* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 22 Februari 2012

Contoh RPH KSSR Tahun 1 dan 2

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah, hebahan sebelum ini adalah dirujuk dan berkaitan.


Bagi menjawab segala kekeliruan yang timbul tentang perkara tersebut, sukacitanya sekali lagi dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kurikulum Negeri Johor Bil.3/2011 pada 27 Disember 2011 telah memutuskan bahawa semua guru yang mengajar Tahun 1 dan 2 KSSR pada tahun 2012 dikehendaki menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dalam bentuk folio bukan lagi menggunakan Buku Rekod Mengajar (BRM) sediada yang dibekalkan oleh Majlis Guru Besar (MGB).


Hal ini adalah bersesuaian dengan perkembangan teknologi semasa dan mempunyai nilai iovasi bagi memudahkan kerja guru sekaligus mengurangkan beban tugas guru..


Bagi guru yang mengajar kelas-kelas tahun 1 dan tahun 2, juga turut mengajar tahun-tahun lain adalah digalakkan menulis RPH dalam bentuk folio.. (bukan sebahagianya dalam bentuk folio dan sebahagian yang lain dalam BRM sediada). 

RPH berkenaan hendaklah menepati 12 item yang ada dalam penulisan RPH Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagaimana yang telah didedahkan dalam Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2 pada Tahun 2011.



Kandungan folio berkenaan hendaklah mengikut apa yang terkandung Buku Rancangan Mengajar sediada.


Berikut dilampirkan format dan contoh RPH untuk makluman dan tindakan rakan-rakan guru di sekolah.


Wassalam.


Lampiran : Taklimat_Nazir.rar
Lampiran : Format_RPH.doc
Lampiran : Contoh_RPH_BMalaysia.pdf

1 komen ::

Tanpa Nama berkata...

harap2 di Sabah juga akan mengikuti jejak Negeri Johor dalam format penulisan rph dalam bentuk folio

Catat Ulasan