* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Ahad, 5 Februari 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433H

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kali ini kami ingin kongsikan nukilan syair Maulidur Rasul oleh En.Nazim Mohd Subari, seorang guru di SMK Ungku Husin buat renungan dan takzirah kita bersama. Insya Allah.

12 Rabiul Awal lahirnya Rasulullah,
insan pilihan utusan Allah,
pembawa ajaran agama terserlah,
manusia tinggalkan jalan yang salah.

Perjuangan menegakkan syiar Islam,
dihadapi dengan ketabahan mendalam,
tercatat dalam lembaran silam,
cemerlang cahaya menggantikan kelam.

Rasulullah pemimpin jalan kebenaran,
bersama panduan mukjizat al-Quran,
laksana cahaya suci sinaran,
Islam berkembang ummah bertebaran.

Akhlak Rasulullah contoh ikutan,
berkemilau peribadi umpama intan,
mengikuti sunnahnya terhalang kesesatan,
cinta kepadanya seteguh ikatan.

Ajaran baginda obor penyelamat,
menjadikan kita semulia umat,
amalan dan kebaikan kukuh disemat,
titik kemungkaran dihancur lumat.

Ayuhlah kita banyakkan selawat,
senjata menempuh zaman yang gawat,
cemar peribadi hendaklah dirawat,
perbaiki akhlak jangan terlewat.

Rasulullah suka umatnya bersatu,
di bawah lembayung addin yang satu,
maruah agama dipertahankan tentu,
menjalin muafakat bantu-membantu.

Janganlah kita lalai suruhan,
amalkan segala perintah Tuhan,
kerana kita umat pilihan,
sentiasa bernaung di bawah teduhan.

Hiasi diri sifat terpuji,
akhlak baginda dicontohi dikaji,
tidaklah terpijak lopak keji,
selamat menghadapi detik teruji.

Bangun berjuang umat Islam,
hadapi musuh siang dan malam,
pastikan maruah tidak tenggelam,
saudara seagama ikhlas bersalam.

- NAZIM MOHD. SUBARI,
SMK Ungku Husin, 86900 Endau, Mersing, Johor.
5 Februari 2012/ 1.40 petang.

0 komen ::

Catat Ulasan