* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 17 November 2011

Analisis UPSR Mersing Tahun 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Pertama sekali, kami memohon maaf kerana agak terlewat memaparkan analisis UPSR Mersing Tahun 2011.. Kerana kekangan waktu dan tugas yang meruncing dan di luar jangkaan, agak mengganggu kelancaran perancangan yang dibuat... Apapun Al-Hamdulillah, dengan izin Allah SWT jua berikut dipaparkan analisis berkenaan untuk makluman dan tindakan para pengunjung sekelian terutama pihak sekolah serta JKD Mengikut Mata Pelajaran.

Kami juga merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah serta terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Warga Pendidikan Mersing di segenap lapisan perjawatan juga individu atas usaha keras yang berterusan tanpa jemu dalam apa jua peranan yang dimainkan, telah meletakkan pendidikan daerah Mersing berada dalam kelompok antara yang terbaik di negeri Johor.

Tahniah yang tidak terhingga kepada Guru Besar, murid-murid, guru-guru dan warga kerja program kecemerlangan UPSR Daerah Mersing atas pencapaian Mersing yang membanggakan dalam UPSR 2011.
Pencapaian Mersing :

PERATUS MENGUASAI - 72.52%
PERATUS CEMERLANG - 9.21% (131 ORANG)
GPS - 2.147

Ini adalah satu pencapaian terbaik dalam sejarah pendidikan daerah Mersing.
Pencapaian ini telah meletakkan daerah Mersing di tempat ke-2 perbandingan daerah-derah negeri Johor mengikut peratus menguasai, dan tempat ke 4 mengikut GPS.

04.RKecemerlangan_Sekolah_-_SJKT.pdf
05.RKeseluruhan_Semua_Aliran_Sekolah.pdf
06.RKeseluruhanSek_DUN.pdf
07.Analisis_MP_Daerah.pdf
08.ANALISIS_MP_-_SK.pdf
09.ANALISIS_MP_-_SJKT.pdf
10.Sekolah_ikut_BMK.pdf
11.Sekolah_ikut_BMP.pdf
12.Sekolah_ikut_BI.pdf
13.Sekolah_ikut_Mate.pdf
14.Sekolah_ikut_Sains.pdf
15.Sekolah_ikut_BMK_SJKC.pdf
16.Sekolah_ikut_BMP_SJKC.pdf
17.Sekolah_ikut_BCK_SJKC.pdf
18.Sekolah_ikut_BCP_SJKC.pdf
19.Sekolah_ikut_BMK_SJKT.pdf
20.Sekolah_ikut_BMP_SJKT.pdf
21.Sekolah_ikut_BTK_SJKT.pdf
22.Sekolah_ikut_BTP_SJKT.pdf
23.PAFA.pdf
24.PEKA.pdf
25.ANALISIS_MP_Sekolah.pdf
26.NearMiss_SK.pdf
27.NearMiss_SJKC.pdf
28.NearMiss_SJKT.pdf
29.Sisih_Pencapaian_Calon_SK.pdf
30.Sisih_Pencapaian_Calon_SJKC.pdf
31.Sisih_Pencapaian_Calon_SJKT.pdf

Makluman Awal Pencapaian Mersing dalam UPSR 2011

Reaksi :  

TAHNIAH KEPADA CALON-CALON UPSR 2011 DAN GURU-GURU SERTA SEMUA PIHAK YANG TURUT MENYUMBANG TENAGA, MASA, WANG RINGGIT DLL BAGI  MENJAYAKAN PROSES P&P DAN PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN UPSR SEBELUM INI.

MOGA USAHA KITA DIBERKATI ALLAH SWT SEPANJANG MASA.

Lain-lain analisis akan dimuat naik ke laman blog ini kemudian nanti
Wassalam.

Makluman : Kehadiran Sesi Profesional KIP Seri Mersing Bil.2/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama JK Kelab Keluarga KIP Seri Mersing telah menganjurkan Sesi Profesional KIP Seri Mersing kali ke-2 seperti butiran berikut :

Tarikh : 16 November 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua Penghuni KIPs Mersing.


Kami merakamkan penghargaan dan ucapan terima  kasih serta tahniah kepada JK Kelab Keluarga KIPs Mersing dan rakan-rakan penghuni yang hadir serta telah memberi komitmen yang membanggakan.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada En. Md. Jais bin Samat, Timbalan PPD Mersing dan Pn. Siti Mariam Abdullah, Ketua Pembantu Tadbir, PPD Mersing atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program tersebut. 

Berikut dilampirkan rekod kehadiran tersebut untuk makluman dan tindakan Tuan/Puan seterusnya.
Wassalam. 

Lampiran : Data_Penghuni_KiPs_TERKINI_2011.pdf
Rabu, 16 November 2011

SURAT MAKLUMAN TAMBAHAN MENGENAI PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100.00 KEPADA MURID

Reaksi :  

Sumber : Portal Rasmi JPNJ

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor.

Tuan,

Pohon kerjasama pihak tuan untuk mengambil tindakan selanjutnya. Sila muat turun surat berkaitan dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.



Perubahan Tempat Sesi Profesional KiPs Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini adalah berkaitan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Kelab Keluarga KIP Seri Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 November 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua Penghuni KIP Seri Mersing.(seperti lampiran)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua atau Guru Besar agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program tersebut.

Kehadiran adalah WAJIB.

Surat panggilan sesi tersebut telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah pada 15 Nov. 2011.

Wassalam.
Selasa, 15 November 2011

GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut dilampirkan panduan berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.

PERKARA UTAMA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN :

1. Agihan perlu dibuat sebelum cuti persekolah bermula pada 19 November  2011.
2. Pastikan agihan bantuan sampai kepada sasarannya dan disahkan penerimaannya.
3. Pastikan segala prosedur kewangan dipatuhi sepenuhnya.
4. Pastikan prosedur keselamatan dipatuhi dan diberi keutamaan.

Wassalam.

Lampiran : Garis_Panduan_Bantuan_Khas_Awal_Persekolahan.pdf
Tindakan : Pengetua atau Guru Besar sekolah-sekolah daerah Mersing.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Surat KP.BT.8857/1/Jld.2 (23) bertarikh 25 Oktober 2011 adalah berkaitan dan dirujuk.

Untuk makluman pihak sekolah, hasil dapatan pemantauan ke sekolah oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati selain Buku Teks dan bahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, terdapat juga buku dan bahan tambahan termasuk buku rujukan dan buku kerja yang digunakan oleh pihak sekolah semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Selain itu, didapati banyak sekolah yang tidak mempunyai senarai lengkap buku dan bahan tambahan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat JK Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Kali ke-61 pada 27 Mei 2011 telah memutuskan supaya pihak sekolah menyediakan senarai nama semua buku/bahan tambahan dan buku rujukan/buku kerja yang digunakan unruk pengajaran dan pembelajaran selain buku teks dan bahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut format yang dilampirkan.

Senarai tersebut hendaklah disimpan di sekolah dan ditunjukkan semasa pemantauan JNJK.

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat hebahan.pdf
Lampiran : Surat siaran KPM.pdf

Mesyuarat POST MORTEM Pelaksanaan KSSR dan PBS 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PPD Mersing akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 17 November 2011 (Khamis)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : JU KSSR Tahun 2 (senarai dilampirkan)

Sehubungan dengan itu , mohon kerjasama Guru Besar sekolah-sekolah berkaitan agar dapat memastikan kehadiran guru-guru tersebut hadir ke mesyuarat berkenaan.

Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan_Senarai JU.pdf

Sesi Profesional KIP Seri Mersing Bil. 2/2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Mersing dengan kerjasama Kelab Keluarga KIP Seri Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 16 November 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka, Blok B, PPD Mersing.
Sasaran : Semua Penghuni KIP Seri Mersing.(seperti lampiran)

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Pengetua atau Guru Besar agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan ke program tersebut.

Kehadiran adalah WAJIB.

Surat panggilan sesi tersebut telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah pada 15 Nov. 2011.

Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan Sesi Prof.pdf
Isnin, 14 November 2011

GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2012 KEPADA MURID

Reaksi :  
Garis Panduan untuk Tatacara Penyaluran Bantuan Awal Persekolahan 2012 sebanyak RM 100 kepada murid.

Lampiran :
1. GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2012 KEPADA MURIDSURAT 
2. SURAT SIARAN GARIS PANDUAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2012 KEPADA MURID.

Pendidikan perlu penambahbaikan

Reaksi :  

Register next month for Form One PPSMI option

Reaksi :  

Isu PPSMI : Boleh Pilih Sekolah

Reaksi :  

Ahad, 13 November 2011

Solat Hajat Kecemerlangan SPM 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Solat Hajat untuk kecemerlangan SPM 2011 akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 November 2011 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Surau PPD Mersing.

Sehubungan itu, warga PPD Mersing dijemput menyertai program tersebut.
Wassalam.

SPM 2011 : Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, ungkapan syukur kehadrat Ilahi atas nikmat kurniaanNya yang tidak terhingga.
Dengan keizinan dan inayahNya jua, Anak-Anak Permata SPM Mersing Tahun 2011 diberikan kekuatan mental dan fizikal serta keteguhan rohani berterusan mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Kami mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2011 kepada anak-anak Permata Mersing yang bakal menduduki peperiksaan tersebut bermula pada hari esok.., 14 November 2011 hingga 14 Disember 2011.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda ... Wassalam.

Lampiran : Jadual SPM 2011