الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
Man punishes the action , but Allah the intention
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Subjek: Pelanggan adalah seorang guru yang memiliki Ijazah / Master dalam Pendidikan ingin bertanyakan berkenaan tawaran Fast Track bagi guru yang memegang PHD. Mengapa pihak Kementerian hanya membuat tawaran tersebut kepada pemegang PHD? Bagaimana pula tawaran untuk guru-guru yang memiliki Ijazah / Master?
Buat masa ini kementerian hanya memberi ruang kepada pegawai atau PPPS yang berkelulusan PHD sahaja kerana berdasarkan faktor berikut:
1. Tenaga pakar dan pemikir pegawai yang berkelulusan PHD amat diperlukan di KPM.
2. Mereka sering menjadi pakar rujuk untuk pembangunan pendidikan Negara.
3. KPM telah membuat pelaburan yang tinggi dengan memberi biasiswa kepada PPPS yang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat PHD.
4. Kepakaran mereka perlu diiktiraf memandangkan mereka telah melalui sekurang-kurangnya 10 tahun pengajian iaitu 4 tahun di peringkat Sarjana Muda, 2 tahun di peringkat Sarjana, dan 4 tahun di peringkat PHD.
5. Bilangan yang berkelulusan PHD di KPM hanya 0.09% daripada jumlah keseluruhan guru. Oleh itu, mereka perlu dipertahankan kerana mereka adalah aset dan harta intelek KPM.
6. Seramai 39 orang pegawai yang berkelulusan PHD telah meninggalkan sistem KPM. Fenomena ini jika dibiarkan akan merugikan kepada KPM kerana mereka adalah golongan yang dapat membantu membangunkan kualiti pendidikan Negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
























0 comments:
Catat Ulasan