* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 1 Julai 2011

Tazkirah : Tidur dan Cara Guna Bantal

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia nikmat yang tidak terkira. Mudah-mudahan Allah SWT menggolongkan kita bersama dengan orang-orang yang apabila mendengar sesuatu QAUL (kata-kata) atau nasihat, lalu mereka mengikut (akur) akan kebaikannya.

Kali ini, Si Kerdil ingin berkongsi satu kajian yang telah dibuat oleh seorang rakan kita tentang BANTAL.

Si Kerdil merakamkan tahniah kepada En. Mohamad Shuhmy Shuib kerana bermurah hati berkongsi hasil kajian beliau dengan kita semua.

Berikut adalah hasil kajian beliau tentang bantal -

Memeluk Bantal:

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadang kala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat perihatin terhadap kesusilaan.

Menggunakan Banyak Bantal:

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

Tidur Dengan Satu Bantal:

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki:

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

Tidur Tanpa Bantal:

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadang kala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Tidak Punya Bantal:

Kasihan betul...
pergi kedai belilah satu ..pasar malam ke..beli yang murah-murah, kira ok da!!
Heheh......

Wassalam.
Khamis, 30 Jun 2011

Murid tidak boleh membaca

Reaksi :  
    • Dima Mazlina Abu Bakar hmm....saya rasa sebab terlalu banyak kaedah yang diperkenalkan....masa zaman saya sekolah dulu, cikgu mengajar mengikut kaedah yang sama sahaja....
      31 minutes ago · · 3 people
    • Fakhrul Farihin kita kna lihat dari pelbagai aspek, terutamanya pemakanan kanak2 dulu dgn kanak2 skrg..faktor pemakanan jgk mempengaruhi minda kanak2...kalau nk ikut kaedah pngajaran, skrg lebih canggih dari dlu, tp kenapa kanak2 masih blum menguasai kemahiran mmbaca walaupn sudh berada ditahun 6.selain tu jgk, perkara2 negatif bnyk disekeliling kanak2 skrg..urmm..fikir2kanlah..renung2 sejenak,tepuk dada, tanyalah Iman dalam hati..
      25 minutes ago · · 3 people
    • Encik Ahmad sekarang kalo lepas rehat je makin aktif menjerit2 murid2 nih, kesan makanan bergula kot...
      22 minutes ago ·
    • Normala Binti Talib Mala Dulu...mak, ayah dan cikgu garang...tapi baik hati...ade sbb mrk garang... keikhlasan mereka...mak tak keje...tak tau baca tapi pendidikan anak2 adalah yg paling utama... skrg kebykkan parents letakkan 100% tanggungjwb pada guru untuk semua perkara..
      22 minutes ago · · 1 person
    • Dima Mazlina Abu Bakar Saya mengajar menengah atas...tingkatan 5....budak tak boleh baca....ada yang boleh baca tapi tak faham apa yang dibaca...
      20 minutes ago ·
    • Normala Binti Talib Mala Dima: Nape boleh jadi camtu ye...???
      19 minutes ago ·
    • Adibah Jelani kalau ingat zaman sekolah rendah dulu... cikgu lebih tumpuan pada mengajar tp kini cgu bayak borang, kertas laporan, dsb nk kena siapkan.. Kssr pun buat cgu x tentu arah mana nak siapkan dulu... nk buat lembaran kerja pun kena buat mcm jpu untuk tentu ARAS...fail pun bertimbun2... kalah kerani nak jaga fail
      17 minutes ago · · 4 people
    • LIa Faizalya sebab dulu cikgu2 belasah budak mak bapak tak amik port pon..kalu ngadu kiter balik dibelasah ngan mak bapak...bdk2 skrg da lain.kerana pukulan cikgu tu la kita cepat belajar membaca....
      13 minutes ago · · 1 person
    • Dima Mazlina Abu Bakar NBTM: saya ada juga buat kajian. kebanyakkan mereka murid Cina yang tidak bertutur dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Suku kata pun tak boleh nak bahagikan. Pelajar Melayu juga macam tu....mereka tidak ambil peduli mungkin....sebagai guru, kita dah buat yang terbaik....kan?
      12 minutes ago ·
    • Normala Binti Talib Mala Kalau murid Cina tak heran la Dima... nak wat cam mane.. dahsilibus diorg pun dgn SK dalah berbeza.. masa blaja kurang...bile nak disamakan silibus ngan SK..persatuan diorg marah..abis tu cam no?
      10 minutes ago ·
    • Dima Mazlina Abu Bakar Kalau di SK memang berbeza, tetapi mereka sudah masuk peralihan dan silibus di SM semuanya sama. Bagaimana pula dengan pelajar Cina yang bahasanya lebih baik dari pelajar Melayu....pelajar melayu ni kadang-kala maaf cakap, agak berlagak. BM itu bahasa ibunda mereka...sebab itu mereka ambil sikap tidak peduli.
      8 minutes ago ·
    • Salmiah Marzuki dulu bdk2 dok umah tkde keje lain...baca...baca....zaman skrg da ada game psp...komp game...handset game...bdk zmn byk sgt mkn fast food...bugger...maggi...nugget...blablabla
      6 minutes ago ·
Rabu, 29 Jun 2011

Potensi Murid

Reaksi :  

Sek Keb Kpg Bharu (Sesi 2 Bahagian 3) from roshidi abu bakar on Vimeo.

Tindakan : Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Pembentangan dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil.1/2011 pada 6 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menganjurkan anugerah tersebut pada tahun ini bagi memberi penghargaan kepada guru-guru yang berpotensi tinggi dalam memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Sehubungan itu, pihak sekolah perlu membuat penilaian berkenaan dan mencadangkan sekurang-sekurangnya seorang guru untuk penilaian peringkat daerah dan negeri Johor.

Adalah dimaklumkan bahwa tarikh akhir penyertaan telahDILANJUTKAN hingga 30 Jun 2011.

Sasaran Sebenar :

Guru Cemerlang (WAJIB) - 21 orang
Setiap sekolah sekurang-kurang satu penyertaan (tidak termasuk Guru Cemerlang) - 45 orang

JUMLAH KESELURUHAN SEPATUTNYA = 66 orang.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 2 : 02_JK_Pelaksana.pdf
Lampiran 4 : 04_Carta_Alir.pdf
Tindakan : Pengetua dan Guru Besar.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Pembentangan dalam Mesyuarat Profesional PPD, Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Bil.1/2011 pada 6 April 2011 adalah dirujuk dan berkaitan.

Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah menganjurkan anugerah tersebut pada tahun ini bagi memberi penghargaan kepada guru-guru yang berpotensi tinggi dalam memantapkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Sehubungan itu, pihak sekolah perlu membuat penilaian berkenaan dan mencadangkan sekurang-sekurangnya seorang guru untuk penilaian peringkat daerah dan negeri Johor.

Adalah dimaklumkan bahwa tarikh akhir penyertaan telahDILANJUTKAN hingga 30 Jun 2011.

Sasaran Sebenar :

Guru Cemerlang (WAJIB) - 21 orang
Setiap sekolah sekurang-kurang satu penyertaan (tidak termasuk Guru Cemerlang) - 45 orang

JUMLAH KESELURUHAN SEPATUTNYA = 66 orang.

Sekian. Wassalam.

Lampiran 2 : 02_JK_Pelaksana.pdf
Lampiran 4 : 04_Carta_Alir.pdf
Seminar Skor A PMR dan SPM tahun 2011 akan di adakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 9 hb Julai 2011 (SKOR A PMR SAHAJA)
Hari : Sabtu
Pakej Matapelajaran : Matematik, Sains dan Sejarah
Bayaran : RM 60.00
Tempat : Dewan Kuliah Utama ILP Jalan Jemaluang, Mersing

Tarikh : 10 hb Julai 2011 (SKOR A SPM SAHAJA)
Hari : Ahad
Pakej Matapelajaran : Matematik, Sejarah dan Bahasa Melayu
Bayaran : RM 60.00
Tempat : Dewan Kuliah Utama ILP, Jalan Jemaluang Mersing

Semua bayaran adalah termasuk bahan edaran, sijil dan folder serta makan, minum.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Rashidi bin Muhammad Safuan, PPPD Bimbingan dan Kaunseling.
Wassalam.
Assalamualaikum wbrtkh.

Sukacita dimaklumkan, UiTM Cawangan Johor akan menganjurkan Pertandingan Ivention, Innovation And design 2011 ( IID Johor 2011) pada 17 � 18 Ogos 2011 di Dewan Sri Temenggong, UiTM cawangan Johor.

2. Sila muaturun maklumat lanjut serta Borang-borang dan syarat-syarat pertandingan dari linkdi bawah.

Sekian hebahan. Terima kasih