* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 19 Februari 2012

Anugerah Kecemerlangan UPSR 2011 Daerah Mersing

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulilah, program BICARA SINAR UPSR 2012 telah berjaya diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 14 Februari 2012
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Guru Besar, GPK 1 dan 4 orang Guru Tahun Enam

Syukur Al-Hamdulillah, berkat usaha dan budaya kerja sepasukan yang diamalkan oleh rakan-rakan pegawai dan staf di PPD Mersing, pihak sekolah serta guru-guru daerah Mersing yang hebat, program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Berikut disertakan senarai penerima Augerah Kecemerlangan UPSR 2011 yang telah disampaikan dalam program tersebut.

Kami merakamkan penghargaan dan syabas kepada penerima anugerah. Moga ianya boleh memberi satu suntikan semangat kepada penerima anugerah khususnya dan kepada seluruh warga Pendidikan Mersing amnya.

Apa yang perlu ada dalam jiwa kita ialah usaha secara berterusan untuk memastikan setiap murid kita mendapat pendidikan yang optimum dan matlamat utama kita ialah untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Moga sasaran kita 100 % Menguasai dalam UPSR 2016 akan tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT.

BERBANGGALAH DENGAN KEBAIKAN YANG KITA BUAT, BUKA BERBANGGA ATAU BERLAGAK DENGAN KEMUNGKARAN SERTA KEBURUKAN YANG KITA BUAT TANPA NILAI MUHASABAH YANG AKHIRNYA AKAN MENCORAKKAN KEPADA KEBINASAAN DAN KERUNTUHAN.


CIPTALAH SEJARAH DAN PAHATLAH  TAMADUN BARU BAGI DAERAH MERSING.

Wassalam.

Lampiran : Bicara_Sinar_UPSR_2012.rar
Lampiran : Senarai_Penerima_Anugerah.rar

0 komen ::

Catat Ulasan