* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 31 Disember 2011

Takziah buat Pn. Fauziah, Mantan GB SK LKTP Tenggaroh 03

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN

Foto

Dukacitanya dimaklumkan bahawa PN. FAUZIAH, Bekas Guru Besar SK LKTP  Tenggaroh 03 telah kehilangan 2 orang anaknya, dikhuatiri lemas di Pantai Desaru petang tadi.

Tragedi dikhabarkan berlaku antara jam 12.00 tgh - 1.00 petang tadi

1. HAZIEF SUHAIMI (25 TAHUN) - dijumpai lebih kurang jam 6.30 petang (31/12/2011)
2. HAZIM SUHAIMI (20 TAHUN) - dijumpai lebih kurang jam 11.40 pagi (1/1/2012)

Takziah buat Pn. Fauziah dan keluarga. Moga tabah dengan ujian ini. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan keluarga.

Kami merakamkan penghargaan yang tidak terhingga  kepada rakan-rakan guru SK LKTP Tenggaroh 03, guru-guru dari Pasir Gudang, ahli keluarga, pasukan Bomba dan Penyelamat serta masyarakat setempat yang turut serta menyertai operasi mencari sejak petang tadi..

Kami mengajak rakan-rakan warga Pendidikan Mersing dan para pengunjung sekalian untuk mendoakan dan membacakan Al-Fatihah buat roh mereka..Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh serta dirahmati Allah SWT.

Wassalam..

Media : Keputusan guna bahasa Melayu tepat

Reaksi :  
Sumber : Berita Harian


Sebanyak 89 peratus pelajar Tingkatan Satu yang akan memulakan persekolahan 3 Januari depan memilih bahasa Melayu atau dwibahasa bagi mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini menunjukkan keputusan kerajaan untuk melaksanakan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah tepat. Baca lagi di sini...

PERHATIAN : SESI PERSEKOLAHAN 2012 SEBENARNYA AKAN BERMULA PADA 4 JANUARI 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

Dan 3 JANUARI 2012 bagi Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

Lampiran :
Takwim Penggal Persekolahan 2012
Jadual Cuti Peristiwa dan Cuti Berganti 2012
Surat Siaran Penggal Persekolahan 2012
Sumber : Berita Harian


Kementerian Pelajaran menyediakan peruntukkan tambahan RM20 juta untuk membekal peralatan dan kemudahan bagi kegunaan pelajar apabila sesi persekolahan 2012 bermula minggu depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata peruntukan tambahan itu membabitkan penyediaan 122,846 kerusi, 122,675 meja dan 24.4 juta buku teks.


Bersesuaian dengan program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks, kerajaan menyediakan peruntukan melengkapkan sekolah dengan pelbagai peralatan untuk keselesaan. Baca lagi di sini..

Makluman : Kenaikan Pangkat Guru DG48

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, rezeki Allah Yang Maha Esa.. sukacitanya dimaklumkan bahawa kenaikan pangkat tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. HASAN BIN ABD. RASHID, PPPD PENGURUSAN SEKOLAH dinaikkan pangkat ke Gred DG48.

2. EN. AZMAN BIN NASIR , GPK PENTADBIRAN SMK MERSING dinaikkan pangkat ke Gred DG48.

3. HJ. MOHD. KAMAL BIN TAUHID, GPK KOKURIKULUM SMK SRI MERSING dinaikkan pangkat ke Gred DG48.

4.  PN. NIK MAZIAH BIN ISMAIL, GKMP KEMANUSIAAN SMK SRI MERSING dinaikkan pangkat ke Gred DG48.


Kami merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas kenaikkan pangkat tersebut. Moga penghargaan ini akan mencorakkan budaya berfikir dan prestasi kerja yang bakal memberi impak yang berkesan kepada profesionalisma keguruan sekaligus merealisasikan hasrat MERSING HEBAT.


Wassalam. 
Khamis, 29 Disember 2011

Makluman : Pergerakan GPK Sekolah Rendah Zon Endau

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pergerakan tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. MOHD. RAZAK BIN MAHAT, GPK HEM SK Pusat Air Tawar ditukarkan ke SK Penyabong sebagai GPK HEM.


2. EN. SABRI BIN MOHAMED, GPK Pentadbiran SK Pusat Air Tawar ditukarkan ke SK Teriang sebagai GPK Pentadbiran.


3. EN. RAHMAT BIN ABD. KARIM, GPK Pentadbiran SK Teriang ditukarkan ke SK Lembaga sebagai GPK Pentadbiran.


4. EN. ZAKARIA BIN LAMRI, GPK Pentadbiran SK Lembaga ditukarkan ke SK Penyabong sebagai GPK Pentadbiran.


5. EN. ABDUL FADZIL BIN ABDUL MALEK, GPK Pentadbiran SK Penyabong ditukarkan ke SK Pusat Air Tawar sebagai GPK Pentadbiran.


6. EN. AZIZI AB. AZIZ, GPK HEM SK Penyabong ditukarkan ke SK Pusat Air Tawar sebagai GPK HEM.


SEMUA PERGERAKAN BERKENAAN BERKUATKUASA PADA 27 DISEMBER 2011.


Wassalam.

Makluman : Pelantikan GPK Sekolah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan pelantikan tersebut adalah seperti berikut :


1. EN. ABD. JAMAL BIN YASIN, Guru Penolong Agama, SK Lembaga dilantik sebagai GPK HEM di SK LKTP Tenggaroh 01.


2. EN. ABD. GHANI BIN YAHYA, Guru Penolong, SK Sawah Dato' dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK LKTP  Tenggaroh 04.


3. EN. ABD. RAZAK SUMADI, GPK HEM SK LKTP Tenggaroh 01 dilantik sebagai GPK Pentadbiran di SK LKTP Tenggaroh 03.


4. PN. RIZANA BINTI JELIS, Guru Penolong SK Bandar Mersing dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK Sri Mersing.


5. EN. MOHD. HAFIZ MUHAMMAD, Guru Penolong SK Tanjung Resang dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK LKTP Tenggaroh 01.


SEMUA PELANTIKAN BERKENAAN BERKUAT KUASA PADA 27 DISEMBER 2011


Kami merakamkan ucapan TAHNIAH dan SYABAS atas pelantikan tersebut. Moga ianya akan menjadi satu suntikan semangat kepada mereka yang terlibat untuk meningkatkan nilai profesionalisma masing-masing sekaligus merealisasikan hasrat MERSING HEBAT.


Wassalam.
Selasa, 27 Disember 2011

Pengisian Markah Peperiksaan Akhir Tahun dalam SAPS

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Hebahan sebelum ini bertarikh 20 Disember 2011 adalah berkaitan.

Al-Hamdulillah dan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah membuat pengisian markah berkenaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh tutup pengisian SAPS yang ditetapkan sebelum ini pada 30 November 2011 telah dibuka semula untuk tindakan pihak sekolah.

Namun sehingga hari ini, ada beberapa buah sekolah yang masih gagal menyempurnakan tugas tersebut dengan sempurna. Ini menyukar pihak Jabatan Pelajaran Johor dan PPD untuk menentukan TOV UPSR, PMR, SPM tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi melicinkan pengurusan di semua peringkat.

Wassalam.

Lampiran : Portal SAPS
Lampiran : SAPS_SM_27_Dis_11.pdf
Lampiran : SAPS_SR_27_Dis_11.pdf 
Isnin, 26 Disember 2011

PROGRAM "EDUTRIP" JPN JOHOR 2012 ANJURAN UNIT PENGANTARABANGSAAN, JPN JOHOR

Reaksi :  

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengantarabangsaan, Jabatan Pelajaran Johor akan menganjurkan satu program lawatan penandaarasaan ke sekolah-sekolah di luar negara. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu  warga pendidikan negeri Johor untuk melaksanakan program pengantarabangsaan sekolah/unit/sektor masing-masing agar lebih tersusun, terarah dan sistematik.

Penyertaan adalah dibuka kepada semua pihak, namun keutamaan akan diberikan kepada Guru Program Pengantarabangsaan di sekolah dan Guru Penasihat Badan Pemimpin Pelajar (SLB).

Butiran bagi program ini yang akan dilaksanakan di sepanjang tahun 2012 adalah seperti berikut:

Mac 2012 (Cuti Sekolah)  : Seoul, Korea (melawat sekolah aliran pendidikan Islam dan sekolah cemerlang) - RM1500 (warga JPNJ)RM1800 (open)
Mei 2012 (Cuti Sekolah)  : Guanzhou, China (melawat sekolah vokasional dan sekolah cemerlang) - RM500 (warga JPNJ) dan RM800(open)
Ogos 2012 (Hari Raya ke-4): Kashmir, India (melawat Smart School dan sekolah cemerlang) - RM1800 (warga JPNJ) RM2000 (open)
Disember 2012 (Cuti Sekolah)  : Jakarta, Indonesia (melawat Sekolah Seni dan sekolah vokasional) - RM500 (warga JPNJ) RM800 (open)

Harga yang ditawarkan termasuk tiket kapal terbang pergi balik, penginapan dan sebahagian makan minum.

Penyertaan bagi Edutrip 2012 ke Seoul sedang dibuka, manakala penyertaan untuk Edutrip 2012 yang berikutnya akan dibuka dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

Rosliza Rosli, Unit Pengantarabangsaan

HEBAHAN PUSAT PANGGILAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  

Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah membuka Pusat Panggilan SPP mulai 16 November 2011 dan beroperasi dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari bekerja.
Berikut merupakan talian-talian berkaitan:-

Talian Am : 03 - 8871 7300
Pengambilan Guru : 03 - 8871 7466, 7467
Pengambilan PPPT dan AKS : 03 - 8871 7477
Perkhidmatan : 03 - 8871 7475

Talian berkenaan tidak beroperasi pada waktu makan tengahari. Sekian, untuk makluman.
Ahad, 25 Disember 2011

Warna Warni PMR 2011

Reaksi :  
Sumber : Utusan Malaysia

PMR 2011: MRSM kekal cemerlang
KUALA LUMPUR 23 Dis. - Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bukan sahaja kekal cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tetapi juga mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding pencapaian tahun lepas.... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 22 Dis. - Meskipun bertubuh kerdil iaitu cuma 124 sentimeter, namun ia bukan penghalang bagi Nurul Najihah Ishak, 15, untuk memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 22 Dis. - Menjadi sebahagian daripada 144 pelajar cemerlang di Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP), Pengkalan Chepa bukanlah semudah disangka dan ia memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 22 Dis. - Biarpun mengalami masalah autisme, ia tidak menghalang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Muhammad Danial Zainuddin, 16, memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan yang diumumkan hari ini.... Berita Penuh

JEMPOL 22 Dis. - Pengunaan Sisipan Akhbar Dalam Pembelajaran ( ADaP ) keluaran Utusan Malaysia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting dekat sini, nyata membantu calon Penilaian Menengah Rendah (PMR)....Berita Penuh


Pencapaian MRSM Kekal Cemerlang dalam PMR 2011
Cacat bukan penghalang kepada kejayaan
Cacat bukan penghalang raih 9A


Muhammad Hadi Darus (berkerusi roda) dijulang oleh kawan-kawannya selepas menerima keputusan cemerlang PMR di Pendang, semalam. – BERNAMA
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, .. Kami merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua dan Warga SMK Tan Sri Abdul Kadir kerana berjaya menghasilkan satu lonjakan tertinggi dalam Peratus Menguasai berbanding tahun 2010.

68.37 % berbanding 57.63 % pada tahun 2010
(lonjakan 10.74 %)

TAHNIAH... MOGA TERUS CEMERLANG ke arah merealisasikan hasrat MERSING HEBAT..
Wassalam..

Lampiran : banding_Menguasai.pdf