* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

TINDAKAN SE ALIM KATA

Man punishes the action , but Allah the intention

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 24 Mac 2012

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012

Reaksi :  
Permohonan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2012 di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mula dibuka mulai 22 Mac 2012. Para lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam dipelawa untuk memohon program perguruan yang ditawarkan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Kementerian Pelajaran Malaysia : Permohonan Kursus Perguruan

Permohonan untuk ke Institut Pendidikan Guru atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan ini memang dinanti-nantikan oleh mereka yang berminat untuk menjadi guru setiap tahun. Status pengambilan ke Institut Pendidikan Guru pada tahun ini menjadi tanda tanya pada awalnya.


Syarat Asas

- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
- Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat Cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran; DAN Sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Sejarah
Satu mata pelajaran yang lain serta;
Lulus Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Program Pengajian
============
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
- Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Program Persediaan selama 18 bulan atau 3 semestar di institusi yang ditetapkan.
- Calon mesti lulus Program Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 4 tahun atau 8 semestar di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bidang Pengajian
===========
Bidang pengajian yang ditawarkan adalah berdasarkan sekolah seperti berikut;
Sekolah Kebangsaan (SK)

- Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah :
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
Bahasa Cina Pendidikan Rendah
Bahasa Arab Pendidikan Rendah
Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
Bahasa Iban Penddikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) :

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Bimbingan dan Kaunseling
Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

- Sekolah Jensi Kebangsaan Tamil (SJKT) :

Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
Matematik Pendidikan Rendah
Sains Pendidikan Rendah
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
Bimbingan dan Kaunseling
Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
- Cara Memohon
Pautan permohonan : http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/

- Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal
- Permohonan Dalam Talian KPLSPM Ambilan Jun 2012.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 mulai 22 Mac 2012.
- Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
- Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup
========
Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Maklumat
======
- Maklumat di atas cuma ringkasan sahaja, sila rujuk Aplikasi Permohonan Program Perguruan dan baca dengan teliti sebelum anda membuat permohonan.
- Sila rujuk laman web Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sila rujuk juga komen-komen di Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2010 dan Jun 2011 sebagai panduan.
- Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
Telefon : 03 8884 1260/ 1249/ 1246/ 1242/ 1245

Lampiran : Aplikasi KPLI-SR

Sila baca Maklumat Program dengan teliti sebelum anda membuat permohonan Sebarang kesilapan semasa mengisi borang boleh menjejaskan permohonan anda 

0 komen ::

Catat Ulasan