* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 3 Julai 2012

Data SEGAK Mac 2012

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Bengkel Verifikasi Data SEGAK Bulan Mac 2012 telah diadakan pada 29 Jun 2012 (Jumaat) jam 3.00 petang di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing. (kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor).

Namun.. data SEGAK Mac 2012 daerah Mersing tidak dapat digabungkan semasa bengkel tersebut kerana sebahagian besar pihak sekolah tidak dapat menyediakan data lengkap dan dikemaskini dalam Aplikasi SEGAK..

Sehubungan itu, pihak sekolah diberikan tempoh sehingga 9 Julai 2012 untuk meyiapkan data tersebut.

Data yang telah siap, hendaklah dihantar ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

1. Ust. Wan Nadzri bin Wan A.Rahman, PPPD Kurikulum
2. En. Shamshudin Othman, SM Sains Sultan Iskandar
3. En. Shamuganathan a/l Gnasergaran, SJK Tamil
4. En. Mohd. Fairuz Ngatman, SK LKTP Tenggaroh 01
5. En. Rahiman bin Harun, SMK Ungku Husin.
6. En. Azizan bin Kamarudin, SK Teluk Lipat.

Arahan SEGAK : 

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. 
Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.
Satu penilaian yang standard yang di kenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.

SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu
persekolahan.
a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
b. 5 Set Ujian SEGAK
    i. Pengiraan Indeks Jisim Badan
   ii. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
  iii. Ujian Tekan Tubi
  vi. Ujian Ringkuk Tubi Separa
   v. Ujian Jangkauan Melunjur
c. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun:
    i.  Ujian SEGAK Bil. 1/2012 ( 1 - 30 Mac 2012 )
    ii. Ujian SEGAK Bil. 2/2012 ( 3 - 30 Sept. 2012)

Lampiran :
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
Jadual SEGAK 2012

Aplikasi SEGAK 030311
Manual_SEGAK 
Prosedur_Segak
SMMv4.rar 

1 komen ::

CIKGU SHAN berkata...

zon bandar: tlg emailkan kesemua document file jenis txt. ke alamat email saya; shan_8205@yahoo.com dan sms saya maklumatnya sebagai peringatan..tq

Catat Ulasan