* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 18 Januari 2012

Makluman : Pelantikan Timbalan PPD Mersing

Reactions:  
Assalamu 'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa CIK AINUL HAYATI ABD. RAOF, PPPD Sains Matematik (Men) telah dilantik sebagai Timbalan PPD Mersing berkuat kuasa 31 Disember 2011.

Kami mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau yang telah diberi kepercayaan yang tinggi sebagai Penaraju Kedua Pendidikan Mersing. Pelantikan ini diharapkan dapat memantapkan lagi halatuju pendidikan Mersing selari dengan slogan MERSING HEBAT.

Pelantikan ini juga telah meletakkan beliau sebagai wanita pertama yang diberi kepercayaan sebagai Timbalan PPD di negeri Johor.

Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan