUHKAN KEPADA 7 MEI 2011 (SABTU)

NAMUM PROGRAM TERSEBUT BOLEH DITERUSKAN DI SJK MENGIKUT TARIKH ASAL...

DVD MODUL KECEMERLANGAN UPSR AKAN DIBEKALKAN SEMASA TAKLIMAT KHAS KEPADA GURU BESAR PADA 28 APRIL 2011 DI PPD MERSING JAM 2.30 PETANG

Tarikh Pelaksanaan :

Tarikh

Perkara

28/2/2011

Taklimat Penyelarasan Modul 2011

7-10/3/2011

Bengkel Pemurnian Modul 2011

9/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK

12/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata dan HALUS Permata SJK

16/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK

7/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 1

21/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 2

18/6/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 3

9/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 4

23/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 5

Pelantikan Pengarah Pelajaran Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa En. Mohd. Nor bin A.Ghani (bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor) telah dilantik secara rasminya sebagai PENGARAH PELAJARAN JOHOR berkuaskuasa 20 April 2011.

Semoga dengan pelantikan tersebut akan memberi impak yang besar kepada watak dan halatuju kepimpinan pendidikan negeri Johor.

Wassalam.

BAHAN TAKLIMAT AUDIT DALAM MS ISO 9001:2008 TAHUN 2011 DI JPN JOHOR

Reaksi :  
1. Bahan taklimat
Rabu, 20 April 2011

Mesyuarat JKD PJPK SM Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan : Semua Pengetua SM KPM

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PJPK Sekolah Menengah akan mengadakan mesyuarat dan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 April 2011 (Selasa)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia PJPK Sekolah
Pengerusi : Pengetua SM Sains Sultan Iskandar

Agenda :

1. Ucapan aluan Pengerusi.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
3. Perkara berbangkit.
4. Post Mortem Aktiviti JKD 2010.
5. Perancangan Aktiviti JKD 2011.
6. Hal-hal lain.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membenarkan seorang Pengerusi Panitia PJPK Sekolah hadir dan turut serta dalam mesyuarat dan program berkenaan.

Wassalam.
Tindakan : Semua Pengetua SM KPM dan MRSM.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD PSV Sekolah Menengah akan mengadakan mesyuarat dan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 - 27 April 2011 (Selasa-Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Studio Seni SMK Sri Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia PSV Sekolah, Guru MP PSV dan dua orang calon SPM 2011.
Pengerusi : Pengetua SMK Anjung Batu.

Bahan yang perlu dibawa :

1. Laporan Audit Akademik PSV Sekolah (SPM 2010)
2. Bahan-bahan untuk menghasilkan Kerja Kursus PSV SPM 2011.
3. Bahan-bahan rujukan untuk Kerja Kursus PSV SPM 2011.
4. Dua set Soalan Objektif Kertas 1 PSV SPM.

Sehubungan itu, pihak sekolah diminta membenarkan seorang Pengerusi Panitia PSV Sekolah, seorang guru MP PSV dan dua orang pelajar calon PSV SPM 2011 hadir dan turut serta dalam mesyuarat dan program berkenaan.

Wassalam.
Selasa, 19 April 2011

PENCALONAN NAMA GURU BAGI MENGHADIRI TAKLIMAT PERMOHONAN GURU CEMERLANG TAHUN 2011

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tuan,

Mohon kerjasama tuan untuk menghantar senarai nama calon yang akan menghadiri taklimat di atas. Setiap sekolah dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya:-

Sekolah Menengah : 8 orang calon
Sekolah Rendah : 5 orang calon
Sekolah Kurang Murid(SKM) : 1 orang calon

Syarat/kriteria pemilihan calon adalah seperti berikut:-

i) Mengajar Subjek Opsyen sekurang-kurangnya 5 tahun
ii) Markah Prestasi 85% ke atas bagi 3 tahun ke belakang
iii) Telah dilantik dan disahkan dalam perkhidmatan

Untuk makluman tuan, surat bercetak berkenaan perkara ini telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing pada 19 April 2011.
Walaubagaimana pun, terdapat sedikit ralat di mana format Lampiran 1 yang telah diedarkan tidak mengandungi kolum "Markah Prestasi". Sehubungan itu, sila gunakan format Lampiran 1 yang disertakan di dalam hebahan ini.

Mohon tindakan SEGERA dari pihak tuan untuk melengkapkan dan menghantar Lampiran 1 ke PPD Mersing (U.P: PPPD Pengurusan Kualiti-En. Mohd Fakarudin Bin Hussain) pada atau sebelum 22 April 2011.

Sekian, terima kasih.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing
Assalamualaikum wbrtkh.

Tuan-tuan boleh memuaturun maklumat tersebut dari link di bawah untuk makluman dan tindakan.

Sekian hebahan. Terima kasih.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing.

CARA BERPAKAIAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI JOHOR PADA HARI JUMAAT

Reaksi :  
BERSAMA-SAMA INI DIPAPARKAN SURAT DARI PEJABAT DAERAH MERSING PDMG.11/2 Jld.3 (4) BTH 23 MAC 2011 UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN TUAN.

SEKIAN, SEGALA KERJASAMA YANG DIBERIKAN DIUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

MUZIUM DIRAJA ABU BAKAR, JOHOR BAHRU

Reaksi :  
BERSAMA-SAMA INI DIPAPARKAN SURAT DARI PEJABAT DAERAH MERSING PDMG.11/2 Jld.3 (3) BTH 23 MAC 2011 UNTUK MAKLUMAN TUAN.

SEKIAN, SEGALA KERJASAMA YANG DIBERIKAN DIUCAPKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

PERKELILING AM KERAJAAN JOHOR BIL.1 TAHUN 2011 GELARAN DIRAJA JOHOR

Reaksi :  
BERSAMA-SAMA INI DIPAPARKAN SURAT DARI PEJABAT DAERAH MERSING PDMG.11/2 Jld.3 (2) BTH 23 MAC 2011 UNTUK MAKLUMAN DAN TINDAKAN TUAN.

SEKIAN, KERJASAMA YANG DIBERIKAN DIUCAPAKAN BERBANYAK-BANYAK TERIMA KASIH.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing
Isnin, 18 April 2011

Audit Akademik SPM 2010

Reaksi :  
Assalamu a'lakum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 April 2011 (Khamis)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
Sasaran : Pengetua, GPK 1, GKMP Bahasa, Sains Kemasyarakatan dan Sains Matematik

Pengerusi : Hj. Mohamed Azhar bin Ismail
Pegawai Pelajaran Daerah Mersing

Agenda :

1. Ucapan aluan Pengerusi.
2. Pembentangan Prestasi Peperiksaan SPM 2010.
3. Pembentangan Prestasi Mata Pelajaran Teras dan sesi perkongsian ilmu.
4. Pembentangan ETR Sekolah dan Setiap Mata Pelajaran SPM 2011.
5. Hal-Hal lain.

SILA BAWA DATA HEADCOUNT TINGKATAN 5 (TOV, ETR Bilangan dan % Lulus, Cemerlang serta GPMP)

Wassalam.

Anugerah Kecemerlangan STPM dan SPM 2010

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan izin dan iradah Allah SWT Anugerah Kecemerlangan STPM dan SPM 2010 telah disampaikan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan PPD Mersing pada 6 April 2011 yang lepas.

Kami mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang telah menerima anugerah-anugerah berkenaan.

Berikut disertakan butiran penuh anugerah tersebut untuk makluman pengunjung yang budiman.

Anugerah Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Pembentangan dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil.1/2011 pada 6 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah tersebut pada tahun ini bagi memberi penghargaan kepada guru-guru yang berpotensi tinggi dalam memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Sehubungan itu, pihak sekolah perlu membuat penilaian berkenaan dan mencadangkan sekurang-sekurangnya seorang guru untuk penilaian peringkat daerah dan negeri Johor.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Penilaian berkenaan perlu dihantar ke PPD Mersing pada atau sebelum 20 Mei 2011 (u.p. PPPD Kurikulum)

Sekian. Wassalam.

Lampiran 2 : 02_JK_Pelaksana.pdf
Lampiran 4 : 04_Carta_Alir.pdf
Ahad, 17 April 2011

Peringatan : Bengkel Peningkatan Prestasi Geografi SPM Negeri Johor

Reaksi :  
Tindakan : Pengetua Sekolah berkenaan .

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan surat kami sebelum ini adalah berkaitan.

Sukacitanya diingatkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 April 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : SMK Datuk Menteri, Batu Pahat.

SILA BAWA BERSAMA DOKUMEN YANG BERKAITAN PROGRAM PENINGKATAN GEOGRAFI TAHUN 2011.

Guru-Guru yang terlibat :

1. HANIZAIDA BINTI MAT YASSIM (SMK TENGGAROH A)
2. HABSAH BTE. DARLAN (SMK MERSING)
3. ROSMANI BINTI WAHAB @ ABDULLAH (SMK ANJUNG BATU)
4. FAZLINDA BINTI OTHMAN (SMK SRI MERSING)
5. MOHD. RIZUAN BIN RAMLI (SMK UNGKU HUSIN)

Sehubungan itu, hebahan dan makluman kami sebelum ini adalah terbatal.

Kerjasama tuan amat dihargai dan satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing.
Wassalam.

Mesyuarat JKD Perdagangan Bil.1/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD MP Perdagangan Sekolah Menengah akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti berikut :

Tarikh : 20 April 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Lama
Sasaran : Pengerusi Panitia Perdagangan Sekolah
Pengerusi : Pengetua SMK Ungku Husin

Agenda :

a. Ucapan Aluan Pengerusi.
b. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
c. Perkara berbangkit.
d. Pembentangan Analisis dan Audit Akademik SPM dan STPM 2010.
e. Pembentangan Sekolah (laporan Audit Akademik dan Headcount Sekolah : TOV hingga ETR)
f. Program Kecemerlangan 2011.
g. Hal-hal lain.

PERHATIAN : BAHAN PEMBENTANGAN HENDAKLAH DICETAK SEBANYAK 10 SALINAN.

Wassalam.

Mesyuarat JKD Pend. Sivik Kewarganegaraan SM Bil.1/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD MP Pendidikan Sivik Kewarganegaraan Sekolah Menengah akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti berikut :

Tarikh : 20 April 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia PSK Sekolah
Pengerusi : Pengetua SMK Ungku Husin

Agenda :

a. Ucapan Aluan Pengerusi.
b. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
c. Perkara berbangkit.
d. Program Kecemerlangan 2011.
e. Program Khidmat Masyarakat 2011.
f. Hal-hal lain.

PERHATIAN : SILA BAWA DOKUMEN PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT 2011.

Wassalam.

Mesyuarat JKD Geografi Bil.1/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing dengan kerjasama JKD MP Geografi akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti berikut :

Tarikh : 20 April 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : PKG Bandar Mersing
Sasaran : Pengerusi dan Setiausaha Panitia Geografi Sekolah
Pengerusi : Pengetua SMK Ungku Husin

Agenda :

a. Ucapan Aluan Pengerusi.
b. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas.
c. Perkara berbangkit.
d. Pembentangan Analisis dan Audit Akademik PMR, SPM dan STPM 2010.
e. Pembentangan Sekolah (Laporan Audit Akademik Sekolah dan Headcount TOV hingga ETR Ting. 3, 5 dan Pra U 6 Atas)
f. Program Kecemerlangan Geografi 2011.
g. Hal-hal lain.

PERHATIAN : BAHAN PEMBENTANGAN SEKOLAH HENDAKLAAH DICETAK SEBANYAK 10 SALINAN.

Wassalam.

Penghargaan : Taklimat Penggunaan Modul ' Shooting Star '

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurnia nikmat yang tidak terkira.
Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat menjayakan siri-siri bengkel dan taklimat penggunaan modul-modul Program 'Shooting Star' seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata (SK)
2. Program HALUS Permata (SK)
3. Program Menggilap Permata (SJK)
4. Program HALUS Permata (SJK)

Penghargaan setingginya kepada Penyelaras Program, ucapan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Panel Pembina Modul yang sentiasa dan berterusan memastikan modul yang dihasilkan tersebut mencapai piawaian yang ditetapkan.

Terima kasih juga kepada rakan-rakan guru yang turut serta memberi idea penambahbaikan kepada program ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan siri Taklimat Penggunaan Modul-Modul tersebut pada :

Tarikh

Perkara

28/2/2011

Taklimat Penyelarasan Modul 2011

7-10/3/2011

Bengkel Pemurnian Modul 2011

9/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK

12/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata dan HALUS Permata SJK

16/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK