* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 10 Oktober 2011

PINDAAN TARIKH PENGHANTARAN DATA PERCUBAAN SPM 2011 (SAP45)

Reaksi :  
Dengan hormatnya dimaklumkan perkara di atas dirujuk.

2.Pihak kami mohon maaf diatas perubahan tarikh akhir penghantaran data Percubaan SPM 2011 yang menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan 45 yang terkini.

3.Pindaan tarikh dibuat atas permintaan pihak Sektor Penilaian dan Peperiksaan,JPNJ yang akan menggunakan data Percubaan SPM 2011 untuk pembentangan pada 14/10/2011.Tarikh penghantaran sebelum atau pada:
11 Oktober 2011 (Selasa)
Sebelum 2.00 petang

kepada - PPD Mersing (u.p.Unit Penilaian dan Peperiksaan)

Sekian,terima kasih.
Ahad, 9 Oktober 2011

Lagi Peringatan Tentang Data SEGAK Bil.2/2011

Reaksi :  
Assalamualaikum wbt  dan Salam Mahabbah.

Peringatan dan hebahan-hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.


Mohon perhatian  kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa data SEGAK 2/2011 hendaklah dihantar ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum) pada atau sebelum 30 September 2011. (ketetapan asal)

Oleh kerana ada sebilangan pihak sekolah yang kemungkinan belum berpeluang untuk mematuhi ketetapan tersebut, kami melanjutkan tempoh penghantaran data berkenaan kepada 10 Oktober 2011 (Isnin)

Kami merakamkan penghargaan dan terimakasih kepada pihak sekolah yang telah menghantar data berkenaan tepat pada masanya.. Namun sebahagian besar sekolah belum mengambil tindakan tersebut.
 
Sehubungan itu, mohon kerjasama semua sekolah mengambil tindakan yang sepatutnya. Tindakan berkenaan sebenarnya akan mencerminkan corak dan watak kepemimpinan yang berlaku di sekolah.

PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pelaksanaan kerja kursus untuk TAHUN 2,3,4 dan 5 di Sekolah Rendah serta pelaksanaan kerja kursus untuk Tingkatan 1, 2 dan 4 di Sekolah Menengah adalah berjalan seperti biasa mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. 

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah diminta memastikan pelaksanaan perkara berkenaan dibuat mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Wassalam.

BUKU PERSADA PENGARAH PELAJARAN JOHOR 1975-2011

Reaksi :  
Sumber : JPNJ Johor

Jabatan Pelajaran Johor melalui Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sedang dalam proses pengedaran buku-buku "PERSADA PENGARAH PELAJARAN JOHOR 1975-2011". Buku yang memuatkan biografi 20 orang Pengarah Pelajaran Johor ini berharga RM10 senaskah. Jumlah pembelian bagi sekolah-sekolah adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah      : 4 naskah (RM40)
Sekolah Menengah : 5 naskah (RM50)


Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atas nama
"KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JPNJ"
dan dihantar kepada En. Lee Loon Chin (Unit Sekolah Rendah JPNJ)


Tarikh Bayaran : SEBELUM 30 OKTOBER 2011

Kerjasama dan komitmen tuan / puan amat dihargai.
Terima kasih.

SENARAI AHLI-AHLI BARU MAJLIS PEMIMPIN MUDA JOHOR (JSLC), KOHORT 2 TAHUN 2011

Reaksi :  
Sumber : JPN Johor

Salam 1 Malaysia,
Bersama-sama ini disertakan senarai nama ahli-ahli baru Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) bagi Kohort 2 Tahun 2011. Saya bagi pihak Jabatan Pelajaran Johor merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya.
Satu taklimat khas untuk para ahli serta ibu/bapa masing-masing akan diadakan dalam waktu yang terdekat. Makluman serta jemputan bagi taklimat berkenaan akan dipanjangkan melalui sekolah masing-masing. Pengumuman berhubung taklimat tersebut juga akan dimaklumkan di laman web ini.
Sekian, terima kasih dan tahniah sekali lagi!

Rosliza Rosli
Ketua Unit Pengantarabangsaan

Klik di sini untuk Senarai Nama Ahli-ahli Baru JSLC 2011

SENARAI NAMA PESARA BAGI TAHUN 2012

Reaksi :  
SILA KLIK DISINI UNTUK MENYEMAK SENARAI NAMA PESARA BAGI TAHUN 2012.
SEBARANG PERTANYAAN SILA BERURUSAN TERUS DENGAN UNIT PENCEN,JPNJ DI TALIAN 07-2332239/2278/2395.
Sumber : JPNJ

Merujuk kepada surat Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia rujukan KP(BKEW/BT)1800/K-12jld30(40) dimaklumkan bahawa pembayaran tuntutan pelarasan akan disalurkan seperti Jadual di surat Jabatan ini JPNJ.AKN(40)/400-2/1/1/13/8/JLD.5(66) bertarikh 06 Oktober 2011. 
Sila klik disini untuk muat turun surat berkenaan.
Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan. Terima kasih.