* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 12 Ogos 2011

Prosedur Pelupusan Rekod

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dilampirkan prosedur berkenaan untuk makluman dan tindakan rakan-rakan pengunjung yang budiman.

Lampiran :
Program_pelupusan_rekod_V1.rar
Taklimat_Pelupusan_Rekod_.rar

Tuan/Puan,
 
Selaras dengan Keputusan Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2011 pada 1 Ogos 2011 sukacita dimaklumkan bahawa sebarang pertanyaan atau aduan berhubung bil-bil dan tuntutan pembayaran lewat melebihi 14 hari boleh dibuat terus ke Pejabat Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pegawai Khas, En Mohamad Nurzaini Kasi di talian 03-88846081 atau melalui emel (zaini.kasi@moe.gov.my).  Tuan/puan juga dipohon untuk menghantar salinan kedua yang berkaitan dengan masalah bayaran tertunggak di Bahagian Pembangunan kepada Puan Rahidah Mohd, Ketua Penolong Setiausaha Unit Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan melalui emel (rahidah2@moe.gov.my). Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.

Sumber : Portal KPM

Tazkirah : DI CELAH MASA ADA MASA

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, kali ini Si Kerdil ingin berkongsi sedikit coretan pengalaman DI CELAH MASA ADA MASA untuk muhasabah kita bersama. 


Coretan ini dibuat tanpa prejudis atau  tujuan untuk mengaibkan sesiapa, ia hanya sekadar satu perkongsian MUHASABAH KENDIRI yang sepatutnya sentiasa diamalkan oleh semua pihak, samada di peringkat kepemimpinan atau kepengikutan.


Di Celah Masa Ada Masa :
  • Sudah tentu di celah-celah masa itu, ada masa. (pastinya 24 jam)
  • Sudah tentu di celah-celah suka, ada dukanya.
  • Sudah tentu di celah-celah duka, ada putus asanya (dah memang manusia)
  • Sudah tentu di celah-celah kepantasan, ada lambatnya.
  • Sudah tentu di celah-celah ketenangan itu, ada gelu-gesahnya.
  • Sudah tentu di celah-celah kerjasama itu, ada yang turun padangnya @ sepakat.
  • Sudah tentu di celah-celah kerjasama itu, ada yang lari-lari.
  • Sudah tentu di celah-celah tulang empat kerat itu, ada yang curi tulang.
  • Sudah tentu di celah-celah ambil hal itu, ada yang tidak ambil hal.
  • Sudah tentu di celah-celah susah-susah itu, ada yang bikin orang lain susah.
  • Sudah tentu di celah-celah kesibukan itu, ada kelapangannya.
  • Sudah tentu di celah-celah kepandaian, ada kebodohannya.
  • Sudah tentu di celah-celah keikhlasan itu, ada keria'kannya, ada kesum'ahnya.(menunjuk-nunjuk)
  • Sudah tentu di celah-celah kerendahan diri, ada kesombongannya.
  • Sudah tentu di celah-celah kemanisan dan kelembutan kata, ada kepahitannya serta bisanya.
  • Sudah tentu di celah-celah ketaatan, ada ketidak akurannya.
  • Sudah tentu di celah-celah kepatuhan, ada protesnya.
  • Sudah tentu di celah-celah kerelaan, ada cemuhannya.
  • Sudah tentu di celah-celah kehebatan, ada kelemahannya.
  • Sudah tentu di celah-celah perbincangan, wujud percakapan lain @ tidak fokus.
  • Sudah tentu di celah-celah diam, ada rasa kekesalannya.
  • Sudah tentu di celah-celah arahan, ada simpatinya.
  • Sudah tentu di celah-celah kerenah, ada wataknya.
  • Sudah tentu di celah-celah percakapan, ada ketidak kisahannya.
  • Sudah tentu di celah-celah arahan @ qaul, ada waktu menunggunya (beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan, beberapa tahun.. Entah bilalah agaknya) yang akhirnya memendam rasa dan tanggapan persepsi tertentu.
  • Sudah tentu di celah-celah perintah yang berulangkali itu, ada kealpaannya. (so kena ulang selalu) 
  • Sudah tentu di celah-celah ulangan berkali-kali itu, ada degilnya.
  • Sudah tentu di celah-celah teguran itu, ada sengalnya.
  • Sudah tentu di celah-celah teguran itu, ada yang salah anggapnya @ tafsirnya (konflik antara tanggungjawab @ amanah dan budibicara) ... Hadis Nabi suruh tegur mengikut kemampuan secara hikmah. (hikmah pulak berbeza-beza bergantung kepada sasarannya)
  • Sudah tentu di celah-celah keimanan itu, ada kekufurannya.
  • Sudah tentu di celah-celah hati itu, ada  rasa hati.
  • Sudah tentu di celah-celah perasaan itu, ada titik-titik hitam dan putih.
  • Sudah tentu di celah-celah ramai  orang, ada dua, tiga nya…(yang dot..dot)
  • Sudah tentu di celah-celah pertanyaan itu, ada yang tertanya-tanya.
  • Sudah tentu di celah-celah pengalaman, ada yang tertanya-tanya apa yang dibuat olehnya.?
  • Sudah tentu di celah-celah ilmu dan kepakaran itu, ada yang boleh dikongsikan @ mungkin ada rasa kedekutnya.
  • Sudah tentu di celah-celah umur dan DG serta pangkat, ada rasa segannya.
  • Sudah tentu di celah-celah umur dan DG serta pangkat, ada contoh baiknya.
  • Sudah tentu di celah-celah umur dan GD serta pangkat, ada sombongnya @ egonya.
  • Sudah tentu di celaah-celah umur dan DG serta pangkat, ada rasa rendah dirinya.
  • Sudah tentu di celah-celah baik itu, ada putar alamnya.
  • Sudah tentu di celah-celah putar alam itu, ada alasannya.
  • Sudah tentu di celah-celah alasan itu, ada yang dah boleh jangka alasannya.
  • Sudah tentu di celah-celah jangkaan alasannya itu, timbul tanda tanya apa lagi alasannya. (dah habis penyakit disebut, dah habis masalah disebut ......)
  • Sudah tentu di celah-celah alasan itu, mungkin ada yang dibuat-buat….
  • Sudah tentu di celah-celah itu ini, ada nun sananya.
  • Sudah tentu di celah-celah plan-J, ada plan-S nya (Plan-S tu.... Plan Syaitanlah)
  • Sudah tentu di celah-celah plan kita, ada plan-S nya.
  • Sudah tentu di celah-celah ibadah itu, ada plan-S nya.
  • Sudah tentu di celah-celah ketaatan kepada Allah itu, ada plan-S nya.
  • Sudah tentu di celah-celah budibicara itu, ada ambil peluang dan kepala asamnya.
  • Sudah tentu di celah-celah pahala itu, ada dosanya.
  • Sudah tentu di celah-celah muka, ada yang bermuka-muka.
  • Sudah tentu di celah-celah katanya, ada diamnya.
  • Sudah tentu di celah-celah diamnya, ada cemuhnya.
  • Sudah tentu di celah-celah cemuhnya, ada sabarnya.
  • Sudah tentu di celah-celah sabarnya, ada batasnya.
  • Sudah tentu di celah-celah peraturan @ dasar, ada ketidakpatuhannya.. (Al-Quranpun orang tak nak ikut, apa lagi peraturan dunia)
  • Sudah tentu di celah-celah peraturan @ dasar itu, kita sendiri yang tak nak ikut.. (SENDIRI BINA, SENDIRI LANGGAR) ... orang lain memerhati je..
  • Sudah tentu di celah-celah peraturan itu, ada yang tak nak ikut... (KENALAH BUAT NOTA KAKI... SI PULAN, SI PULAN ADALAH DIKECUALIKAN DARIPADA PERATURAN INI. Nanti jadi hipokrit pulak... double standard pulak..
  • Sudah tentu di celah-celah peraturan itu, ada keadilan @ ketidakadilannya. (Nak adil kena buat sama ratalah dari kuatkuasanya)
  • Sudah tentu di celah-celah peraturan @ pekeliling itu, ada BUDIBICARA.
  • Sudah tentu di celah budibicara itu, ada kelonggaran dan pelanggaran peraturan @ prosedur. 
  • Sudah tentu di celah-celah budibicara itu, ada yang makin angkuh, sombong @ mete..
  • Sudah tentu di celah-celah budibicara itu, ada pengorbanan.
  • Sudah tentu di celah-celah budibicara itu, ada penghargaannya dan ada ketika tidak dihargai. (Nanti ada Coretan Khas tentang budi bicara ini.. ya!)
  • Sudah tentu di celah-celah batasnya, ada koma, noktah, tanda seruan @ tanda soalnya.
  • Sudah tentu di celah-celah itu ini, akhirnya ada LANTAK ENGKAULAH, POORAH, BELAHLAH…WHAT EVERLAH...  >>> TAPI… EH..EH! BOLEH KE? BOLEH KE? BOLEH KE? ADAKAH KITA LEPAS DARIPADA TANGGUNGJAWAB? ADAKAH KITA LEPAS DARIPADA BICARA ALLAH DI AKHIRAT KELAK?
  • Sudah tentu di celah-celah semua itu, ada seriknya.
  • Sudah tentu di celah-celah kerenah-keranah itu, ada taubatnya… TAUBATLAH.. BERTINDAKLAH SECARA JUJUR.
  • Sudah tentu di celah-celah yang tidak baik itu, TAKKAN TAK DE YANG BAIKNYA.
  • Jadi ikut yang baik, jauhilah yang tidak baik.
Binalah watak yang baik.
Harimau mati meninggalkan belangnya.
Manusia mati meninggalkan namanya. JANGANLAH PULAK MANUSIA MATI MENINGGALKAN BELANGNYA... NANTI  BERBALANG-BALANG ...


Betulkanlah diri kita sementara kita ada masa.


Wallahu A'lam.

Analisis Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 (UPPM3)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dipaparkan analisis pencapaian tersebut untuk tindakan pihak sekolah dan semua pihak yang dipertanggungjawabkan mengikut mata pelajaran. (Pegawai-pegawai di PPD, JKD, GC, Guru-Guru dan murid-murid).

Lampiran :

Perbandingan_TOV_ETR_UPSR-2011.pdf
Percubaan_UPSR2011.rar
01_Pencapaian_keseluruhan_Daerah.pdf
02_Pencapaian_Kes.Setiap_Sekolah.pdf
03_Kecemerlangan_Ikut_Sekolah.pdf
04_Analisis_Kes._MP.pdf
05_BM_Pemahaman_SK.pdf
06_BM_Penulisan_SK.pdf
07_BI_SK.pdf
08_Mate.pdf
09_Sains.pdf
10_BM_Pemahaman_SJK.pdf
11_BM_Penulisan_SJK.pdf
12_BI_SJK.pdf
13_BC_Pemahaman.pdf
14_BC_Penulisan.pdf
15_BT_Pemahaman.pdf
16_BT_Penulisan.pdf
17_A_Semua_MP.pdf
Khamis, 11 Ogos 2011

Anugerah Sekolah Bestari Felda 2011

Reaksi :  
Pada 7 Julai 2011(Khamis) ; SMK Maokil telah menerima pengiktirafan oleh pihak FELDA sebagai Sekolah Bestari FELDA 2011 Peringkat Kebangsaan bertempat di Mini Stadium Nadi Kota Jengka Pahang bersempena dengan Hari Peneroka 2011. 


Puan Hjh Noor Hashimah binti Hj Hassan, Pengetua SMK Maokil telah mewakili mewakili pihak sekolah menerima anugerah tersebut,. 
Beliau turut menerima cek RM 30 ribu, piala, sebuah plak dan sijil penghargaan daripada pihak FELDA. 
Anugerah ini juga telah disampaikan sendiri oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Segala usaha gigih warga sekolah dan ibu bapa telah mendapat pengiktirafan. 


Wassalam.
Rabu, 10 Ogos 2011

Perkongsian Pintar : SMK Dato' Onn, Batu Pahat

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga.
Kali ini Si Kerdil ingin berkongsi  tentang pencapaian dan kecemerlangan satu sekolah menengah di luar daerah Mersing.
Paparan ini adalah untuk mewujudkan satu bentuk persaingan dan perkongsian pintar antara sesama warga pendidikan yang sekaligus akan mencernakan pemikiran yang berdaya saing bagi merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT.


SMK Dato' Onn, Batu Pahat, Johor dipilih adalah berdasarkan kepada alasan berikut :


1. Sekolah terakhir tempat bertugasnya Tn. Hj. Yasman bin Jamsir sebagai Pengetua Cemerlang sebelum bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.
2. Kecemerlangan Akademik.
3. Kecemerlangan Kokurikulum.
4. Program Tandas Terbuka.
5. Rangkaian Teknologi Maklumat.
6. Budaya &  Watak Pengurusan Sekolah yang terancang.
7. Keceriaan Sekolah


MOGA BERMANFAAT


Sila klik di sini untuk maklumat lanjut. 
Isnin, 8 Ogos 2011

PERATUS KEMAJUAN PENGISIAN DATA SSQS DAERAH MERSING SEHINGGA 8 OGOS 2011 10:15 AM

Reaksi :  
Berikut adalah senarai sekolah yang tidak melakukan sebarang penarafan (0%) SSQS 2011

1.SK Bandar
2.SK Sri Mersing
3.SMK Tenggaroh
4.SMK Mersing
5.SMK Anjung Batu
6.SK Labung
7.SMK Ungku Husin

Diharapkan agar guru yang bertanggungjawab dapat bertindak segera,
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.



Lampiran : http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php
Lampiran : SSQS_8_Ogos_1015am.JPG

Sistem Kemasukan Markah Kerja Kursus Murid

Reaksi :  



Bonus setengah bulan untuk penjawat awam, RM500 untuk pesara

Reaksi :  
Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Baca lagi di sini..
Ahad, 7 Ogos 2011

Media : Kurikulum Bahasa Inggeris dinilai semula

Reaksi :  
Kementerian Pelajaran sedang menilai semula kurikulum pengajaran Bahasa Inggeris kerana didapati gagal membantu pelajar menguasai bahasa berkenaan meskipun selepas 13 tahun belajar di peringkat rendah dan menengah, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu perlu kerana kementerian meletakkan matlamat supaya setiap pelajar menguasai dua bahasa selepas tamat persekolahan iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.
“Ketua Pengarah Pelajaran sudah diarah melihat semula kurikulum Bahasa Inggeris di sekolah kenapa sampai hari ini anak-anak yang masuk universiti pun masih rendah dan amat sederhana sekali tahap penguasaan Bahasa Inggeris. Baca lagi di sini...
Sila baca di pautan berikut :

1. Sidang Akhbar
2. Laporan BERNAMA
3. Laporan Metro
4. Laporan Berita Harian

TARIKH KEMASUKAN DATA LINUS KE PORTAL NKRA

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Makluman kepada Guru besar, penyelaras dan guru-guru LINUS daerah Mersing.

Tarikh memasukan data saringan 2 dan 5 adalah dari 1 hingga 12 Ogos 2011.

Namun bagi penyelarasan dan penyemakan data oleh Fasilinus di PPD Mersing, maka tarikh akhir untuk memasukan data saringan 2 dan 5 ditetapkan sehingga
10 Ogos 2011.

Adalah dinasihatkan supaya mereka yang terlibat bertindak segera memasukan data ke Portal NKRA supaya tidak menimbulkan masalah kelak.


Sekian untuk makluman.

PERATUS KEMAJUAN PENGISIAN DATA SSQS ZON BANDAR MERSING SEHINGGA 05 OGOS 2011

Reaksi :  
SILA LIHAT LAMPIRAN BERIKUT :

SSQS(5Ogos).jpg

Sumber : PKG Bandar Mersing