* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 21 Mei 2011

Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara

Reaksi :  
Larian Serentak 1M 1S 1Malaysia Seluruh Negara - Panduan Pelaksanaan

Peringatan : Pelaksanaan Program Menggilap Permata dan HALUS Permata

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan kami sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)
Urusetia - SK Sri Mersing
3. Program Menggilap Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee
4. Program HALUS Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011. (1443 orang)

ADALAH DIINGATKAN AGAR PIHAK SEKOLAH DAPAT MELAKSANAKAN PROGRAM BERKENAAN MENGIKUT JADUAL ATAU BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN SEKOLAH.
APA YANG PENTING IALAH OBJEKTIF PROGRAM TERSEBUT PERLU DIBERI PERHATIAN DAN BERUSAHA UNTUK MEREALISASIKANNYA SELARI DENGAN HASRAT YANG TERPAHAT DALAM SLOGAN MERSING HEBAT.

PEMANTAUAN PERLU DILAKSANAKAN OLEH GURU BESAR DAN GURU PENOLONG KANAN 1.

Tarikh Pelaksanaan :

Tarikh

Perkara

28/2/2011

Taklimat Penyelarasan Modul 2011

7-10/3/2011

Bengkel Pemurnian Modul 2011

9/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK

12/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata dan HALUS Permata SJK

16/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK

7/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 1

21/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 2

18/6/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 3

9/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 4

23/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 5

Jumaat, 20 Mei 2011

25 Mei 2011 : Program Kunjung Permata PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diteruskan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Mei 2011 (Rabu)
Masa :

8.30 pagi : SK Lembaga
10.00 pagi : SJKC Kg.Hubong
11.00 pagi : SK Pusat Air Tawar
12.30 pagi : SK Teluk Lipat

Pegawai yang terlibat :

1. Hj. Mohamed Azhar Ismail, PPD Mersing.
2. En. Rashidi Muhammad Safuan, PPPD B&K
3. En. Mohd.Halil Hj.Ali, Penyelia ICT dan Maklumat
4. En. Azman Yusof, PPPD ICT dan Maklumat
5. En.
Norain Md. Salleh, Penyelia HEM

Sekian. Wassalam.
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan pada 19 Mei 2011 adalah dirujuk.

Minit Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2011 pada 6 April 2011 , hebahan kami sebelum ini, surat JPNJ yang diedarkan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam Taklimat Program Pengarah Turun Padang pada 26 April 2011 adalah juga dirujuk.

Hebahan kami pada 28 April 2011 dan 18 April 2011 melalui Info Blast dan Blog Mersing Hebat serta Portal Rasmi PPD Mersing juga adalah berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum JAM 11.30 PAGI, HARI INI 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :
01_Slaid_ANUGERAH_INOVASI_P_P.pdf
05_Instrumen_penilaian_Inovasi_PnP.xls

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SEHINGGA SAAT INI 20 MEI 2011 (JUMAAT) JAM 7.30 PAGI..... HANYA DUA PENYERTAAN SAHAJA DITERIMA .. IAITU :

1. Tajuk : Pengait Ais Krim 1 Malaysia oleh Pn. Salmah binti Mohd. Salleh dan Pn. Yani binti Juli (SMK Mersing)

2. Tajuk : Modul At-Taisir : Senangnya Mengaji (Buku 1 dan Buku 2) oleh En. Mohd. Rizal Abdul Ghani (SK Teriang)

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak sekolah agar dapat bertindak secara drastik dan kreatif bagi memastikan anugerah ini disertai oleh seberapa ramai guru.

Wassalam.
Khamis, 19 Mei 2011

P&P Berkesan

Reaksi :  

P&P Tidak Berkesan

Reaksi :  

Lagi Peringatan : Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Negeri Johor 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Minit Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Bil.2/2011 pada 6 April 2011 , hebahan kami sebelum ini, surat JPNJ yang diedarkan kepada Pengetua dan Guru Besar dalam Taklimat Program Pengarah Turun Padang pada 26 April 2011 adalah dirujuk.

Hebahan kami pada 28 April 2011 dan 18 April 2011 juga berkaitan.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan menganjurkan anugerah berkenaan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak Jabatan Pelajaran Johor kepada guru-guru yang telah melahirkan inovasi dalam Pembelajaran dan Pengajaran.

Adalah diingatkan bahawa anugerah ini bukan satu pertandingan.

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum ESOK 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Lampiran :
01_Slaid_ANUGERAH_INOVASI_P_P.pdf
05_Instrumen_penilaian_Inovasi_PnP.xls

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SEHINGGA SAAT INI 19 MEI 2011 (KHAMIS) JAM 3.15 PETANG..... HANYA SATU PENYERTAAN SAHAJA DITERIMA .. IAITU :

Tajuk : Pengait Ais Krim 1 Malaysia oleh Pn. Salmah binti Mohd. Salleh dan Pn. Yani binti Juli (SMK Mersing)

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak sekolah agar dapat bertindak secara drastik dan kreatif bagi memastikan anugerah ini disertai oleh seberapa ramai guru.

Wassalam.

PELAPORAN PELAKSANAAN SEGAK 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan dan arahan sebelum ini adalah berkaitan.

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak sekolah yang belum mengambil
tindakan tersebut, AGAR DAPAT MENGHANTAR PELAPORAN BERKENAAN
DENGAN SEBERAPA SEGERA.


Arahan SEGAK :

a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
b. 5 Set Ujian SEGAK
i. Pengiraan Indeks Jisim Badan
ii. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
iii. Ujian Tekan Tubi
vi. Ujian Ringkuk Tubi Separa
v. Ujian Jangkauan Melunjur
c. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun:
i. Ujian SEGAK Bil. 1/2011 ( 1 - 29 Mac 2011 )
ii. Ujian SEGAK Bil. 2/2011 ( 5 - 30 Sept. 2011)

Pelaksanaan SEGAK 2011

Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011

Lagi Peringatan : Pelaksanaan SEGAK 2011


Lampiran 1 : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Lampiran 2 : Aplikasi SEGAK 030311
Lampiran 3 : Manual_SEGAK
Lampiran 4 : Prosedur_Segak
Lampiran 5 : SMMv4.rar


KERJASAMA TUAN/PUAN ADALAH SATU PENGHORMATAN KEPADA KECEMERLANGAN DAERAH MERSING.
MERSING HEBAT

Aplikasi Atas Talian : e-SEGAK
1.Institut Alam Sekitar dan Pembangunan ( LESTARI ) Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia akan menjalankan soal selidik bertajuk “Kesedaran Alam Sekitar Dalam Aktiviti Kokurikulum Sekolah-sekolah Daerah Mersing”.

2. Dipohon kerjasama pihak tuan agar dapat membenarkan Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan 20 orang pelajar ( Kategori : Sederhana dan Cemerlang ) sekolah tuan untuk terlibat dan pihak sekolah boleh menetapkan tarikh dan tempoh masa ( anggaran : 15 – 30 minit ) untuk pelajar-pelajar menjawab soal selidik tersebut.

3. Sekolah-sekolah yang terpilih akan dibekalkan dengan :

- 20 set borang soal selidik – untuk dilengkapkan oleh pelajar

Pelajar-pelajar yang terpilih juga akan menerima 1 buah buku nota ( akan diberikan kemudian ) .
Cenderamata adalah sumbangan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan ( LESTARI ) Universiti Kebangsaan Malaysia

4.Borang soal selidik yang telah dilengkapkan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Mersing selewat-lewatnya pada 26 Mei 2011 (Khamis). Sebarang pertanyaan , sila berhubung dengan En. Sabri bin Sulaiman , Penyelia Kokurikulum, Unit Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Mersing di talian 07-7982739 / 019 – 7278270.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Terima kasih.


Senarai Sekolah :

Sekolah Menengah :

1. SMK (FELDA) TENGGAROH A
2. SMK MERSING
3. SMK NITAR
4. SMK TAN SRI ABDUL KADIR
5. SMK ANJUNG BATU
6. SMK SRI MERSING
7. SMK PAI CHEE
8. SMK UNGKU HUSIN
9. SM SAINS SULTAN ISKANDAR

Sekolah Rendah :

10. SK BANDAR MERSING
11. SK SRI MERSING
12. SK SERI PANTAI
13. SK SAWAH DATO’
14. SK TENGLU
15. SK KEM ISKANDAR
16. SK MERSING KANAN
17. SK AIR PAPAN
18. SK BANDAR ENDAU
19. SK TERIANG
20. SK LEMBAGA ENDAU
21. SK TANJUNG RESANG
22. SK PUSAT AIR TAWAR
23. SK TELOK LIPAT
24. SK PENYABONG
25. SK LKTP NITAR 1
26. SK LKTP NITAR 2
27. SK (FELDA) TENGGAROH 1
28. SK (FELDA) TENGGAROH 2
29. SK (FELDA) TENGGAROH 3
30. SK (FELDA) TENGGAROH 4
31. SK (FELDA) TENGGAROH 5
32. SK (FELDA) TENGGAROH 6
33. SK (FELDA) TENGGAROH 7
SEGERA...SEGERA...SEGERA

Assalamu a'lakum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat kami JPA4006.UPP/600-6/10/2(3) dan JPA4006.UPP/600-6/10/2/1JLD3(34) bertarikh 12 Mei 2011 serta hebahan kami pada 14 Mei 2011 .. juga makluman kami dalam Mesyuarat Audit Saringan LINUS 2011 adalah dirujuk.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa kami diarahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat kutipan data tersebut dengan seberapa segera untuk tindakan pihak KPM seterusnya.

Sehubungan itu mohon sekali lagi diingatkan .. mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat menghantar Sistem Analisis Peperiksaan Dalaman (SAPD) - text file SAPR16(020810) bagi Sekolah Rendah, SAP123 (280810) dan SAP45(300910) bagi sekolah Menengah kepada pejabat ini (u.p. En.Mat Yasin bin Daud, PPPD PBS, Penyelaras Peperiksaan Dalaman) atau dalam bentuk disket atau email ke alamat mai.mohd@moe.gov.my atau yasin.daud@moe.gov.my pada atau sebelum HARI INI (18 MEI 2011)

Kelas-kelas yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Sekolah Rendah :
- Tahun 2
- Tahun 3
- Tahun 4
- Tahun 5

2. Sekolah Menengah :
- Ting. 1
- Ting. 2
- Ting. 4

Kerjasama tuan amat diharapkan.
Wassalam.
Selasa, 17 Mei 2011

18 Mei 2011 : Program Kunjung Permata PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diteruskan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Mei 2011 (Rabu)
Masa :
9.00 pagi - SK Bandar Endau
10.30 pagi - SJKC Chiao Ching
11.30 ptg. - SMKUH

Pegawai yang terlibat :

1. Hj. Mohamed Azhar Ismail, PPD Mersing.
2. Cik Ainul Hayati Abd.. Raof, PPPD SM
3. En. Azamani Ghazali, PPPD TV
4. En. Nor Azmi Mohd. Nor, PPPD Ko Akademik

Isnin, 16 Mei 2011

PENGHANTARAN DATA PELAPORAN ADAPP BIL 1/2011 (TERKINI) 16 MEI 2011

Reaksi :  
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua Guru daerah Mersing.

Dengan segala hormatnya Hebahan bertarikh 11 Mei dan 13 Mei adalah dirujuk dan berkaitan. Dimaklumkan buat kali ketiga melalui ruangan ini bahawa tarikh akhir penghantaran data pelaporan ADaPP ialah pada atau sebelum 9 Mei 2011 dan tarikh tersebut telah berlalu.

Namun begitu sehingga kini pihak kami masih belum menerima data tersebut dari TIGA buah sekolah iaitu SMK Ungku Husin, SM Sains Sultan Iskandar dan SK Pulau Aur.

Mohon kerjasama tuan Pengetua, Wakil Pengetua dan Guru Besar atau GPK Pentadbiran sekolah-sekolah tersebut agar mengarahkan Guru Data tuan menghantar serta menyemak data yang dihantar.

Pihak kami telah cuba menghubungi Guru Data yang terlibat berikutan kegagalan penerimaan data tersebut tetapi tidak mendapat jawapan.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai agar data yang digabung untuk dihantar ke Jabatan Pelajaran Johor adalah data yang lengkap.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada PGB, GPK Pentadbiran dan Guru-guru data yang telah bersusah payah memastikan data sekolah tuan/puan yang dihantar adalah data yang lengkap di samping telah menghubungi pihak kami untuk memastikan hal tersebut.

Sekian, Terima kasih.

Mesyuarat JKD MP Pend.Moral SR Bil.1/2011

Reaksi :  
Tindakan :

Guru Besar
SK Kem Iskandar
SK Peta
SK Tanah Abang
SK Labong
SK Sri Mersing
SJKC Pai Chee
SJKC Chiao Ching
SJKC Jemaluang
SJKC Kg. Hubong
SJK Tamil

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 18 Mei 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SJKC Jemaluang
Sasaran : Pengerusi Panitia Pend. Moral Sekolah
Pengerusi : Guru Besar SJKC Jemaluang

Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi.
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Perlantikan AJK Panitia Pend.Moral Daerah Mersing 2011.
5. Hal-hal lain.

Sehubungan dengan itu, mohon pihak Guru Besar dapat mengarahkan Pengerusi Panitia Pendidikan Moral sekolah hadir ke mesyuarat tersebut. (Sila bawa bersama Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral Sekolah Bil.1/2011 dan Perancangan Program atau Aktiviti 2011)

Sekian. Wassalam.
Ahad, 15 Mei 2011

Salam Hari Guru 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan penuh rasa kesyukuran dan ketaatan kepada Allah SWT, Si Kerdil dengan penuh rasa rendah diri melahirkan rasa kehambaan yang tidak terkira ke hadrat Ilahi atas nikmat kurniaanNya.

Si Kerdil merakamkan ucapan tahniah kepada warga guru yang telah banyak menabur bakti memberi pendidikan sewajarnya kepada anak-anak permata Mersing dan dimana sahaja amanah sebagai pendidik itu dicurahkan.

Si Kerdil juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Agama Daerah Mersing kerana telah berjaya menganjurkan Program Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing pada 12 Mei 2011 (Khamis) jam 7.00 - 9.30 malam di Masjid Jamek Endau.

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan guru yang berkesempatan dan merasa bertanggungjawab untuk sama-sama mengimarahkan serta hadir ke majlis tersebut.
Bagi rakan-rakan yang belum ada kesempatan tersebut, carilah ia, berusahalah untuk itu, kerana ia amat bernilai bagi seorang guru. Kerana kalau bukan kita... siapa lagi?

Amat malang juga, sekiranya ada rakan-rakan guru yang tidak pernah hadir ke majlis-majlis seperti itu tetapi sebaliknya berlumba-lumba hadir ke majlis-majlis lain.

Suka diingatkan juga bahawa sambutan Hari Guru pada tahun ini akan dibuat seperti butiran di bawah :

1. 16 Mei 2011 - sambutan peringkat sekolah.
2. 16 Mei 2011 - sambutan peringkat kebangsaan (Sarawak)
3. 19 Mei 2011 - sambutan peringkat negeri Johor (Kulaijaya)
4. 26 Mei 2011 - sambutan peringkat daerah Mersing (SMKUH)

Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata :

" janganlah kamu menjadi ulama (cerdik pandai atau guru) yang sombong. Maka tidaklah cukup ilmu itu dengan kebodohanmu".

" ahli ilmu yang sebenar sentiasa berasa dirinya berada dalam kekurangan dan akan berusaha menambahkan ilmunya secara berterusan " - Dr. Tajul Arifin Abim.

Antara panggilan-panggilan kepada guru adalah seperti berikut :

1. al-Mu'allim : menyampaikan ilmu yang sebenar.
2. al-Murabbi : menjayakan proses tarbiah (pendidikan)
3. al-Mu'addib : mengajar adab budi dan sahsiah.
4. al-Mudarris : mengajar pelajaran dan kemahiran.
5. al-Mursyid : membentuk kepimpinan Islam.

' Walaupun satu kalimah yang diajarnya, dia adalah gurumu' - Peribahasa Arab.

SALAM HARI GURU... MOGA SEMANGAT DAN KOMITMEN SERTA RASA KEBERTANGGUJAWABAN KITA SENTIASA MEKAR HINGGA KE LIANG LAHAD....

TERIMA KASIH CIKGU.

Wassalam.