* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 5 Ogos 2011

Media : Set soalan peperiksaan percubaan dalam sisipan ADaP Utusan Malaysia

Reaksi :  


Set soalan percubaan ini boleh didapati secara percuma dalam sisipan pendidikan e-Lab untuk subjek Bahasa Inggeris yang terbit pada setiap Selasa.

Manakala set soalan percubaan untuk mata pelajaran lain akan diterbitkan dalam sisipan ADaP pada Rabu untuk UPSR dan Khamis untuk sekolah menengah (PMR dan SPM).

Terdapat dua set soalan untuk setiap subjek bagi setiap tahap peperiksaan.
Maklumat lengkap tarikh terbitan adalah seperti yang tertera pada Jadual 1 namun tertakluk kepada perubahan.
Semua set soalan disediakan oleh guru pakar dan menepati kurikulum peperiksaan yang sebenar.

Set soalan yang sama akan dimuat naik ke laman sesawang www.adap.com.my seminggu selepas ia diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, untuk memuat turun set soalan dalam format pdf ini akan dikenakan bayaran.
Kadar bayaran adalah minima dan bergantung kepada pakej yang disediakan termasuk set soalan peperiksaan percubaan tahun lepas.

Maklumat terperinci boleh dirujuk pada laman sesawang tersebut atau dengan menghubungi Eksekutif Pendidikan, Fauzi Hamdan di talian 019-5716282.

Media : Pengetua teraju kecemerlangan sekolah

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia


Sebahagian daripada pengetua yang hadir pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke-50 Tahun 2011 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.


Pengetua merupakan orang penting yang boleh mencorakkan pencapaian cemerlang sesebuah sekolah melalui keterampilan, dedikasi dan keperibadian yang ada pada dirinya.


Ilmu kepengetuaan pula ialah memiliki kemahiran mentadbir dan mengurus, kemahiran sosial, kemahiran berfikir dan lain-lain kemahiran yang boleh membantu mempercepatkan lagi pencapaian dan kecemerlangan sekolah.

Demikianlah antara intisari ucapan perasmian oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia kali ke-50 di Subang Jaya, Selangor, Jun lalu.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Majlis Pengetua Sekolah Menengah dengan tema 'Kepimpinan Holistik Menjana Transformasi Pendidikan Negara'.

Baca lagi di sini....


Media : Tahap penguasaan matematik atasi sasaran

Reaksi :  

Tahap penguasaan asas numerasi iaitu kebolehan melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah di kalangan murid tahun 1 dan 2 di seluruh negara berjaya dicapai sepenuhnya atau 100 peratus pada Jun lalu.

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Tengku Azian Tengku Shariman berkata, pencapaian itu juga mengatasi sasaran awal iaitu 95 peratus menjelang hujung tahun ini.

"Begitu pun, bagi kadar celik huruf di kalangan murid tahun 1 dan 2 pula, pencapaian kita ketika ini masih sama seperti tahun lalu iaitu pada kadar 90 peratus.

"Namun kita yakin sasaran celik huruf sebanyak 95 peratus menjelang akhir tahun ini berjaya dicapai kerana masih ada ruang untuk pertumbuhan peratus yang lebih besar," katanya ketika membentangkan laporan prestasi tahunan separuh pertama tahun 2011 di sini hari ini.

Tengku Azian menambah, kadar celik huruf masih pada status quo sehingga Jun tahun ini kerana beberapa kekangan antaranya masalah komunikasi di kalangan pelajar Orang Asli dan pemahaman bahasa Melayu yang rendah di kalangan pelajar sekolah aliran.

Masalah lain kata beliau, adalah faktor kemampuan menguasai pelajaran di kalangan murid-murid istimewa dan cacat penglihatan serta pendengaran.

"Dari sudut meningkatkan penyertaan kanak-kanak berusia empat dan lima tahun di peringkat prasekolah pula, sebanyak 58.3 peratus daripada sasaran 80 peratus menjelang hujung tahun ini telah dicapai dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia

PEMANTAUAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM

Reaksi :  
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, merujuk surat JPNJ.SPI(07)700-6/2/3 bertarikh 20 Jun 2011 dan surat JPA40066.UPI/600-3/2/3 bertarikh 19 Julai 2011 yang menjelaskan isi kandungan surat tersebut.

3. Bersama ini dilampirkan jadual pemantauan pengurusan musolla al-hakim untuk makluman pihak tuan.

Sekian terima kasih.



Lampiran : PEMANTAUAN_MUSALLA_AL-HAKIM.xls

VERIFIKASI PENARAFAN KENDIRI SEKOLAH MENENGAH SPSK NEGERI JOHOR 2011

Reaksi :  

Tindakan : Pengurus Kualiti Sekolah ( GPK 1 ) & Ketua Juruaudit Sekolah

Daripada : Pengurus Kualiti SPSK Negeri Johor

Perkara : VERIFIKASI PENARAFAN KENDIRI SEK MEN NEGERI JOHOR 2011


Adalah dimaklumkan bahawa satu verifikasi akan dilaksanakan ke semua sekolah menengah SPSK Negeri Johor pada minggu ke-2 atau ke -3 bulan Ogos 2011. Tujuan verifikasi ini adalah untuk memastikan penarafan kendiri yang telah dibuat oleh sekolah sahih, telus dan bolehpercaya.

Verifikator terdiri daripada :

1. Pegawai Sektor Jaminan Kualiti, JPN Johor
2. Pen. PPD Kualiti Daerah
3. JK Teknikal Daerah & Zon

Tindakan Pengurus Kualiti Sekolah & Ketua Juruaudit Sekolah

1. Rujuk takwim verifikasi . Sila klik di sini.
2. Sediakan semua bukti-bukti yang menyokong kepada penarafan kendiri berdasarkan skor yang telah diisi. Contohnya jika skor 2, semua bukti yang diperlukan mestilah berjaya ditunjukkan kepada verifikator.
3. Verifikator akan melihat sama ada skor yang telah dibuat adalah benar berdasarkan bahan bukti yang disediakan oleh pihak sekolah.
4. Verifikator akan menggunakan borang VER1 dan borang penarafan kendiri sekolah semasa sesi verifikasi berlangsung.
5. Satu salinan Borang VER1 dan penarafan kendiri yang telah diverifikasikan akan diserahkan kepada Pengurus Kualiti Sekolah / Ketua Juruaudit Sekolah setelah selesai proses verifikasi.
6. Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada Pen.PPD Kualiti daerah masing-masing.

Sumber : Portal JPN Johor

Buletin Bicara Ramadan Bil 1/2011

Reaksi :  

Pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Johor telah menerbitkan Buletin Bicara Ramadan Bil 1/2011 sempena ketibaan Bulan Ramadan 1432H.

Buletin tersebut boleh dimuatturun di sini.

Mohon pihak sekolah dapat membuat hebahan kepada warga sekolah.
Wassalam.

Lampiran : http://dakwah2u.blogspot.com/

Slide Mesyuarat JKICT Bil. 2 Tahun 2011 & Mesyuarat JK Induk Laman Web Bil.1 Tahun 2011 boleh dimuat turun seperti di bawah:
Mesyuarat JKICT Bil. 2 Tahun 2011 (sila klik)
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Laman Web Bil.1 Tahun 2011 (sila klik)

Sumber : Portal JPN Johor
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Seminar Kecemerlangan SPM 2011 - MP Sejarah telah berjaya diadakan dengan jayanya pada hari ini 5 Ogos 2011 (Jumaat) di Bilik Seminar, PPD Mersing.

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pn.Siti Hajar binti Mahpol, Ketua Unit Kajian Kemasyaratan, JPN Johor dan Rakan-Rakan Panel Perunding Matapelajaran Sejarah Negeri Johor, JKD Sejarah dan rakan-rakan guru yang hadir.

Moga usaha ini diberkati Allah SWT dan memberi impak kepada peningkatan prestasi Sejarah SPM daerah Mersing.

Lampiran : Ucaptama KU UKK, JPNJ

Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 - Tingkatan Lima

Reaksi :  
Berikut dilampirkan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah, JKD, guru-guru dan pegawai-pegawai di PPD Mersing.


01_Pencapaian_Keseluruhan_Daerah.pdf
02_Pencapaian_Kes.Setiap_Sekolah.pdf
03_AnaMP_Keseluruhan_Sekolah.pdf
04_Sejarah.pdf
05_Pend.Moral.pdf
06_Geografi.pdf
07_PSV.pdf
08_SainsSukan.pdf
09_PJPK.pdf
10_PSK.pdf
11_BM.pdf
12_BI.pdf
13_PI.pdf
14_Matematik.pdf
15_Sains.pdf
16_Sastera_Melayu.pdf
17_BAT.pdf
18_MateTamb.pdf
19_SainsPertanian.pdf
20_Perdgan.pdf
21_PPerakauan.pdf
22_EkoAsas.pdf
23_ERT.pdf
24_LKJ.pdf
25_RC.pdf
26_TKejuruteraan.pdf
27_ICT.pdf
28_Fizik.pdf
29_Kimia.pdf
30_Biologi.pdf
31_SainsTambahan.pdf
32_Tasawwur.pdf
33_PQS.pdf
34_PSI.pdf
35_BC.pdf
36_BT.pdf
37_EST.pdf
38_PendawaianDomestik.pdf
39_KimpalanArka.pdf
40_RekaanJahitan.pdf
41_KateringPenyajian.pdf
42_SeniReka_Tanda.pdf

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-54

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Bersama-sama ini dipaparkan surat dari Pejabat Daerah Mersing PDMG.11/2 Jld.3 Bil.(30) bertarikh 1 Ogos 2011 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya.

Sehubungan itu, mohon tuan mengambil perhatian perkara ini dan dipanjangkan kepada kakitangan tuan.

Segala kerjasama pihak tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan di dahului dengan ribuan terma kasih.

Sekian.



Lampiran : Kibar_Jalur_Gemilang_Merdeka54.jpg
Khamis, 4 Ogos 2011

AL-FATIHAH: KEMATIAN TUAH HAJI ABDULLAH SANI, BEKAS GURU BESAR SK SERI PANTAI

Reaksi :  
Dimaklumkan Tuan Haji Abdullah Sani, bapa kepada Puan Fazidah GPK Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar dan Bapa Mertua En. Maon b. Marsini, Pengetua SMK Tan Sri Abdul Kadir telah meninggal dunia pagi tadi, Khamis 4 Ogos 2011, di Hospital Muar. Allahyarham adalah bekas Guru Besar kepada beberapa sekolah di Daerah Mersing dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Guru Besar SK Seri Pantai sehingga 27 Mac 1992.

Sama-samalah kita membacakan Al-Fatihah untuk roh beliau dan mendoakan kesejahteraan serta kerahmatan.



Wassalam..

ANUGERAH INOVASI NEGARA 2011: PENYERTAAN TELAH DIBUKA!!

Reaksi :  
iklanain copy.jpg


ANUGERAH INOVASI NEGARA 2011

Tujuan:

Anugerah Inovasi Negara (AIN) bertujuan mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk siap dalam sains dan teknologi serta menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara.  Semua rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Anugerah Inovasi Negara.  AIN 2011 akan diadakan bersempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE-National Innovation Conference and Exhibition) 2011.

Kategori dan Hadiah Anugerah Inovasi Negara 2011:

Anugerah Inovasi Negara 2011 terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terdapat 4 kategori dengan nilai hadiah mengikut kategori seperti berikut:

     1. Kategori Produk : RM50,000, piala dan sijil
     2. Perkhidmatan : RM50,000, piala dan sijil
     3. Akar Umbi : RM20,000, piala dan sijil
     4. Sekolah  : RM10,000, piala dan sijil

Tarikh NICE 2011:

15-16 November 2011 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Tarikh Penyampaian Hadiah Anugerah Inovasi Negara:
16 November 2011 di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur

Muat Turun Borang Penyertaan:

Sila muat turun borang dengan mengklik mengikut pilihan kategori berikut:

Tarikh tutup penyertaan dan lokasi penghantaran borang:

Selewat-lewatnya 14 SEPTEMBER 2011, JAM 5.00 PETANG di alamat berikut:

Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2011
Agensi Nuklear Malaysia
Bangi 43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Dr. Wan Manshol Wan Zin)

Pertanyaan lanjut:

Urus Setia Anugerah Inovasi Negara 2011 seperti berikut :
 
Agensi Nuklear Malaysia
Tel: 03-89112000 
Faks: 03-89252588
 
Y.Brs. Dr. Wan Manshol Wan Zin
manshol@nuclearmalaysia.gov.my

Puan Fairuz Faisal
fairuzfaisal@nuclearmalaysia.gov.my
 
Encik Chai Chee Kong
chai@nuclearmalaysia.gov.my

PENETAPAN WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADHAN 1432H / 2011M

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia, salam Ramadhan Al-Mubarak..

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8A/1976, Waktu Sekolah Dalam Bulan Puasa bertarikh 20 Ogos 1976 dan Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1982, Waktu Bersekolah Dalam Bulan Puasa bertarikh 15 Jun 1982, dengan ini dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan MEMBENARKAN sekolah-sekolah di sesi petang yang mempunyai MURID DAN GURU BERAGAMA ISLAM menamatkan sesi persekolahan seawal 5.30 PETANG sepanjang Bulan Ramadhan tahun ini; 1432H/ 2011M.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubharak..
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dipaparkan salinan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Johor JPNJ.SPS.PP/100-5/3/1(67) bertarikh 29 Jun 2011 dan Kementerian Pelajaran Malaysia KP(HA) 005.15 Jld.16(32) bertarikh 13 Jun 2011 menerangkan maksudnya.

3. Mohon tuan agar perkara ini dapat dipanjangkan kepada kakitangan tuan.

Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam perkara ini di dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.



Lampiran : PENCALONAN_UNESCO.PDF

Seminar Kecemerlangan SPM 2011 - MP Sejarah

Reaksi :  

Tindakan :

Semua Pengetua,
SMK, SBP, SMAM dan MRSM

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Johor dengan kerjasama PPD Mersing dan  PPMP Sejarah Negeri Johor akan menganjurkan seminar berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 5 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tgh.
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua guru yang mengajar mp Sejarah Tingkatan Lima
Penceramah : 

1. Pn. Siti Hajar Mahpol , Pen. Pengarah Kajian Kemasyarakatan, JPN Johor.
2. En. Azman Achuthan Abdullah, PPMP Negeri Johor.
3. Rakan-Rakan PPMP Negeri Johor.

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke seminar tersebut.

Wassalam. Terima kasih.

MAKLUMAN : KEMATIAN ISTERI EN. MANSOR BIN TAHIR, BEKAS GURU BESAR SK PENYABONG

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dukacita dimaklumkan kematian isteri En. Mansor bin Tahir, bekas Guru Besar SK Penyabong pada malam tadi akibat serangan jantung.

Si Kerdil menyeru agar rakan-rakan Warga Pendidikan Mersing dapat membacakan Al-Fatihah untuk roh beliau dan mendoakan kesejahteraan serta kerahmatan.

Wassalam.

ANALISIS HEADCOUNT STPM 2011

Reaksi :  
Kami sentiasa sedaya upaya cuba meningkatkan pengurusan tingkatan enam ke arah yang lebih baik, jestru itu pihak PPD Mersing di bawah unit pengurusan Akademik telah mengorak langkah ke hadapan membangunkan perisian "excel" untuk kemudahan guru-guru tingkatan enam berkenaan data Headcount. Oleh yang demikian mohon perhatian Pengetua dan Penyelaras tingkatan enam panjangkan kepada semua guru Mata Pelajaran Tingkatan enam di semua sekolah di Mersing untuk mengisi data berkenaan TOV, AR1 dan ETR.

Data yang telah lengkap dimasukkan, sila simpan dan namakan file tersebut dengan HC_ SMK... dan emailkan kepada En Azamani Bin Ghazali PPPD Teknik dan Vokasional di azam9w2agh@yahoo.com Sebarang permasalahan sila berhubung dengan En. Azamani Bin Ghazali Penyelaras Tingkatan Enam PPD Mersing di talian 07-7991269 / 07-7992025


Lampiran STPM_HC_tov_etr_AR12__2011.xls