* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 10 Disember 2011

Media : MMBMBI tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak

Reaksi :  

Media : Pelajar tidak kuasai PPSMI

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : HAPUS JAWATAN GURU CEMERLANG

Reaksi :  

Surat kepada Pengarang : SOKONG KAJI SEMULA SISTEM PEMARKAHAN UPSR

Reaksi :  

SIARAN AKHBAR

YANG BERBAHAGIA DATO’ SRI ABD GHAFAR MAHMUD
SAMBUNG PERKHIDMATAN SEBAGAI
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Yang Berbahagia Dato’ Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara wajib pada 7 Disember 2011, disambung perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selama setahun lagi bermula 8 Disember 2011 hingga 7 Disember 2012 atas keperluan perkhidmatan.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia
9 Disember 2011

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PINJAMAN DI SEAMEO RECSAM

Reaksi :  
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • DARI GRED DGA29 KE GRED DGA32
  • DARI GRED DG41 KE GRED DG44
  • DARI GRED DG44 KE GRED DG48
Assalamualaikum wrth.

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran murid tahun enam ke Tingkatan Satu/ Peralihan bagi sesi persekolahan tahun 2012 pada 31 Disember 2011 DIPINDA ke tarikh 2 Januari 2012.

Surat JPNJ.SM (29)/100-19/1/15( ) bertarikh 6 Disember 2011 berkaitan perkara di atas akan diedarkan ke sekolah dalam masa terdekat.

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan jua.

Terima kasih.
Assalamualaikum wrth.

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan secara on line ke Tingkatan 1 Tahun 2012 ke SK/KRK/KAA/SMKA akan dikeluarkan pada 12 Disember 2011.

Keputusan tersebut boleh disemak melalui pautan dibawah.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan PPPD Menengah (Murid), en. Mohd Fakarudin Bin Hussain di talian 07-7982745.


Lampiran : http://www.ppdpontian.edu.my/aplikasi/krk/
Jumaat, 9 Disember 2011

Tangga Gred DG34, DG41, DG44, DG48, DG52, DG54 dalam SBPA

Reaksi :  
Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalam perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.
Untuk makluman, selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52, dan 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 dan 1-6.





Perubahan Gred DG

1) Guru DG41

Ditukar kepada 1-1
Gaji Permulaan Rm 1925 & Gaji Maksimum Rm 6220
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 230
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-1 Ke Dg 1-2 ialah 8 Tahun


2) Guru DG 44

Ditukar kepada 1-2
Gaji Permulaan Rm 2985 & Gaji Maksimum Rm 7235
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 250
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-2 Ke Dg 1-4 ialah 8 Tahun


3) Guru DG 48

Ditukar kepada 1-4
Gaji Permulaan Rm 4390 & Gaji Maksimum Rm 8710
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 270
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 6 Tahun


4) Guru DG 52

Ditukar kepada 1-5
Gaji Permulaan Rm 5260 & Gaji Maksimum Rm 9610
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 290
Kenaikan Pangkat Daripada Dg 1-4 Ke Dg 1-5 ialah 3 Tahun


5) Guru DG54

Ditukar kepada 1-6
Gaji Permulaan Rm 7250 & Gaji Maksimum Rm 11,505
Kenaikan Gaji Tahunan ialah Rm 320

Perubahan DG Guru Gred DG 41 = 1-1, DG44 = 1-2, DG48 = 1-4, DG52 = 1-5,dan 54 = 1-6
Khamis, 8 Disember 2011

INTIPATI PELAKSANAAN SBPA

Reaksi :  
Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:

1. pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan; dan

19. pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Sumber :
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
7 Disember 2011

Lampiran : Intipati_Pelaksanaan_SBPA.pdf
Lampiran : SPP Bil 13 2011

Lihat maklumat terkini di Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.