الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
Man punishes the action , but Allah the intention
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 16 Januari 2012
Cadangan pelanggan tentang keperluan subjek Sejarah yang akan diwajibkan pada tahun 2013
Apabila sejarah dijadikan mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013, maka statusnya sama dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu selain Bahasa Melayu, kelulusan sejarah bukan sahaja diperlukan untuk mendapatkan sijil SPM tetapi menjadi syarat asas kemasukan ke institusi pengajian tinggi, institusi kemahiran, pemberian biasiswa dan tawaran pekerjaan dalam sektor kerajaan, badan berkanun, syarikat berkaitan kerajaan serta syarikat swasta.
Kesannya sejarah akan menjadi mata pelajaran penting yang mendorong pelajar memberikan perhatian dan belajar bersungguh-sungguh untuk menguasai kemahiran dalam huraian sukatan pelajarannya. Dengan meningkatnya penguasaan dan penghayatan tentang kenegaraan Malaysia, maka semangat patriotik dan perpaduan akan dapat diperkasakan. Selama ini sejarah yang merupakan mata pelajaran teras tetapi tidak wajib lulus, kurang diberikan perhatian kerana dianggap kurang nilai pasaran. Baca lagi di sini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
























0 comments:
Catat Ulasan